CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tudung_bawal

**Kuiz ATW V10** kerja rumah di muka surat 97>.<

   Close [Copy link]
Post time 4-5-2012 04:09 PM | Show all posts
Reply 2179# tudung_bawal

tapi kasih ku tetap pada yang sama, takkan berubah seperti pantai yang berombak.... ah.. feeling nye....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-5-2012 04:17 PM | Show all posts
Reply 2181# carly_lah


   kate dah x jiwang lagik....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 04:19 PM | Show all posts
Reply 2182# tudung_bawal


carly dha jawab soklan tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2012 04:20 PM | Show all posts
Reply 2183# carly_lah


   jawapan no.15 x tepat..tang mana berkait dengan makanan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 04:22 PM | Show all posts
Reply 2184# tudung_bawal

tp terkait dgn dapur.... x de dapur x de makanan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2012 04:28 PM | Show all posts
Reply 2185# carly_lah


   tetap x diterima....sila edit...kalo x....tb btau cegu suh tolak markah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2012 04:30 PM | Show all posts
Reply 2186# tudung_bawal

dah edit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2012 04:31 PM | Show all posts
Reply 2187# carly_lah


   bau petai...



nape kene puasa dari makan petai? kan ke elok utk kesihatan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2012 04:33 PM | Show all posts
Reply 2188# tudung_bawal

skg dh preggy masuk 8 bulan, kalu tetiba nak bersalin lepas makan petai... x ke pengsan orang yg nak menyambut tue...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2012 04:58 PM | Show all posts
Reply 2189# carly_lah


   owh........carly tengah pewot muncit rupa2nya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2012 05:16 PM | Show all posts
thanks ucu for the tacang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2012 05:16 PM | Show all posts
mohon ucu jawab soklan yg along bg..dah berzaman x buat keje sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 05:31 PM | Show all posts
Soalan Tentang ANDA & MAKANAN


Arahan: Sila jawab dengan sepenuh hati kerana tiada jawapan yang betul atau salah.
Semuanya bergantung kepada hobi masing-masing.


Sila hantar jawapan selewat-lewatnya pada hari Isnin, 7hb Mei 2012 Jam 12.30 tengahari


Soalan


1. Sila senaraikan makanan kesukaan anda?
Semua makanan yang sedap.Kalau nak senaraikan memang tak cukup space.

2. Ceritakan pengalaman pahit anda dengan makanan?
Makanan telah mengumpulkan lemak dalam badan saya..mencikk

3. Sila berikan 2 jenis makanan/masakan yang berasaskan bahan mentah di bawah:-
a. ayam
sate ayam
ayam masak merah

b. ikan
ikan singgang
ikan bakar

c. daging lembu/kambing
kerutub daging
lamb chop

d. sotong
ketupat sotong
sotong sumbat

e. udang
udang goreng kunyit
sambal udang

f. ketam
ketam goreng telur asin
ketam goreng cili

g. kerang
kerang bakar
char kuew teow kerang

4. Adakah anda seorang yang kuat makan? Jika ya, sila huraikan dengan secara ringkas.
Saya akan jadi orang kuat makan jika banyak makanan free depan mata.

5. Pada pendapat anda, apakah yang dimaksudkan dengan pemakanan sihat?
Pemakanan sihat ialah Pemakanan sihat adalah makanan yang mengandungi pelbagai kandungan zat, mineral atau kaborhidrat yang seimbang untuk tubuh badan. Pemakanan sihat juga merupakan pemakanan yang kita pilih untuk makan setiap hari secara betul, iaitu makan secara betul untuk sarapan, makan tengahari dan minum petang serta makan malam.

