CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: schha

Exclusive! Based on true events

[Copy link]
Post time 12-1-2016 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
schha replied at 12-1-2016 10:46 AM
Sebelum aku nak mulakan next story..aku nak tanya pendapat korang ni..

aku dah list kan semua cer ...

Bubuh je crite ape pon...jnji menarik dan mnyeramkan...hihihihihihi...klau bleh thap seram die smpai tdo mlam pon tkut...hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-1-2016 12:04 PM | Show all posts
ikastacia replied at 12-1-2016 03:54 AM
Cerita schaa menceriakan duniaku  mcm tagline astro ceria pulak!! Hahaha

Hahhahahahahahhahahahah.. tq dear.. i suka kalau bercerita, bagi orang masuk dalam penceritaan i tu..bukan sekadar baca je..boleh selami 'aku' tu sebagai diri sendiri.. baru feel orang kata..hehehhehehehe. Stay tune untuk next story .
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 12:06 PM | Show all posts
I prefer your own..tp kalau tak ada, cerita org yang rapat pun ok je. Asalkan ada cerita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2016 12:07 PM | Show all posts
M@@_wee replied at 12-1-2016 04:03 AM
Bubuh je crite ape pon...jnji menarik dan mnyeramkan...hihihihihihi...klau bleh thap seram die smp ...

Hahahhahhahahahhaha jangan la gituuuuuu.. cerita rumah sewa tu pun nak cerita balik kat sini duk meremang. Nak cerita kena tunggu husband ada kat rumah baru berani. Sebab teringat part 'benda' tu mengajuk eja. Sampai sekarang tak leh lupa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2016 12:09 PM | Show all posts
Edited by schha at 12-1-2016 04:10 AM
Intanmahsuri replied at 12-1-2016 04:06 AM
I prefer your own..tp kalau tak ada, cerita org yang rapat pun ok je. Asalkan ada cerita.

Ok i try cerita yang bersangkut dengan tempat kejadian tu boleh kan??sebab macam related. Boleh juga jadi bukti memang tempat tu angker. Contoh macam cerita penampakan di highway tu, ada juga kawan pernah alami kejadian di highway yang sama juga. Kalau camtu boleh la kannn..

Tapi cerita yang unrelated saya akan letak story line yang paling hujung bila semua story pengalaman sendiri settle ye.

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 01:41 PM | Show all posts
tt kalau boleh update title sekali ya.. senang sikit kalau nak tahu ada stori baru.. hihi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-1-2016 02:10 PM | Show all posts
aleesyasofia replied at 12-1-2016 05:41 AM
tt kalau boleh update title sekali ya.. senang sikit kalau nak tahu ada stori baru.. hihi..

senang je nak tau story baru atau sambungan..

Cth :-

Kalau cerita baru: 5. (...tajuk cerita....)

Kalau sambungan: ..............SAMBUNGAN (Tajuk cerita) ......................

camtu je cara penulisan saya..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 02:39 PM | Show all posts
We want moreee cik TT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-1-2016 02:53 PM | Show all posts

sabo sabooooo..arini yeeee..tunggu tau
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 02:56 PM | Show all posts
schha replied at 12-1-2016 02:53 PM
sabo sabooooo..arini yeeee..tunggu tau

baiklahhh
best cerita2 kamu wahai TT.
kipidap!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 03:24 PM | Show all posts
setia menunggu cite baru dari TT ni.. hihihi..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 03:42 PM | Show all posts
fuhhh igt dah ada citer baru...hehe...

anything yg seram sha...tp saya suka part highway.. xtau kenapa..hihih
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 05:02 PM | Show all posts
Marathon membaca kisah schha...

Best...teruskan bercerita..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2016 05:04 PM | Show all posts
Edited by schha at 12-1-2016 12:14 PM

5. Short Story: JANGAN SUKA SANGAT

Masih lagi dengan kisah highway yang sama seperti dalam cerita aku 'PENAMPAKAN DI HIGHWAY'. Tapi kali ni bukan berlaku pada diri aku, tetapi terjadi kepada budak-budak lelaki classmate aku. Basically story yang bakal aku sampaikan kejap lagi memang 100% diceritakan semula ke aku. Pada aku, aku tak menyangkal bahawa highway ni sememangnya angker.

