Ni la satu-satunya gambar kesukaan aku.. Mana2 aku pergi, mesti aku bekalkan dalam aku nyer pendrive. kalau mana2 pc yang aku berkenan, aku masukkan gambar tu sbg wallpaper diorg. Siap dengan slideshow screen saver lagi.. Banyak kebaikan sebenarnya gambar yang aku postkn tu. Ade satu minah kat ofis aku ni asyik muram je, tak ceria Jarang bersembang dengan org. Dengan jiran sebelah kanan, kiri, depan, BELAKANG pun jarang bersembang. Satu hari tu aku try masukkan gambar favourite aku tu kat dia punye pc gantikan wallpapar bunga yang dia selalu tatap tiap2 hari tu.(tatap gambar bunga hari2 pun tak ceria jgk ke?) First time dia tgk gambar tu mcm terkejut 'beruk' jgk aku tgk Ialah, minah tu duk depan aku je.. Last2 aku tgk dia ketawa sorang. Hah! nampak skit keceriaan tu. Lepas tu baru la gatal nak bertanya kat jiran2 sapa yang taruk gambar cute tu. Semua tak mengaku termasuk la aku . Aku buat muka blur je mcm org tak bersalah.. Selapas ari tu aku tgk ade skit perubahan kat dia. Dah bertambah skit dia punya member. Ialah, mane tak nyer, tempat kitorang tu amat strategik (kawasan lalu lalang). Secara tak langsung setiap kali org lalu kat situ mesti terpandang gambar tu. Ramai la org yang nak copy gambar tu ngan dia ni hehehe..