CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V174'

[Copy link]
Post time 6-1-2023 03:59 PM | Show all posts
Akhirnya Syamsul Yusof mengaku dah bernikah dengan Ira Kazar

Syafil Syazwan Jefri
[email protected]



Syamsul kini sah bergelar suami Ira.




Kuala Lumpur : Pengarah popular, Syamsul Yusof, 39, akhirnya mengesahkan dia sudah bernikah dengan wanita pilihannya, Ira Kazar, hari ini.

Syamsul berkongsi berita itu menerusi video di Instagram, hari ini.

Syamsul berkata, pernikahan itu berlangsung di Thailand dan berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.

"Saya sudah bernikah secara sah dengan Ira yang berwalikan ayah dia sendiri di Thailand. Ada sebab ia dilangsungkan di sini bagi memudahkan beberapa perkara. Perkahwinan ini juga sudah didaftarkan," katanya menerusi video itu.

Difahamkan, Syamsul kini berada di Thailand.

Syamsul turut menjelaskan Puteri Sarah masih lagi isterinya yang sah.


Majlis akad nikah Syamsul dan Ira berwalikan bapa Ira, Kazar Saisi.

"Kepada Puteri Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak. Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik.

"Apa saja kita berbincang di rumah tanpa perlu mengaibkan saya.Terus-terang, bawa anak-anak ke sana sini tanpa keizinan suami, sedangkan saya masih suami awak. Saya tak nak cakap lebih, fikir-fikirkanlah," katanya.

Syamsul berkata, dia juga tidak berniat membelakangkan keluarganya.

"Tak pernah terlintas membelakangkan keluarga, Saya harap doa yang baik-baik dari ibu bapa, adik-beradik dan keluarga.

"Saya berdoa keputusan yang saya buat dirahmati, dilindungi Allah daripada segala fitnah, hasad dengki dan niat jahat.

"Paling penting, saya mengharapkan doa terbaik. Saya bukan manusia sempurna, ada masanya melakukan kesilapan," katanya.


Disiarkan pada: Januari 6, 2023 @ 3:46pm




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2023 04:00 PM | Show all posts
  

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 04:00 PM | Show all posts
sabar je la  
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 04:01 PM | Show all posts
klu dr awal ko mengaku kan senang
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 04:01 PM | Show all posts
seronoklah si penyondol...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 04:02 PM | Show all posts
ko ingat sesenang mcm tu PS nk balik rumah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2023 04:03 PM | Show all posts
apalah perasaan mak dia baca berita mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 04:03 PM | Show all posts
tengok muka penyondol tu pun nmpk muka rempit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2023 04:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 04:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 04:50 PM | Show all posts
dah azan asar kt sini
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 04:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 04:56 PM | Show all posts
'Tahniah akhirnya mengaku, selepas dah berbulan nikah di Thailand, kan?' - Puteri Sarah

]Najiy Jefri
[email protected]



PUTERI Sarah.




Kuala Lumpur: Isteri pertama pengarah, Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana secara sinis mengucapkan tahniah buat suaminya yang bernikah lagi satu dengan Ira Kazar, di Thailand, hari ini.

Puteri Sarah menerusi hantaran di Instagram Story turut mendakwa Syamsul sudah melangsungkan pernikahan beberapa bulan lalu di Thailand.

"Tahniah sebab akhirnya mengaku dan berdaftar selepas dah berbulan nikah di Thailand kan," katanya.

Dalam hantaran yang sama, Puteri Sarah turut tidak menyangka apabila suaminya itu sanggup menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku.

"Anda menjadikan apa yang berlaku ini atas kesalahan saya. Okey, tunggu saya tengah 'shooting' (penggambaran) sekejap. Sekejap lagi saya buat video. Tunggu ya," tulisnya.

Terdahulu, Syamsul membuat pengakuan menerusi video di Instagram mengesahkan dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand, hari ini.

Syamsul berkata, pernikahan itu berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.