Biar aku kenalkan dulu classmate aku yang terlibat dalam kisah ni. Total terlibat adalah 5 orang. Si pencerita, adalah salah seorang kawan lelaki yang paling aku rapat dalam kelas berbanding 4 lagi yang lain, fendy nama dia. 4 yang lain antaranya capik, alem, zami dan mamak. Aku dimaklumkan oleh fendy yang malam tu dorang ni semua melepak di Bandar 'A'. Dorang semua ni memang duduk dalam hostel. Jadi bila dah melepak lebih dari kul 12, nak taknak dorang kena overnight di luar. Dulu sebelum aku menyewa luar, rajin la jugak aku mengikut si Fendy ni melepak, sekali dengan member aku, si anne tu (yang aku study sama-sama dengan dia di lobi hotel). Tapi sejak-sejak dah menyewa luar, aku admit hubungan kitaorang sebagai kawan agak renggang sikit.

Jadi malam tu, dorang 5 orang melepak di Bandar 'A'. Macam yang aku terangkan dalam kisah 'Penampakan di Highway', Bandar A juga agak mati selepas pukul 12. Takde apa sangat kalau nak merayau-rayau waktu ni. Sebab tu kadang-kadang bila keluar malam, aku prefer stay 1 tempat je. Duduk pantai borak ke, main kad ke, study ke. Tapi budak-budak laki ni tak camtu. Suka merayau sampai masuk kawasan kampung-kampung orang. Ni yang aku tak favour sangat perangai dorang ni.

Si Fendy ni cerita, waktu ni dorang pakai redah masuk kampung-kampung orang. Konon-Konon nak explore la. Jadah apa nak explore kampung orang tengah-tengah pagi!, kata aku. Pelik aku dengan dorang ni. Si Fendy ni kata, masa tu nak sampai kawasan U da. Waktu tu hampir kul 5 pagi. Saja nak buang masa sementara tunggu gate bukak, jawab si Fendy. Yelaaa.. sebab kalau dorang hati kering masuk jugak waktu gini, memang kena saman la dengan pak guard gamaknya. Sebab tu dorang melencong masuk kampung-kampung orang.

Kalau korang nak tau, pantai yang selalu aku lepak ni, jalan nak menuju ke sana memang gunakan 1-1 nya highway tu. Kira highway utama la kat situ. Kalau dari U aku, straight je menuju ke pantai tu dalam 30-40 min perjalanan. In between U dan pantai, kawasan perumahan yang aku sewa tu. So dorang waktu ni guna highway ni. Di penghujung highway (hampir dengan U da), dorang melencong masuk 1 kampung ni. Kampung ni sebelah je dengan highway tu. Sekali lagi, aku taknak mention nama kampung tu, minta maaf.

1 lagi attitude dorang yang aku tak favour, dah la masuk kampung orang 1 hal, pastu dorang bukak radio kuat-kuat. Tak hormat langsung kampung orang. Tak cukup dengan tu, waktu ni si capik suruh si Fendy ni main drift pulak ikot jalan kampung tu. Syok layan lap depa kata. Haaaaaa memang sengaja cari pasal kan. Then ada 1 jambatan kecik menuju masuk balik ke highway. Tempat ni berhampiran sangat dengan tempat yang aku jumpa 'lelaki bermata kucing' dalam cerita sebelum ni.

Bersambung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2016 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by schha at 12-1-2016 12:55 PM

...Sambungan 'JANGAN SUKA SANGAT'...

Waktu nak hampir ke jambatan kecik tu, si capik dah nampak 1 kelibat menyangkung di atas jambatan,berbaju putih,berambut panjang. Menurut fendy, kemungkinan -'k.lang'. Capik ni ada sixth sense ke apa ke,aku taktau. Masa kejadian,capik as co-driver, fendy yang memandu. Baru dia tersedar yang mereka sebenarnya dah terover kacau 'tempat orang'. Capik dah nampak tapi dia diam. Dia tak pasti member-member lain ada yang nampak atau tak. Dia memilih untuk tidak bersuara untuk mengelakkan si fendy ni terperanjat. Manalah tau panik sampai boleh terbabas ke kan. Kan ke bahaya. Dah la waktu tu si fendy ni memandu lagaknya macam pemandu ferrari. Padahal myvi je pun.

