CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

YDP Besar Negeri Sembilan Tuanku Jaafar : update: selamat dimakamkan

[Copy link]
Post time 28-12-2008 10:56 PM | Show all posts
Nie kod artikel dari Malaysia Today yang dimaksudkan oleh one of the forumer.  Credit to
[url=http://www.mail-archive.com/alternatif-[email protected]/msg00468.html]http://www.mail-archive.com/alternatif-[email protected]/msg00468.html[/url]

Interesting article.  Macam2 ada.

[ Last edited by  LiNaLiNa at 28-12-2008 11:30 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2008 10:58 PM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 28-12-2008 07:27 PM


Ramai orang yg bukan dari N9 confused, ada yg selalu salah sangka mereka ingatkan rumah pemilik Zaitun Industries kat PD tu Istana

Mungkin rumah pemilik Zaitun Industries tu lah kot yg  ...


istana Kerabat NS menghadap ke Blue Lagoon - nama istana tu, Istana Laguna Biru.

Kalau nak ke Ilham resort atau cape Richardo mesti nampak simpang ke Istana ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 11:14 PM | Show all posts
-post is deleted -

[ Last edited by  LiNaLiNa at 28-12-2008 11:25 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 11:56 PM | Show all posts
KJ taknak fight kerusi Yng DiPertuan ka??
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 12:47 AM | Show all posts
Originally posted by BSundayB at 28-12-2008 11:56 PM
KJ taknak fight kerusi Yng DiPertuan ka??



nama KJ awal2 lagi dah direjek
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 12:50 AM | Show all posts
tunku munawir ni ade satu je ke anak lelaki......

[ Last edited by  orkit at 29-12-2008 12:55 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-12-2008 12:59 AM | Show all posts
28 Disember, 2008

Pemasyhuran Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Yang Baru Esok

KUALA PILAH, 28 Dis (Bernama) -- Pemasyhuran Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang baru akan diadakan di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti di sini pada pukul 2.30 petang esok.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Norzam Mohd Nor berkata pemasyhuran itu akan dibuat oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak.

"Selepas itu dan dengan perkenan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, jenazah Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman akan disemadikan. Istiadat pemakaman jenazah Almarhum baginda dijangka akan dijalankan selepas solat Asar esok," katanya kepada pemberita di Istana Besar Seri Menanti hari ini.

Norzam berkata pemilihan bakal Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan diputuskan oleh Undang Yang Empat iaitu Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Johol, Undang Luak Jelebu dan Undang Luak Rembau.

Katanya pemilihan itu adalah mengikut garis panduan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Sementara itu, katanya rakyat jelata diperuntukkan untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Tuanku Ja'afar mulai pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari esok manakala kerabat diraja, orang kenamaan dan perwakilan asing mulai pukul 12 tengah hari hingga 2 petang.

Beliau berkata persiapan untuk istiadat pemakaman jenazah Almarhum baginda kini berjalan lancar.

Katanya antara kerabat diraja dan orang kenamaan yang dijangka hadir pada istiadat pemakaman itu esok ialah Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, wakil-wakil Sultan, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 01:01 AM | Show all posts
Originally posted by orkit at 29-12-2008 12:50 AM
tunku munawir ni ade satu je ke anak lelaki......


yep... sorang jek.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2008 01:07 AM | Show all posts
tak ke jadi naik ulat kalau simpan lama2.
bau cam tikus la kalau lebih 24 jam and tak sedut buang darah, otak, lemak and ganti dengan formeldehyde

kesian dia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 06:42 AM | Show all posts

Reply #209 carimari's post

wat to do..lbh nitikberatkan adat dr agama..resultnye jenazah yg terseksa..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 08:21 AM | Show all posts
Jgn KJ Bawak je pengundi hantu dah le
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 10:25 AM | Show all posts
Almarhum Tuanku ni memang very nice man... Cuma anak anak dan sedara mara dia jer macam ada skit terover skit... But Almarhum is ok.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 11:14 AM | Show all posts
western life kan depa2 ni...

harap2 dapat kat Tunku Mukhriz
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 11:17 AM | Show all posts
takde sapa ke boleh tepek gambar current activities kat istana
kat tv tak ada lah
katanya sultan brunei is coming to give a last respect to jenazah
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 11:26 AM | Show all posts
kul 2 kang br undang luak announce sape pengganti TJ... after pertabalan etc br wat upacara pemakaman (err... tol ke word neh)... aku org n9 pun br arini tau camni rupenye adat n protokol diraja... dan br arini aku paham 'Yamtuan mangkat, Yamtuan menanam'......... ape2 pun moga ditempatkan di samping org2 beriman......
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 11:33 AM | Show all posts
yamtuan menanam tu upacara pengkebumian ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-12-2008 11:53 AM | Show all posts
Originally posted by kukulangau at 29-12-2008 11:17 AM
takde sapa ke boleh tepek gambar current activities kat istana
kat tv tak ada lah
katanya sultan brunei is coming to give a last respect to jenazah



masih lagi pay respect kat jenazah...... tengahari ni  dalam 2.30pm  baru umumkan pengganti  almarhum... aku bajet tunku mukhriz yang dapat nanti..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2008 11:56 AM | Show all posts
Originally posted by carimari at 29-12-2008 01:07 AM
tak ke jadi naik ulat kalau simpan lama2.
bau cam tikus la kalau lebih 24 jam and tak sedut buang darah, otak, lemak and ganti dengan formeldehyde

kesian dia.