6. Sebagai rakyat yang tinggal di negara yang berbilang kaum, apakah anda menggemari masakan dari kaum lain? Jika Ya, sila senaraikan.
Yang paling biasa roti canai dan roti yg sewaktu dgnnya

7. Pernahkah anda mengidam untuk makan makanan yang pelik-pelik?
Belum pernah

8. Sila kongsikan menu makan tengahari anda semalam dan di restoran/kedai makan manakah anda menjamu selera?
Menu tghari smlm adalah oat dan sy mkn dpn pc shj

9. Sila berikan satu resipi makanan yang cepat dimasak dan sedap dimakan?
Lempeng pisang oat
Lenyek pisang.Campurkan oat dan susu serta secubit garam. Gaul sehingga sebati. Kemuadian leserkan pada kuali.lepas 5minit, terbalikkan lempeng.
biar seketika..dah siap
Sedap dimakan dengan sambal bilis/serunding.


10. Antara masakan bakar dan kukus, yang mana menjadi pilihan dan kenapa ?
Sukar buat pilihan antara kedua2nya.Walaupun kedua2 cara masakan adalah kegemaran saya, saya prefer bakar keran bakar lebih mudah.Kadang2 kukus pun mudah jugak. kena tengok menu yang hendak dimasak jugalah.

11.  Apakah makanan tradisional yang popular di negeri kelahiran anda?
Keropok lekor
  


12. Adakah anda alah pada mana-mana makanan? Jika Ya, sila ceritakan.
Makanan laut kot. makan boleh tapi tak boleh berlebihan. Kalau makan lebih mesti keluar jerawat berderet

13. Sila tampal 2 keping gambar manisan yang berwarna hijau.

buah melaka dan lompat tikam
  

14. Bagaimanakah anda menilai sesuatu makanan tanpa merasainya terlebih dahulu?
Menilai daripada rupanya kot.bukan daripada persembahan/hiasan. tapi rupa yg hodoh tak semestinya tak sedap dan rupa yg cantik tak semestinya sedap. kita nilai dari segi tekstur,warna,ramuan yg kelihatan dll

15. Anda pantang nampak..............(sila sambung dengan menggunakan kreativiti anda dan berkait dengan makanan sahaja)
Saya pantang nampak makanan free depan mata maka saya akan menghargai pemberian orang dengan jayanya



Markah bergantung sepenuhnya kepada SIFU yang bertugas.


** selamat berhujung minggu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 05:31 PM | Show all posts
Reply 2190# tudung_bawal

x pe, nanti kempis balik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2012 05:57 PM | Show all posts
Reply 2194# carly_lah


   mau x kempis kalo kene diet 44 hari pastu kene pakai bengkung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 06:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by am_i_legend at 4-5-2012 18:48

Soalan Tentang ANDA & MAKANAN


Arahan: Sila jawab dengan sepenuh hati kerana tiada jawapan yang betul atau salah.
Semuanya bergantung kepada hobi masing-masing.


Sila hantar jawapan selewat-lewatnya pada hari Isnin, 7hb Mei 2012 Jam 12.30 tengahari


Soalan


1. Sila senaraikan makanan kesukaan anda?

i) Ayam masak merah/pedas
ii) Ayam panggang.
iii) Western
iv) Ramen
v) Nasi Kerabu/Nasi Dagang/Assorted of Nasi Goreng/Nasi Arab/Nasi Briyani etc.
vi) etc etc etc etc (ceritanya meme banyak lah makanan kesukaan saya ni sebab saya tak memilih sangat bab makan ni.


2. Ceritakan pengalaman pahit anda dengan makanan?
Cerita pahit saya dengan makanan ialah bila saya tak cukup duit nak beli makanan.

3. Sila berikan 2 jenis makanan/masakan yang berasaskan bahan mentah di bawah:-
a. ayam - i) Ayam Masak Merah/Pedas   ii) Ayam Panggang
b. ikan - i) Kari Kepala Ikan   ii) Ikan Bakar
c. daging lembu/kambing - i) Daging Lembu Masak Lada Hitam   ii) Lamb's Grill With Black Pepper Sauce
d. sotong - i) Sotong Rebus   ii) Sotong Masak Pedas
e. udang - i) Udang Masak Petai   ii) Udang Bakar
f. ketam - i) Ketam Masak Gulai   ii) Ketam Masak Cili Api
g. kerang - i) Kerang Rebus   ii) Kerang Bakar

4. Adakah anda seorang yang kuat makan? Jika ya, sila huraikan dengan secara ringkas.
Kadang-kadang saya kuat makan kalau nampak makanan yang sedap-sedap, kadang-kadang saya juga mengawal makan saya. Seimbang gitu..

