CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nemobarracuda

✿ KPH - VILLA 96TH ~ BANZAIIIIII ABPBH JOM ✿

 Close [Copy link]
Post time 7-2-2012 05:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2012 08:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 11:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by Soksek11 at 8-2-2012 11:43

slam semua...just singgah tuk bgtau info psal hafiz..yg tgh terlibat dgan program akustik mcam yg penah dibuat oleh stacy sblum nie...babai..




*sori kalo mnyibuk kat cni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 09:53 AM | Show all posts
Assalamualaikum Warga KPH....Selamat Pagi....Den masuk sat tuk post artikel yang den jumpa so far....

Sumber Harian Metro 08 Februari 2012
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 09:53 AM | Show all posts
salam and good morning KPH!!

INTERAKSI: Perbetul kelemahan sedia ada

KEJAYAAN Hafiz Suip muncul juara Anugerah Juara Lagu (AJL26) menerusi lagu Awan Nano ciptaan Datuk M Nasir dan lirik Budi Hekayat baru-baru ini menerima pelbagai reaksi. Selepas hampir dua minggu program berprestij itu berakhir, masih ada komen positif mahu pun kritikan dilemparkan kepada juara Akademi Fantasia (AF7) ini. Yang suka memberi pujian, yang kurang senang masih, tetap mengkritik. Untuk itu, ikuti temu bual Wartawan Rap, ESME JOHARI WAHAB bersama penyanyi berambut ‘afro’ ini mengenai perancangan dan pandangannya terhadap isu ini.


SOALAN (S): Bagaimana Hafiz melalui kehidupan selepas bergelar juara AJL26?


HAFIZ (H): Pertamanya, saya sangat bersyukur kepada Allah. Semua dicapai adalah rezeki Tuhan serta berkat doa ibu bapa dan peminat yang setia memberi sokongan kepada saya. Terima kasih juga kepada pihak juri yang meletakkan lagu Awan Nano sebagai pilihan utama. Terima kasih Datuk M Nasir dan Budi Hekayat atas lagu dan lirik yang bagus dan kebetulan pula, saya suka lagu ini kerana kena dengan jiwa saya.


S: Apa yang Hafiz suka mengenai Awan Nano, sedangkan ada mengatakan lagu ini tidak patut bergelar juara? Tidakkah anda berasa rimas?


H: Lirik, melodi dan cara penyampaian. Apapun, ia bergantung kepada seseorang penyanyi untuk menyampaikannya dengan cara terbaik apabila keadaan memerlukan. Sebelum persembahan pun, saya membuat kajian, apa cara terbaik, apa ramuan mesti ada, baru saya yakin dengan persembahan.


S: Apa Hafiz fikir dan mahu buat apabila mendapat lagu ini?

H: Kita manusia biasa. Kebanyakan faktor bergantung kepada diri sendiri. Diri sendiri kena bekerja. Tiada benda datang bergolek atau bangun pagi, ada benda menunggu di pintu. Sebelum acara kemuncak AJL26, saya ambil pen, kertas dan menulis apa dimahukan. Malah, saya berjumpa guru lama, cikgu Syafi yang pernah mendidik saya sewaktu AF7 dan berlatih semula memperbaiki vokal bersamanya. Kadang-kadang kita rasa suara kita sedap, tapi ada orang lain tak berasa begitu. Pendek kata, balik semula ke pangkal jalan atau ‘back to basic’, kaji semula kelemahan yang ada.


S: Apa perancangan selepas ini?

H: Memang banyak benda difikirkan, mungkin ini agaknya yang difikirkan orang pada usia 22 tahun. Saya mahu membuat bersama beberapa single, tetapi album penuh masih belum ada. Sekarang sibuk persiapan program realiti Mania bakal tiba dalam masa sebulan lagi. Ada juga perancangan berkolaborasi semula bersama M Nasir, jika boleh bersama Ajai, Aidit Alfian dan Kunci Demak. Saya akan buat kenduri doa kesyukuran di sebuah hotel di Lembah Klang, malam ini.


S: Penerimaan peminat berbeza terhadap lagu Awan Nano?

H: Mereka beri reaksi bagus. Saya mahu lebih banyak muzik terbaik. Mereka sentiasa beri sokongan terbaik dan membuat saya sentiasa bersemangat. Jika asyik fikir apa orang fikir, kita tidak ke mana. Lebih baik berkarya dengan jujur dan berikan apa yang sepatutnya.


S: Ada peminat Hafiz menggelar Sakaiboy apabila lagu Awan Nano diumum juara oleh sesetengah pihak tidak suka kepada Hafiz?

H: Terpulang kepada mereka. Memang ada orang gelar saya Sakaiboy, Gila Boy.

Mulut orang tidak boleh ditutup dan saya biarkan Tuhan membalas mulut mereka. Saya cari rezeki yang halal dan rasa tidak perlu melenting atau diperbesarkan. Jika saya banyak cakap, lagi orang menyampah.


S: Apa mentaliti sekarang?