Dalam video itu, Syamsul turut menjelaskan Puteri Sarah masih lagi isterinya yang sah dan memohon Puteri Sarah pulang ke rumah dan berbincang dengannya.

Menurut Syamsul, dia mahu berbincang dengan Puteri Sarah mengenai masalah mereka dan tidak mahu ia dihebahkan di media sosial seperti sebelum ini.

"Pulanglah dan bawa kembali anak-anak kita. Apa-apa masalah, kita bincang di rumah, selesaikan tanpa perlu dihebahkan (dan) mengaibkan saya. Saya masih suami awak.

"Sudah-sudahlah bawa anak ke sana, ke mari tanpa minta keizinan suami. Saya masih suami," katanya.


Disiarkan pada: Januari 6, 2023 @ 4:28p





Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 04:56 PM | Show all posts
laki bini bergasak kt public
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 04:57 PM | Show all posts
tak tau nk kata apa
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 04:57 PM | Show all posts
cuma simpati kt PS
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2023 05:12 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 06:10 PM | Show all posts
Kenapa simpan rahsia empat tahun? - Yusof Haslam

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin - Januari 6, 2023 @ 5:34pm  [email protected]




Yusof berharap Syamsul tidak lupa tanggungjawabnya sebagai bapa kepada dua anaknya.




KUALA LUMPUR: Produser terkenal, Datuk Yusof Haslam mendakwa hanya tahu anaknya, Syamsul Yusof sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand, hari ini, selepas dimaklumkan seorang rakan.

Yusof mendakwa, tidak tahu menahu mengenai pernikahan Syamsul dengan isteri keduanya itu, namun, yakin anaknya sudah cukup dewasa untuk menentukan baik dan buruk sesuatu perkara.

Bagaimanapun, Yusof kesal dengan tindakan Syamsul yang menyembunyikan perkara itu terlalu lama serta tidak berterus terang daripada awal tercetusnya kemelut rumah tangga denyan menantunya, Puteri Sarah Liyana.

"Sebagai bapa, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk anak dan menantu saya, Sarah.

"Saya yakin mana-mana ibu bapa akan melakukan perkara serupa.

"Cuma, saya sedikit kesal kenapa dia simpan rahsia itu terlalu lama sampai empat tahun? Kenapa tidak berterus terang dari awal kepada isterinya?

"Jadi, tidaklah dia menyeksa hati dan perasaan Sarah serta melukakan hati banyak orang.

"Saya tidak boleh cakap apa lagi kerana benda (pernikahan) pun sudah berlaku. Bagi saya, jika dia berterus terang lebih awal, masalah dapat diselesaikan dengan cepat.

"Tidaklah berpanjangan diperkatakan masyarakat, sehinggakan Sarah menjadi mangsa kutukan apabila dikatakan cuba membuka aib suami," katanya kepada BH Online.



Sebagai bapa, Yusof hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk anak dan menantu, Sarah.
Walau apapun berlaku, Yusof berkata, sebagai bapa, dia tidak pernah berdendam terhadap anaknya, malah, sebesar zarah sekali pun dia tidak akan membenci atau memboikot Syamsul.

"Saya perlu terima kerana ini soal qada dan qadar dari Allah. Cuma, saya berharap Sarah tabah dalam menghadapi ujian ini.

"Bagi saya, Sarah ada hak untuk buat apa yang dirasakan betul kerana sebagai isteri, dia yang menanggung perit getir itu.

"Namun, saya ingin berpesan kepada Syamsul agar dia tidak lupa tanggungjawabnya sebagai bapa kepada dua anaknya.

"Seandainya terjadi sesuatu kepada rumah tangga dia dan Sarah, saya mohon dia tetap jalankan tanggungjawab memberi nafkah," katanya.





Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 06:11 PM | Show all posts
gigih pulak menepek beri retis arini
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 06:11 PM | Show all posts
lps ni mak sol la kot keluar statement
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.203737 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list