|
ISTANA GAFIM XVII - GOOD LUCK AKIM & BENGANG AJL-24
[Copy link]
|
|
yeke kande??ai xsempat tgk smlm..huhu..
nnti mlm neh ai tgk..
syaza Post at 17-1-2010 13:22
n if u 'tegar' enuff, try la wat cam kande.. mute kan scene tu, pasang lagu stacy as background audio.. Impact nye lebih deep dari yg sepatutnya dr yg asal dlm drama tu (dlm K&A lagu stacy tu bground scene flashback akim-mila. but instead of feel, kande tergelak2.. sib baik lagu stacy tu mmg sedap)
* n it also mean kande ni takde life.. ada masa nak layan benda2 fictional camni berkali2.. ![](static/image/smiley/default/3laugh.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Tanda aras baru
Oleh IZWAN MOHAMAD DAN
[email protected]
TEKA-TEKI sudah terjawab. Pergi, ciptaan Pete Teoh dan lirik Amran Omar diangkat sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24 yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, Ahad lepas.
AJL24 juga menjadi medan generasi baru menunjukkan kehebatan, terbukti dengan lapan daripada 14 lagu bertanding dibarisi muka baru sekali gus membuka peluang kepada mereka berkongsi pentas dengan yang berpengalaman.
Persembahan pembukaan daripada Datuk Siti Nurhaliza dan Lan & The Typewriter dengan Lagu Untukmu contohnya dapat menjadi panduan kepada semua penyanyi baru untuk melihat sendiri bagaimana persembahan seperti itu dapat memukau semua yang menonton tidak kira secara langsung di stadium atau di kaca televisyen.
Satu lagu yang diberi nafas baru selain arah tuju persembahan yang teratur ternyata dapat memberi impak besar, apatah lagi menjadi tulang belakang kepada majlis anugerah sebesar ini kerana momentumnya dapat dirasakan sehingga acara selesai.
Estranged yang menyampaikan lagu Aurora sebagai peserta pertama ternyata memberikan persaingan cukup kuat dengan pengalaman ketika AJL22 menerusi lagu Itu Kamu.
Penghargaan harus diberikan kepada muka baru seperti Alyah menerusi Tak Mungkin Kerana Sayang (Ajai/Habsah Hassan) dengan memberikan persembahan bertenaga, cuma terbukti pengalaman membezakan antara muka baru dan muka lama kerana jelas Alyah perlu mencari idea yang lebih segar dan tidak ‘ulang tayang’ idea yang pernah dilakukan sebelum ini.
Bintang senior yang pernah memenangi AJL menerusi Bunga Bunga Cinta, Misha Omar, tampil dengan penari latar dan penyajak yang memberi kelainan kepada persembahan kerana menerusi lagu Cinta Adam Dan Hawa (Azmeer/Allahyarham Loloq) ini, ada getar dalam hati penonton menunjukkan Misha berjaya meraih perhatian ramai walaupun gagal meraih sebarang trofi.
Juara Akademi Fantasia 7, Hafiz, yang mendendangkan Masih Jelas (Aidit Alfian/Ad Samad) pula kurang menyengat, bukan dari segi vokal tetapi arah tuju persembahannya yang begitu longgar dan klise dengan paparan wajah gadis menerusi layar LCD dan 'kenangan' yang cuba dikaitkan dengan liriknya.
Vokal penyanyi utama Bunkface, Sam, turut boleh dipuji kerana lontaran suaranya jauh lebih baik daripada beberapa persembahan sebelum ini membuatkan ramai yang teruja, malah janji mereka untuk menghidangkan kelainan dalam lagu Situasi ditepati dengan menjemput dua kanak-kanak menyanyi bersama begitu menghiburkan.
Puteri tari yang juga juara AF6, Stacy, menghangatkan lagi pentas AJL24 dengan gerakan mantap menerusi Pakai Buang ciptaan unggul Edry KRU, cuma yang menghairankan dalam beberapa ketika sistem kawalan pencahayaan pentas bagaikan tidak membantu persembahan ini kerana pergerakan mereka tidak dapat dilihat dengan jelas dan mungkin menyebabkan ‘kurang markah’.
Pembukaan lagu Pergi oleh Aizat juga mengangkat semangat 1 Malaysia apabila mengenengahkan penyanyi klasik India selain gesekan alat muzik tradisional Cina, erhu, membantu lagu ini dipandang sebagai lagu unik selain lirik dan bantuan layar LCD yang memaparkan wira Malaysia yang meninggal dunia.
Pergi tidaklah sempurna dalam setiap aspek yang membuatkan lagu ini dipilih juri sebagai juara, namun mencakupi pelbagai faktor yang menjadikan lagu ini cukup istimewa.
