CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: indah1285

PERBINCANGAN TENTANG AHLI KITAB.

[Copy link]
Post time 10-2-2009 09:57 AM | Show all posts
kesimpulan:
Puan: Kamu mesti peluk islam sebab dah ada nabi Muhammad kalau tidak kamu tak layak syurga Aku....

errr..... boleh la! Gitu le kire2nyee   

Saya: Kamu tak payah masuk islam tapi kalau kamu masuk islam kamu akan dapat yang lebih baik. Kalau kamu still dengan agama kamu ikutlah ajakkan nabi Muhammad bahwa tuhan kita tuhan yang sama, kerana pemuka-pemuka kamu yang terdahulu dah memesongkan ajaran nabi terdahulu menyebabkan kamu keliru dan sekarang kembalilah mentauhidkan Aku walau apa pun agama kamu... kamu akan selamat sebab Aku Maha Pengasih dan Penyayang.


Wokeh, yg me tebalkan.... sebenarnya bagaimana dgn agama hanif? Apa pandangan Al Quran? err... me bukan nak off topic tp rasanya ada la kaitan. Sebabnya, kalau ahli kitab boleh dan masih sah, agama hanif pun mestilah sah juga kan?

Sebenarnya inilah persoalan me sejak awal mengenai agama keturunan dan memilih agama monotheist yg lain selain dr Islam

So, boleh tak me mengandaikan begini:
Manusia boleh mengamalkan apa2 shj agama asalkan agama itu mentauhidkan Allah. Namun sebaik2nya masuk islam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2009 11:02 AM | Show all posts
Salam again...
Me nak tanya pd sesiapa yg arif. Mcm mana urutan Nabi2 yg diturunkan Allah? Yg me faham selepas Nabi Musa as, ada Nabi2 Bani Israel yg lain spt (mengikut turutan) Nabi Yusya' as, Nabi Ilyas as, Nabi Hazqil as,Nabi Ilyasa' as, Nabi Samuel as, Nabi Daud as, Nabi Sulaiman as, Nabi Zakaria as dan beberapa2 lagi.
Dulu migdal ada beritahu, kaum Yahudi mengiktiraf Nabi2 sehingga Nabi apa, lupa lak. Kalau x silap, mereka tidak mengiktiraf Nabi Zakaria. Correct me if i'm wrong.
Apa2 pun, yg me nak tanya, selepas Nabi Musa as yg membawa kitab Taurat, ada Nabi Daud yg mebawa kitab Zabur. Ke mana perginya kitab Zabur? Mereka yg mengamalkan kitab Zabur ni tak termasuk ahli kitab ke?
Atau kitab Zabur x setaraf dgn kitab Taurat, Injil dan Al Quran. Jadi x perlu diamalkan?

Wokeh, me setuju dgn East, sebelum ni kaum Yahudi adalah kaum yg terbaik. Lepas berkali2 engkar pd Allah, Allah transfer pd kaum yg lain. Jadi, pd pandangan East mcm mana? Adakah ini bermaksud agama Yahudi terbatal atau tidak? Atau hanya sekadar transfer award saje? Dan kalau x silap me, Allah cerita pasal transfer ni dlm Injil. Tu yg org Yahudi x leh terima ajaran Nasrani. Kalau x silaplah.
East, adakah dlm Injil Nabi Isa menyuruh umatnya mengikut Nabi baru (dr keturunan Arab aka Nabi Muhammad saw tu?)

Sebenarnya me tidak mempertikaikan kewujudan ahli kitab pd masa kini, tp persoalan yg masih belum terjawab.... adakah mereka pd masa kini diterima Allah? Secara dasarnya.... Allah yg lebih mengetahui. Tiada siapa yg menafikan itu.
Namun, me teringin juga nak tahu pandangan forumer2 yg lain pulak. Mungkin ada pandangan yg lebih baik yg bersandarkan hujah2 yg lebih baik dan tepat.
Terima kasih.

[ Last edited by  HOTlips at 10-2-2009 11:07 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2009 10:30 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 10-2-2009 12:31 AM
Untuk menceritakan sesuatu, ia perlukan kesinambungan dan kesinambungan bagi Bible ialah Al-Quran, tapi asas kepada penceritaan Al-Quran ada pada Bible... jadi saya cuba terangkan dari permulaan  ...


east.....

Al Quran da lengkap ler.... jgnlah sesatkan diri pi ambik dr kitab yg da tak relevan tuh...pleassssseeeeeee  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2009 11:01 PM | Show all posts

Reply #205 HOTlips's post

In cuba tepek...


Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 11:10 PM | Show all posts

Balas #203 HOTlips\ catat

Wokeh, yg me tebalkan.... sebenarnya bagaimana dgn agama hanif? Apa pandangan Al Quran? err... me bukan nak off topic tp rasanya ada la kaitan. Sebabnya, kalau ahli kitab boleh dan masih sah, agama hanif pun mestilah sah juga kan?

Sebenarnya inilah persoalan me sejak awal mengenai agama keturunan dan memilih agama monotheist yg lain selain dr Islam

So, boleh tak me mengandaikan begini:
Manusia boleh mengamalkan apa2 shj agama asalkan agama itu mentauhidkan Allah. Namun sebaik2nya masuk islam


Salaam,

Biasanya bila sebut agama hanif akan dikaitkan dengan agama nabi Ibrahim kerana agamanya disebut agama hanif atau agama lurus.... sebenarnya semua agama wahyu adalah agama lurus/hanif.... begitu juga semua agama adalah agama islam/muslim (tunduk patuh) sebab semua agama wahyu adalah tunduk patuh.... Berbalik pada soalan... sama ada ada lagi atau tidak bukan persoalan tapi yang menjadi persoalan adakah lagi kitab agama hanif tu... sebab untuk melaksanakan syariat sesuatu agama memerlukan kitab sebegai panduan.... kalau ada lagi kitab nabi Ibrahim maka sahlah lagi.... sebab tiada pembatalan syariat terdahulu.... oleh itu bergantung pada kitablah.....

Saya bersetuju sangat andaian puan..... tapi pada saya bukan andaian malahan keyakinan.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 11:19 PM | Show all posts

Balas #205 HOTlips\ catat

Salaam,

Cuba puan baca ayat-ayat Surah Al Maidah ini berulang-ulang dan cuba fahami maksudnya;

5:44. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Taurat, di dalamnya petunjuk dan cahaya; dengannya Nabi-Nabi yang menundukkan diri menghakimkan perkara untuk orang-orang Yahudi; seperti dilakukan rabani-rabani (orang-orang yang menguasai), dan habr (ulama agama) yang diperintah untuk memegang Kitab Allah, dan mereka adalah saksi-saksi ke atasnya. Maka janganlah kamu takut kepada manusia, tetapi kamu takutilah Aku, dan janganlah menjual ayat-ayat-Ku untuk harga yang sedikit. Sesiapa yang tidak menghakimkan menurut apa yang Allah menurunkan, maka mereka itulah orang-orang yang tidak percaya (kafir).

5:45. Dan di dalamnya Kami menuliskan (menetapkan) untuk mereka bahawa jiwa untuk jiwa, dan mata untuk mata, dan hidung untuk hidung, dan telinga untuk telinga, dan gigi untuk gigi, dan untuk luka ada pembalasan; tetapi sesiapa bersedekah dengannya, maka ia adalah baginya satu penebusan. Dan sesiapa yang tidak menghakimkan menurut apa yang Allah menurunkan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

5:46. Dan Kami mengutus, menyusuli jejak-jejak mereka, Isa putera Mariam, dengan mengesahkan Taurat yang sebelumnya; dan Kami memberinya Injil, di dalamnya petunjuk dan cahaya, dan mengesahkan Taurat yang sebelumnya, sebagai satu petunjuk, dan satu teguran bagi orang-orang yang bertakwa.

5:47. Maka hendaklah ahli Injil menghakimkan menurut apa yang Allah menurunkan di dalamnya. Sesiapa yang tidak menghakimkan menurut apa yang Allah menurunkan, maka mereka itulah orang-orang fasiq.

5:48. Dan Kami menurunkan kepada kamu (Muhammad) Kitab dengan yang benar, yang mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya. Maka hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka untuk mengabaikan yang benar yang datang kepada kamu. Bagi setiap kamu, Kami menentukan satu peraturan, dan satu jalan yang terbuka. Sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia membuat kamu satu umat; tetapi supaya Dia menguji kamu dalam apa yang Dia memberikan kamu. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebajikan; kepada Allah kamu kembali, kesemuanya; dan Dia memberitahu kamu apa yang padanya kamu memperselisihkan.

5:49. Dan hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka, dan berhati-hatilah terhadap mereka, supaya mereka tidak menggoda kamu daripada sebarang apa yang Allah menurunkan kepada kamu. Tetapi jika mereka berpaling, maka ketahuilah bahawa Allah menghendaki hanya untuk menimpakan kepada mereka kerana sebahagian daripada kesalahan mereka; sesungguhnya kebanyakan manusia fasiq.

