HIDANGAN makan malam memang menyelerakan sekali. Aku sendiri tanpa segan makan lebih dari biasa. Yani turut sama makan bersama kami biarpun sepanjang makan, dia cuba menghindarkan dirinya dari berbual denganku. Apa silapku yang sebenar, aku sendiri kurang pasti.
''Adik you macam diam dengan I, kenapa?'' Aku memberanikan diri bertanyakan dari Zainal ketika kami di dalam bilik. Hari sudah larut malam. Suasana begitu hening sekali. Aku merenung ke arah kelambu yang menutup seluruh katil kami. Inilah kali pertama dalam sejarah hidupku tidur di bawah kelambu seperti ini.
''Tak adalah,'' jawab Zainal. Dia menarik tubuhku ke tubuhnya. Rasa selesa bila dihimpit rasa tubuh yang tegap dan sasa itu dalam keadaan bilik yang sedikit dingin. Malah mungkin lebih selesa dari kali pertama kami berkahwin ketika di UK dahulu.
''Tapi dia seolah-olah menjauhkan dirinya daripada I sejak kita sampai,'' tekanku lagi, tapi suaraku tetap perlahan. Aku tidak mahu perbualan kami didengar oleh orang lain.
''You fikirkan sangat tentang dia.''
''Tak percaya, sudahlah. Tapi I tahu dia tak mahu cakap dengan I,'' tegasku lagi.
Zainal mengeluh. ''Mungkin mood dia tak kena hari ni,'' pujuk Zainal.
Aku diam.
''Marahlah tu?''
Aku diam lagi.
''Kay?'' ujar Zainal lembut.
''Apa dia?''
Zainal ketawa. ''You ni kadang-kadang luculah.''
''Apa yang lucunya?'' Aku mengerut kening, hairan.
Zainal terus ketawa. Dan aku enggan berkata lagi. Pelukannya semakin erat dan aku terus lena dalam dakapannya sehingga pagi.
uols ni kain kemban batik jawa ke batik samarinda...kalau samarinda licin skit mmg lama la nak ikatnya.... agaknya kalu buat pertandingan ratu kemban tepi sungai tu ok jugak ....pastu pakat terjun sungai