Kritikan Dr Mahathir kepada Najib, Hisham kata sepupunya ‘berani’ Published: 19 August 2014
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mempertahankan sepupunya, Datuk Seri Najib Razak dengan membuat perbandingan ketika Najib mengendalikan krisis MH17 baru-baru ini di mana kemampuannya sebagai pemimpin teruji. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Ogos, 2014.Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mempertahankan sepupunya, Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang pemimpin yang berani selepas dikritik Tun Dr Mahathir Mohamad semalam. Hishammuddin membuat perbandingan ketika Najib mengendalikan krisis MH17 baru-baru ini di mana kemampuannya sebagai pemimpin teruji. "Kalau Najib tidak buat tindakan berani berdepan dengan pemisah, tidak mungkin saya mampu berdiri hari ini untuk uruskan ketibaan jenazah," kata Hishammuddin yang dipetik dalam Malaysiakini selepas taklimat MH17 di Kementerian Pertahanan hari ini.
Malah, kepimpinan Najib juga mendapat pujian pemimpin dunia besar lain kerana dapat menyelesaikan krisis MH17 dengan puak pemisah.
"Tanya sama ada Obama mampu lakukan, tanya sama ada Putin mampu lakukan. Kalau itu tidak boleh dinilai orang ramai, ia amat menyedihkan," katanya merujuk kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan Presiden Rusia Vladimir Putin. Namun, kritikan Dr Mahathir terhadap perdana menteri adalah pandangan peribadi, kata Hishamuddin yang menghormati pendirian bekas perdana menteri paling lama tersebut. "ada masa yang sama, saya tidak mahu aibkan pandangan Mahathir kerana dari dulu lagi beliau ada pendirian dan pandangannya sendiri," katanya. - See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.uQ6XV6Ad.dpuf
Najib berani okayyyy! |