|
Kami Peminat Hafiz - Villa 49 ~ Vote Hafiz @ ABP! Hafiz @ Kota Samarahan 2nite!
[Copy link]
|
|
Web Hotfm selalu lambat update ... ai hari2 vote kat situ .... 21st Mar yg ai dengar No 8 Juwita Nubhan and NC No. 6 . minggu2 yang lepas tak dengar hot 30 ni . kebetulan nk beli top-up terdengar ..... teruskan vote NC and vote for ABP jugak ... ![](static/image/smiley/default/pompom.gif) ![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh!! mmg la pasal kat kampung halaman, bodoh!! baru kat satu tmpt hafiz & akim ada bersama bangang.......................along ko ke yg tulis ayat ni .........smp member tegur aku dok gelak sensorang......![](static/image/smiley/default/lol.gif) ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Artis muda kuasai pentas ABPBH2009
Oleh Norhadiani Baharom
[email protected]
2010/03/24
DULU nama-nama seperti Rosyam Nor, Erra Fazira, Umie Aida, Ziana Zain, Siti Shahriza (Eja), Nasha Aziz, Abby Abadi, Rita Rudaini, Norman Hakim, Misha Omar termasuk artis berkumpulan seperti Spider dan Flop Poppy antara wajah yang sering memeriahkan siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).
Namun, kini suasana sudah berubah, lebih-lebih lagi menyingkap senarai calon akhir ABP2009 yang menyaksikan penguasaan artis muda baik barisan pelakon, penyanyi mahupun band. Mereka yang terbabit adalah Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah dan Remy Ishak, juga teraju utama drama bersiri Nur Kasih yang mencetuskan fenomena di kalangan penonton dan masyarakat tempatan.
Turut menyertai tiga bintang muda yang cukup menyinar ini ialah Aaron Aziz, Fizo Omar, Diana Danielle, Lisa Surihani, Liyana Jasmay, Black, Akim (AF7), Hafiz (AF7), Isma (AF7), Adam (AF2), Zizan (Raja Lawak) dan Putri Mardiana. Bagi kategori artis berkumpulan pula, siri jelajah ini disertai Bunkface, Meet Uncle Hussain (MUH) dan 6ixth Sense. Jika menilainya dari sudut positif, dengan jelas menunjukkan industri hiburan terus berkembang dan dakwaan persada hiburan ketandusan pelapis baru adalah tidak benar sama sekali kerana ABPBH2009 membuktikannya.
Andai ada yang mendakwa mereka tidak berpengaruh, telahan itu juga tidak berasas kerana kehadiran mereka di Plaza Angsana, Johor Bahru, Ahad Lalu, sempena siri jelajah ABPBH2009 disambut lebih 10,000 peminat. Begitulah hebatnya kuasa anak-anak muda ini. Remy Ishak berkata, dia langsung tidak menyangka sebegini hebat sambutan yang diberikan penduduk Johor terhadap siri jelajah ABPBH2009. "Baru pertama kali mengikuti acara ini dan ia amat mengejutkan. Melihat nama-nama besar yang terbabit dalam acara ini membuatkan saya berasa rendah diri. "Tidak menyangka sama sekali akan duduk bersama dengan mereka kerana dulu, saya hanya menjadi pemerhati sebagaimana penonton hari ini," katanya.
Manakala Tiz pula, menggunakan waktu terluangnya sementara tidak terikat dengan penggambaran drama untuk memeriahkan acara itu. "Saya sangat teruja kerana inilah pertama kali saya berpeluang menyertai siri jelajah ABPBH2009. Puas rasanya dapat bertemu dengan peminat," katanya. Pun begitu, dalam mengagungkan yang muda barisan artis vateran serta yang berpengalaman usah dilupa jangan kerana tanpa mereka tidak mungkin wujud pelapis baru ini. Misalnya, mereka yang boleh dianggap 'senior' dalam pencalonan ABPBH seperti Saiful Apek, Mawi, Leeya (Hot FM), Kieran (Hot FM), Aaron Aziz termasuk kumpulan nasyid, Hijjaz dan Saujana. Berbalik pada acara siri jelajah itu, jika ditanya mengapa Johor Bahru sentiasa menjadi destinasi pilihan, jawapannya adalah kerana masyarakat di negeri berkenaan sangat 'sporting'. Buktinya, Plaza Angsana berubah 'wajah' menjadi lautan manusia dan keadaan dianggap luar biasa jika dibandingkan dengan dua destinasi sebelum ini di Sungai Petani dan Kemaman, Terangganu.
