CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sinar_inspirasi

❤ THREAD SEMBANG2 RAYA USAHAWAN ❤

  [Copy link]
Post time 10-11-2010 04:14 PM | Show all posts
sy nak tanya kebanyakan usahawan2 disini, adakah mendaftar dgn mana2 agensi usahawan mcm mara, punb, etc or sumenya sendiri2?
fiwati Post at 10-11-2010 12:32


kalau yang banyak pengalaman berniaga/managing companies mungkin bleh buat sendiri2..
kalau yg baru or yang takde pengalaman berniaga...
bagus kalau mendaftar dan participate dalam kursus or workshop yg dianjurkan..
banyak ilmu perlu ditambah untuk berjaya dalam perniagaan
disamping itu dapat menambah kenalan dan networking...
boleh bertukar2 pengalaman dan pandangan
disamping meningkatkan motivasi untuk bersaing dan berjaya..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2010 10:33 AM | Show all posts
meniaga nie seronok.. pahala pun banyak..
seronok bila tengok customer happy..
dapat pahala bi ...
aarie Post at 10-11-2010 11:13


sangat setuju...meniaga  nieh kena  berhemah,baru lama bertahan...
meniaga nieh kena  pandai tgk peak nyer...
so sebelum merudum, carilah peluang lain...
jgn gaduh2 dgn pesaing bile kita dah tak dpt cari mkn...
masa time untung besar..
cuba tgk peluang lain......
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2010 02:54 AM | Show all posts
maaf kalau saya mencelah.. nak tanya pandangan sumer, macam mana nak hadapi rintangan paling besar kalau orang yg paling rapat ngan kita tak benarkan kita untuk pegi lebih jauh dalam bidang perniagaan? Bukan aper, contohnya kita memang dah buat bisnes online dalam masa yg sama nak tambah ilmu dengan pegi kursus2x macam yg abg sinar mention (flarebiz tuh).. tapi tak dapat permission atas alasan yang tak munasabah.. walhal, untuk elakkan perkara yang tak diingini, saya memang siap ajak dia sekali sbb memang niat kita nak tambah ilmu dari org yg dah expert..
boleh tolong bantu tak pasal nih..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2010 10:44 AM | Show all posts
Reply 203# all4muslimah


    banyak sebab bila orang paling rapat dengan kita tak mahu kita pergi jauh... antaranya...

1. dia tak yakin - so kalau kata2 tidak membantu, buktikan dengan perbuatan - dan bila kejayaan ditangan, insyaAllah dia akan lebih terbuka...

2. ego clashing - mungkin dia tak bole menerima orang lain (orang luar) lebih hebat dari dia.. mmm... Dato fadzila kamsan pernah berpesan kepada isteri2 - jangan sekali2 memuji beliau (DFK) dihadapan suami, takut beliau (DFK) dibenci oleh suami2.. tetapi setiap kali menonton rancangan DFK, selalulah memuji2 suami, nanti suami akan ransang kita untuk selalu menonton rancangan DFK.

3. setiap kali bertemu dengan kawan2/family beliau - sentiasa katakan kejayaan perniagaan anda datangnya dari beliau - kelak dia sendiri akan sentiasa memberi motivasi pada anda dan terbuka utk bersama2 memilih cara/ jalan anda untuk berjaya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2010 11:17 PM | Show all posts
Reply 204# hazel23


    Alhamdulillah.. terima kasih bebanyak kerana bagi pandangan tersebut, insyaallah saya akan cuba perbaiki kelemahan diri sendiri dan cuba praktikkan pandangan diatas tuh tadi..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2010 12:50 PM | Show all posts
tapi tak dapat permission atas alasan yang tak munasabah..
all4muslimah Post at 17-11-2010 02:54


cara lelaki dan perempuan berfikir banyak perbezaan nyer..
cuba baca buku nie..


sementara tu bleh tengok nie dulu...

