|
KENCING MANIS / DIABETES: ask your questions here...
[Copy link]
|
|
della,
komen pembukaan:
alah muda muda dah T2DM.. dah la tu kena amik insulin lagi. Awak ni LADA ke atau Type 1.5 nyer DM ni?
di sini jika t2dm dari muda, kami cek anti-GAD65 antibody, anti-A2, anti Beta cells antibodies etc. Kami lepas tu might chek some gene mutations (kot kot kids nanti kena sebijik DM yg sama). also, jikalah ini betul diagnosis nye T2DM, ngapa lak awal awal dah on insulin?
takpelah.. sy tak boleh jawab soklan diatas dan awak pon tak boleh, kecuali doc awak communicte dgn saya. anyway, HbA1C 7.0 (ie 53mmol/mol) tu sangat baik, try lah tu be between 6.5-7.5 as much as you can, ok?
diamicron 120mg a day is ok je. tapi, tak try reduce insulin ke? or if insulin-dependent, kena la reduce diamicron nnt. nnt ingatkan sy kemapa gitu.. sy kena drive to frankfurt ni jap. kat hannover ni.
wassalam dulu.
PS: berapa berat awak? sapa lagi DM dlm family
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih byk2 doktor for the explanation and advise
|
|
|
|
|
|
|
|
no probs.
DM ni mudah je isu nye, dan di negara maju memang longevity sama dgn org yg takde DM..
cuma kat mesia kita tak optimize terapi nye
good luck ek?
ade apa apa sound la
|
|
|
|
|
|
|
|
salam doktor..mak saya berumur 57 tahun,start tahun 2003 mengambil metformin 500mg malam dan siang,dan glibenclamide 1.5mg malam dan siang..rawatn dari doktor klnik swasta...dan bermula pada bulan disember 2015,saya menukarkan rawatan kepada hospital kerajaan.dan metformin dihentikan.sekarang mak saya ambil insulin bermula 12 unit setengah jam sebelum breakfast dan setengah jam sebelum makan malam,begitu juga dengan glibenclamide tetapi kali ini hanya 1mg sebelum breakfast dan sebelum makan malam.masalahnya nya sekarang ketika insulin 12unit bacaan gula adalah 15-17.kemudian insulin ditambah kepada 16unit,tetapi bacaan masih sama 15-17.sekarang insulin sudah naik kepada 18unit,tetapi bacaan gula masih sama.pengawalan makan saya rasa kali ini yang terbaik pernah mak saya lakukan,sehingga kadangkala sampai die takot nak makan apa..pernah die hanya makan biskut kering sehari suntuk sahaja..tetapi bacaan gula masih sama..boleh doktor komen? |
|
|
|
|
|
|
|
waalaikumussalam boboyjb,
mula mula a few comments, then opinion (bukan medical advice ek? mak awak bukan patient saya, dan saya tak tahu History dia).
comments:
-so, mak awak ada T2DM; gemuk tak dia? (if gemuk, maka ada insulin resistance jugak la, sebab fat always blocks insulin action).
-metformin 500mg BD (bis in die, ie 2 kali sehari) tu, is a tiny dose, tu introductory je.. kami disini cepat cepat naikkan ke 1000mg bfast, 500mg noon, 1000mg dinner (argument kami: wat pe amik ubat if dose nye tak effective dan tak optimum; macam bukak payung separuh je dihari hujan).
-so last last kena amik insulin; maybe dah sampai masa that she needs insulin kot (seseiapa pon, suatu ketika nanti akan habis insulinnya; sesiapa yg habis semasa dia masih hidup, maka perlulah suntik insulin); sesiapa yang insulin dia finally habis, maka tiada guna lagi seua ubat ubat telan yg tugas depa utk suruh pancreas buat insulin byk byk (yelah, dah habis, tak guna perah perah dgn ubat lagi)
-so masalah sekarang ialah, despite amik insulin, BSL still 15-17
opinions:
-jika gemuk, kurangkan berat badan between 5-10%
-if T2DM dia di diagnosed masa dia umur 45 tahun (2003), maka maybe T2DM dia started when she was 40 (on average, research showed that diagnosis T2DM ni biasanya terlewat 5 tahun); dan mungkin docs tukar ubat kepada insulin sebab depa berpendapat dah kena amik insulin (i takde data maka awak so i hanya assume je la)
-BSL 15-17 ni mcm tak ambik insulin je? dia di ajar cara cucuknya? dia rotate areas? takde problmes kat tempat dia suntuk tu? (lipohypertrophy, lipoatrophy); betulke dia amik insulin ni?(insulin is a potent hormone, amik je, memang turun blood sugar; if novorapid, 1u turunkan 3point sugars)
-glucometer tak rosak ke apa?