Terima kasih.

P/s - dari no. 70
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2009 11:22 PM | Show all posts

Balas #211 indah1285\ catat

Salaam,

Saya setuju.... dan saya sarankan sdr. eastrun membaca ayat-ayat Al Maidah yang saya sertakan kat 215.... dan cuba fahami mesejNya.

[ Last edited by  anakmacho at 10-2-2009 11:24 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 11:38 AM | Show all posts

Balas #188 indah1285\ catat

Slm sr.

Minta maaf sebab jarang dah hantar posting..sibuk mmanjang..

Seperti yg telah sy jelaskan..ayat kontroversi dlm 1 John itu tidak pernha digunakan sebagai bukti utama untuk mendukung konsep trinity.

Jadi, kalau ia digugurkan 100& dari Bible, ia tetap tidak menjejaskan konsep trinity.

Jadi tidak benarlah konsep trinity diubah-ubah. Mana boleh ubah-ubah hakikat ketuhanan

Dalam p

Dlm posting sr. di 180, sr. ada memetik dari surah Al-Maidah tentang Bonda Maria menjadi tuhan..

Tetapi untuk makluman sr...org RC, orthodox tidak pernah menganggap Bonda Mari sebagai TUHAN.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2009 12:18 PM | Show all posts
Originally posted by HOTlips at 10-2-2009 11:02 AM
Wokeh, me setuju dgn East, sebelum ni kaum Yahudi adalah kaum ygterbaik. Lepas berkali2 engkar pd Allah, Allah transfer pd kaum yglain. Jadi, pd pandangan East mcm mana? Adakah ini bermaksud agamaYahudi terbatal atau tidak? Atau hanya sekadar transfer award saje? Dankalau x silap me, Allah cerita pasal transfer ni dlm Injil. Tu yg orgYahudi x leh terima ajaran Nasrani. Kalau x silaplah.
East, adakah dlm Injil Nabi Isa menyuruh umatnya mengikut Nabi baru (dr keturunan Arab aka Nabi Muhammad saw tu?)


Betul, transfer award itu dinyatakan dalam Injil Matthew seperti di bawah:

"Kata Yesus kepada mereka: "Belum pernahkah kamu baca dalam Kitab Suci:Batu yang dibuang oleh tukang-tukang bangunan telah menjadi batupenjuru: hal itu terjadi dari pihak Tuhan, suatu perbuatan ajaib dimata kita.Sebab itu, Aku berkata kepadamu, bahwa kerajaan Allah akan diambil dari padamu dan akan diberikan kepada suatu bangsa yang akan menghasilkan buah Kerajaan itu."(Matius 21:42~43)

Sebagai Yahudi, mereka sememangnya tidak menerima kenyataan bahawa agama mereka telah dibatalkan dan mereka masih menganggap bahawa mereka masih lagi menjadi orang-orang Tuhan yang terpilih. Mereka tidak percayakan Jesus, apalagi yang dibawa oleh Kitab Injil. Jadi, bagi mereka (Yahudi) ayat yang di atas ni adalah tak valid. Dalam Taurat, Juruselamat yang datang after Musa adalah dari golongan diraja,namun Jesus bukan dari golongan diraja. Dia merupakan anak kepada seorang tukang kayu, sekalipun pada pandangan umat Kristian,dia adalah anak Tuhan.

Dalam Injil, tidak ada dinyatakan bahawa Nabi Muhammad akan tiba selepas Isa, namun Jesus tidak pernah pula mengatakan kepada umatnya bahawa dia merupakan Utusan yang terakhir. Apa yang Jesus pernah cakap kat dia punya umat ialah:

"Sebab Mesias-mesias palsu dan nabi-nabi palsu akan muncul dan mereka akan mengadakan tanda-tanda yang dahsyat dan mujizat-mujizat, sehingga sekiranya mungkin, mereka menyesatkan orang-orang pilihan juga" (Matius 24:24)

Akan muncul banyak Nabi Palsu selepas kedatangan Jesus, namun nabi palsu tersebut, akan membuat banyak mukjizat2 yang dahsyat untuk menyesatkan banyak orang...Adakah Nabi palsu tu ialah Nabi Muhammad?

