|
perlu diingatkan! teknk geng2 yahudi nie ialah divide n conquer! sedar x sedar Malaysia nie pon dah didivide kan. tgk lah scene politik skang. even melayu sendiri dah berpuak2. Islam tidak mengajar politik benci-membenci. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang no 29 tu aku dgr cite, bukan stakat tampal setem je. Diorg siap berak, makan minum, tengok tv & tinggalkan spender kotor dalam almari komanden tu. Haha mmg geram betul komando kita tu
|
|
|
|
|
|
|
|
yg no 29 tu mcm nak tergelak plak baca..
mcm nak kate 'haha amik ko'.. ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Meremang bulu roma baca pasal tentera kita selamatkan tentera US di Mogadishu. Terus hilang ngantuk nk khatam thread :lol |
|
|
|
|
|
|
|
hyun posted on 30-9-2010 11:41 AM ![](static/image/common/back.gif)
info tambahan... utk pgetahuan semua komando malaysia xpenah jatuh dari no 4 terbaik dunia... macam ...
link....please
|
|
|
|
|
|
|
|
la ni lanun sulu plak ceroboh LD , mana pi SB , komando yg hebat bagai tu kampong sendirik pung takleh jaga
dah le tu takyah angkat bakul sendirik ![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
erm...thanks 4 sharing...![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
bagus info ni....![](static/image/smiley/onion/thumb.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
masa dok Gelang patah 6 tahun lepas , boleh katakan tiap2 malam aku dengar bunyi tembakan & jeritan askar2 sebelah sinun tengah training ke apa ke malam2 buta.Bunyi tembakan & jeritan dibawa angin terus ke apartment sewaanku ke di tingkat 20.
Mlm minggu pulak bunyi kereta atau superbike memecut melepasi tol LINK2 macam kambing lepas kandang... |
|
|
|
|
|
|
|
jkkkj posted on 29-7-2010 01:42 AM ![](static/image/common/back.gif)
Reply 1# B.K
Salah... ermm..
|
|
|
|
|
|
|
|
pasal cerita black hawk n pasar bakara tu memang betul.sebab masa aku degree dulu, pernah kena buat something mcm tesis berkenaan pengalaman
hidup dan kejayaan seseorang. group aku dh menemubual salah seorg anggota tentera kita yg terlibat dgn misi ni (malbat 2 under PBB)
kami rekod dan tulis semula apa yg diceritakan..memang best cerita dia..berserta bukti dan gambar lagi..
memang tentera kita yg menyelamatkan tentera US ensiden balck hawk tu tapi fakta dh diputar belit oleh US
dia kata tentera US sebenar x kuat mana pon kalau nak banding dengan tentera2 negara Asia.. PENAKUT SEBENARNYA1
diaorg hebat sebab senjata je..aku dah lupa byk pasal ni sebab group aku interview dia dlm tahun 2009 kalau x salah.
tapi yg best is group aku dapat A+ utk projek ni dan pujian dari prof.. ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wannoorazlina posted on 27-6-2013 04:46 PM ![](static/image/common/back.gif)
pasal cerita black hawk n pasar bakara tu memang betul.sebab masa aku degree dulu, pernah kena buat ...
nak dengar lebih lanjut bleh tak??? ![](static/image/smiley/onion/spot.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
RedClip posted on 2-7-2013 04:20 PM ![](static/image/common/back.gif)
nak dengar lebih lanjut bleh tak???
MALBAT 1 ( Kisah sebenar )
Sebenarnya sebelum kejadian berlaku pada pagi 3 Okt 1993, MALBAT 1 menerima arahan UNOSOM bagi menyediakan 1 platun mekanis untuk membantu sebuah kenderaan trup UAE yang terkena periuk api dijalan utama menuju ke New Port. Sebaik sahaja MALBAT melapor di markas UAE, Pegawai gerakan MALBAT telah menerima arahan pembatalan misi.
Pembatalan itu dibuat bagi membolehkan MALBAT membantu pihak yang lebih memerlukan bantuan. Misi baru tersebut adalah supaya 2 kompeni MALBAT diletakkan dibawah markas UNOSOM II bagi menyelamatkan Ranger A.S serta krew helicopter yang terlibat di kawasan kemalangan terbabit.