yang jadi ulat tu... bila mayat tu tak ditemui... kat mana2..    tapi... kalu dah dijaga... untuk tak jadi ulat dan berbau  depa akan embalm mayat tu.....   yg mayat almarhum ni...  letak ubat ler  supaya tak berbau...  tak dan nak berulat sebab baru 2 hari.... petang ni ditanam ler tu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 11:56 AM | Show all posts
Yam Tuan menanam 2 apa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2008 11:58 AM | Show all posts
Tuanku Ja'afar disayangi rakyat
Oleh Saufi Hamzah, Zainab Mohd Yatim, Hussain Said

TUANKU NAJIHAH berkenan menerima ucapan takziah Abdullah ketika tiba untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum di Istana Seri Menanti, di Kuala Pilah, semalam.

Pemerintahan baginda tinggal legasi: Abdullah


KUALA PILAH: Almarhum Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tunku Abdul Rahman, disifatkan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang amat disayangi rakyat ketika baginda memegang jawatan itu untuk tempoh lima tahun dari 1994 hingga 1999.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang melahirkan dukacita terhadap kemangkatan Almarhum berkata, sepanjang menjadi Yang di-Pertuan Besar dan Yang di-Pertuan Agong, baginda sentiasa memberi kerjasama baik kepada aktiviti yang dirancang kerajaan.

"Sebagai Yang di-Pertuan Agong, Almarhum menjadi seorang Raja yang amat disayangi seluruh rakyat Malaysia. Pembabitan baginda dalam pelbagai kegiatan yang dirancang kerajaan juga mendekatkan lagi Almarhum dengan rakyat.

"Almarhum juga aktif dalam pelbagai bidang sukan dan menerusi kegiatan seperti itu, rakyat dapat mengenali Almarhum dengan lebih dekat dan lebih sayang kepada baginda," katanya selepas memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum di Istana Seri Menanti di sini, semalam.

Almarhum mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS), kira-kira jam 11.45 pagi kelmarin kerana angin ahmar. Tuanku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Tuanku Besar Burhanuddin dan anak baginda, Datuk Seri Tuanku Puteri Jawahir serta dua cucu berada di sisi baginda ketika mangkat.



SULTAN Kedah Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah bersama Sultanah Kedah Tuanku Hamimah Hamidun mengaminkan doa ketika menziarahi jenazah Almarhun Tuanku Ja'afar di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, semalam.

Baginda mengadu sakit kepala dan tidak selesa kira-kira jam 8.10 pagi kelmarin dan berikutan itu dua pakar perunding kanan HTJS, Datuk Dr Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr K Sree Raman, dipanggil ke Istana Hinggap di Seremban, untuk memberi rawatan sebelum dikejarkan ke HTJS.

Almarhum kemudian dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di HTJS dan pelbagai usaha dilakukan doktor pakar termasuk memberi rawatan kecemasan, tetapi disahkan mangkat kira-kira jam 11.45 pagi kelmarin.

Jenazah Almarhum kemudian dibawa ke Istana Besar Seri Menanti, untuk istiadat penghormatan terakhir serta menunggu kepulangan anakanda baginda di luar negara, manakala istiadat pemakaman dijangka selepas solat Asar hari ini.

Sementara itu, di Kuala Lumpur, malam tadi, Abdullah menghadiri majlis perhimpunan sempena sambutan Maal Hijrah 1430 peringkat kebangsaan di Masjid Negara.
TUNKU Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin (kiri) berpelukan dengan isteri Menteri Besar, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumuddin di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, semalam.
Perdana Menteri menyertai bacaan Yasin, tahlil, doa selamat serta solat Maghrib dan Isyak bersama-sama kira-kira 3,000 jemaah. Majlis itu dipimpin Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhamad al-Hafiz.

Terdahulu, satu forum Maal Hijrah bertajuk 'Hijrah Mempertahankan Hak Ummah' turut diadakan.

Hadir sama, isteri Abdullah, Datin Seri Jeanne Abdullah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohammad Sheikh Abdul Aziz; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Abdul Aziz Zainal.



mmg almarhum ni  ramai rakyat dia sayang dia...   yang banyak songehnya  waris2 dia yg hidup macam western lebey ari western life tu....  almarhum ni  aku tengok dulu kool ajer.... bijak pun bijak gak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.049754 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list