BERITA TERKINI !!!!! PETALING JAYA: Bekas pengurus penyanyi remaja Tegar Septian iaitu Arif Dollah telah ditahan oleh pihak berkuasa Singapura susulan laporan penderaan seksual yang dilakukan terhadap artis dari Indonesia itu. Berita Harian Singapura pada Rabu melaporkan, penangkapan itu telah disahkan oleh pihak polis selepas mereka menerima dua laporan dan seorang lelaki berusia 29 tahun telah ditangkap. Laporan itu menyebut, siasatan terhadap suspek yang juga rakyat Singapura telah dilakukan oleh pihak polis negara itu pada petang Rabu.
Bekas pengurus berkenaan didakwa melakukan penderaan seksual terhadap Tegar yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang sejak menguruskan penyanyi berkenaan.
[size=0.75em]Tegar (kiri) bersama bekas pengurusnya Arif. Gambar: Berita Harian Singapura.
Tegar sebelum ini dilaporkan telah membuat laporan serupa kepada badan yang melindungi hak kanak-kanak di Indoensia.
mStar Online dimaklumkan, kanak-kanak berkenaan kini berada di Singapura bagi membantu polis berhubung siasatan kes tersebut.
Terdahulu Tegar dalam satu sidang media di Istana Budaya pada pertengahan Mac lalu mendedahkan selama ini dia berdiam diri terhadap perbuatan buruk pengurusnya itu kerana berasa malu.
Selain itu, Tegar mendakwa Arif pernah menemaninya mandi selain dengan sengaja merapatkan tubuhnya sehingga kemaluannya terkena di bahagian duburnya.
Bagaimanapun, Ariff dalam satu kenyataan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.
Dalam pada itu, Tegar berkata, dia mendapat keberanian untuk bersuara selepas bertemu dengan bekas anak tiri Arif yang dikenali sebagai Sufie Rashid yang turut mendakwa pernah menjadi mangsa suspek.
|