........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2010 02:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by elle_gogo at 20-11-2010 14:17

salam,

selamat hari raya aidiladha... . lately ni macam macam cerita sampai di telinga.
ada kabar buruk dan ada juga kabar yang baik. dah lama elle tak menulis sebab terlalu banyak sangat perkara yang perlu diuruskan.

Elle terpanggil untuk menulis hari ni kerana atas dorongan pihak tertentu untuk elle cerita kan apa yang berlaku lately ni. dan menyuruh elle membalas segala persoalan yang timbul. Elle rasa cukuplah persahabatan elle dalam dunia maya ni. kerana sepanjang penglibatan elle dalam dunia maya ni, elle tak nampak sejauh mana ketelusan berkawan di dunia maya ini. Kenapa kita perlu bermusuh? Kenapa kita perlu mencaci caci di halayak umum? Kenapa takut untuk berdepan di dunia yang nyata? kenapa semua ni terjadi setelah ada perselisahan dalam dunia perniagaan? kenapa perlu campur adukkan pihak luar? glamor ke?
elle bukan nya org yang suka mengecoh ngecohkan keadaan. tapi, elle terpaksa menggunakan ruangan ini untuk menulis sedikit untuk perbetulkan fitnah yang melanda lately ni.

pada 15 June 2010, elle, yus dan seorang rakan (yang baru rapat) dalam dunia maya telah sama sama dapat satu kontrak cleaning and landscaping dengan satu syarikat yang tersenarai dalam bursa saham. kontrak bernilai RM161,000 . performance bond sebanyak 193,000.00.
Jumlah orang yang harus kami supply adalah seramai 180 orang termasuk equipment, chemical, scaffolding, escalator cleanstep, dan pelbagai jenis equipemnt lagi yang jumlahnya hampir mencecah 100,000.00.

kami bergabung kerana sahabat kami tiada langsung mempunyai kepakaran dalam dunia cleaning. semua pengalaman, dan profile adalah 100% pengalaman company elle. mula2 elle agak gerun untuk masuk tender ni kerana elle memikirkan tiada modal, wang dan duit rolling untuk membayar gaji pekerja+peralatan dan segala mcm bentuk kos operasi.

oleh kerana jaminan telah diberikan oleh rakan kongsi (yg kami kenali di alam maya) dan perjanjian dia mendapat bakcup yang kukuh dan utuh. saya dan rakan partner pun bersetuju untuk meneruskan kontrak ini. Oleh kerana percaya dan yakin, kami bersetuju untuk menggunakan nama company beliau seratus peratus dalam syarat ini. (saya akan attachkan bukti offer letter nanti) nama company yang terlibat bukanlah nama company kami. Ia adalah 95% pemegang saham oleh (kenalan di alam maya)
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2010 02:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by ctredzuan at 25-11-2010 01:23

setelah operasi berjalan, kami telah mengeluarkan perbelanjaan yang begitu banyak untuk menangung segala kos2 operasi. Tidak seperti perjanjian yang beliau janjikan. Paling menyedihkan, syraikat kami turut terlibat dan kekeringan duit pada ketika itu. Perbelanjaan bil telefon yg mencecah RM2000 sebulan setiap seorang RM2000. Duit tol dan minyak yang tinggi RM1500 setiap org. Setiap hari pengeluaran RM500 untuk pekerja pekerja yang perlukan tambang ke tempat kerja Selama sebulan dan total adalah sebanyak  RM6000.00. perbelanjaan minyak potong rumput sehari RM40. Perbelanjaan seperti barang barang keperluan , parang+pisau+cangkul+hose+mesin rumput dan macam RM5000.00. Baju safety RM500. Sewa skylift sepanjang tempoh kontrak yang saya sendiri tak ingat berapa total kos. Mungkin RM3000.00. duit advance gaji pekerja kerana tiada gaji pada cuti raya puasa RM2000.00 dan pelbagai kos advance lain yang bernilai RM3000.00. yang saya tidak boleh ingat semuanya disini. (malas nak bukak buku rekod lama) ini semua adalah kos remeh temeh selama sebulan sahaja. Tidak termasuk total kos yang kami telah keluarkan sepanjang penglibatan kami dari awal melobby hingga saat kami tarik diri. Ini tidak termasuk duit pinjaman peribadi oleh (rakan dunia maya)