-kurangkan gula dalam makanan (antara makanan paling banyak mengandungi gula: nasi, buah buah manis, kuih kuih dimesia yang dibuat dari flour, softdrinks, susu pekat manis di mesia, makanan berlemak); gula yang kita letak dalam teh tu (granulated sugar) tu ialah sucrose, juga perlu dikurangkan.
-15-17 is way too high; risks for stroke, heart attack, kidney failure, blindness dan non-healing ulcers are very high at this BSL
|
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih atas pencerahan doktor..mak saya buat full blood test..n pergi klinik kerajaan,doktor di situ ckp buah pinggang mak saya dah tak dapat tampung terlalu banyak ubat pil..lama2 buah pinggang boleh rosak..so ditukar kepada insulin injection..masalahnya dari bulan 12 hingga sekarang tahap gula masih begitu..takde penurunan..cara2 suntikan rasanya betul..saya yang injenctkan..tp pelik kenapa tak turun2 tahap bacaan die..berpantang makan rasanya berpantang..boleh doktor uraikan cara2 cucuk insulin yang tepat..mana tau saya terlepas pandang...dan terlupa lak..badan mak saya tak gemok..rasanya semakin susut berat badan sejak ada diabetes ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Ooo im sorry to hera that; tu maknanya, DM tu dah rosakkan kidneys dia; itu sebab depa stopped metformin tu sbb metformin tak boleh diberi pada mereka yang kidneys nye dah rosak ke tahap CKD3 atau CKD4. (CKD= chronic kidney disease, 1,2,3 and 4 tu stages dia; ie stage 4 tu final). Hmm tapi muda lagi mak you, and also, ngapa insulin tak reduce BSL tu? Please tengok kat youtube cara untuk inject insuln dengan betul, look at short vids aje, jgn panjang2.
Also, really have to tgk at the food now (please remember that gula yang org letak dalam teh tu hanya ciput je sgt banding dengan gula yang dapat dari sesuap nasi atau sesudu char kuey teow atau secebis roti canai.. berapa ratus kcal tau sekeping oti chanai kosong tu..) (sebab org kita selalu ingat 'gula' tu yang manis manis je).
|
|
|
|
|
|
|
|
Xtahu persoalan ni logik x disini
Erk..pemanis stevia tu mmg bagus eh untuk penghidap diabetes?
Sbb mil aku ni Ada diabetes,xnk makan ubat Doctor.
Tp Guna homeopathy atau benda2 yg Jual ni lah product Kat pasaran. |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih ya Doktor atas pandangan dan komen
|
|
|
|
|
|
|
|
ye, soalan ni ok je disini FP, dan dah ade kat dalam ni somewhere org tanya pasal sweetener tapi bukan stevia.
stevia ni dari pokok, dan memang ok lah utk org yg diabetic.
sy tak lah suka sangat bila pesakit guna material yang bukan di sahkan selamat oleh medical sciences.. entah apa chemicals and active ingredients yang ada dalam homeopathy medicine tu, itu yang kami doctors risau sikit
|
|
|
|
|
|
|
|
Sama sama. Jika CKD dia di jaga agar creatinine nya tak naik terlampau tinggi, boleh lah stable kan CKD seketika waktu, utk lambatkan perlunya dialysis. Good luck ye. Allah penentu segalanya. Kita manusia tidak tahu apa dihadapan kita atau dibelakang kita.
|
|
|
|
|
|
|
|
doc,
kaki sy dah bengkak
adakah ini menunjukkan yg buah pinggang dah rosak
mmg dah agak lama tak check buah pinggang |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boboyjb at 2-3-2016 10:09 AM
untuk pengetahuan doktor saya sertakan sekali blood test result mak saya,dan boleh doktor bagi penerangan terhadap result ini:
UREA - 11.5MMOL
CREAtinine - 115UMOL
URIC ACID - 0.55MMOL
ESTIMED GFR - 42ML
result untuk test lain semua normal..hanya yang atas ni je luar dari tahap normal,boleh doktor bagi penerangan untuk result ini,dan kaki kanan mak saya bengkak,tapi bukan bengkak keras..bengkak lembik,kalau tekan die lembik..kalau bangun tdr awal pagi bengkaknya susut..lepas tu dah berjalan bagai kaki tu jadi bengkak..masalah apa ni doktor?
|
|
|
|
|
|
|
|
bengkak camaner watie?
