|
Originally posted by hazlyn at 17-8-2008 11:54 PM
coach mixed doubles korea ke?
yg tejerit2 ms yong dae oppa main td?
aku pun rs nama dia ha tae kwon
dia penah partner dgn kim dong moon gak
heheh ..partner kim dong moon ekk ... silap sori ..... aku confuse la nama dorang dekat nak sama .... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #195 kayla's post
weh xkan la ha tae kwon tu tua sampai leh jd bapak aku..
jd bf aku pon bleh tau..bagai pinang dilenyek buldozer je |
|
|
|
|
|
|
|
Chong Wei Tetap Wira Negara, Kata Najib
BERNAMA - 17 Ogos, 2008 23:15 PM
BUKIT MERTAJAM, 17 Ogos (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Lee Chong Wei tetap merupakan seorang wira negara walaupun hanya mampu mengutip pingat perak dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik Ahad malam.
Katanya kejayaan Lee melangkah ke peringkat akhir perlawanan itu membanggakan negara dan ia membangkitkan semangat juang di kalangan rakyat Malaysia.
"Beliau ada membuat beberapa kesilapan pada perlawanan itu dan persembahannya kurang baik berbanding pada peringkat separuh akhir," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan itu menerusi televisyen bersama jentera pilihan raya kecil Permatang Pauh di Bilik Gerakan Induk Pemuda Barisan Nasional di sini hari ini.
Harapan negara untuk memenangi pingat emas pertama Sukan Olimpik berkubur selepas Chong Wei tewas straight set kepada pemain tuan rumah Lin Dan 21-12, 21-8 dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki.
Chong Wei hanya berjaya meraih pingat perak selepas tidak mampu memberi tentangan kepada pemain nombor satu dunia itu yang begitu bersemangat beraksi di hadapan penyokong sendiri.
Sementara itu di KUALA LUMPUR, ibu bapa Chong Wei ketika ditemui di kediaman mereka malam ini berkata kedua mereka tetap berbangga dengan pencapaian anak mereka itu.
"Saya tidak kecewa kerana Chong Wei berjaya memasuki perlawanan akhir, dan berusaha sebaik mungkin. Saya berharap rakyat Malaysia tidak marah dan kecewa sebab Chong Wei sudah mencuba sedaya upaya," kata bapa Chong Wei, Lee Ah Chai.
Ah Chai berkata beliau percaya berdasarkan persembahan Cong Wei itu, ia jelas menunjukkan bahawa anaknya itu tertekan.
Hampir 30 wartawan dan jurugambar menemani keluarga Chong Wei di kediamannya di Cheras malam ini bagi menyaksikan perlawanan akhir itu.
Walaupun tewas Chong Wei masih boleh berbangga kerana menamatkan kemarau pingat negara selama 12 tahun, dengan kali terakhir dimenangi oleh beregu lelaki Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock (perak di Sukan Olimpik Atlanta pada 1996) dan pemain perseorangan Rashid Sidek (gangsa juga di Olimpik Atlanta).
Kejayaan merangkul pingat perak itu membolehkan Chong Wei mendapat insentif RM300,000 dan pencen bulanan RM3,000 seperti yang diumumkan oleh Najib yang juga merupakan Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan, baru-baru ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #197 kayla's post
cian ko..watpe letak muke yoyo tu?? alahai kureng seswai..
butet tu name galmor liliyana natsir..pjg nor name dia
kt bcdf sbt butet so aku pon butet je la.he... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #200 kayla's post
kayla isok aweng nye event kol bpe?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kayla at 17-8-2008 23:54
meh aku tolong jawab ...world championship taun lepas .....
chehhhhhh ...beria2 aku tengok rtm nye highlight ... takde pun tunjuk a-weng
aku rs ada repeat cycling kat channel 819 kul 12 kang
kalo info astro ni betul la.. kdg2 takleh caya |
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR, 17 Ogos -- KECEWA ... Lee Ah Chai, 55, bapa kepada pemain badminton perseorangan negara Lee Chong Wei kecewa ketika melihat anaknya gagal membalas pukulan 'smash' daripada pemain dari China, Lin Dan ketika menonton siaran langsung perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki sukan Olimpik di rumahnya di Taman Bukit Hatamas dekat Cheras di sini, malam ini.
