Mas916 posted on 25-10-2012 09:04 AM
saya masa kat Mina, jemaah2 sepetak, sampai ingat saya ni sombong. Mmg tak byk cakap punya....bada ...
kalau yg demam tu fahamlah juga. ini sihat sangat orangnya sampaikan kalau dia gelak satu khemah boleh dengar hehe. tapi saya betul2 respect kat Dato' Daud Che Ngah masa tu. walaupun dia demam sejak kat Muzdhalifah lagi, tido atas laluan orang sampaikan ada jemaah yg tersepak dia, bila kat Mina dia yg uruskan utk cari tempat tido utk jemaah dia yg takde tempat macam saya. bila semua dah ada tempat (masa tu saya dgn 2 org lagi dah masuk khemah stor makanan), dia masuklah salah satu khemah tapi tido kat tengah2 laluan. maknanya kiri kanan dia kaki jemaah lain.
Assalamua'alaikum wbr wbt tuan puan forumer bebenang ni..
Memandangkan malam ni, Jemaah haji kita akan berwukuf (jam 8.00 malam lebih), saya dengan ini ingin mengucapkan selamat hari raya Aidiladha buat tuan puan sekalian. Semoga kedatangan hari Raya Qurban ini menjadikan kita sebagai insan yang lebih kuat iman dan akidah, lebih baik dan lebih disenangi oleh orang lain, marilah kita sama-sama berdoa agar ibadah umrah dan ibadah haji yang kita lakukan sebelum ini diterima Allah swt.
Mohon maaf sekiranya terkasar bahasa, maklumat yang tidak tepat dan kurang jelas saya berforum..bagi yang balik kampung..drive carefully, bagi yang membuat ibadah korban, selamat berkorban (betul ke ayat ni..)..
Pada yang tak balik kampung macam saya ni..huhuhu..tetap saya nak ucapkan selamat hari raya Aidiladha..
Wassalam. Nanti lepas hari raya haji kita sambung berforum, insyaAllah.
haji_one posted on 25-10-2012 02:50 PM
Assalamua'alaikum wbr wbt tuan puan forumer bebenang ni..
Memandangkan malam ni, Jemaah haji kita ...
Saya juga ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha kpd haji1 dan semua peminat tegar benang ini.
Moga semua jemaah haji kita dan jemaah haji seluruh dunia selamat menunaikan ibadah haji, mudah2an
semuanya dipermudahkan oleh Allah swt. Amin...
Ada new info, baru je tadi keluar email utk staff TH, khutbah arafah secara langsung boleh dilihat di TV al Hijrah jam 5 petang. So, kalau khutbah arafah jam 5 petang, bermakna dah masuk la waktu wukufkan?
jam 5 petang kita, bersamaan dengan jam 12.00 tengahari (dlm waktu zohor di Arafah), waktu di Malaysia adalah 5 jam cepat compare di Arab Saudi..so, lepas jam 5 petang ni, masuk la waktu wukuf di sana...
JuanM posted on 24-10-2012 04:57 PM
Saja nak buat pembetulan.Maklumat nipun Juan dapat tahu dari org TH.Tak semua pakej Haji swasta da ...
Assalam JuanM...
Terima kasih di atas pembetulan... Akak pulak ya-ya ja ingat semua khemah di Mina buat jemaah dari Malaysia sama. Ya tak ya, lain pengurusan muasassahnya, lainlah pulak persediaannya ya...
haji_one posted on 25-10-2012 08:04 AM
Hehehehe..memula sekali, memang saya kena minta maaf la kalau pengumuman tu dibuat dan ianya sedik ...
Assalam @haji_one
Terima kasih di atas penerangan panjang lebar tentang ke"terpaksaan" membuat pengumuman berulang2 sewaktu di Arafah. Akak faham sebenarnya, memang perlu berbuat demikian... hanya terpikir kot2 ada cara/masa yang "lebih baik"... itu sahaja. Terima kasih juga di atas kesudian untuk menengahkan perkara ini ke pihak yang berkuasa jika ada peluang..
Di sini akak nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Aidiladha kepada @haji_one dan family dan semua forummer di sini.. Kepada yang berpuasa pada siang tadi, taqabal Allahu minna wa minkum.
aziefa posted on 25-10-2012 09:21 PM
Assalamualaikum Has..
Teringat kenangan Haji ye..
Boleh tak pm kat Akak no hp Has..saja je..
Waalaikumsalam kak
ok. Saya pm ya. Sekarang juga
banyaknya kenangan di sana.
Dan pagi tadi pun ustazah pembimbing kami SMS saya. Terharu kerana dia masih ingat pada saya.