CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wawaKKK

BADMINTON - SEASON 9

   Close [Copy link]
Post time 12-9-2012 09:02 AM | Show all posts
Koo-Tan akhirnya berpisah

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
[email protected]

KUALA LUMPUR - Selepas enam tahun bersama dan mengecapi kegemilangan, beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong akhirnya akur gandingan mereka hampir ke penghujung.

Nada Kien Keat yang sebelum ini agak keras, iaitu mahu meninggalkan skuad kebangsaan andai dipisahkan daripada Boon Heong, menjadi sedikit lembut selepas mengadakan pertemuan hati ke hati dengan orang kuat Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Pengurus Besar, Kenny Goh dan Setiausaha, Ng Chin Chai semalam.

Dalam pertemuan lebih sejam itu, kedua-dua pemain dijelaskan mengenai perancangan yang bakal direncanakan untuk mereka jika berpisah.

Yang pasti, janji BAM apa jua keputusan yang akan diambil, ia bukan untuk membunuh karier Kien Keat, mahu pun Boon Heong.

"Kami cuba meyakinkan bahawa mereka mempunyai peranan yang penting buat badminton negara, semua tindakan yang diambil bukan untuk membunuh karier mereka, sebaliknya menyelamatkannya, malah membawanya ke satu tahap yang lebih.

"Pada mulanya agak sukar untuk meyakinkan kedua-dua pemain tetapi selepas kami membentangkan apakah perancangan yang bakal disediakan untuk mereka, akhirnya mereka menunjukkan respons yang sangat positif, terutama Kien Keat.

"Dia tidak langsung menyebut tentang mahu meninggalkan skuad kebangsaan, sebaliknya dia memberitahu kami, dia sedia menerima perubahan dengan hati yang terbuka andai itu yang terbaik untuk karier mereka. Saya boleh katakan, ini adalah pertemuan yang sangat positif," ujar Kenny ketika ditemui di pejabat BAM, Bukit Kiara semalam.

Proses perubahan tidak akan dilakukan secara drastik, sebaliknya Kien Keat dan Boon Heong mungkin diuji bersama pasangan baru dalam kejohanan kecil tetapi akan beraksi sebagai satu gandingan dalam kejohanan besar sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun ini.

Mengikut cadangan yang dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatih dan Latihan (C&T), Sabtu lalu, Kien Keat akan bergandingan dengan Lim Khim Wah dan Boon Heong pula berpasangan bersama Goh V Shem.

Apakah kombinasi beregu baru ini akan berada di bawah ketua jurulatih beregu, Tan Kim Her atau bersama Pang Cheh Chang, ia juga tidak diputuskan kerana kedudukan sebenar kedua-dua pemain dan masa depan mereka masih perlu ditentukan Exco BAM, yang akan bermesyuarat pertengahan bulan ini.

"Kami tidak ada kuasa untuk membuat keputusan, sekadar menemui pemain dan berbincang mengenai perancangan serta masa depan.

"Pada akhirnya, terpulang kepada Exco sama ada menerima cadangan C&T atau menolaknya.

"Namun yang penting, sikap terbuka yang ditunjukkan oleh Kien Keat dan Boon Heong dalam pertemuan hari ini, memudahkan keputusan diambil.

"Saya akui, agak terkejut melihat kedua-dua pemain menunjukkan reaksi yang positif kerana sebelum ini ada pelbagai versi cerita yang saya dengar mengenai mereka," ujar Kenny lagi.

Kien Keat-Boon Heong menunjukkan prestasi luar biasa hanya dua bulan selepas gandingan mereka dibentuk pada 2006. Pasangan ini muncul naib juara Terbuka Jepun pada penampilan sulung bersama, sebelum memenangi pingat emas Sukan Asia di Doha.

Kecemerlangan mereka kemudian diteruskan dengan kejayaan memenangi enam kejuaraan pada 2007, termasuk gelaran berprestij, All England, selain Terbuka Malaysia, Switzerland, Denmark, Macau dan Filipina.