Setelah kesempitan duit, saya, dan share partner telah merata mencuba mencari dana untuk cover segala kos. Saya telah berjumpa dengan ayah (rakan kongsi maya) yang sangat saya hormati dan baik hati. Saya telah jumpa beberapa org funder. Tetapi semua jawapan hampa kerana projek tidak begitu menguntungkan dengan nilai 161,000.00 dan jumlah orang seramai 180 org. gaji mereka sahaja dah mencecah 900 – 1000. Dan bagaimana pula dengan nilai kos2 lain.

setelah berputus asa, saya dan yus telah sebulat suara ingin melepaskan projek ini kerana kami tidak berdaya dan tidak mampu untuk menaggung kos bulanan yang terlalu banyak. Even, performance bond juga tidak dibayar seperti yang telah dijanjikan oleh rakan kongsi maya. Setelah bertekad untuk melepaskan projek ini. Kami telah dipelawa untuk berjumpa dengan CEO syarikat itu. CEO meminta kami untuk tidak melepaskan projek ini dan akan cuba membantu dari segi dana dan pelbagai bentuk pertolongan yang kami perlukan.Ceo syarikat telah mengeluarkan lebih kurang RM80,000.00 duit syarikat untuk keperluan mesin2 dan peralatan. Dan 10,000.00 adalah kos untuk perbelanjaan landscap.

Setelah satu penyelesaian selesai, kami menjadi lebih buntu kerana masalah tiada wang untuk membayar gaji pekerja.  Kebetulan ia jatuh pada hari raya puasa. Kami mendesak rakan kongsi kami supaya keluar untuk mencari dana kerana kami telah kebuntuan. Kami telah beberapa kali turun padang dan meminta maaf kepada pekerja akan kegagalan kami. Ada daripada mereka yang tidak makan nasi sudah beberapa hari da nada pula yang sudah dihalau dari rumah. Sebagai seorang majikan, kami tidak dapat gambarkan betapa luluhnya hati kami melihat situasi seperti ini. Mereka telah menjalankan kerja mereka dengan baik sehingga mendapat pujian. Tapi, kami pula telah gagal untuk melakukan part kami.  Setelah desakan demi desakan, akhirnya rakan kongsi maya kami telah membawa seorang yang dia kenal kan sebagai dato kepada kami.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2010 02:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by ctredzuan at 25-11-2010 01:24

Dengan harapan yang begitu menggunung, kami berharap dia dapat selesaikan masalah kami pada ketika itu. Kami berasa amat kecewa bila beliau juga tidak boleh menyelesaikan masalah kami dan kami berasa  tidak sedap hati. Kami besungguh sungguh melepaskan job ini dan tidak mahu terlibat langsung dalam apa2 yang berlaku selepas itu. Tapi, kami tetap menjalan kan tugas terakhir kami sebelum sebarang penyerahan tugas berlaku. General manager dan senior manager telah minta kami turun padang pada saat pembayaran gaji oleh pihak Main Contractor. Setelah itu, (rakan kongsi maya) sendirian menjalankan tugasan. Saya tidak terlibat apa2 lagi sehingga saya diberitahu oleh beliau sendiri, beliau telah menulis satu surat perlepasan syarikat.


