CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: RatuDunia94

Dato' AC Mizal Kini Miliki Kapal Terbang Sendiri : Gambar [PG : 3,4,5]

[Copy link]
Post time 12-6-2013 08:29 PM | Show all posts
Parit.Hilton posted on 11-6-2013 06:12 PM
okey sini aku explain.

pesawat airasia yg ada logo Mface tu bukan AC punya. Benda tu dipanggil li ...


akupun pikir mcm ni dr mula lagi..strategy perniagaan ni pelbagai..x semestiny we have to own it.
ni marketing strategy utk MFace sbb mface tu lah master product dia..diorg nk boom kan mface ke pengetahuan umum.
tu kan social network..social network ni klau berjaya keuntungnnya beribu kali ganda....klau mface popular spt social network lain spt fb,my space..company ni earn most from pengiklanan or "ads".makin ramai org sign up mkin byk org bisnes kat sana makin byk la. ads..boleh untung billions

satu lg mcm yg uols ckp mface ni owner dia org lain..AC cuma president juga duta sbb owner dia tau org melayu antara yg pling suka sign up akaun di social network that's why dia pkai nama melayu..malay juga pling hebat buat bisnes online..so dorg akn maximize kegunaan mface..company jugak yg dpt faedah..

dulu AC bekejar sana sini nk promote mface dgn artis terutama indonesian sbb artis penarik utama utk public sign up..Indonesia port pertama mrk sbb org melayu pling ramai & indon jugak pakar bisnes online & suka buat marketing online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2013 08:33 PM | Show all posts
DENGAN kehadiran lebih dua ribu orang tetamu, laman sosial pertama ciptaan anak tempatan yang diberi nama MFace sudah mula mengorak langkah apabila kali pertama diperkenalkan di negara jiran Indonesia.

Kini laman sosial tersebut boleh diakses di Indonesia setelah MFace secara rasminya dilancarkan pada 19 Oktober lalu di Hotel Shangrila, Jakarta oleh presidennya, Datuk AC Mizal.

Pelancaran ini menjadi satu lembaran baru kepada syarikat tersebut untuk mengorak langkah ke arah memperkenalkan laman sosial tersebut kepada penduduk di negara terbesar Asia Tenggara itu.

Bagi AC Mizal, sambutan yang ditunjukkan oleh rakyat di Indonesia ini cukup menggalakkan dan ini adalah satu perkara di luar jangkaan.

"Sejak hari pertama sampai di sini, saya cukup terkejut dengan sambutan yang ditunjukkan oleh rakyat negara ini terutamanya penduduk di Jakarta memang di luar jangkaan saya.

"Jumlah yang hadir ini sebenarnya bukan sahaja dari Indonesia dan Malaysia malahan dari beberapa negara Asia yang lain antaranya Singapura, Thailand dan China.

Ditanya mengapa memilih Indonesia sebagai negara pertama selepas MFace mula diperkenalkan di Malaysia, jelas AC, Jakarta dipilih kerana mempunyai bilangan penduduk yang cukup tinggi serta keterujaan rakyatnya menggunakan laman sosial terutamanya Facebook.

"Sejak permulaan Mface diperkenalkan, saya telah berazam untuk menjadikan Indonesia sebagai negara luar pertama untuk melebarkan pengaruh laman sosial ini sebelum saya menawan seluruh Asia.

"Kesempatan yang diperolehi ini tidak akan disia-siakan dan kami akan terus mengorak langkah untuk pergi lebih lagi selepas ini," kata AC Mizal.

Dengan tema Mface ialah wajah Asia, AC menegaskan laman sosial ini bukan sebarangan tetapi lebih lengkap dari laman sosial yang sedia ada.

Laman ini membolehkan pengguna berhubung dengan rakan secara mudah, mencari kenalan baru, laman bual, permainan, malah pemilik akaun boleh menikmati saluran Youtube di laman sosial ini tanpa membuka laman Youtube terlebih dahulu.

Lebih penting lagi setiap akses yang aktif akan mendapat ganjaran tertentu dan istimewa daripada pihak Mface antaranya iPad.

Lebarkan sayapMenurut AC lagi, selepas ini MFace akan terus menjelajah ke serata Asia dan tumpuan seterusnya ke Thailand, Hong Kong dan China.

"Insya- Allah bulan hadapan, kami akan melebarkan sayap ke Bangkok, Thailand dan seterusnya ke beberapa lagi negara Asia yang lain," kata AC.

Dalam majlis tersebut, MFace yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia pada 21 Disember tahun lalu ini merupakan satu laman sosial yang bukan sahaja untuk menukar maklumat melalui format teks, foto dan video malah boleh diakses menggunakan format PDF.

Selain itu, MFace juga menggunakan beberapa pengisian yang cukup mudah berbanding dengan laman sosial yang lain.

Menurut AC, MFace sebenarnya menggabungkan sistem yang diperkenalkan oleh Facebook dan Twiter tetapi laman ini boleh digunakan secara mudah dan lebih efektif.

MFace juga didatangi dengan pelbagai bahasa antaranya Bahasa Melayu, Inggeris, Thai dan China.

Dalam pada itu, beberapa artis Indonesia antaranya Reza Artamevia yang diberi mandat untuk memegang sejumlah saham syarikat MFace berkata, pelancaran laman sosial baru ini adalah satu perkara yang amat bagus untuk meneruskan kerjaya nyanyiannya.

"MFace begitu penting kepada saya serta para artis yang lain. Laman ini juga akan merapatkan lagi jurang antara peminat dengan saya kerana mereka boleh berhubung terus dengan saya.

