CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V171'

 Close [Copy link]
Post time 13-12-2022 01:40 PM | Show all posts
Episod hujan berterusan mulai 17 Disember ini

Noor Hidayah Tanzizi
[email protected]



GAMBAR hiasan. FOTO MIKAIL ONG




Kuala Lumpur: Hujan yang sedang berlaku di Pantai Timur ketika ini bukan hujan berterusan tetapi hujan biasa yang tidak berpanjangan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, episod hujan berterusan di Pantai Timur sudah berakhir, semalam.

"Hujan yang sedang berlaku di Pantai Timur ketika ini bukan hujan berterusan tetapi adalah hujan biasa.

"METMalaysia menjangkakan episod hujan berterusan seterusnya akan bermula pada 17 Disember ini," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di kawasan perairan Pahang, Terengganu dan Kelantan sehingga Khamis, 15 Disember ini.

Menurutnya, angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer per jam (km/j) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (m) dijangka di kawasan perairan berkenaan yang berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

"Kenaikan paras air laut dijangka di kawasan perairan berkenaan sehingga tarikh sama Khamis dan berisiko kepada limpahan air laut di pesisir pantai," katanya.

Muhammad Helmi berkata, untuk perkapalan, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga, kedua dan pertama dikeluarkan untuk beberapa perairan juga sehingga 15 Disember ini.

Katanya, amaran kategori ketiga, angin kencang timur laut melebihi 60 km/j dengan ombak setinggi melebihi 4.5m dijangka di kawasan perairan timur Condore dan barat laut Reef North.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

"Amaran kategori kedua, angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 km/j dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5m dijangka di kawasan perairan barat Condore, timur laut dan barat daya Reef North.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri," katanya.

Manakala, amaran kategori pertama iaitu angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 km/j dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5m dijangka di kawasan perairan selatan Samui, Tioman, utara Bunguran, tenggara Reef North, utara Reef South, Layang-Layang dan barat Palawan.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut," katanya.


Disiarkan pada: Disember 13, 2022 @ 1:27pm




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2022 02:17 PM | Show all posts
langit masih lg mendung
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 02:34 PM | Show all posts
Siasat penganjur fun-fair, ketatkan undang-undang pelesenan



Fadhilah Mazlan
[email protected]



Lokasi mesin permainan yang ditutup selepas berlaku kemalangan yang mencederakan tiga pengunjung di Bandar Puncak Alam. FOTO AMIRUL AIMAN HAMSUDDIN




Kuala Lumpur: Pihak berkuasa harus segera mengetatkan undang-undang pelesenan dan siasat tapak pesta ria (fun-fair) terutama membabitkan insiden kemalangan di Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam di Selangor, yang didapati beroperasi tanpa lesen, malam tadi.

Insiden itu membabitkan kemalangan seorang kanak-kanak dan dua orang dewasa yang cedera selepas terjatuh dari permainan 'Sotong Ride' di tapak pesta ria itu.

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye berkata, masalah berlaku di tapak pesta ria itu membabitkan kemalangan adalah isu sangat serius dan perlu diberi perhatian berat oleh pihak berkuasa.

"Ini bukan satu isu yang baharu, beberapa tahun lalu juga perkara seperti ini pernah berlaku, fun-fair ialah tempat yang membabitkan peralatan mesin (boleh berlaku risiko kemalangan), sampai bila sejarah sama harus berulang.

"Saya berpendapat, pengusaha fun-fair wajib mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan yang memberi dan mengeluarkan lesen untuk ia diadakan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau turut meminta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) membuat pemeriksaan ketat terhadap penganjur tapak pesta ria terbabit, terutama membabitkan penggunaan mesin ataupun peralatan permainan yang boleh mendatangkan risiko kemalangan.

"Akibat kejadian ini saya sendiri tidak tahu bagaimana mereka mendapat kelulusan untuk membuka fun-fair di Puncak Alam.

"Saya berharap perkara ini menjadi iktibar kepada pengurus fun-fair yang lain. Fun-fair ialah tempat yang digemari keluarga dan terutamanya kanak-kanak.

"Oleh itu, saya cadangkan undang-undang berkaitan pengelolaan pusat fun-fair dikaji semula dan diperketatkan agar insiden seperti ini tidak akan berulang pada masa akan datang.

"Ini satu perkara (kemalangan) boleh dielakkan sekiranya pihak berkuasa mengetatkan syarat-syarat dan undang-undang pelesenan serta membuat siasatan sebelum lesen itu diluluskan," katanya.


Disiarkan pada: Disember 13, 2022 @ 2:23pm





Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 02:35 PM | Show all posts
lama giler tak pegi fun fair
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 02:35 PM | Show all posts
lebih 20 thn rasanya tak pegi
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 02:35 PM | Show all posts
mcm buang duit pun ya pegi tmpt mcm ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2022 02:36 PM | Show all posts
tak tau lah
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 02:36 PM | Show all posts
ada sesetengah org suka pegi tmpt2 hiburan mcm ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2022 02:57 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 13-12-2022 11:56 AM
sini belum hujan.
masih mendung.
gerenti baju tak kering arini.

skrg sy keringkan baru dlm rumah guna kipas

kalau jemur luar kena tempias hujan - rugi je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2022 03:52 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 12-12-2022 05:01 PM
mmg betul. ramai yg sengaja lambat byr sb charge dah naik tak sepadan dgn servis derang.
zura a ...




memang lah bila penduduk rasa dengan perkhidmatan yg pihak maintenance beri berbanding dengna yuran yg dikenakan, tidak berbaloi
pasak tu mereka pun tak nak bayar lagi yuran tu


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2022 03:52 PM | Show all posts

sabar itu separuh dari iman





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2022 03:53 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 12-12-2022 05:03 PM
masa ptg matt tak try masuk.
zura dpt masuk waktu ptg.

matt try masuk juga petang
mungkin masa tu memang tak boleh lagi kot


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2022 03:54 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 12-12-2022 05:04 PM
setiap kita pasti diuji cuma cara yg berbeza.

betul tu
setiap orang tak sama ujiannya




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2022 03:55 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 12-12-2022 08:16 PM
semua mls nk bergerak
itu cancel trs

itu lah sepatutnya
padan muka mereka, malas sangat nak bergerak
hehehee


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2022 03:56 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 12-12-2022 08:16 PM
td boss bg arahan srh buat stock count dkt warehousemenyshkan semua org je

jadi nov pun kena turun melawat warehouse juga lah
alaa kesiannnya


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2022 03:57 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 12-12-2022 08:17 PM
kira timur sm mcm utara la klu mcm tu

sama lah kot
kita geng
hehe


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-12-2022 03:59 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 12-12-2022 08:17 PM
mcm matt suka layan movie genre ape

biasa matt suka genre komedi
nov plak?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2022 04:18 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 12-12-2022 08:18 PM
itu la kita hormat org
tp kdg2 org x tau hormat kita

itu kita tak boleh nak kata apa lah
yang penting kita hormat orang
org lain tu kita tak boleh nak paksa dia utk hormatkan kita


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2022 04:30 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 12-12-2022 08:19 PM
td ms blk kj pun hjn
tp dah smpi rmh sejuk pun kn mandi




biasalah sekarang musim hujan
tak tentu hujannya
betul sekarang cuaca sejuk, nak mandi pun sejuk

ooo nak jumpa member nov


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2022 04:31 PM | Show all posts

tapi sekarang musim hujan
tengahari masih panas lagi?
atau memang hari tu cuaca panas?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.138705 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list