Saya bertegas disini, sudah cukup sepanjang penglibatan saya sebagai moderator di bod usahawan ini. Saya tidak berminat untuk menjalin kan apa2 persahabatan lagi didunia maya kerana saya tidak namapak ketelusan hati dalam berkawan.  Tidak semua, tapi, segelintir. Kepada sesiapa yang memfitnah, cubalah dengar cerita dari kedua2 pihak. Untuk pihak saya, boleh berjumpa pekerja2 yang pernah bekerja dengan saya seramai 180 org. mereka lebih tahu cerita sebenar. Dan terutama sekali main con saya dan juga pihak Rapid kl sendiri.  semua kenal jika anda sebut nama.  di situ, anda akan tahu cerita sebenar. Sila stop bercerita yang bukan2.kan lebih elok kita menggunakan masa berniaga dari membuang masa create macam2 story. terima kasih dan supermod, sila delete id saya kerana saya tidak mahu membazir masa saya. Sekian dari saya. Semoga geng usahawan melayu terus maju dan stop memfitnah kerana ia umpama racun dan memakan diri sendiri. sekiannnn ;)
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2010 02:25 PM | Show all posts
huik

Elle...what happen?

ada perang sejuk lagi ke kat board ni?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2010 06:37 PM | Show all posts
pada 15 June 2010, elle, yus dan seorang rakan (yang baru rapat) dalamdunia maya telah sama sama dapat satu kontrak cleaning and landscapingdengan satu syarikat yang tersenarai dalam bursa saham. kontrakbernilai RM161,000 . performance bond sebanyak 193,000.00.
Jumlah orang yang harus kami supply adalah seramai 180 orang termasukequipment, chemical, scaffolding, escalator cleanstep, dan pelbagaijenis equipemnt lagi yang jumlahnya hampir mencecah 100,000.00.
elle_gogo Post at 20-11-2010 14:13


hmmmmmm... sedihnyer dengar bila jadi macam nie..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2010 07:09 PM | Show all posts
jgn salahkan alam maya kalau jadi mcm ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2010 07:28 PM | Show all posts
seperti juga perniagaan.. ada pasang surutnya.. begitu juga kehidupan..ada baik dan ujiannya
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 09:57 AM | Show all posts
look at the bright side.. the experience yang dapat tu is more valuable than the project... on the project part, takpelah rugi 5-6 bulan, dari rugi tanggung beban 2-3 tahun.

at least u know ur strenght. after all, life is short... so enjoy it while u can!!

bila dah lama in the industry, citer2 macam ni tak terperanjat pun..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2010 01:44 PM | Show all posts
look at the bright side.. the experience yang dapat tu is more valuable than the project... on the p ...
hazel23 Post at 22-11-2010 09:57



    akak... minat email... nak email soalan
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 02:49 PM | Show all posts
Reply 215# sinar_inspirasi

pm ajer le....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2010 11:48 PM | Show all posts
Reply 209# elle_gogo

nakal betul orang maya tu...

apa-apa pun, yang manis jangan terus ditelan, yang pahit jangan terus dibuang...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 10:01 PM | Show all posts
hehehe bod usahawan nie mmg betul bg effect kat perjalanan hidup aku...betul2 turning point..syukur lah turning tue  akhirnya sekali telah membawa perubahan yg sgt baik dan bermakna dlm hidup aku...make aku happy skang..

tak perlu ckp bayk... just nak kata

" WHAT U GIVE...U GET BACK"   ...

p/s: sila dalami betul2 maksud kata tersebut......
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2010 02:56 PM | Show all posts
to elle,
semoga tabah. Diharap ada sinar di luar sana.
Sila ambil langkah lebih berhati-hati, kerana secara offline pun kita masih tidak boleh kenal hati budi org.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2010 01:27 AM | Show all posts
Dengan harapan yang begitu menggunung, kami berharap dia dapat selesaikan masalah kami pada ketika i ...
elle_gogo Post at 20-11-2010 14:16



   elle, maaf lambat balas pm, kakct cuba utk call elle dr no. digi kakct, tp tak dpt2 pun.. huhu.. elle pakai no. yg baru tu, kan? hrp elle bersabar.. dan tenang dlm hadap semua ujian dalam umur semuda elle ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.317456 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list