Ketua kompeni B telah diarahkan membawa baki kompeninya yang berada di kem MALBAT untuk bergabung dengan platun yang berada di New Port. Platun anti kereta kebal (AKK) menyertai kompeni B bergerak ke New Port. Di New Port dua kompeni mekanis kompeni A dan B dan platun AKK MALBAT itu telah bergabung dengan satu trup kereta kebal Pakistan dan 2 kompeni tentera A.S dari 2/14 Light Infantry Battalion dan satu kompeni Ranger yang dilengkapi kenderaan HMMWV. Gabungan ini dikenali sebagai UNOSOM II QRF.
Lt. Kol. William C David, Pegawai memerintah 2/14 Light Infantry Battalion adalah ketua kumpulan QRF sementara komander keseluruhan misi adalah Kol. Lawrence E Casper. Semua anggota raifal MALBAT diarah keluar dari kenderaan KPA (Kenderaan Pengangkutan Anggota) kecuali pegawai, Juru Radio, Pemandu dan pengendali GPMG belakang bagi membolehkan tentera A.S menaiki kenderaan ini. Mereka yang keluar dari kenderaan tidak terlibat dalam misi tetapi sebaliknya dibawa pulang ke kem MALBAT dengan selamat pada jam 10.30 pagi. Konvoi yang membawa mereka pulang ke kem MALBAT terdiri daripada 3 pegawai, 22 anggota LLP (Lain-lain pangkat), 5 buah KPA dan 10 buah lori 3 tan diketuai ajutan Teknik Rejimen MALBAT 1. Kumpulan ini adalah pasukan simpanan Aselon MALBAT yang menyediakan bantuan sekiranya diperlukan.
Operasi ini melibatkan 113 anggota MALBAT termasuk 11 pegawai, 34 buah KPA (28 buah KPA GPMG kembar dan 6 buah KPA Oerlikon 20 mm) Perancang utama misi menyelamat MALBAT ialah Mej. Mohd Arif Hj. Shafie. Mengikut maklumatyang diterima daripada Col. Lawrence E Casper terdapat 70 anggota Ranger A.S terperangkap di lokasi 2 helikopter Black Hawk yang terhempas dimana jurutebangnya telah disyaki telah dibunuh. Mengikut konsep operasi C kompeni 2/14 Light Infantry Battalion dikenali sebagai Combat Team Alpha menaiki KPA kompeni A MALBAT dan dikenali sebagai Combat Team Charlie. Anggota Ranger A.S dikenali sebagai Combat Team Bravo menaiki HMMWV . Mereka telah menggunakan laluan New Port-Strong Point 77 untuk menyusup masuk ke lokasi anggota terperangkap menggunakan via (jalan) Roma, Strong Point 69 menerusi via Jeneral Daud dan Strong Point 207 sebelum melalui National Street.
Kesemua combat team akan berpecah menuju ke sasaran masing-masing. Laluan pengunduran adalah menuju ke Stadium Mogadishu yang diduduki tentera Pakistan. Semasa pergerakan dari New Port ke lokasi sasaran trup kereta kebal Pakistan mendahului pergerakan ke sasaran diikuti ketiga-tiga combat team Alpha, Bravo dan Charlie. Peranan combat team Alpha adalah untuk menyelamatkan krew Black Hawk dan 70 anggota Ranger yang terperangkap di lokasi yang sebagai objektif 1 (Grid 363256) Combat team Charlie berperanan menyelamat 5 orang krew Black Hawk yang terhempas di objektif 2 (Grid 365263). Combat team Bravo berperanan sebagai pasukan simpanan hanya untuk digerakkan membantu team Alpha dan Charlie jika perlu.
Semasa menuju ke tempat sasaran pada jam 11.25 malam B kompeni mendahului konvoi bergerak dari New Port dengan 2 buah kereta kebal Pakistan. Bagaimanapun semasa tiba di Strong Point 69, Trup kereta kebal Pakistan menarik diri dengan alasan Markas Batalion mengarahkan mereka supaya tidak meneruskan misi tersebut. Selain itu mereka turut mendakwa senjata utama kereta kebal mengalami kerosakkan teknikal dan mereka juga tidak dibekalkan alat pandang malam. Menyedari kejadian tersebut, Combat Team Alpha diarah oleh Lt. Kol. David memintas trup kereta kebal Pakistan namun platun 2 combat team alpha terpaksa juga meneruskan misi.
Walaupun menyedari keadaan semakin genting dan mereka bakal menghadapi serangan hendap dari militia pada bila-bila masa , unit MALBAT bertekad meneruskan misi menyelamat anggota Ranger tanpa kehadiran kereta kebal Pakistan.(Sebelumnya pihak Pakistan telah kehilangan 24 orang tentera Pakistan dan 50 orang cedera akibat dari serangan hendap oleh militia Aidid).