Aku Scandal ciptaan Noh Hujan mempersembahkan idea baru ‘flash mob’ dalam persembahan mereka, membuat ramai penonton di arena turut terpanggil menari bersama, memberikan impak ceria dalam nyanyian kumpulan Indie yang pertama kali ke AJL ini.
Sayang sekali, persembahan Tomok menerusi Rindu Terhenti (Aubrey Suwito/Tinta) begitu lemah kerana ketinggalan zaman, malah juara One In A Million 3 ini seperti terperangkap dalam zaman sewaktu menceburi industri muzik bersama-sama New Boyz suatu ketika dulu.
Kemenangan Black sebagai Vokal Terbaik dengan lagu Aku Rindu Sayang Kamu (Yuzai) sememangnya tidak dijangka ramai pihak, namun keupayaan anak muda ini melontarkan vokalnya menyebabkan juri tidak teragak-agak mengangkatnya sebagai penyanyi terbaik malam itu, cuma gagal menyengat dari segi persembahan pentas yang diiringi tarian yang dirasakan tidak perlu.
Agak pelik apabila melihat lagu Bengang (Amir/Sheikh Qalam) dendangan Akim, yang berubah daripada pop ke rock dan disertai gimik bakar kereta bagi meneruskan kesinambungan cerita daripada klip videonya.
Ternyata idea itu gagal walaupun menggunakan khidmat Pat Ibrahim yang terkenal dengan kehebatannya di pentas teater apabila arah tuju persembahan anak muda ini seolah-olah tidak berhaluan walaupun cuba diperkuatkan dengan konsep animasi Jepun sehingga Akim tidak dapat memberi keyakinan.
Yuna juga masih baru, tetapi kreativiti yang ditunjukkan sememangnya mencerminkan penyanyi ini bukan calang-calang kerana selain lagunya yang bagus, persembahannya yang sederhana memberi kesan kuat khususnya pada awal persembahan dengan bunyian piano mainan dan suara gemersik yang memukau.
Kau Dan Aku ciptaan dan nyanyian Aizat mungkin kelihatan sederhana bagi sesetengah pihak, namun keceriaan kanak-kanak sekolah yang dibawa sebagai penari latar membuatkan persembahannya memberi impak sehingga juri sepakat memilihnya sebagai Persembahan Terbaik. Pujian besar harus diberikan kepada Faizal Tahir yang berusaha keras memberi persembahan mantap menerusi Bencinta walaupun dalam keadaan kurang sihat, diiringi konsep persembahan yang begitu sinonim dengan penyanyi ini kerana berteraskan gimik yang kurang difikir penyanyi lain.
Penampilan Datuk Jeffrydin & Singlap 5, Jay Jay dan Search juga bagaikan memberi ‘tunjuk ajar’ kepada generasi baru untuk membuat persembahan sehebat mereka walaupun melalui peredaran zaman, sebelum diakhiri dengan penampilan Meet Uncle Hussein bersama Black dan Hazama.
AJL24 juga membuktikan pengalaman saja tidak boleh menjadi faktor utama bagi meraih kemenangan, tetapi sejauh mana relevan atau tidak sesuatu idea itu digunakan menjadi titik tolak kepada setiap persembahan khususnya dalam pertandingan seperti ini.
Jumlah wang ringgit yang dilaburkan untuk memantapkan persembahan sememangnya subjektif, namun paling penting idea kreatif perlu lebih asli dan sesuai dengan kemampuan agar dapat dijana dengan baik.
Bukan kemenangan yang menjadi ukuran sebenar, yang penting sesuatu persembahan dapat diingati penonton walaupun berpuluh tahun lagi seperti yang pernah kita lihat sejak 24 tahun lalu seawal AJL dianjurkan. |
|
|
|
|
|
|
|
2224# syaza hye sume...warga istana.... |
|
|
|
|
|
|
|
huhu...cakkkk~
missgreenapple Post at 17-1-2010 15:09 ![](http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
tak de orglah...left the two of us....hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
tak de orglah...left the two of us....hahaha
lalaland Post at 17-1-2010 15:11 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
huhu...tuh la pasal~ |
|
|
|
|
|
|
|
huhu...tuh la pasal~
missgreenapple Post at 17-1-2010 15:14 ![](http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
kite masuk salah timelah dar dar.... |
|
|
|
|
|
|
|
hye hye hye syaza...sori da nak out..
jumpa lagi nanti...
lalaland Post at 17-1-2010 15:23 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
okay..have a nice day..![](static/image/smiley/default/bye.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kite masuk salah timelah dar dar....
lalaland Post at 17-1-2010 15:17 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
tuh la darl....haha...
see u next time~ |
|
|
|
|
|
|
|
Masuk sat...online dari Kajang...![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
halew sume...lamanya tak msuk cni...heeeee~~~~~~ |
|
|
|
|
|
|
|
salam2...
tok sumew wrgew istanew...
rindu kat sume nie...![](static/image/smiley/grapeman/22.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|