|
Reply #185 icelemontea's post
Tq ABE ICE |
|
|
|
|
|
|
|
Kakak Tua: Artis yang suka menghalalkan cara?
28-06-2007 10:18:57 AM
Golongan artis seringkali diberi perhatian istimewa kerana sejak seingat Kakak Tua mereka ini mendapat hak keistimewaan yang diwartakan oleh peminat fanatik mereka.
Disebabkan hak istimewa ini jugalah maka ramai di antara mereka 'terlanjur' dan terperasan yang mereka boleh dan tidak salah melakukan apa saja tanpa mempedulikan sensitiviti masyarakat mahupun agama.
Tanpa segan silu mereka sanggup membuat perkara-perkara yang memalukan dan memusykilkan imej mereka sendiri seperti berkhalwat, bersekedudukan, membuat onar dan fitnah, menjalani hidup dwi alam sehinggakan kita sendiri rasa malu dengan perbuatan dan aksi mereka.
Sudahlah cetek fahaman agama, sanggup pula bertegang urat menegak benang basah apabila terbukti kesahihan kesilapan mereka.
Sebelum isu Sharifah Amani (Nani) membotakkan rambut untuk watak dalam Mualaf dalam filem baru Yasmin Ahmad yang masih mengundang perdebatan hangat, ramai lagi 'senior' Nani yang terlebih dahulu melanggar hukum.
Rasanya Nani tidak perlulah bermegah diri kalau ternyata perbuatan itu sudahpun mendapat teguran para ulamak. Haram tetap haram dan janganlah kita cuba memberi interpretasi sendiri tentang agama dan hukum hakam. Yang malu kita sendiri juga. Kebijaksanaan akal yang cuma sejengkal itu akan hanya memberi nama buruk pada golongan artis sahaja.
Memang sukar bagi golongan artis yang bersalah ini untuk angkat bendera putih. Selalunya golongan artis elite, cerdik pandai ini tidak makan saman dan susah ditegur disebabkan mereka rasa ada 'hak istimewa' sebagai artis untuk melakukan semahu mereka.
Kalau kita rajin buka lembaran sejarah hiburan kita, kita kan tahu artis mana yang tersadung kerana mengikut kata hati mereka demi mengejar glamor satu kerja seni. Tidak perlulah disebutkan di sini artis lelaki mana yang pernah menerima tawaran menjadi sami, kemudiannya dikecam begitu hebat sekali. Begitu juga aksi ghairah seorang aktres kacukan dalam sebuah pementasan teater dan beberapa penyanyi wanita kita yang berani menerima kucupan di atas pentas tanpa rasa malu.
Sifat malu dan sensitif bukan semua orang ada. Ada di antara kita yang hilang 'maruah' diri ini disebabkan cara hidup kita yang moden dan terbuka. Justru apabila kita membicarakan soal hukum, golongan artis juga lah yang akan pertama sekali melatah dan berani mengeluarkan 'fatwa' mereka sendiri tentang hukum agama seperti bersentuhan sesama muhrim seperti yang pernah disuarakan oleh Fauziah Nawi, Rosnah Mat Aris, Rosyam Nor dan M.Rajoli sebelum ini.
Cara mereka memberi buah fikiran tentang hukum agama sebiji macam tukang masak memberi komen pasal architecture sesuatu bangunan. Lucu pun ada, sedihpun ya kerana nampak sangat yang mereka kurang cerdik. Kenapalah tidak biarkan saja mereka yang arif menentukan hukumnya. Itu kan lebih baik dari kita sendiri mengeluarkan 'fakta' yang tidak boleh diterima akal itu.
Bukan hendak membuka pekung artis atau membuka aib dan kejelekan akal mereka yang tidak panjang. Tapi itulah senarionya setiapkali ada isu baru dalam industri hiburan. Jarang sekali artis yang 'bersalah' akan mengaku kesilapan mereka walaupun sudah terang lagi bersuluh.
Lagi parah kalau artis begini diangkat darjat mereka untuk merebut gelaran Ikon seperti program yang kini hangat di kaca TV. Bagi Kakak Tua yang berfahaman kolot ini, tidak sesuai rasanya gelaran Ikon itu diberi pada mana-mana artis yang mempunyai sifat jelek dan tercela baik dari segi peradaban, pakaian atau peribadi. Berapa kerat artis kita yang menepati kriteria yang dituntut untuk menjadi Ikon di rantau ini?