5. Pada pendapat anda, apakah yang dimaksudkan dengan pemakanan sihat?
Pemakanan sihat adalah pilihan makanan yang segar, bersih dan mengandungi zat-zat yang diperlukan oleh badan secukupnya. Tak lupa juga dengan pengawalan makanan.

6. Sebagai rakyat yang tinggal di negara yang berbilang kaum, apakah anda menggemari masakan dari kaum lain? Jika Ya, sila senaraikan.
Ya, seperti roti canai, papadam, roti nan, pau kacang, nasi arab, ayam penyet padang jawa, rasanya banyak lagi kot, western ada, eastern ada semua ada lah cuma tak tahu nama je.

7. Pernahkah anda mengidam untuk makan makanan yang pelik-pelik?
Tiada.

8. Sila kongsikan menu makan tengahari anda semalam dan di restoran/kedai makan manakah anda menjamu selera?
Nasi campur lauk ikan masak taucu dengan sayur taugeh serta bendi masak kari. Saya makan di restoran Mat Desa di Tapah Perak.

9. Sila berikan satu resipi makanan yang cepat dimasak dan sedap dimakan?
Ayam Golek Simple


3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
3 batang serai
1 inci halia dan lengkuas
1 sudu besar serbuk kari
1 ekor ayam
1 cawan santan

Cara-cara

1. rebus ayam separuh masak bersama garam dan serbuk kunyit.

2.tos kan ayam lalu digoreng hingga masak.atau bakar bersama2 dengan bahan2  tumis

3. mesin semua bahan2 lalu ditumis hingga garing dan naik minyak.

4. masukkan santan dan ayam  atau selepas  tumis bahan2 tadi  lumurkan  bahan tumis pada  ayam dan dibakar

5. ratakan ayam bersama kuahnya sambil rasa asam garam dan gula secukup rasa


10. Antara masakan bakar dan kukus, yang mana menjadi pilihan dan kenapa ?
Saya pilih dua-dua boleh? Sebab sedap!


11.  Apakah makanan tradisional yang popular di negeri kelahiran anda?
Kuih Akok, Kuih Taik Itik, Kuih Pulut Manis @ Seri Muka, Nasi Kerabu.


12. Adakah anda alah pada mana-mana makanan? Jika Ya, sila ceritakan.
Ya, macam ada alah dengan seafood sebab ada resdung.


13. Sila tampal 2 keping gambar manisan yang berwarna hijau.  


   


14. Bagaimanakah anda menilai sesuatu makanan tanpa merasainya terlebih dahulu?
Melalui bau dan rupa bentuk makanan tersebut.


15. Saya pantang nampak kek yang nampak meriah dan sedap mesti nak rasa.. (sila sambung dengan menggunakan kreativiti anda dan berkait dengan makanan sahaja)




Markah bergantung sepenuhnya kepada cegi-cegu yang bertugas.


** selamat berhujung minggu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2012 08:59 PM | Show all posts
Soalan Tentang ANDA & MAKANAN


Arahan: Sila jawab dengan sepenuh hati kerana tiada jawapan yang betul atau salah.
Semuanya bergantung kepada hobi masing-masing.


Sila hantar jawapan selewat-lewatnya pada hari Isnin, 7hb Mei 2012 Jam 12.30 tengahari


Soalan


1. Sila senaraikan makanan kesukaan anda?
- bihun tomyam
- beefsteak
- satey
- dodol durian

2. Ceritakan pengalaman pahit anda dengan makanan?
muntah2 lepas makan mentarang. alergik ropanya... tobat nak sentuh lagi!!