Source : Utusan Malaysia 12/09/2012
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2012 10:50 PM | Show all posts
haiku posted on 12-9-2012 09:02 AM
Koo-Tan akhirnya berpisah

Oleh Norzie Mohd. Khasbi

finally..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2012 10:56 PM | Show all posts
ShaCroft posted on 7-9-2012 02:13 AM
tumpang lalu

lama nyaaaaaaaaa tak masuk sini

waaaaaaaahhh! lamanya hilang..lupa pswd ke?
kami sini beforum baik2 ja..latest update kaka wawa dpt baby twin..lariiiiiiikkk

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2012 09:47 AM | Show all posts
kayla posted on 11-9-2012 08:42 PM
dah start main threatened2 dah .... tak terperanjat pun kan wawa ....
dulu pun dia pernah buat ca ...

aku setuju diaorg dipisahkan... full stop...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2012 09:48 AM | Show all posts
peacock.bass posted on 12-9-2012 10:56 PM
waaaaaaaahhh! lamanya hilang..lupa pswd ke?  
kami sini beforum baik2 ja..latest update k ...

haaiiiipppppp... kejar dia sampai dpt...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 12:09 PM | Show all posts
wawaKKK posted on 13-9-2012 09:47 AM
aku setuju diaorg dipisahkan... full stop...

mcm cheah soon kit dipisahkan dari soo beng kiang dan dipasangkan dgn yap kim hock, ok je..siap dapat pingat gangsa olimpik lagi..aku kira masalah utama adalah pasangan baru tan boon heong dan pasangannya ada harapan untuk menyerlah berbanding koo kien keat dan pasangannya (siapa ntah) mcm takde harapan nak menyerlah...betul ke analisa aku nih?? hehe..

heran aku time remaja byk malaysia keluarkan top players double..time senior, semua lebuh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2012 01:15 PM | Show all posts
pewwitttt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2012 09:50 AM | Show all posts
happy birthday KKK/TBH... semoga sukses dgn pasangan baru memasing...




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2012 09:55 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2012 08:38 AM | Show all posts

Koo-Tan birthday wish: Keep us together                                                                                                                                                                                                                
                                                 KUALA LUMPUR: Top men’s doubles shuttlers Koo Kien Keat and Tan Boon Heong celebrated their birthdays in Japan yesterday and they had the same wish – to remain partners at least until next year’s World Championships.


Kien Keat and Boon Heong took some time off from training to cut a cake in Tokyo – on the eve of the Japan Open – as team-mates and team manager David Wee looked on. The duo share the same birth day and have been celebrating the occasion together for the last seven years.


Kien Keat turned 27 and Boon Heong 25 yesterday.


“Koo and Tan look very motivated. We celebrated their birthdays together with women’s coach Woon Sze Mei as it was her birthday too. The team are in high spirits,” said David in a telephone interview.


“I can see Koo and Tan sticking together for a longer time. They have a good chance here after the re-draw following the withdrawal of the players from China. I’m hoping that they’ll reach the final.”


The duo’s wish to remain together, however, may not materialise if the Badminton Association of Malaysia (BAM) exco have their way.


The exco, headed by Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh, will decide today whether to split them or keep them together.


The council members are said to be not too happy with the duo’s recent form.


Kien Keat-Boon Heong, former Asian Games gold medallists and All-England champions, have been struggling over the last two years.


The final straw was at last year’s World Championships in Wembley when they went down with a whimper to South Koreans Ko Sung-hyun-Yoo Yeon-seong.


They dropped their coach Rexy Mainaky and pleaded for another shot under Pang Cheh Chang.


They showed some improvement but failed to make an impression at the London Olympics, losing in the bronze medal playoff against another Korean pair – Chung Jae-sung-Lee Yong-dae.


Many feel that Kien Keat-Boon Heong have reached a plateau and that it would be best for BAM to focus on the back-up shuttlers.


Even BAM president Nadzmi feels that Kien Keat-Boon Heong should be split and teamed up with younger partners.
If BAM do break them up, this would be the last time they celebrated birthdays together as a pair.


In the Japan Open, the second-seeded duo are in the same half with three other seeds – Japan’s Naoki Kawamae-Shoji Sato (5th), Japan’s Hirokatsu Hashimoto-Noriyasu Hirata (4th) and compatriots Hoon Thien How-Tan Wee Kiong (8th).
                                       

CREDITS TO THE STAR ONLINE









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2012 08:39 AM | Show all posts
sambut besdey kat japan...







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2012 08:50 AM | Show all posts
          China  pulau Terbuka Jepun
Tokyo: China mengambil keputusan menarik diri penyertaan kesemua pemainnya untuk kejohanan badminton Terbuka Jepun, minggu ini kerana bimbangkan keselamatan berikutan hubungan tegang perebutan wilayah di antara Beijing dan Tokyo.


