Penggunaan Kalimah MasyaAllah dan Subhanallah
Assalamualaikum. Semalamcoursemate aku ada post pasalpenggunaan kalimah " MasyaAllah." Lepas aku baca post tersebutterus aku terfikir macam mana pulak dengan kalimah " Subhanallah?"Seringkali kita mendengar terpacul keluar dari mulut seseorang perkataan"Subhanallah" dan juga "MasyaAllah" apabila melihat sesuatuatau terlanjur melakukan sesuatu. Contohgambar serta komen yang aku rasa memang kena dengan topik ini.
Bagi aku orang yang selalu menyebut ungkapan itu adalah orang yang beragama.Namun jika dikaji secara mendalam, ada sedikit kejanggalan pada ungkapanmereka. Bukan hendak memperlekeh orang yang menyebut perkataan itu.Sebelum ni aku pun silap jugak pasal benda ni.
****************************************************** ZikirYang Menjadi Adat
Di alam Melayu, selalunya kita akan mendengar ungkapan sebagaimana berikut jikakita rasa terkejut bila mendengar atau melihat sesuatu yang negatif, contohnyabila kita dengar orang yang buat maksiat
"MasyaAllah, kau berjudi?"
atau juga bila kita dengar cerita seseorang yang menzalimi ibu bapa, anak,isteri dan sebagainya
"MasyaAllah, anak apa kau ni, buat begitu kat mak ayah kau"
Begitu juga dengan kalimah "Subhanallah." Biasanya jika berlakuperkara yang difikirkan ajaib, takjub dan indah, ungkapan"Subhanallah" akan keluar. Contohnya jika kita dengar orangdapat 20 A1 dalam SPM.
"Subhanallah,hebatnya dia"
Begitulah kita, jika kita mendengar sesuatu yang baik, pasti kita akan sebut"Subhanallah" dan jika kita mendengar sesuatu yang buruk atau negatif, kita akan ungkap "MasyaAllah"
**************************************************** PenggunaanYang Terbalik
Jika diteliti dan dikaji, perkataan (ungkapan zikir) yang kita gunakan(praktik) ketika berhadapan dengan situasi di atas amat berbeza dengan apa yangdiajar oleh Islam.
Ungkapan "MashaAllah" sepatutnya digunakan untuk perkara yangmenggambarkan keindahan, ketakjuban yang positif terhadap sesuatuperkara. Sebagai contoh, kejayaan seseorang dalam pelajarannya ataubidangnya perlu kita sebut
"MasyaAllah,hebatnya dia dapat 20 A1 dalam SPM" "MasyaAllah,dia dapat cipta enjin solar berkelajuan tinggi" "MasyaAllah,cantiknya baju awak"
Dalam masa yang sama, penggunaan kalimah ini boleh menghindari seseorangmendapat penyakit "ain" atau sumpahan mata . Oleh itu tidak hairanlahjika kita dapati di kebanyakan negara Arab, Pakistan dan Iran , mereka akanmelakarkan perkataan "MasyaAllah" jika mereka sedang dalam prosespembinaan bangunan dan kalimah itu kekal sehinggalah bangunan siap dibina.
Manakala penggunaan kalimah SubhanaLLAH pula biasa digunakan oleh baginda SAWdalam perkara yang dianggap pelik atau hairan pada perbuatan yang kurang tepat. Sebagaicontoh dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tirmizi, dari Abu Hurairah ramafhumnya
"Suatu hari aku berjunub dan ternampak Rasulullah SAW berjalan bersamapara sahabat, lantas aku menjauhi mereka dan pulang untuk mandi junub, setelah ituaku datang menemui Rasulullah SAW. Baginda bersabda: Wahai Abu Hurairah,mengapakah engkau melarikan diri tatkala ternampak kami? Aku menjawab: WahaiRasulullah , aku kotor (berjunub) dan aku tidak selesa untuk bertemu kalian.Rasulullah SAW bersabda: Subhanallah!! sesungguhnya mukmin tidaknajis"
Lihatlah bagaimana ungkapan Nabi tika mendengar kata-kata Abu Hurairah .Baginda tersentak dengan fahaman Abu Hurairah yang kurang tepat. Oleh itu,sepatutnya jika berlaku atau terdengar sesuatu yang negatif , kita ungkapkan"Subhanallah", contohnya
"Subhanallah,awak belum solat lagi?" "Subhanallah,kenapa boleh jadi macam tu?"
Mungkin kita tertanya-tanya, bagaimana pula ayat Al-Quran yang menggunakankalimah "Subhanallah" ketika membicarakan soal penciptaan langit danbumi serta seisinya yang cukup mengagumkan?
Jawapannya ialah kerana ketakjuban kita dan keindahan yang memukau itumenyebabkan minda kita melayang-layang yang memudahkan syaitan menusuk'jarumnya' untuk membayangkan zat Allah, lantas kita perlu sucikan Allah darisegala bentuk bayangan minda yang salah. Juga untuk memasakkan dalam jiwa kitasekalipun kita takjub pada alam, Allah yang lebih layak untuk kita kagumi.Wallahu a'lam.
************************************************* MasyaAllah,comelnya dia....=) Subhanallah,kenapa aku takut nak berterus terang?
|