3. Sila berikan 2 jenis makanan/masakan yang berasaskan bahan mentah di bawah:-
a. ayam
- nasik ayam
- chicken chop

b. ikan
- ikan goreng
- ikan bakar

c. daging lembu/kambing
- beef steak
- lamb chop

d. sotong
- sotong goreng tepung
- sambal sotong

e. udang
- mee udang
- udang berdiri (hidangan pengantin)

f. ketam
- ketam ball
- sup ketam

g. kerang
- sambal kerang
- kerang rebus

4. Adakah anda seorang yang kuat makan? Jika ya, sila huraikan dengan secara ringkas.
- tidak

5. Pada pendapat anda, apakah yang dimaksudkan dengan pemakanan sihat?
- Pemakanan sihat ialah makan makanan yg berzat dan mengikut tertib.

6. Sebagai rakyat yangtinggal di negara yang berbilang kaum, apakah anda menggemari masakandari kaum lain? Jika Ya, sila senaraikan.
- ya, capati dan nasik goreng cina

7. Pernahkah anda mengidam untuk makan makanan yang pelik-pelik?
- Belum pernah

8. Sila kongsikan menu makan tengahari anda semalam dan di restoran/kedai makan manakah anda menjamu selera?
- Menu tghari smlm adalah asam pedas ikan pari dgn labu masak lemak turi.

9. Sila berikan satu resipi makanan yang cepat dimasak dan sedap dimakan?
- cekodok ikan bilis

bahan2
1. tepung gandum
2. air mineral
3. ikan bilis secukup rasa
4. minyak masak utk menggoreng

cara penyediaan
1. campurkan kesemua bahan sehingga sebati dan sepekat bubur
2. panaskan minyak
3. ceduk adunan menggunakan sudu dan goreng mengikut kadaran sesudu setiap ketul cekodok.

10. Antara masakan bakar dan kukus, yang mana menjadi pilihan dan kenapa ?
- kukus lebih sihat berbanding bakar yg dimasak secara terus dgn api lebih byk kandungan karbon.

11.  Apakah makanan tradisional yang popular di negeri kelahiran anda?
- laksa johor

12. Adakah anda alah pada mana-mana makanan? Jika Ya, sila ceritakan.
- sama seperti jawapan di soalan ke-2

13. Sila tampal 2 keping gambar manisan yang berwarna hijau.
  
- kuih lapis dan kuih koci

14. Bagaimanakah anda menilai sesuatu makanan tanpa merasainya terlebih dahulu?
- bau yg menyelerakan, warna yg menggairahkan dan pendapat kengkawan

15. Anda pantang nampak..............(sila sambung dengan menggunakan kreativiti anda dan berkait dengan makanan sahaja)
- i pantang nampak kengkawan makan mesti nak mintak sikit.



Markah bergantung sepenuhnya kepada SIFU yang bertugas.


** selamat berhujung minggu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 11:00 PM | Show all posts
Soalan Tentang ANDA & MAKANAN


Arahan: Sila jawab dengan sepenuh hati kerana tiada jawapan yang betul atau salah.

Semuanya bergantung kepada SELERA masing-masing.


Sila hantar jawapan selewat-lewatnya pada hari Isnin, 7hb Mei 2012 Jam 12.30 tengahari


Soalan


1. Sila senaraikan makanan kesukaan anda?
x leh nk senarai. sbb makanan yg sedap semua saya suker

2. Ceritakan pengalaman pahit anda dengan makanan?
mkn peria kan pahit tue

3. Sila berikan 2 jenis makanan/masakan yang berasaskan bahan mentah di bawah:-
a. ayam ~ rendang ayam ~ black paper ayam
b. ikan ~ stim limau ~ tiga rasa
c. daging lembu/kambing ~ sup ~ kurma
d. sotong ~ goreng tepung ~ sambal
e. udang ~ udang butter ~ tomyam udang
f. ketam ~ creamy butter crab ~ salted egg crab
g. kerang ~ rendang kerang ~ bakar