Pihak BWF (Persekutuan Badminton Dunia) mengesahkan bahawa kontinjen China sudah menarik diri daripada Terbuka Jepun. Malang sekali tetapi kejohanan tetap akan diteruskan, kata Ketua Pegawai Operasi BWF, Thomas Lund, semalam.      
      Hubungan tegang      
      
      Seorang pegawai pentadbiran sukan badminton dan ping pong China turut mengesahkannya dengan berkata: Ya, memang kami tarik diri daripada Terbuka Jepun.

Keputusan ini dibuat bagi memastikan keselamatan  pemain selepas melihat hubungan tegang China-Jepun ketika ini, katanya.

Jurucakap penganjur pula berkata, China sudah memaklumkan kepada BWF pada Jumaat lalu bahawa 22 pemain mereka tidak akan menyertai Terbuka Jepun yang bermula semalam dan berakhir Ahad ini.

China dan Jepun terbabit dalam pertikaian wilayah di Pulau Diaoyu, sebuah pulau kecil di Laut China Timur.        AFP


CREDITS TO BERITA HARIAN ONLINE



oooo patut laa...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2012 08:50 AM | Show all posts
   Peluang terakhir

           
Koo Kien Keat-Tan Boon Heong



      “PI Mai Pi Mai Tang Tu” ungkapan terbaik boleh dicoret mengenai pendirian Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengenai kedudukan pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.


Majlis Exco bermesyuarat semalam memutuskan untuk memberi peluang setahun lagi kepada mereka.

“Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) menjelaskan gandingan itu memohon agar diberi peluang terakhir.
“Kami putuskan untuk memberi mereka peluang hingga Kejohanan Dunia tahun depan dengan sasaran layak ke final.

“Jika gagal mereka akan dipecahkan,” kata presiden BAM, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh.

Soalnya mengapa sasaran ke final dan bukan menjuarainya kerana mereka pernah beraksi di final 2010.




Begitupun gandingan terbabit hanya akan beraksi pada kejohanan berstatus Siri Super sementara mereka akan digandingkan dengan pemain lain dalam kejohanan kelas kedua iaitu GP Emas.

“C&T akan tetapkan gandingan lain bagi Kien Keat-Boon Heong,” kata Nadzmi lagi.

Beliau turut mengumumkan rancangan melantik seorang Pengurus Projek yang memantau projek khas Olimpik 2016, 2020 dan 2024.

“Beliau akan menerima laporan daripada ketua jurulatih perseorangan, Rashid Sidek dan ketua jurulatih beregu, Tan Kim Her dengan sasaran utama Sukan Olimpik Rio,” katanya.

Namun begitu C&T boleh membatalkan cadangan atau perancangan Pengurus Projek itu pada bila-bila masa termasuk memecatnya.

Sementara itu, Wong Tat Meng dilantik semula sebagai jurulatih perseorangan wanita negara.

Isu lain yang turut diketengahkan adalah tindakan BAM  mengekalkan gandingan adik beradik, Ng Hui Lin-Hui Ern sedangkan mereka kini bergelar pelajar sepenuh masa.

Mereka masih menikmati pelbagai kelebihan sedangkan pemain profesional lain dibiar menyara diri sendiri.

Naib Presiden, Senator V Subramaniam yang juga Presiden Persatuan Badminton Selangor (SBA) mengaku tindakan itu sebagai satu kesilapan dan perlu dihentikan  segera.


CREDITS TO METRO ONLINE








Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2012 05:56 PM | Show all posts
speckie posted on 15-9-2012 07:15 AM
pewwitttt

siapa yg jumpe siapa..walawehhhhh

bangga aku ...hidup malaysia

tersenyum lebar datooooo badminton kita
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2012 05:57 PM | Show all posts
wawaKKK posted on 19-9-2012 02:39 AM
sambut besdey kat japan...

mana dapat pic nie....suke la tgk pic2 dorang nie

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2012 08:25 AM | Show all posts
Jejaka88 posted on 20-9-2012 05:57 PM
mana dapat pic nie....suke la tgk pic2 dorang nie

kat FB...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2012 08:56 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2012 09:56 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2012 03:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2012 04:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.059785 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list