CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: @Phoenix

BADE KAHWIN LAGI

[Copy link]
Post time 1-6-2014 10:45 PM | Show all posts
maxim posted on 1-6-2014 09:52 PM
online xdak

tp die ni rasanya

the young versi of xelite gal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2014 10:48 PM | Show all posts
Erma Fatima: 'Saya restu dan izinkan'






  • Erma Fatima
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


RAMAI yang menantikan reaksi penerbit drama, Erma Fatima apabila mendengar khabar suaminya berkahwin lain di negara jiran.

Dalam kenyataan kepada Pancaindera, Erma Fatima menjelaskan yang dia tahu akan perkahwinan yang berlangsung dan merestui hubungan baru suaminya itu selain tidak mahu menghalang kebahagiaan insan tersayang.

“Saya restu dan saya izinkan. Saya tidak boleh menghalang orang yang saya sayang untuk mendapatkan kebahagiaan itu. Kasih sayang itu ‘kan soal hati, tiada kuasa pada manusia untuk menghalangnya. Setiap manusia berhak mendapatkan kebahagiaan sendiri”

“Selama perkahwinan kami, Bade merupakan seorang lelaki yang baik, juga seorang ayah yang bertanggungjawab kepada anak-anak. Malah saya cukup bersyukur untuk mengetahui siapa saya sekarang adalah kerana dia”

“Saya minta jangan sensasikan lagi kisah perkahwinan Bade ini. Jujur saya katakan Bade berhak dan mampu untuk berkahwin lagi. Jadi saya minta semua orang di luar sana mendoakan kebahagiaan dia dan isterinya itu,” jelas Erma Fatima.

Bade telah bernikah beberapa bulan lalu dengan Aida Abdul di negara jiran.

Majlis persandingan telah diadakan di Cherating, Pahang pada 27 Mei lalu dan dihadiri oleh rakan artis seperti Datuk Rosyam Noor.


Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 11:19 PM | Show all posts
jawapan yang matang dari seorang isteri. respect lah kak erma. ! takde pun cakap negatif.

kita doakan kak erma bahagia selalu Last edited by munchkin on 1-6-2014 11:21 PM

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 11:37 PM | Show all posts
sg_ganges posted on 1-6-2014 10:36 PM
apasal korang panggil erma fatima ni si petir...dia mmg garang eyh? kes yg mana yg korang ckp dia pe ...

berpuluh tahun dah nama timangan dia petir sebab dia kalau naik angin suara dia berdentum dentam macam halilintar membelah bumi mengamuk 10kilometer pun boleh dengar. So semua krew members pun panggillah dia petir. Mula mula dia tak tau lama lama dia tau tapi dia buat tak tau aje. Tapi skrg dia dah tone down sikitlah. Dah tua kot
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
mixed posted on 1-6-2014 09:59 PM
Fuyooo cun bergetah

erma plk dah rupa gotah sekerap gemok keras

erma masa kawen tahun 90 dulu pun bergetah juga

nnt aida pun gitu gak

tp lmbat lg lahhh.

maklumlah baru lg kan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 07:39 AM | Show all posts
tumpanglalu74 posted on 1-6-2014 08:30 PM
Babak Jalaluddin Hassan pelok2 Ogy nak tahan dari menyerang Erma dalam Pengantin Popular.  Baik suru ...

Haha..yang ni pun aku ingat..2 kali kot scene pegang ketet..satu masa tengah pujuk kat dlm umah Ogy, satu lagi masa Ogy dok serang Erma masa shooting..Apapun, untung pokcik Jalal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2014 08:12 AM | Show all posts

nk gaduh2 da kahwin pun..
redha je la..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
haryatie posted on 2-6-2014 08:12 AM
nk gaduh2 da kahwin pun..
redha je la..

Erma restu n redha tapi perempuan2 kat Cari ni pulak over kalut lebih mcm bade tu laki theyols
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2014 08:33 AM | Show all posts
Suchi posted on 1-6-2014 06:52 AM
walo kat luar berubah cemana rupa
yg penting dalam masih org yg sama..
itu yg penting..

org malaysia majoriti kalu laki kawin lain...ckpkan bini dah gemok.....slhkan bini mcm2....
hina sgt ke org gemok nih...berdosa sgt manusia nih kalu dia gemok...
betul cakp Suchi...gemok ke kurus ke...dalaman masih org yg sama...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 09:23 AM | Show all posts
laaa...dah ada ke gossipnya/???
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 09:27 AM | Show all posts
maxim posted on 1-6-2014 09:52 PM
online xdak

tp die ni rasanya

fuh bergetah... selamat honeymooning ler

respek la erma..cakap elok2 je..bini no 2 tolong respek no 1 ye

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 09:35 AM | Show all posts
tahniah & selamat pengantin baru Bade..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 09:38 AM | Show all posts
tahniah la kawen... jgn gado2 udah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 09:43 AM | Show all posts
kasi kahwin sebab xde anak eh .. alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 09:45 AM | Show all posts
kesian k.erma.. punyala berebutkan si bade ni dulu dgn sorg retis gak dulu2..last2 bermadu jgk kann.. cantik madu k.erma..semoga k.erma tabah.. Last edited by myakayina on 2-6-2014 09:47 AM

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 10:05 AM | Show all posts
NAT_11 posted on 31-5-2014 10:19 AM
Hehehehe..............NAK ANAK!
Sekali bini dia tak ngandong-ngandong macam Lisa kayumati.
Ropa- ...