Sekadar untuk mengutip dana untuk memeriahkan pertandingan berasaskan SMS sahaja, mana gahnya program Ikon yang dicanang hebat itu. Dalam banyak-banyak nama yang tersenarai di Ikon, yang paling layak hanyalah Mawi.
Walau digelar Raja SMS tapi rasanya peribadi Mawi masih belum tercemar setakat ini. Kalau setakat 'kesilapan' pancing ikan tengah malam dan putus tunang, belum teruk lagi resume Mawi. Jadi, molek sangatlah kalau dia diangkat menjadi Ikon.
Tapi itu sekadar pandangan Kakak Tua saja. Jauhari arif seperti Mac Chew, Ramli MS dan yang lain-lain mungkin mencari manikam lain.
KAKAK TUA: Tidak suka berbalah pasal hukum agama. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #202 kekekek's post
nak kagum sat |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #202 kekekek's post
:clap:..:clap:..:clap:
mau pengsan ZA baca komen kakaktua nih.
[ Last edited by ikz at 28-6-2007 01:16 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #204 JAY-Z's post
dayang ngan imej beyonce nyer |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kekekek at 28-6-2007 12:55 PM
Lagi parah kalau artis begini diangkat darjat mereka untuk merebut gelaran Ikon seperti program yang kini hangat di kaca TV. Bagi Kakak Tua yang berfahaman kolot ini, tidak sesuai rasanya gelaran Ikon itu diberi pada mana-mana artis yang mempunyai sifat jelek dan tercela baik dari segi peradaban, pakaian atau peribadi. Berapa kerat artis kita yang menepati kriteria yang dituntut untuk menjadi Ikon di rantau ini?
Sekadar untuk mengutip dana untuk memeriahkan pertandingan berasaskan SMS sahaja, mana gahnya program Ikon yang dicanang hebat itu. Dalam banyak-banyak nama yang tersenarai di Ikon, yang paling layak hanyalah Mawi.
Walau digelar Raja SMS tapi rasanya peribadi Mawi masih belum tercemar setakat ini. Kalau setakat 'kesilapan' pancing ikan tengah malam dan putus tunang, belum teruk lagi resume Mawi. Jadi, molek sangatlah kalau dia diangkat menjadi Ikon.
Tapi itu sekadar pandangan Kakak Tua saja. Jauhari arif seperti Mac Chew, Ramli MS dan yang lain-lain mungkin mencari manikam lain.
...
:clap::clap:
dan makin ramai la yg akan dengki dengan mawi lagi lepas ni.....
[ Last edited by chekshu at 28-6-2007 01:19 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
aik :stp: jay ingatkan dini tadi rupanya dino :malu: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #207 JAY-Z's post
satu lagi tak suka aa nengok dayang nie tunjuk betis... klau gebu cam heliza ok la jugak |
|
|
|
|
|
|
|
mujur jenal duta zoo tak masuk. kalu masuk sure dia paling layak jadi ikon pasal dia paling sayang ngan binatang |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #211 JAY-Z's post
tak pernah tgk.... tp mesti aa gebu w/pun ade ketuat kat tapak kaki |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #202 kekekek's post
bagusnya kalau ramai wartawan mpy prinsip yg sama seperti kakak tua ni.
pujian ni, bukan sebab dia pilih mawi sbg IKON,
tapi sebab nilai murni yang dipegangnya |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ikz at 28-6-2007 01:11 PM
:clap:..:clap:..:clap:
mau pengsan ZA baca komen kakaktua nih.
ZA mana sempat baca online paper |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan puji Mawi lebih 2...aku harap betul suara dia ok.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ikz at 28-6-2007 01:11 PM
:clap:..:clap:..:clap:
mau pengsan ZA baca komen kakaktua nih.
Za tu sapa? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #217 jai09's post
zainal duta zoo yg perasan bagus |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi..mentang-mentang komen KT tu okay.
Aku suspect, hari ni turn si Raden tu jadi KT..:lol
Mesti la kena amek hati bakal hero dia.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|