|
.: Separuh Akhir Muzik-Muzik23 :. [Etnik Kreatif]
[Copy link]
|
|
pada yang menang, aku nak ucapkan tahniah dan harap boleh buat yang lebih baik untuk ke Final....overall puas hati gak dengan result semalam, tapi perlu ke kurangkan jumlah lagu etnik yang bertanding di pentas Final. Rasa macam ketidak adilan bila lagu2 kategori ni tidak diberi ruang sama rata dengan lagu2 dalam kategori lain...alasan percalonan untuk lagu Etnik kurang, aku tak boleh terima...still kena kekalkan minima 4 lagu untuk setiap kategori bagi memperlihatkan prestij AJL sebab produk yang dihasilkan pun tidak kurang kualitinya berbanding lagu2 dalam kategori yang lain...
berikut diberikan ulasan aku tentang lagu2 yang dah terpilih...
PERSOALAN CINTA
kalau dengar album Farawahida (SADS), aku selalu skip lagu ni dengan lagu Baby Honey...bukan tak best, cuma aku lebih teruja nak dengar lagu2 lain dalam album tu...at first aku tak pernah expect pun lagu ni will drop into kategori Etnik sebab cara penyampaian FW lebih kepada pop...tapi bila diperhalusi, latar muzik lagu ni sememangnya layak untuk kategori Etnik...aku rasa komposer lagu ni (Julfekar) begitu kreatif mengadunkan bunyi instrumen tradisional erhu dengan muzik pantas pop...maka hasilnya jadilah pop tradisional atau mungkin boleh dirujuk sebagai etnik kreatif...permainan vokal FW begitu terserlah dan ternyata baris2 lantang boleh dianggap makanan untuk beliau...pembaharuan bila dia 'mengepitkan' suara (seperti soprano yang tak jadi ), namun itu tidak menjadi masalah dan tetap senang didengar. penulis lirik Ku Seman (wartawan media) dan Izza Rosley (DJ Manis FM) mengolah lirik dengan baik.walau dipertikaikan oleh Jiju tentang kehalusan liriknya, aku pula rasa sebaliknya. TQ AyieBoyz for pasting the lyric. Pendapat aku, lirik Etnik yang baik tak semestinya berbunga2 (cth: Candak), namun pengolahan lebih penting. Penulis lirik Persoalan Cinta bijak mengolah baris lirik lagu ini supaya ia kedengaran straightforward, catchy dan mempunyai maksud tersirat seperti FW sedang meluahkan kata hatinya kepada seseorang. Bagi aku lirik lagu ini bergerak seiring dengan kehendak melodi lagu.
DOA DALAM LAGU
Daya penarik lagu ini tentu sekali bahagian korus yang disebut cepat (Ya Cinta, Ya Rindu, Ya Nyawa...........). Pertama kali mendengar lagu ini, aku sudah tertarik. Namun, pengulangan yang terlalu banyak boleh membuatkan kita bosan. Nasib baik Heliza bijak mengalunkan baris2 tersebut dengan lenggok2 yang berlainan. Melodi lagu ni boleh tahan, namun tidaklah menyengat seperti Samudera. Melodi lenggok padang pasir dengan suntikan elemen pop dan jika diberikan kepada kumpulan Rabbani dan diolah sedikit, mungkin boleh dijadikan lagu nasyid. Vokal Mawi 'masuk' dengan lagu seperti ini. Lirik lagu ini yang dicipta Loloq bukanlah sesuatu yang baru kerana beliau pernah mencipta lirik yang lebih hebat daripada ini. Namun, ia sesuai dengan jiwa lagu yang berteraskan cinta antara Adam dan Hawa.
DUSTA BERKALANG
Melodi lagu ini ringkas, bergerak pantas atas nada seorang penyanyi nasyid. Vokal Aiman sangat nasyid. Irama yang dipersembahkan bersifat world music (padang pasir dengan elemen pop) dan mungkin bukan sesuatu yg baru untuk penyanyi seperti Waheeda dan Yassin. Bahagian korus yang sedap didengar. Tarikan masih pada bahagian melodi yang easy listening, namun kekurangan dalam penggunaan instrumen menjadikannya agak biasa. Lirik ciptaan Fedtri Yahya begitu indah.
Jika 4 lagu yang terpilih, rasanya lagu Pujangga Merindu yang perlu diberi perhatian disebabkan melodinya yang penuh kemelayuan dan nusantara.
Pilihan refleCtion: PERSOALAN CINTA (sesuatu yang fresh untuk kategori ini) |
|
|
|
|
|
|
|
kategori etnik kreatif ni kan ke ade 34 songs sepanjang carta tu berlangsung..so mmg ah patut 3 lagu je ke final...
lagu Aiman tu masa aku tgk MM ari khamis tu HAfiz hamidon dah ckp die buat lagu tu mmg cukup rasa untuk irama etnik ni..mebi die bajet menang la..sebab HAfiz mmg ckp die konpiden lagu Aiman tu akan ke final...
nway sib baik Aiman x ketar n nebes cam masa pencalonan lagu tu dulu
aku abjet lagu AIman tu menang etnik kreatif ni..since lirik die bagus sekali compared ngan lagu Ajai n Julfekar tu..lagu Ajai tu lirik die cam kureng sket la..same gak lagu Julfekar tu..cinta cinta je lebih..so kirenya lirik Dusta berkalang tu bermesej la...
ekceli lirik lambaian pon best gak..aku terkejut gak lagu julfekar tu leh gi akhir |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak reti la nak komen kat sini..
korang hebat hebat
amboi ayie kembarku.. siap analisis lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
dari 4 lagu yg aku pilih dua yg mengena... pilihan awal yg masuk final mawi n heliza n farawaheeda. tapi lagu aiman tuh best gak... aiman tuh cute sangat....persis bebudak sekolah menengah...
pilihan juara kategori aku..... saper2 lah.... aku tak menaruh harapan sangat kat kategori nih...