Euwww...mengata org lebih....jangan kak...nanti Tuhan balas kasi ahkak anak tapi seghopa ngan gambo kt avatar nun......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2014 10:13 AM | Show all posts
Kahwin dua, Bade tak curangi Erma



INI bukan berita pertama yang mendakwa sutradara tersohor Badaruddin Haji Azmi atau lebih dikenali sebagai Bade telah berkahwin dua.

Bagaimanapun, setiap kali berita seumpama itu tersebar, suami kepada pengarah Erma Fatima itu dengan tegas akan menafikannya. Ia dianggap sebagai satu berita yang mengarut.

Namun, lain halnya dengan berita tentang perkahwinan keduanya kali ini.

Sebaik khalayak mendapat berita bahawa Bade kononnya telah berkahwin dengan seorang wanita pada 27 Mei lalu, sekali gus berpoligami dengan Erma, pihak media memburu Bade.

Benar, begitu kata Bade yang tidak menafikan fakta dia telah berkahwin dua.

Bade mengakui bahawa dia telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita yang baru dikenalinya dan merupakan orang yang terlibat dalam pembikinan produksi filemnya.

Wanita yang dikenali sebagai Aida Abdul, berusia awal 30-an telah dinikahi Bade di sebuah hotel di Cherating, Pahang pada 27 Mei lalu.

Bagaimanapun kata Bade, isteri pertamanya, Erma masih belum berpeluang untuk menemui isteri keduanya itu berikutan kesibukan Erma yang kini berada di Sepanyol untuk menjalani sebuah penggambaran.

Kosmo! yang menghubungi Bade telah meminta pengarah terkenal itu mengulas dengan lebih lanjut mengenai perkahwinan kali keduanya itu.

Kosmo!: Adakah benar Bade telah berkahwin buat kali kedua?

BADE: Ya, saya mengakui bahawa telah berkahwin buat kali kedua pada April lalu dan saya sangat bersyukur segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah saya dan dia (Aida Abdul) selamat diijabkabulkan dua bulan lalu dan majlis resepsi diadakan pada 27 Mei lalu di Cherating.

Adakah isteri pertama anda iaitu Erma Fatima mengetahui mengenai perkahwinan kalian dan membenarkan anda berpoligami?

Sebelum ini dia tidak ada masalah dan dia sendiri memberi kebenaran untuk saya berkahwin buat kali kedua. Namun demikian, Erma dan isteri kedua saya masih belum berkesempatan untuk berjumpa.

Adakah anda dan Aida telah lama berkenalan?

Kami baru sahaja mengenali antara satu sama lain dalam tempoh yang sangat singkat. Saya enggan mengulas lebih lanjut mengenai tempoh berkenaan, namun saya rasa ia merupakan soal jodoh. Mungkin sudah tertulis dia sememangnya jodoh saya. Ingin saya tekankan di sini saya baru sahaja mengenalinya dan tidak ada perkataan curang dengan Erma.

Mengapakah anda mengambil keputusan untuk menyembunyikan perkahwinan anda?

Saya tidak mahu kecoh dalam hal ini. Kalau ada orang tanya, saya akan menjawab dan saya akan mengakui bahawa saya telah berkahwin lagi. Saya tidak ada sebarang perkara yang hendak disembunyikan.

Adakah hubungan anda dan Erma dalam keadaan baik?

Ya, Alhamdulillah setakat ini hubungan kami baik sahaja. Saya juga perlu memikirkan hal anak-anak supaya mereka membesar dengan sempurna dan cuba untuk membuat mereka untuk menerima kenyataan keluarga kami sudah menjadi besar.

Siapakah rakan artis terdekat yang menghadiri majlis perkahwinan anda?

Hanya rakan baik dan saudara terdekat sahaja yang menghadiri majlis tersebut. Antara rakan artis yang hadir ialah pelakon Datuk Rosyam Nor.

Bolehkah anda ceritakan sedikit mengenai perkembangan terbaharu anda?

Saya kini sedang berada di Miri, Sarawak untuk menyiapkan sebuah penggambaran dokumentari untuk sebuah syarikat korporat dan ia dijangka akan diterbitkan menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.



Credits: kosmo.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 10:17 AM | Show all posts
NHolmes posted on 2-6-2014 08:29 AM
Erma restu n redha tapi perempuan2 kat Cari ni pulak over kalut lebih mcm bade tu laki theyols

girls dekat cari yang tak redha..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
ellZack posted on 2-6-2014 10:17 AM
girls dekat cari yang tak redha..

Dah la tak redha, siap maki kutuk bade lagi.. Si bini baru tu pun dikutuk.. Siap jijikkan poligami.. Kegilaan apakah ini?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 10:47 AM | Show all posts
maxim posted on 1-6-2014 10:48 PM
Erma Fatima: 'Saya restu dan izinkan'

bagus la..
yg lebih2 nya org keliling/org luar..
doakan la mreka dpt yg terbaik..


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Alice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datuk Seri Berstatus Suami Orang?
YgBenarAlice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datu
Views : 28451 Replies : 21
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 98915 Replies : 3912
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 72743 Replies : 784
Jumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?” –Wanita kiciwa Adik Hidap Kanser Tahap 4 ‘Disidai’ Berjam-Jam Di Hospital Sultanah Nur Zahirah
YgBenarJumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?”
Views : 33735 Replies : 63
Pelakon suara Doremon telah tiada
maklukpenggodaPelakon suara Doremon telah tiada
Views : 32806 Replies : 38
Maroon 5 in Kuala Lumpur
maklukpenggodaMaroon 5 in Kuala Lumpur
Views : 48500 Replies : 126
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 17398 Replies : 236
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 42460 Replies : 257
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 110996 Replies : 7259
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 75021 Replies : 706

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.242789 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list