|
Puteri Sarah di risik Shamsul Yusof. Sol beli rumah 1 juta utk kawin nanti
[Copy link]
|
|
Tahniah la kalau betul.. PS pun dah berhijrah |
|
|
|
|
|
|
|
segala mcm blog dah amik story ni..
naseb buat TM awal2 n besar2.. |
|
|
|
|
|
|
|
ok la tu..sama cantik sama padan.. |
|
|
|
|
|
|
|
timahterung posted on 13-1-2014 07:28 PM
Of course, dalam Islam sendiri dah cakap, perempuan penzina untuk lelaki penzina..Kalaulah syamsul ...
tapi kan, mmg kalau kita sendiri kalau boleh kita dah jaga diri kita zaman anak dara of course kita harap suami kita nanti sama2 suci mcm kita kan? tapi mcm kes sarah, pada aku kalau dia betul2 berubah, itu sgt2 aku syukuri. kalau mmg jodoh mereka hope kekal dan bahagia serta dorg akn jd psgn yg memberi kebaikan pd agama.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan si Ammar Bad Boy tu dok menyindir & komen bukan2 kat twitter sudah la. Nyampah aku dgn mamat tu.
Kalau mengikut cerita forumer2 kat benang Putri Sarah dulu, Putri sarah ni dari keluarga yg baik2. dia pun bukan nya tak berpelajaran. tak silap aku sekarang dia dah kerja full time & bukan lagi pelakon |
|
|
|
|
|
|
|
shachihata33 posted on 13-1-2014 08:15 PM
tapi kan, mmg kalau kita sendiri kalau boleh kita dah jaga diri kita zaman anak dara of course kit ...
harap-hraplah yg terbaik untuk mereka, Insyaallah
|
|
|
|
|
|
|
|
starcity posted on 13-1-2014 08:20 PM
Jangan si Ammar Bad Boy tu dok menyindir & komen bukan2 kat twitter sudah la. Nyampah aku dgn mamat ...
tak kot sebab dia ada berlakon baru2 ni drama tv3
|
|
|
|
|
|
|
|
sol tu pun bukan lah suci beno satu ketika dulu
sesuai lah tu
dua2 pernah buat salah dalam hidup
dua2 dah nak berubah ke arah kebaikan
ai support je
|
|
|
|
|
|
|
|
HannahMontana posted on 13-1-2014 04:53 PM
yg baik mmg mausk syurga
yg jahat mmg masuk neraka
Ko ni mmg x paham kan..
suchi murni sgtlah diri tu kan..konsep syurga neraka mmg x berubah tetapi manusia bleh bertaubat dan berubah..ada jugak yg terpeleot di alndasan kebaikan bilamana terlalu konfiden diri akan masuk syurga bila mati tetapi lupa syaitan senantiasa menggoda manusia utk berbuat dosa dan kekal berdosa..sehingga hidayah kesedaran itu diberi oleh Allah utk brtaubat |
|
|
|
|
|
|
|
PETALING JAYA: Desas-desus mengenai hubungan cinta pengarah filem KL Gangster, Syamsul Yusof dengan aktres Puteri Sarah Liyana terjawab apabila ibu aktor itu, Datin Patimah Ismail mengesahkan pasangan itu bakal disatukan pada Februari ini.
Patimah ketika dihubungi mStar Online berkata, majlis merisik telah di lakukan di rumah keluarga wanita berkenaan di Sri Damansara di sini, pada Ahad (semalam) dan kedua-dua pihak bersetuju mengadakan majlis pernikahan pada bulan depan atas permintaan Syamsul.
"Majlis merisik itu diadakan secara ringkas dan saya telah menyarungkan sebentuk cincin di jari Sarah namun tiada sebarang majlis pertunangan diadakan kerana Syamsul mahu bernikah terus dengan Sarah.
"Insya-Allah mereka akan disatukan pada Februari ini namun pihak kami masih berbincang tarikh sesuai untuk mengadakan majlis itu," katanya pada petang Isnin.
Dalam pada itu, Patimah berkata, Syamsul, 30, menyampaikan hasrat untuk berkahwin dengan Sarah, 28, selepas pulang daripada mengerjakan Umrah di Mekah pada 28 Disember lalu.
Puteri Sarah dirisik oleh keluarga Syamsul dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di kediamannya di Sri Damansara pada Ahad lalu.
Kata Patimah, Syamsul memberitahu dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga selepas berdoa di tanah suci dan yakin Sarah adalah pilihan terbaik untuk dijadikan isteri.
"Kata Syamsul sepanjang berdoa di Mekah dia hanya nampak Sarah sebagai calon isterinya dan membuatkan dia lebih yakin untuk memperisterikan wanita itu.
"Sekembalinya dia dari Umrah dia menyatakan hasratnya dan sebagai ibu sudah tentu saya berasa gembira dengan keputusannya itu," jelasnya.
Sementara itu, Patimah berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan majlis sambut menantu bersama-sama dengan anak bongsunya, pengarah, Syafiq Yusof yang akan turut berkahwin pada Jun depan.
Dalam perkembangan sama, Patimah berkata, sebagai ibu dia menerima pilihan anaknya itu kerana kebahagiaan Syamsul adalah kegembiraan buatnya dan suami, Datuk Yusof Haslam.
Patimah dan Yusof gembira anak mereka akhirnya bakal berkahwin.
Pun begitu kata Patimah, dia senang dengan Sarah yang disifatkan sebagai seorang wanita lemah lembut dan bersikap terbuka dalam pelbagai perkara.
"Saya lihat juga dia seorang yang sangat bijak malah keluarganya juga saya tengok sangat mesra dan mempunyai latar pendidikan yang tinggi.
"Pilihan Syamsul, saya dan suami restu kerana kebahagiaan dia adalah kegembiraan kami sekeluarga," katanya.
Bagaimanapun usaha mStar Online untuk mendapatkan kenyataan Syamsul berhubung laporan berkenaan bagaimanapun gagal kerana dia tidak dapat dihubungi.
mstar |
|
|
|
|
|
|
|
cik.panda posted on 13-1-2014 01:49 PM
Gambarrrrrrrrrrrrr
canteknyee
|
|
|
|
|
|
|
|
lotionmilo posted on 13-1-2014 09:03 PM
PETALING JAYA: Desas-desus mengenai hubungan cinta pengarah filem KL Gangster, Syamsul Yusof dengan ...
Baru...bleh percaya dan terima berita gembira ini. Alhamdulilah...amin!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa wed diorang ni nanti kat dewan perdana felda |
|
|
|
|
|
|
|
btw ni first anak yusof haslam yg kawen ke? |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya i baca komen komen hentam sarah..uols..siapa lah kita ni..tah2 taubat dia diterima Allah..dia sebersih bersih manusia..kita ni pulak lebih hina dari dia..sedangkan pelacur dan orang yang membunuh pon Allah terima..siapalah kita ni yang hina ni nak menentukan dosa dia..perempuan baik untuk lelaki baik..maksudnya bila dia dah berubah..dia akan dapat lelaki yang baik untuk dia..bukannya bila dia berzina, memang jodoh dia penzina..jangan diubah maksud ayat ni..Allah sentiasa menerima taubat hambanya..asalkan hambanya nak bertaubat..emo i dengan komen komen uols.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|