if u tekan area yang bengkak tu 10secs dengan ibu jari, (eg just 2-3cm above bukulali dalam), ada tinggal bekas camni tak:
byk sebab kaki bleh bengkak dalam diabetes: sebab side effects ubat eg amlodipine, perindopril etc; also bila dah ada heart failure; also bila ada kidney failure yang agak advance.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
BBJ,
jadi, urea dan kidney dia dah naik tu, tapi kita tak surprised kan.
uric acid juga dah naik.
eGFR dia tu is eGFR yang dalam CKD3 yang kita kata ari tu lah.
creatinine dia takle teruk sgt.
tapi make sure dia jaga blood pressure dia.. amik meds tu selalu
also if disini kami dah bagi dia ACEi (eg of ACEi ni ialah ramipril, perindopril..dan a few lagi yang hujungnya dengan ..pril).. atau ARBs (yang hujungnya abis dgn..tan eg valsartan, telmisartan etc).
make sure dia jaga BSL dia (blood sugar levels).
kidney effects from DM tu parallel dgn keadaan mata (specifically retina) tau.. jadi, saya boleh agak, dia nyer retina dah affected jugak.
apa apa pun, kedua dua keadaan ini, kita boleh hentikan from worsening, kita bleh pantau dia biar stable (eg kidney dok dalam CKD3 for along time, dan tidak merenak ke CKD4 etc)
|
|
|
|
|
|
|
|
BBJ,
pasal kaki bengkak, cuba tgk pics yg saya letak kat watie_na tu.. ada camtu tak?
biasanya ianya dua dua belah, not unilateral (ie sebelah).
boleh amik gambar BSL book dia tak?
amik camni (eg ni dpt from internet je, yg our real patients punya sgt teratur, malah byk yg computerized ada graphs etc :
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
jadi untuk menjaga buah pinggang dari tidak semakin worst..jaga/control bp n bs yer doktor? bacaan untuk kidneys mak saya tu takde la sampai tahap kronik yang org kata dah failure yer doktor..sampai nak dialisi?sbb my mum risau sedih takot katanya..org kata jus saderi la..jus daun ketumbar la..jus cranberries boleh bantu bersihkan kidney?atau doktor ada petua lain dalam penjagaan kidney/bersihkan kidney?kaki die bengkak macm dalam gambar..tapi sebelah kanan sahaja..n dekat area buku lali paling menonjol bengkak die,tapi bengkak lembik la..kaki kiri takder pulak bengkak..mcm saya ckp..bila banyak berjalan..akan ketara bengkak tu..adakah kerana saraf kaki rosak dan bila banyak berjalan tu yg jadi bengkak?nanti saya inform doktor bs reading my mum ok..anyway..tq so much ya doctor
|
|
|
|
|
|
|
|
Dr Ipes,
tadi dah try tekan. ada la bekas cam tu. tp kaki tak de la bengkak mcm tu
sy perasan bila duduk kaki mula bengkak
|
|
|
|
|
|
|
|
hmmm.. tu maksud nye awak ada a little of water retention.
sejak bila tu?
apa dah ubats yg awak amik?
PM sy omo awak dan sy tak akan mention kat sini.
|
|
|
|
|
|
|
|
ya, BP dan BSL.. dua dua amat penting. also, uric acid pon bleh rosakkan kidney jugak.. kebbetulan ek mak awak ada dua dua ie diabetes dan uric acid. dia tu kena amik allopurinol tu.
mak boboyjb dah ada kidney failure tu. cuma tahap nya masih dibawah level yg kena dialysis.
ckd3 ni satu spectrum renal failure lah, cuma tak lah tahap yg kene dialysis (tak jauh dah sebenarnya; tapi jgn risau..tiada benda dalam hidup ini yang tetiba jadi elok dgn kerisauan). Jgn risau kerana, jka bp dia below 130/85, dan bsl below 10 gituh, maka boleh aje maintain eGFR sekarang. eGFR yg macam dia, menggambarkan dia tak ada byk lagi dah renal tubules / glomerulus / nephron tu (tgk thread lama saya pasal buah pinggang).
ankle oedema: biasanya dua belah barulah melambangkan kerosakan kidneys. biasanya sebelah ada sebab sebab lain. bila exercise, eg berjalan, biasanya jika disebabkan oleh water retention, maka akan bertambah ketara. kena ingat, org yg dapat diabetes, boleh jugak dapat Charcot's Joint.
saya sedih, sebab dalam opd opd diabetes yg saya buat kat sini, pts depa semua ok je.. jarang sgt ada masalah besar daripada diabetes mereka.
nanti jika ada LFT, tunjuk jugak kat saya (liver function test, sy nak tgk albumin nye baper)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|