KUALA LUMPUR, 22 APRIL 2010: Dari barisan artis seperti Hafiz, Aril, Stacy, Mawi, Dafi dan Akim, nama juara Akademi Fantasia 5 (AF5), Mila nampaknya tidak tersenarai dalam showcase Debaran AF8 yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil setiap Ahad di Astro Ria, Saluran 104.
Hal itu membuatkan peminat AF tertanya-tanya khususnya penyokong Mila sendiri. Lagipun, bukankah Mila juga artis yang berada di bawah naungan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB)?
Lebih hangat, ada pula desas-desus mengatakan ketiadaan Mila untuk showcase ini adalah disebabkan oleh Dafi yang selama ini dikatakan menjadi anak emas pihak AESB dan KRU Studio. Sejauh mana kebenaran hal ini?
Dafi yang baru saja dinobatkan sebagai Artis Lelaki Kulit Tercantik dalam PPMH09/10 yang diadakan di Saloma Bistro pada Rabu lalu bagaimana menafikan dakwaan tersebut.
"ertama sekali, Dafi nak cakap, Dafi bukanlahlah anak emas pada KRU atau pun AESB. Tapi, kalau orang nak cakap Dafi ni anak didik KRU dan AESB, Dafi terima dan berbesar hati sangat.
"Kedua, Dafi tak pernah rasa, Dafi ni sebagai penyebab Mila tak buat show walaupun Dafi tahu ramai anggap Mila lebih sesuai mewakili AF5 kerana Mila adalah juara. Terus-terang, Dafi bersyukur sangat kerana Dafi terpilih untuk menghiburkan penonton setia AF8.
"Dafi teruja sangat dan harap peminat nanti akan terhibur dengan persembahan Dafi. Dafi harap semua peminat dapat datang beramai-ramai," katanya.
Apa yang pasti, Dafi yang sudah tamat Diploma dalam pengajian Bunyi dan Rekaan Muzik di Universiti Lim Kok Wing dalam berkata pada malam itu nanti, dia akan menyanyikan lagu baru serta beberapa lagu yang pernah menaikkan namanya dalam industri muzik tempatan.
"Malam tu nanti, Dafi akan nyanyi sebuah lagu yang pernah Dafi nyanyi masa konsert AF5 dulu. Dafi pilih lagu ni sebab Dafi nak imbas balik kenangan Dafi masa berada dalam AF5. Selain itu, Dafi juga akan mengundang Shila OIAM untuk menyanyi bersama.
"Lebih istimewa, Dafi akan menyanyikan single terbaru Dafi iaitu Sebelum Kita Berpisah yang belum lagi dimainkan di corong radio. Mengikut perancangan, Dafi akan menari untuk menghiburkan peminat semua," katanya.
Jadi, bagi sesiapa yang berminat untuk menyaksikan showcase Dafi ini, datanglah beramai-ramai ke Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada jam 8 malam. Sebelum menonton konsert mereka, anda boleh menyaksikan siapakah pelajar AF8 yang seterusnya tersingkir. Selain Dafi, Mawi juga bakal mengadakan showcase pada hari dan waktu yang sama dan akan mengundang Diana Danielle dan Hattan sebagai artis undangan untuk showcase tersebut.
-Tak pe lah Mila, dah memang bukan rezeki Mila tambahan pula Mila bukan bernaung di bawah AESB lagi....x delah orang mengatakan Mila ni anak Emas astro dan x de orang dengki ngn Mila lagi..kini Mila dah bebas..
MilaJirin Salam, Mila baru habis show di JW Marriott PutraJaya untuk Astro Marketing Dinner Show. ALhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar. Jutaan terima kasih buat Pihak pengurusan Astro kerana menjemput MILA..huhuhu tadi sebelum show sempat juga mila swimming di pool Marriott yg sangat besar.. besttt!
Selepas ni, Mila nak... ke Johor Baru. Esok Mila akan berada di booth Mamme pada jam 1 ptg hingga 3 ptg, buat warga johor dan kawasan sekitarnya jng lupa datang beramai ramai ke booth Mamme.. Mila tunggu anda disana
K & A ada 2nd season!....alhamdulillah
Mintak2 watak mila masih ada...1st season dah habis rind ...
seraiwangi Post at 23-4-2010 16:12
Kalau betullah K & A ada 2nd season! harap kali ni jln ceritanya menarik dan lakonan Mila lebih matang...kalau boleh harap watak Hero tukar kepada pelakon lain..nampak sangat hero & heroin x de keserasian...heronya nampak kaku sangat..akak lebih suka kalau Mila digandingkan ngan Aril..nampak lakonan mereka ok dan serasi...maaf!! ni pandangan akak je..
Salam semua.Mila baru saja sampai di KL,Alhamdullilah perjalanan semua berjalan dengan lancar.Tadi Mila di Jom Heboh Di Danga Bay(JB) di booth MAMEE.wah ramai yang datang.terima kasih buat warga Johor dan Singapura dan kawasan sekitarnya yang sama sama memeriahkan Karnival Joh Heboh terutama di Booth MAMEE.Mila sangat ...Happy tadi bila Mila tengok anda yang datang ke booth MAMEE sangat Happy.Pada yang Mila jemput keatas pentas main game, jgn marah ya kalau ada TERmelawak lebih kurang yer.yang penting MAMEE bagi banyak hadiah tadi.TQ MAMEE.Ok lah Mila sertakan beberapa gambar sekitar MILA di Booth MAMEE tadi.turut bersama dgn Mila tadi,Roslan Shah.gamat suasana dibuatnya dengan jenaka Abg Roslan
Mila tengah makan.... di kedai makan lahhhh hehehehehe jap gi nak balik huhu tido dan esok ada shooting IKLAN.. IKLAN apa, esok Mila bagi tau ok huhuhuhu surpriseeeee heheheh