4. Adakah anda seorang yang kuat makan? Jika ya, sila huraikan dengan secara ringkas.
x baper kuats mkn. sbb takuts gumok

5. Pada pendapat anda, apakah yang dimaksudkan dengan pemakanan sihat?
pemakanan yang sihat adalah pemakanan yang lengkap dan seimbang, sepertimana terdapat didalam carta piramid makanan


6. Sebagai rakyat yang tinggal di negara yang berbilang kaum, apakah anda menggemari masakan dari kaum lain? Jika Ya, sila senaraikan.
ya. saya memang mengemari masakan dari kaum lain. Seperti Itik peking, India curry, pasta n etc

7. Pernahkah anda mengidam untuk makan makanan yang pelik-pelik?
ada. tingin nk mkn landak panggang, kt mana erk ada jual?

8. Sila kongsikan menu makan tengahari anda semalam dan di restoran/kedai makan manakah anda menjamu selera?
nasi putih n curry kambeng


teh tarik


restoren mamak nearest my opis

9. Sila berikan satu resipi makanan yang cepat dimasak dan sedap dimakan?
TOMYAM

Bahan Bahan
200 gram ayam – dipotong kecil
3 ekor sotong – dipotong melintang
5 ekor udang – dicuci dan dibuang ekor
20 gram pes tomyam (saya gua jenama adabi)
Couliflower, Carrot dan Baby corn sebagai sayur. Kalau suka lebih letakkan kuantiti yang lebih
Cili hijau yg dipotng dua. Kalau hendak pedas, letaklah banyak
1 batang Serai yg dititik
4 helai daun limau purut dipotong  2
2 biji Limau – Ikut suka nak masam
Garam secukup rasa

Cara Memasak
1)Masukkan 500 ml air dalam periuk dan letak diatas api
2)    Masukkan pes tom dan kacau hingga sebati
3)    Masukkan serai, cili hijau dan daun limau purut
4)    Kemudian masukkan udang sotong dan ayam
5)    Selepas beberapa ketika masukkan sayur
6)    Setelah mendidih, masukkan garam dan air limau
7)    Biar sehingga sayur masak kemudian padamkan api
8)    Angkat untuk dihidangkan

Nampak macam byk jer bahan tapi sebenarnya senang jer, masukkan jer apa yg ada, dah mendidih siap la. Nama pun resipi mudah. Selamat mencuba.

10. Antara masakan bakar dan kukus, yang mana menjadi pilihan dan kenapa ?
Dua-dua. sbb dua-dua pun sedaps

11.  Apakah makanan tradisional yang popular di negeri kelahiran anda?
Rendang ayam kowt.

12. Adakah anda alah pada mana-mana makanan? Jika Ya, sila ceritakan.
x ada alah xdek pantang, semua leh bedal

13. Sila tampal 2 keping gambar manisan yang berwarna hijau.
ondeh-ondeh


ketayap


14. Bagaimanakah anda menilai sesuatu makanan tanpa merasainya terlebih dahulu?
tengok fizikal makanan makanan itu kowt. kalo cam selera jerk...beli la

15. Anda pantang nampak..............(sila sambung dengan menggunakan kreativiti anda dan berkait dengan makanan sahaja)
saya pantak nampak sambal yg mama saya buat. kalau ada sambal itu saya akan makan bertambah beberapa kali.

Markah bergantung sepenuhnya kepada SIFU yang bertugas.


** selamat berhujung minggutudung_bawal Post at 4-5-2012 15:30

TB timakasih sbb wat soklan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2012 08:37 PM | Show all posts
Soalan Tentang ANDA & MAKANAN


Arahan: Sila jawab dengan sepenuh hati kerana tiada jawapan yang betul atau salah.
Semuanya bergantung kepada SELERA masing-masing.