Bukan..sebab dalam Quran, Nabi Muhammad tidak membuat apa-apa mukjizat, melainkan dia membelah bulan dengan izin Allah. Tapi kalau dalam Taurat, tak silap saya,ada banyak prophecies tentang kedatangan Nabi Muhammad S.A.W..

Cuma Jesus pernah cakap, bahawa selepas dia akan datang roh Kebenaran yang akan memberitahu apa yang dia nak beritahu kepada umatnya, tapi tak sempat..dia kata:

"
Tetapi apabila Ia datang, yaitu Roh kebenaran,Ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran; sebab Ia tidak akan berkata-kata dari diri-Nya sendiri, tetapi segala sesuatu yang didengar-Nya itulah yang akan dikatakan-Nya dan Ia akan memberitakan kepadamu hal-hal yang akan datang."(Yohannes 16:13)

Ayat ni selari dengan ayat Surah An-Najm:

"
Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah dia menyeleweng (darijalan yang benar) dan dia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah). Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. Wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat Jibril) yang amat kuat gagah, "(Surah An Najm ayat 2-5)


So, Roh Kebenaran tersebut, mengikut umat Islam, ialah Nabi Muhammad S.A.W,

Selepas tu., Jesus ada kata:

"Aku akan minta kepada Bapa, dan Ia akan memberikan kepadamu seorang Penolong yang lain, supaya Ia menyertai kamu selama-lamanya"(Yohannes 14:16)

diperkuatkan oleh Quran lagi dengan ayat Surah As-Saff:

"Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Mariam berkata: Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama:Ahmad. Maka ketika dia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: Ini ialah sihir yang jelas nyata! "(Surah As-Saff ayat 6)




[ Last edited by  eastrun at 11-2-2009 12:42 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 12:25 PM | Show all posts
Originally posted by anakmacho at 10-2-2009 11:19 PM
5:48. Dan Kami menurunkan kepada kamu (Muhammad) Kitab dengan yangbenar, yang mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya. Makahakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, danjanganlah mengikuti keinginan mereka untuk mengabaikan yang benar yangdatang kepada kamu. Bagi setiap kamu, Kami menentukan satu peraturan,dan satu jalan yang terbuka. Sekiranya Allah menghendaki, tentu Diamembuat kamu satu umat; tetapi supaya Dia menguji kamu dalam apa yangDia memberikan kamu. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebajikan;kepada Allah kamu kembali, kesemuanya; dan Dia memberitahu kamu apayang padanya kamu memperselisihkan.


Saya tak nampak pun selama ni, apa yang saya quote dari Bible adalah lari dari apa yang disahkan oleh Kitab Suci Al-Quran. Dan tak ada pula saya mengabaikan ayat-ayat suci Al-Quran. Cuba tengok apa yang saya quote selama ni..semuanya berkait rapat dengan apa yang diceritakan dalam Quran selama ini.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 12:26 PM | Show all posts

Reply #210 shalom's post

walhasil , setiap para nabi mengajak kpd keesaan ALLAH ...


dan yg paling penting sekali , nabi isa AS ( jesus pbuh ) telah memberi khabar tentang kerasulan baginda muhammad SAW ( surah soff ) ....




oleh itu shalom , berimanlah kpd ALLAH yg ESA & rasul NYA yakni baginda nabi muhammad SAW ...


inilah jln yg lurus serta agama yg di redhoi oleh ALLAH SWT ...




semoga ALLAH SWT memberi petunjuk kpd saya & kamu ...

amin ...











WALLAHU A'LAM ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 09:51 PM | Show all posts
Originally posted by shalom at 11-2-2009 11:38 AM
Slm sr.

Minta maaf sebab jarang dah hantar posting..sibuk mmanjang..

Seperti yg telah sy jelaskan..ayat kontroversi dlm 1 John itu tidakpernha digunakan sebagai bukti utama untuk mendukung konsep trinity.

Jadi, kalau ia digugurkan 100& dari Bible, ia tetap tidak menjejaskan konsep trinity.

Jadi tidak benarlah konsep trinity diubah-ubah. Mana boleh ubah-ubah hakikat ketuhanan

Dalam p

Dlm posting sr. di 180, sr. ada memetik dari surah Al-Maidah tentang Bonda Maria menjadi tuhan..

Tetapi untuk makluman sr...org RC, orthodox tidak pernah menganggap Bonda Mari sebagai TUHAN.  

...