Elok je turun dari jambatan tu, kereta terus rosak. Tekan pedal minyak, kereta dah tak ada bunyi dah. Mati gitu je. Start-start tak boleh. Ah sudah. Masing-masing pakat keluar dari kereta. Bukak bonet depan,nak cek enjin apa yang tak kena. Tapi masing-masing bukan tau sangat pun pasal enjin bagai ni. Lenjan tau,repair taktau. Tapi menurut kata si fendy, masa 'rosak' tu takde pulak kereta berasap ke, bunyi enjin rosak ke, takde. Alih-alih je jadi gitu. Waktu masing-masing dah ke depan, si capik amik kesempatan untuk bagitahu si alem. Dia berbisik dengan alem apa yang berlaku sebelum kereta rosak memandangkan dak alem ni memang alim sikit dari yang lain-lain. Tetiba si alem ni azan dekat kawasan tu. Budak-budak lain dah suspect ada yang tak kena. Masing-masing dah ketakutan. Selesai azan, si alem arahkan budak-budak ni masuk dalam kereta. Masa 4 yang lain nak masuk kereta, mereka terdengar alem 'bercakap' ..'minta maaf kalau kami kacau tempat 'kau',kami tak sengaja. Maafkan kami. Kami janji takkan ganggu lagi 'tempat' 'kau'. Macam tu lah lebih kurang apa yang dicakap si alem ni time tu. Masuk je kereta, fendy nampak si alem ni macam ada baca sesuatu sebab nampak mulut terkumat-kamit. Alem arahkan fendy start kereta. Fendy cuba start..alhamdulillah! Kereta elok je boleh start. Alem suruh keluar dari tempat tu cepat-cepat. Masuk ke highway semula,alem suruh fendy pasang apa-apa je ayat quran yang ada dalam kereta.
Tetiba mereka dengar alunan 'Inshaa Allah..Inshaa Allah.. Inshaa Allah ada jalannya..~~'. Hahahahahahahahahahahaha boleh pulak si fendy ni pasang lagu maher zain!! Bengong! Dia kata itu je yang ada waktu tu. Jadilah,katanya. Ahhahahahahahahahaha dengar lah dorang lagu maher zain sampai ke pintu masuk hostel. Apalaaaa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2016 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku kata ke fendy, haaaaaa padan muka ampa. Duk suka sangat sampai tak fikir nak hormat kampung orang. Mendapatlah! Padan muka. Esoknya 5-5 pakat tak datang kelas,demam katanya. Aku pun ceritalah ke mereka kejadian yang aku sendiri alami dekat kawasan highway tu. Mereka pun akui bahawa kawasan highway tu memang angker. Tapi apa yang terjadi dekat mereka lagi teruk dari kes aku sampai 'benda' tu pedajal bagi kereta rosak. Sape suruh suka sangat,dia pun nak enjoy jugak tengok korang duk cuak. Hahahahahhahaha tapi paling epik,bilamana si fendy pasang lagu maher zain tak tahan tu. Jadi bahan la budak-budak kelas aku.

TAMAT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2016 10:03 PM | Show all posts
schha replied at 12-1-2016 10:46 AM
Sebelum aku nak mulakan next story..aku nak tanya pendapat korang ni..

aku dah list kan semua cer ...

campur je 2-2 tu. ikut mana yg ko senang nak share dulu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2016 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
lavender_aqua replied at 12-1-2016 02:03 PM
campur je 2-2 tu. ikut mana yg ko senang nak share dulu.

Dah share dah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 02:27 PM | Show all posts
awanearisu replied at 7-1-2016 05:18 PM
benang tu asalnya berkenan hotel angker, tapi kadang-kadang ada satu dua forumer kongsikan gamba ...

mekacih...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 05:25 PM | Show all posts
hahahaha lgu maher zain tu kelakar.... masa mula me baca2 dh terus ternyanyi lgu tu, rupa2nya betul

hope ade la lagi dr TT...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.242058 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list