Barangkali, ia ada kaitan dengan semangat dan rasa tanggungjawab memelihara kesenian dan kebudayaan yang ditanam dalam diri setiap generasi. Mungkin itulah membuatkan penduduk negeri Johor sangat mendukung dan menghargai artis tempatan. Menyentuh secara ringkas acara yang bermula jam tiga petang itu selain persembahan nyanyian dari Isma, Akim, Hafiz, Adam, Bunkface, 6ixth Sense, Mawi dan Diana Danielle termasuk MUH (menampilkan Bunkface dan Hazama), peminat juga diberi kesempatan bermah mesra dengan idola mereka.
Selain itu, mereka yang menjawab soalan kuiz berkaitan ABPBH2009 dengan tepat berpeluang memenangi cenderahati ABPBH dan penaja anugerah itu seperti Jakael, Habib, Nano White dan Slimming Sanctuary. Paling tidak dilupakan semestinya pengalaman peminat mengeliling sekitar Plaza Angsana bersama artis kesayangan dengan menaiki kereta tajaan Nissan Grand Livina 1.6L dan X-Trail 2.0L tajaan edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd. Terdahulu, pertandingan akhir Bintang Idola Berita Harian 2009 Zon Selatan diadakan sebagai pelengkap siri jelajah berkenaan. Berbeza dengan lokasi sebelumnya yang hanya membabitkan 10 peserta, bagi pusingan Zon Selatan ini, 12 daripada 99 peserta yang mengambil bahagian pada peringkat saringan yang diadakan pada Sabtu lalu, berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir.
Bagaimanapun, tuah berpihak kepada Nor Ashimah Ramly (Shima), 18, dari Sri Stulang, Johor, yang membawakan lagu Sangkar Emas dipopularkan Endang S Taurina. Shima membawa pulang wang tunai RM1,000, sijil penyertaan dan set barangan kemas tajaan Habib bernilai RM10,000. Manakala tempat kedua dimenangi Putri Nurul Aainaa Rusli, 24, yang membawakan lagu Memory (Barbara Streisand). Putri membawa pulang RM700 beserta sijil penyertaan. Kedua-dua peserta ini akan berentap ke peringkat akhir antara zon hujung bulan ini di Klang Parade yang juga menjadi destinasi terakhir siri jelajah ABPBH2009. Juri yang terbabit dalam pertandingan itu, Ramly MS, Pengarang Hiburan Harian Metro, Roslen Fadzil dan Penolong Pengarang Hiburan Berita Harian, Zainuri Misfar, yang bertindak selaku ketua juri.
Coret-Coret
Pengangkutan rasmi sepanjang siri jelajah ABPBH2009 ditaja Sinarmas Travel&Tours.
Pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay bermurah hati menyumbangkan kemeja T mempunyai cetakan wajahnya, lencana dan poskad Maybelline siap bertanda tanga.
Walaupun mengalami kecederaan di kaki Putri Mardiana tetap memberi komitmen pada siri jelajah ABPBH2009.
Meski kepenatan dan hidung tersumbat Dira Abu Zahar tetap mengagahkan diri. Malah, dia turut menjadi bahan usikan rakan artis yang lain kerana penyakit 'melatah' yang dialami.
Restoran L C Catering di 340, Jalan Beringin, Taman Melodi Johor, turut sudi menaja makan malam rombongan artis dan media.
Demi pelakon jelita, Tiz Zaqyah, ahli kelab peminat TZR FC (Tiz Zaqyah FC) sanggup datang dari jauh untuk memberi sokongan.
Remy Ishak yang pertama kali mengikuti siri jelajah ABPBH2009 terkejut dengan sambutan yang diberikan penonton.
Dalam pada sibuk melayan peminat, Diana Danille masih sempat mengulang kaji pelajaran.
Gara-gara mahu merakamkan gambar artis kesayangan, penonton cuba merempuh belakang pentas.
Demi siri jelajah ABPBH2009, Aaron Aziz terpaksa berjauhan dengan dua anaknya yang berada di rumah mentua di Singapura. |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh!! mmg la pasal kat kampung halaman, bodoh!! baru kat satu tmpt hafiz & akim ada bersama bangang.......................along ko ke yg tulis ayat ni .........smp member tegur aku dok gelak sensor ...
zerra24 Post at 24-3-2010 10:05 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
mmg bodoh! (hahah.. kalo ariana anak buah apis tu dgr..sure dia cakap "dont say that!" ...hehehhhehe)
![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|