Turut kelihatan ibu Chong Wei, Khor Kim Chooi, 54.
KUALA LUMPUR, 17 Ogos -- Lee Ah Chai, 55, dan isteri Khor Kim Chooi, 54, ibu bapa kepada pemain badminton negara Lee Chong Wei memberi tepukan tahniah kepada Chong Wei walaupun mampu mengutip pingat perak ketika melihat siaran langsung perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki sukan Olimpik di rumahnya di Taman Bukit Hatamas dekat Cheras malam ini.
KUALA LUMPUR, 17 Ogos -- Lee Ah Chai, 55, dan isteri Khor Kim Chooi, 54, ibu bapa kepada pemain badminton perseorangan negara Lee Chong Wei tersenyum ketika menjawab pertanyaan media selepas menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki sukan Olimpik di rumahnya di Taman Bukit Hatamas dekat Cheras malam ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #204 Jiman's post
ya ampun..12 thn weh?? hmm aritu emas asian games MD 26 thn
lmbt lg la kite nk tgk msia sampai tahap ni lg..aku ke yg -ve minded??? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lionsleepin at 17-8-2008 23:52
aku g lepak tgk ABC, WC + MO aritu..
bestnya.. bila la aku blh pegi melepak mcm ko |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hazlyn at 18-8-2008 12:00 AM
aku rs ada repeat cycling kat channel 819 kul 12 kang
kalo info astro ni betul la.. kdg2 takleh caya
rugi la saper tak tgk a-weng terbang tadi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #210 kayla\ catat
ha tea kwon/kim dong moon main zaman CTF/LWW waktu muda2 dulu....
ak ingat die main OG sydney 2000....
slh soarang 2 berisi sikit..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #211 hazlyn's post
mmg best pon..siap masuk tv.kakaka..dok lg kt area |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lionsleepin at 17-8-2008 11:59 PM
kayla isok aweng nye event kol bpe??
pukul 5.20ptg ....
aweng kena lawan ngan mamat britain yg terror tu ....
rasanye ada masalah ni ...dah le dah takde repurchages ....
ya ampunnnn ... aku off topic over dah ni .... |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by lionsleepin at 18-8-2008 12:06 AM
mmg best pon..siap masuk tv.kakaka..dok lg kt area |
|
|
|
|
|
|
|
Pemain Badminton perseorangan Cina yang juga pemain nombor satu dunia Lin Dan (kuning) melompat kegembiraan selepas berjaya menewaskan pemain perseorangan negara Lee Chong Wei pada perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki di Gimnasium Universiti Teknologi Beijing
Pemain Badminton perseorangan Cina yang juga pemain nombor satu dunia Lin Dan (kuning) memberikan 'tabik hormat' kepada pemain perseorangan negara Lee Chong Wei selepas berakhirnya perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki di Gimnasium Universiti Teknologi Beijing
Pemain Badminton perseorangan Cina yang juga pemain nombor satu dunia Lin Dan melemparkan kasut miliknya kepada peminatnya ketika meraikan kejayaannya merangkul pingat emas
Pemain Badminton perseorangan negara Lee Chong Wei menitiskan airmata kesedihan selepas majlis penyampaian pingat di Gimnasium Universiti Teknologi Beijing |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #212 miyoma's post
isok aku carik kt youtube..mintak |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kayla at 18-8-2008 12:08 AM
pukul 5.20ptg ....
1 80HOY ChrisGreat Britain___________________________123AWANG Mohd Azizulhasnihttp://img05.beijing2008.cn/WRM/ ...
harp menang la.....
sebab lwn die pemegang rekod olimpik rasenyer... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #208 Jiman's post
jiman thanks ....
ni berita dari bernama ke???
apasal kalau aku gi baca kat situ tak kuar gambar pun?
ko ada spesel power ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|