"Para peminat juga boleh mengetahui perkembangan terkini artis kegemaran mereka," katanya.

Pihak MFace juga memetrai perjanjian persefahaman bersama laman hiburan Indonesia Pasbanget.co dan Game view bagi menarik minat lebih ramai lagi penggunanya di Indonesia.

Antara artis Indonesia yang profilnya dipaparkan di dalam MFace Indonesia adalah Alexandra Gottardo, Nabilla Syakieb, Andrew Andika, Citra Kirana, Velove Vexia, Rama Michael, Ali Syakieb dan Aditya Firmansyah. Turut sama Samuel Zylgwyn, Tatjana Saphira, Audi Marissa, Bagus Akbar, Angel Lelga, Boy Hamzah, Ferry Ardiansyah dan Nuri Maulida.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 08:39 PM | Show all posts
dulu dh ade ads Mface ni kat AA.. promo Mface ni terletak kat table + blakang tmpat duduk penumpang..kelas x?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 09:13 PM | Show all posts
saje gatal2 sign up tadi..
http://www.mface.me/



ads sponsored tu antara income dorg
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 10:41 PM | Show all posts
ouh..sempena nama mface..bukan dari hasil titik peluh poket korek tabung syiling heols dan tinted..
airasia jugak yg punyer..

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 10:54 PM | Show all posts
x hs2 guna istilah melayu tuk tarik org melayu join..prfhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2013 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Muainya rejeki dia
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 12:47 AM | Show all posts
sayawifenikmie posted on 12-6-2013 05:30 AM
... oooooo ....  Hermes .. baru tau ... kampungnya kak lid

puluh2 ribu kan?

kak lid..

hermes birkin,version kecik sikit ni x silap..

reben tu as part of handbag accessories,mcm ada org gantung charm bracelet ke..

tp klu hermes scarf sehelai pun dh 2-3 ribu..sepadan la handbag tu pun paling murah 27k,yg jd mahal psl penempahan ikut jenis colour,jenis kulit..

few years tunggu nk siap..hahaha...

oo..mmg kaya laa..dah se geng dgn ahkak fink
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2013 12:59 AM | Show all posts
x payahla nak menunjuk kekayaan kalau diri sendiri muflis perikemanusiaan. ex wife ko membanting tulang besarkan anak2. ank ko bersunat ke, khatam quran ke ada ko ambik tau. x sedih ke diorang tgk bapak diorang menunjuk kekayaan? adik2 hidup dlm kemewahan dapat ipad sorang satu. sedangkan diorang hidup keadaan sederhana je. Shafnie jual tudung nak tambah income bela anak2. anak yg sulong nak ambik spm ada ke dia ambik tau pasal tuition? bayar nafkah anak RM300 sebulan. DEEIIII!!! Anak aku sorang pun koman2 RM500.00 per month. BALIK KAMPUNG LA MINTAK AMPUN KAT MAK BAPAK KO YG KO ABAIKAN TU. KALAU XDE MAK DGN BAPAK KO XDE LA KO KAT DUNIA NI.  
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 08:04 AM | Show all posts
pinksarah posted on 13-6-2013 12:47 AM
kak lid..

hermes birkin,version kecik sikit ni x silap..



.. hahaha... kaya macam ahkak fink mama ros ke akak pinsarah ...................














lariiiiii ..............
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 08:43 AM | Show all posts
mface.me ni sangat suspicious..aku tak tau mana income dorang dapat.. korang ingat boleh hadap sangat ke kalau setakat iklan kat website tu.. kau tngok ranking site mface.me ni pun bukan outstanding sangat... aku rase generate icome pun tak sampai seribu sebulan


orang office aku ada deal dengan orang Indons dari Indonesia, apparently, mface.me ni ada start 'business' ala MLM di Indonesia.. orang indon ramai dah 'terjebak' dengan MLM .. aku tak sure la dorang ni invest dalam apa, tapi promosi mface ni giat kat sana.

aku harap kalau bende ni pembohong, cepat2 la lingkup.. kalau dok nak nipu orang je.. tak aman hidup

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 09:15 AM | Show all posts
bagus la dato' ac. we proud of u!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 09:27 AM | Show all posts
la...so mface ni bukan dia punya la?..duta jer?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
instinct aku kuat mengatakan yg mface ni xkan bertahan lama. sbb ape? aku pn xtau tp itulh yg aku rasa.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 10:13 AM | Show all posts
sayang_mulut posted on 13-6-2013 08:43 AM
mface.me ni sangat suspicious..aku tak tau mana income dorang dapat.. korang ingat boleh hadap sanga ...

aku tgk system mface ni pon macam sampah noks..nak register pon geli..cam upah budak2 baru lepas grad
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 10:18 AM | Show all posts
maxim posted on 13-6-2013 02:13 AM
aku tgk system mface ni pon macam sampah noks..nak register pon geli..cam upah budak2 baru lepas g ...

kan nok.. aku takkan je la nak click masuk..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2013 10:19 AM | Show all posts
errkk...yg handbeg si tinted tu pakai beribu2 meh??
awat aku tengok mcm jual kat pasar malam jah..pada pandangan mata kg aku ni..tak cantik lgsg hokehh...

eh..tapi tu la mata org lain kan lain..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 10:38 AM | Show all posts
loyer posted on 11-6-2013 12:39 PM
mcm pesawat air asia je?? so bukan AC sendiri punya aircraft la kot

iklan mface sahaja dik.
ada nampak hari itu iklan mface cat di body pesawat airasia.



Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 10:44 AM | Show all posts
oo baru aku tau sape si tinted itu.. lembapnye aku nak tangkap hikhik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.043427 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list