Salam shalom, In pun kdg2 ada masalah gak nak mai selalu... tp, xpelah...ada kelapangan kita jenguk.

pasal dalam 1 John, konsep trinity tesebut memang asalnya tiada, lalu diadakan dan kini ditiadakan dan diganti dgn ayat lain. malah byk lagi dlm bible asal ada lalu ditiadakan...

Contoh :

New International Version (NIV)
Mark 9 Ayat 44 dan 46 tidak ada


43 - If your hand causes you to sin, cut it off. It is better for you to enter
life maimed than with two hands to go into hell, where the fire never goes
out

44 - Tidak ada kosong sudah dibuang.

45 - And if your foot causes you to sin, cut it off. It is better for you to
enter life crippled than to have two feet and be thrown into hell.

46 - Tidak ada kosong sudah dibuang.

47 - And if your eye causes you to sin, pluck it out. It is better for you to
enter the kingdom of God with one eye than to have two eyes and be thrown
into hell,

shalom.. In nak binang dengan baik neh, takmo gaduh... kalo In silap dalam posting sila perbetulkan, dalam perbicangan neh, In kena buktikan kebenaran Firman Allah dalam Al Quran. Apabila Allah mengatakan Bible sudah dibubah/olah bermaksud sebelum di zaman Rasul saw lagi... bila sampai ke tangan kita sekarang ia (al kitab) entah berapakali telah diubah mengikut peredaran masa oleh pemikiran paderi2 di zaman tersebut. Contoh yg In boleh bagi lagi ialah dalam kejadian alam... bagaimana ahli sains tdk dpt menerima apa yg dinyatakan dlm Bible.... dan ia samasekali berbeda dgn penyataan dlm Al Quran, sangat bertepatan dgn kajian sains... ~ kita bincang fasa ni, kalo shalom setuju dalam tred yg lain atau tred yg bro anakmacho bukak tu...

In letak semula ayat di bawah :


Q : Al Maidah : 116 :  "Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: Wahai Isa Ibni Mariam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? Nabi Isa menjawab: Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib"


~  Sejarah sendiri membuktikan Bani Israel adalah kaum yg sangat suka mendustai dan membunuh Rasul2... hanyalah sedikit dari mereka yg bertaqwa... ini adalah penyataan Allah dalam Al Quran juga. Ayat di atas memberi bukti kejadian ini benar2 berlaku sehingga Allah Yang Maha Mengetahui brtanya kpd Nabi Isa as.

Dan Allah menegaskan Dia adalah Esa turut untuk mngatakan kpd paderi2 dan menyanggah isi al kitab yg telah diubah itu ;


Q : Al Ikhlas: 1-4 :

1 - "Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

2 - "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

3 - "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

4 - "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".



~ Malah ada ayat2 percakapan sombong/menghina oleh Nabi Isa as kepada Bondanya Maryam as di dalam Bible... Ini adalah sifat mustahil bg Rasul. Maha Suci Allah yang memelihara Rasul2Nya dari perilaku demikan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 10:00 PM | Show all posts

Reply #214 indah1285's post

hai...lama tak nampak mana tercampak
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 12:58 AM | Show all posts

Balas #212 eastrun\ catat

[quote]5:48. Dan Kami menurunkan kepada kamu (Muhammad) Kitab dengan yang benar, yang mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya. Maka hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka untuk mengabaikan yang benar yang datang kepada kamu. Bagi setiap kamu, Kami menentukan satu peraturan,dan satu jalan yang terbuka. Sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia membuat kamu satu umat; tetapi supaya Dia menguji kamu dalam apa yang Dia memberikan kamu. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebajikan; kepada Allah kamu kembali, kesemuanya; dan Dia memberitahu kamu apa yang padanya kamu memperselisihkan.[/q uote]

Salaam,

Apa yang saya faham dari ayat diatas adalah;

Frasa ayat "Maka hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan"
Kesinambungan dan kesimpulan dari ayat-ayat sebelumnya... baginda diarah untuk menghakimkan apa yang Allah turunkan - penganut kitab taurat hendaklah dihakimkan menurut kitab mereka jika mereka melakukan kesalahan begitu juga penganut agama kitab Injil hendaklah diadili berdasarkan injil dan begitu jugak penganut kitab Al Quran, hendaklah diadili dengan Al Quran, tidak boleh dicampur-campur hukuman terhadap mereka... umat islam dihukum guna taurat, umat Yahudi dihukum mengikut Injil, umat Nasrani pula dihukum berdasarkan Al Quran.