Selepas melepasi strong point 69 pergerakan menjadi semakin sukar lebih-lebih lagi tanpa bantuan tembakan perlindungan kereta kebal. Keadaan tersebut menyebabkan pergerakan semakin perlahan dengan kenderaan platun 2 Alpha terpaksa bergerak secara taktikal dalam suasana gelap yang hanya dibantu cahaya lampu kenderaan. Pada jam
2:40 pagi pergerakan menjadi semakin perlahan setelah konvoi menghampiri strong point 207 lantas menghadapi serangan kencang dari militia Somalia. Bagaimanapun kedua-dua combat team mengambil keputusan berpecah sebaik sahaja tiba di Shalawi Street berhampiran strong point 207. Semasa kompeni A tiba di strong point 207 mereka telah diserang bertalu-talu dengan tembakan pelbagai jenis senjata dari pelbagai sudut.
Bagaimanapun aktiviti musuh dapat dimusnahkan dengan bantuan helicopter penyerang. Semasa tiba dilokasi sasaran, Ranger A.S yang menaiki KPA MALBAT turun daripada kenderaan untuk mara menyelamatkan rakan mereka yang terperangkap sementara KPA MALBAT memberi bantuan tembakan perlindungan. Dalam pertempuran sengit itu sebuah kenderaan platun 2, kompeni A yang menghampiri kawasan sasaran dibedil dengan RPG dari arah hadapan sehingga menembusi cermin APC condor 4X4. Kejadian jam 3:30 pagi itu telah mengorbankan Pbt. Mat Aznan, Sebaliknya serangan yang dihadapi kompeni B tidak sehebat kompeni A.
Pada jam 4:30 pagi keadaan pertempuran semakin sengit, ketua kompeni MALBAT melaporkan 2 buah KPA kompeni A mengalami kerosakan. Keputusan diambil untuk meninggalkan kenderaan tersebut dan berudur dari lokasi sasaran pada 5:30 pagi setelah mendapati semua ranger A.S selamat menaiki KPA. 2 buah KPA dari kompeni B turut rosak akibat dibedil RPG pada pukul 4:30 pagi. Kompeni B diarah berundur bersama anggota ranger A.S yang terperangkap. Perintah berundur turut diberikan kepada kompeni A. Setelah semua kompeni telah selamat keluar, MALBAT mengarahkan helicopter penyerang memusnahkan keempat-empat KPA bagi mengelakkan senjata dari dirampas pihak militia.
Kompeni A berundur menuju stadium Mogadishu dan tiba pada 5:45 pagi manakala kompeni B pada 6:40 pagi. Dalam pertempuran tersebut, 4 KPA MALBAT telah binasa di tempat sasaran (3 buah KPA twin GPMG dengan nombor pendaftaran ZA 9340, ZA 9341 dan ZA 9467 dan sebuah KPA meriam oerlikom 20 mm nombor pendaftaran ZA 9582). Pertempuran telah mengakibatkan 1 anggota MALBAT terkorban dan 9 cedera. Korban dikalangan militia pula adalah seramai 300 orang dan 500 cedera.
Kerajaan dan rakyat A.S telah tersentak dengan angka korban tenteranya di Somalia (Angka korban kedua terbesar setelah berakhirnya perang Vietnam). Angka ini telah menyumbang secara lansung kepada pengunduran A.S di Somalia secara tergesa-gesa dan ini sudah tentu menyebabkan pihak berkuasa politik dan tentera A.S tidak berpuas hati dengan rekod prestasinya. Maka timbul lah sekali lagi sindrom ‘RAMBO’ dikalangan karyawan Hollywood yang telah menghasilkan filem ‘Black Hawk Down. Namun hakikatnya apa yang diceritakan menerusi filem tersebut adalah fakta yang sudah diputar belit dari fakta sebenar.
A.S yang sepatutnya berperanan menyalurkan bantuan kemanusiaan telah bertindak campur tangan dalam operasi militari yang akhirnya telah melumpuhkan pasukan tenteranya sendiri. BLACK HAWK DOWN merupakan percubaan mengaburkan mata dunia menerusi “silap mata” spin doctor Hollywood supaya kekalahan dapat diberi ilusi kemenangan.