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak banding populariti mawi dgn aiman, mmg jauh bezanya. tp inikan pertandingan lagu. so, ketepikan soal populariti. tp apa yang i tgk kat sini, ramai forumer dah tak kisah dah penyanyi tu popular ke tidak, yang penting lagunya bagus. senario ni berbeza drpd muzik2 zaman 90-an dulu. yang mana popular, yang tulah akan dijulang. tp skg x lagi... org pun mcm dah tak heran lagu tu mawi yg nyanyi. berbeza masa zaman aduh saliha dulu. semua org support dia...
PERSOALAN CINTA mmg fresh tp entahlah.... rasa mcm belum lg sampai ke tahap utk diangkat sbg juara. mcm last year jelas ketara samudera nampak dominan.. tahun ni lebih terbuka.... rasanya SONGO lagi fresh dr persolan cinta. maybe ketiadaan AMY 'membunuh' magis lagu itu. aku dpt rasakan lagu persoalan cinta ni 'ganti' kpd songo dlm senarai top3 pilihan juri. farawahida mungkin terpilih krn vokalnya sgt membantu menghidupkan lagu ini. ye, aku suka suara dia... cuma ada part2 tertentu yang 'kasar' sikit...
lagu mawi/heliza tu lagu paling panjang duration dia. tp bila diringkaskan, sikit je liriknya. lagu ni kan lagu tema astro oasis pada mulanya.. ini bukanlah karya terbaik loloq. tak masuk dlm senarai terbaik pun rasanya.. biasa2 sgt.
apapun good try dari ajai....
aiman masih ada masa utk popularkan dirinya supaya tdklah terlalu asing di pentas ajl nanti. bila dah masuk ajl, sure publisiti melimpah ruah. so, khalayak akan lebih yakin utk menobatkan lagunya sbg juara.... mungkin sedikit masa lagi, lebih ramai yg akan gemari lagu ini.
kesimpulannya, saingan terbuka... cuma aspek lirik dan keberkesanan komposisi lagu akan memberikan kelebihan utk menang.
DOA DALAM LAGU
melodi 3.5/5, lirik 3.5/5, vokal 4/5, komposisi 3.5/5= 14.5/20
PERSOALAN CINTA
melodi 3.5/5, lirik 3/5, vokal 4/5, komposisi 4/5= 14.5/20
DUSTA BERKALANG
melodi 4/5, lirik 4.5/5, vokal 4/5, komposisi 4/5= 16.5 |
|
|
|
|
|
|
|
seronok la pulak analisis2 ni
balada and pop rock lagi susah nak analisis nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #201 refleCtion's post
aku pun suka pujangga merindu
tp cuba dgr dirgahayu + maharaja ( ramlah ram )...
nti ko bg jawapan |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #207 jiju81\ catat
dirgahayu-maharaja-pujangga merindu
acuannya sama sebab basicnya adalah irama melayu asli (ada pengaruh inang, joget), tapi dalam lagu pujangga merindu ada elemen cina skit di permulaan lagu....tak dinafikan pattern lagu sama sebab verse bertingkat tingkat...persamaan paling jelas mungkin pada lagu Dirgahayu dan Pujangga Merindu dengan lirik yang berkisarkan alamiah...namun, dikira konteks irama malaysia, lagu ni adalah yang paling original berbanding lagu2 lain....so, kalau boleh harus diseimbangkan lagu2 yang berentak kontemporari pop tradisional dan pop tradisional asli...thats why my vote goes to Pujangga Merindu |
|
|
|
|
|
|
|
Dusta Berkalang tu lagunya sedap, tapi melodinya kosong....
intro lagu terbaik: PANAS.................... |
|
|
|
|
|
|
|
ko pensyarah jabatan muzik ke
mcmn melodi kosong tu? aku tanya lecturer muzik pun dia kata x clear maksud melodi kosong tu.
biasa mesej yg kosong.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #210 jiju81\ catat
aku cikgu muzik budak tadika jer...heheheh
maksud 'melodi kosong' tu macam kurang penggunaan instrumen yang boleh didengar secara langsung, lagu dah sedap, perlu ada elemen muzik yang menjadikan lagu tu lebih menarik.... |
|
|
|
|
|
|
|
u all nih melodi kosong pn xtau..... faham2 sndiri la.
nway stuju ngan reflec, pujanga mrindu ptt final. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau aku blm pernah dgr maharaja atau dirgahayu,aku akan pilih pujangga merindu ke final...
hrp syura x jd mangsa lagu lagi... maybe boleh pilih lagu sendiri ..jgn ikut kehendak syarikat rakaman |
|
|
|
|
|
|
|
mmg patut ada lagu yg betul2 melayu tp masalahnya xder yg btl2 kuat. so semua juri pilih yg modern je lah...
syura- originaliti kurg
anis aneesa- lagu adnan yang recycle..
so, xda pilihan |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #216 beta_carotene\ catat
beza nye, pujanga merindu ader unsur2 cina sket, pastu tempo slow sket than maharaja n dirgahayu. tp aku still prefer lagu nih utk final. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #218 jac_diehard_fan's post
tak best pun dior ni jac.... buat aku ngan family gelak jer... btw usaha keras btul die nih.... tp mmg nak gelak gak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #219 dino's post
ala2 puaka niyang rapik ke |
|
|
|
|
|
|
| |
|