H: Masih berpijak bumi nyata. Saya rasa mentaliti juara tetap membuat saya merendah diri. Memang ada orang akan kutuk dan perkara ini memang berlaku sejak saya di AF lagi. Untuk maju terima kritikan, yang baik terima, yang buruk ketepikan. Saya rasa lebih ramai orang baik daripada buruk di dunia ini.


S: Apakah pandangan terhadap M Nasir?

H: Beliau profesional dan tegas. Tahap mentaliti bekerja beliau 100% ‘tip-top’ dan tak boleh main-main. Ada masa gurau, beliau gurau.

Ramai kata M Nasir garang tetapi bila masa bekerja, beliau ada sentuhan lawak. Ada karakter dan cara berfikir yang futuristik. Bekerjasama dengan seseorang seperti beliau membuatkan saya mahu jadi sepertinya. Beliau masih relevan dan masih bertahan kerana berjiwa seni dan hebat dengan caranya tersendiri.


S: Sebelum ini Hafiz ada mengatakan hendak mencipta lagu sendiri tetapi kejayaan Hafiz atas sentuhan orang lama?

H: Ini peluang belajar. Hendak maju, kena belajar dengan orang yang lebih maju dan pandai. Kita tidak tahu apa perlu dibuat tetapi boleh mendapatkan ilmu jika hati mahu terus belajar. Peluang sentiasa ada dan jangan sia-siakan.


S: Apa sokongan terbesar dari orang Sarawak selepas juara AJL26 dan AF7?

H: Ini memang buat saya terharu. Sebuah stesen radio iaitu Era Kuching mendedikasikan satu hari sebagai penghormatan kepada saya. Mereka memberi ruang satu hari bersama Hafiz dan menggelarnya HafizFM. Semua lagu saya diputarkan sepanjang hari itu. Perasaan memang hebat, ini untuk semua peminat saya di Malaysia.


S: Ada perancangan berlakon atau sudah ada tawaran?

H: Belum ada kerana saya tidak mahu mengejar banyak benda dalam satu masa. Lebih suka fokus pada nyanyian. Berlakon belum ada, lagipun lakonan bukan sesuatu yang saya arif. Tidak tahu, semuanya bergantung kepada rezeki.


kredit Metro Online.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 09:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2012 09:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 10:02 AM | Show all posts
kenduri malam ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2012 10:04 AM | Show all posts
Assalamualaikum Warga KPH....Selamat Pagi....Den masuk sat tuk post artikel yang den jumpa so far... ...
Anok_Tupa Post at 8-2-2012 09:53


w'salam YB.....thanks for the article....sorry, tertepek in between le pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 11:12 AM | Show all posts
Reply 2183# Soksek11

thanks soksek11... takder siboknya...kan ke forum ni terbuka untuk semua!
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 11:13 AM | Show all posts
Reply 2187# Anok_Tupa

thanks YB for the article...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 11:13 AM | Show all posts
Reply 2188# Along_XX

kenduri apakah??
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 11:18 AM | Show all posts
Reply 2185# Along_XX


nice interview and good answers! sangat matang!! good job hafiz!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 11:20 AM | Show all posts
Reply  Along_XX

kenduri apakah??
kakleen Post at 8-2-2012 11:13


dalam artikel tu la kakleen cakap Hafiz nak buat kenduri mlm ni kat hotel 5 bintang.....hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 11:34 AM | Show all posts
dalam artikel tu la kakleen cakap Hafiz nak buat kenduri mlm ni kat hotel 5 bintang.....hehehe : ...
Along_XX Post at 8-2-2012 11:20


ha ah, tadi soalan ditanya sebelum baca article tu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 11:42 AM | Show all posts
delima Post at 7-2-2012 17:49



    Yang menjerit kuat tu akak2 KPH ke?
    Thanks delima...nice jugak tengok pengumuman AJL dari stadium Bukit Jalil ni ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2012 11:44 AM | Show all posts
Reply  Along_XX


nice interview and good answers! sangat matang!! good job hafiz!!
kakleen Post at 8-2-2012 11:18


  Betul3x.....bagus Hafiz...cara menjawab ni dia berguru jugak, ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 11:45 AM | Show all posts
Anok_Tupa Post at 8-2-2012 09:53



    Thanks YB for the article. Thanks Along jugak kerana menepek artikel...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 12:00 PM | Show all posts
Yang menjerit kuat tu akak2 KPH ke?  
    Thanks delima...nice jugak tengok pengumum ...
Teh_90 Post at 8-2-2012 11:42




hallo kak teh... dah tgk pengumuman AJL26 versi kitaorg tak? from our point of view? lagi havoc... lagi gila!!!


meh sini i tepek ....




yg ni time perfomance



yg ni time Best Vocal announcement



ni pulak time AJL26 winner announcement



dan ini encore performance.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 12:14 PM | Show all posts
hallo kak teh... dah tgk pengumuman AJL26 versi kitaorg tak? from our point of view? lagi ha ...
ladydolph Post at 8-2-2012 12:00



    Adehhh gamatnya...nasib sore tu tak dengar sangat kat penonton di rumah....
    Thanks lady......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.063178 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list