RINGKASAN CERITA INI - Pada 3 Oktober 1993, satu tragedi yang dinamakan “TRAGEDI BAKARA MARKET” telah menjadi satu lipatan sejarah negara dimana anggota pasukan keselamatan kita yang berada dibawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah bertempur di Bakara Market, Mogadishu, Somalia bagi menyelamatkan anggota US Rangers dan juruterbang helikopter Black Hawk. Dalam misi tersebut seorang anggota kita iaitu Pbt Mat Aznan telah terkorban.
Sehingga hari ini rakyat Malaysia telah dihidangkan dengan propaganda US dalam filem “THE BLACK HAWK DOWN” sehingga kita sendiri tidak percaya akan kemampuan dan semangat pasukan keselamatan kita. Dengan ini aku paparkan cerita sebenar daripada wira-wira kita yang telah bermati-matian untuk menyelamatkan anggota mereka yang terkepung dari ancaman puak bertelagah di Somalia buat tatapan semua. Al-Fatihah buat Allahyarham Pbt. Mat Aznan.
Cerita Pengalaman Mereka...
![](http://1.bp.blogspot.com/_PCsTXGc1Mho/TTB0ZorJjDI/AAAAAAAAAK8/DvGGix6fuFU/s1600/blackhdown.jpg)
![](http://1.bp.blogspot.com/_PCsTXGc1Mho/TTB0DeMOFmI/AAAAAAAAAKo/NkxXXjWwAQs/s1600/bhd2.jpg)
![](http://2.bp.blogspot.com/_PCsTXGc1Mho/TTB0Gqlcu7I/AAAAAAAAAKs/Cg4urpt_0As/s1600/bhd3.jpg)
![](http://3.bp.blogspot.com/_PCsTXGc1Mho/TTB0JwxQ1VI/AAAAAAAAAKw/1h-ONuWRff4/s1600/bhd4.jpg)
![](http://2.bp.blogspot.com/_PCsTXGc1Mho/TTB0Nc3PxxI/AAAAAAAAAK0/bqg86GpjCKE/s1600/bhd5.jpg)
![](http://malaysianreview.com/wp-content/uploads/2013/04/komando-ggk-somalia.jpg)
I remember Malaysia army in Bakara Somalia. They got recognition by US Rangers for saving them in a mission on their way to rescue US Rangers, Malaysian APC were ambushed by somalians but they continue fighting until morning for more than 6 hours straight. Malaysian battalion were chosen by US rangers because their readiness and mobility within 2 hours will be ready/available in 6 hours noticed. Where is Pakistan battalion on that time. Where she go on that time somalians ambushed. Pakistan battalion run away stop and return back stay in the borders ( Green Zon ).What happened to Pakistan battalion she only one knows why. UN Peacekeeping Force Rescue Operation
FORCES UNOSOM II SOMALIA.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
29. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk lalu menampal setem malaysia pada setiap peluru berpandu , meja officer dan menukar bendera singapore dgn bendera malaysia pada meja pegawai tinggi . tujuannye kerana mbalas dendam kerana jet singapore sering ceroboh ruang udara johor.. mereka mlakukan tugas itu 1 hari je tanpa d kesan. kakitangan komplek pertahanan singapore yg trlibat telah d pecat kerana insiden it
- epic troll |
|
|
|
|
|
|
|
RedClip posted on 2-7-2013 04:20 PM ![](static/image/common/back.gif)
nak dengar lebih lanjut bleh tak???
aku nak kena cari balik le copy tesis aku tu
insyaallah, klu ada aku bg ko copy tu..
aku try da best utk dptkan...
sebab external hard disk aku kena curi masa proses kemas2 barang time final year Last edited by wannoorazlina on 3-7-2013 12:16 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
fakta yg no. 6 tuh saya tau.. sebab mase tgk citer ni asben duk sibuk kata sebenarnye Tentera Malaysia la Hero dlm cerita ni. ape-ape pun... semua info sgt berguna. thanks.. |
|
|
|
|
|
|
|
itu la kadang2 aku tak paham mangkuk2 yg memperkecilkan keupayaan tentera kita, mmg betul, ada ranks yg main politics, tapi most of them are capable of acting should the nations need it. and pada yg tak berapa nak cerdik tanya apsal komando2 kita tak masuk lahad datu awal2, tolong diam je lah, sbb ada banyak faktor, mostly sbb kita tanak bg message to international community yg suluks nih international threat, cuma sekadar nak tunjuk yg depa nih penjenayah je. tapi tak dinafikan, kalo komando kita masuk, takder la suluks nih stand trial mcm hari nih. |
|
|
|
|
|
|
|
bangga jd anak pesara tentera ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|