Sila hantar jawapan selewat-lewatnya pada hari Isnin, 7hb Mei 2012 Jam 12.30 tengahari


Soalan


1. Sila senaraikan makanan kesukaan anda?
a. Nasi Dagang
b. Nasi Lemak
c. Yong  Tau Fu
d. Popia
e. Kebab
f. Rojak Buah

2. Ceritakan pengalaman pahit anda dengan makanan?
Pernah dimasukkan ke wad selama 2 minggu gara-gara termakan makanan yang kurang bersih dan dijangkiti kuman.

3. Sila berikan 2 jenis makanan/masakan yang berasaskan bahan mentah di bawah:-
a. ayam
- ayam masak kicap & ayam goreng berempah

b. ikan
- sambal ikan bilis & ikan percik

c. daging lembu/kambing
- gulai daging  kawah & daging masak paprik

d. sotong
- kerabu sotong & sotong goreng kunyit

e. udang
- tomyam udang & mee udang

f. ketam
- ketam goreng bercili & ketam masak lemak berempah

g. kerang
- kerang goreng serai pedas & kerang rebus

4. Adakah anda seorang yang kuat makan? Jika ya, sila huraikan dengan secara ringkas.
Bergantung kepada makanan yang dihidangkan, kalo sesuwai dengan selera memang berpinggan ler jawabnya.

5. Pada pendapat anda, apakah yang dimaksudkan dengan pemakanan sihat?
Pengambilan makanan sihat yang mengandungi zat dan kalori seimbang untuk kesihatan tubuh badan.

6. Sebagai rakyat yang tinggal di negara yang berbilang kaum, apakah anda menggemari masakan dari kaum lain? Jika Ya, sila senaraikan.
Ya, suka makan yong tau fu.

7. Pernahkah anda mengidam untuk makan makanan yang pelik-pelik?
Teringin nak makan otak lembu. Pernah makan sekali waktu kecil dulu.

8. Sila kongsikan menu makan tengahari anda semalam dan di restoran/kedai makan manakah anda menjamu selera?
Nasi putih, ayam masak lemak cili padi dan ikan masin goreng. Beli dekat gerai berhampiran opis dan makan dalam opis.

9. Sila berikan satu resipi makanan yang cepat dimasak dan sedap dimakan?
Sup ayam dan cendawan Knorr


Resipinya ialah:-
a.Sebungkus pek Sup Ayam dan cendawan Knorr
b. Sebiji telur
c. Air 3/4 cawan

Cara penyediaan:-
a. Didihkan air (3/4 cawan) di dalam periuk
b. Tuangkan kandungan pek dan kacau selama 1 minit
c. Masukkan sebiji telur yang telah dipukul dan kacau perlahan-lahan sehingga mendidih.
d. Sedia untuk dihidangkan.




10. Antara masakan bakar dan kukus, yang mana menjadi pilihan dan kenapa ?
Bakar sebab lagi sedap dan menyelerakan.

11.  Apakah makanan tradisional yang popular di negeri kelahiran anda?

a. Nasi Kerabu


b. Ayam Percik



c. Budu



12. Adakah anda alah pada mana-mana makanan? Jika Ya, sila ceritakan.
Sayur kangkung - lepas makan mesti cirit-birit
Makanan laut - sebab ada resdung
Air soya - mesti akan sendawa bertalu-talu
** tapi kalo dan teringin sangat nak makan, ngap jer..


13. Sila tampal 2 keping gambar manisan yang berwarna hijau.

a. Agar-agar santan pandan




b. Dodol



14. Bagaimanakah anda menilai sesuatu makanan tanpa merasainya terlebih dahulu?
Berdasarkan bau dan cara makanan tersebut dipersembahkan.

15. Anda pantang nampak..............(sila sambung dengan menggunakan kreativiti anda dan berkait dengan makanan sahaja)
Yong tau fu, mesti kaki secara sukarela akan menghampiri gerai tersebut dan hanya akan beredar bila sebungkus yong tau fu selamat dibeli.




Markah bergantung sepenuhnya kepada SIFU yang bertugas.


** selamat berhujung minggu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2012 10:01 AM | Show all posts
long hols. sdp tol golex2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.206949 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list