Frasa ayat "janganlah mengikuti keinginan mereka untuk mengabaikan yang benar yang datang kepada kamu" - umat islam dilarang mengikut keinginan dari penganut agama lain baik amalan, kandungan kitab, mahupun berpindah agama dan mengabaikan Al Quran.

Frasa ayat "Bagi setiap kamu, Kami menentukan satu peraturan,dan satu jalan yang terbuka" - setiap agama masing-masing ada peraturan yang tidak sama dan ada yang sama (terbuka).

Frasa ayat "Sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia membuat kamu satu umat; tetapi....." Allah boleh buat satu agama sahaja kat dunia ini tapi Allah sengaja buat banyak sebab nak uji kita sama ada kita boleh tak hormat agama orang lain tanpa mengkafirkan antara satu sama lain. Sesiapa yang bertakwa antara penganut agama maka dialah yang beruntung..... siapa yang hina-hina agama lain, tidak dikira bertakwa......

Kesimpulannya.... masing-masing ada kitab maka rujuklah kita sendiri buat apa pigi ambil dari kitab lain pula..... jangan campur adukkan.... sebab itulah ada istilah "ngko agama ngko, aku agama aku, yang penting kita saling hormat menghormati"

Terima kasih..... sila betulkan kalau silap.... setiap pandangan dihargai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2009 11:29 PM | Show all posts

Reply #216 anakmacho's post

In jadi bingung sat...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 10:28 AM | Show all posts

Balas #217 indah1285\ catat

Salaam,

Maaf.... atas kelamahan saya dalam penyampaian tulisan, yang baik dariNya jua....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2009 12:26 PM | Show all posts

Balas #206 indah1285\ catat

susur galur sebelum Nabi Ibrahim a.s. tu dapat dari mana?  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2009 12:30 PM | Show all posts

Reply #218 anakmacho's post

oh.. maafkan In...

In keliru pasal neh..

Kesimpulannya.... masing-masing ada kitab maka rujuklah kita sendiri buat apa pigi ambil dari kitab lain pula..... jangan campur adukkan.... sebab itulah ada istilah "ngko agama ngko, aku agama aku,yang penting kita saling hormat menghormati"


kita skrg umat Muhammad saw, dan Allah mengutus beliau saw utk SEMUA manusia dan jin. satu2nya agama yg diredhai ISLAM dan kitab panduannya Al Quran.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 03:02 PM | Show all posts

Balas #214 indah1285\ catat

Salam sr..

Takde maknanya nak  marah nak gaduh bagai.. .Ngabiskan tenaga je...

Berkenaan isu tambah ke apa..ubah ke pada dalam Bible..
Kita perlu tgk sama masalah itu disengajakan atau pun tidak?
Say percaya, dlm thread satu lg..sy juga telah menunjukkan berdasarkan catatan org Islam sendiri, terdapat berlaku variasi dlm Quran.

Bagi sy, isu 1 John itu, tidak boleh dijadikan alasan sebagai bukti bahawa Alkitab telah korup. Dalam kes ini, sekurang-kurang kami org Kristian ikhlas terhadap isu tersebut dan terbuka kepada perbincangan...takde pon org Kristian cuba menyembunyikan isu tersebut..

Lagi pun bdasarkan kajian setakat ini, kemungkinan ayat tersebut adalah nota kaki yg tmasuk ke dlm ayat Alkitab ketika proses penyalinan..Ini adalah kesilapan yg tidak disengajakan...bukannya suka-suka mengkorupkan Alkitab..

Berkenaan isu Bible vs science, buat masa ini, saya tidak ada masa utyk membincangkan isu-isu tsebut. Maklumla ada komitmen lagi..

Tatpi dlm hal ini, sayugia saya nak ingatkan..benda semua ini adalah subjektif. Ilmu sains semakin bkembang dan mungkin berubah..apa yg betul hari ini mungkin salah esok..apa yg salah hari ini mungkin betul esok..

Contohnya, pada masa dahulu ketika teori statik hampir diterima utk menjelaskan kewujudan alam semesta, org Islam juga menggunakan ayat Quran untuk membukti bahawa teori statik dinyatakan dalam Quran.

Sekarang, ahli sains lebih berpegang kpd teori big bang...org Islam juga berkata big bang ada petunjuk dlm Quran..

Jadi semua ini boleh berubah2..

Perlu ingat..teori big bang etc..hanyalah teori..belum sure lagi betul ke tidak..begitu juga dengan penyataan-penyataan lain dlm sains.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 03:32 PM | Show all posts

Reply #219 ibnur's post

Yahudi,kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.384546 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list