|
Reply hazlyn
jatuh kat tangga... sbb mak tina ingtkan tina ni dah blk.. jln dan jln... tak nmpk ...
hijau88 Post at 26-9-2010 10:52
mmg kesian yg amat..smpai akhir hayat x dpt jumpe tina....
tapi mak mentua dier....dah dpt balasan....tu jam gak die 'pegi'.... |
|
|
|
|
|
|
|
kat NKTM adik ilyas jadi anak aidil & aliya.. ko selak page2 belakang ada gambo dia |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2243# logy
alaa....dak lelaki yg jadik anak tina tu lahh....
yg selambe jek ckp...'nenek mmg selalu buat2 sesak nafas'...
lah2 betul nenek dier ninggal... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2245# adifrs
anak yg tu tapi kat nktm dia berlakon aper lak? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2246# logy
adik liyas tu jdik anak aidil....ngan adik mia comey tu....
kat page2 blkang ader gambo dak tu..
klu rajin pegi ar belek2....klu mls x dpt den nak nolong..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2234# supbunjut
tiz makin cantik......... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2248# eddlisa_uyuk
yes she is |
|
|
|
|
|
|
|
yg baju merah tu adik ilyas.. |
|
|
|
|
|
|
|
poyo giler statement TZ tu kan...hihik |
|
|
|
|
|
|
|
Nur Amina masak leh caya........hihik |
|
|
|
|
|
|
|
mmm... bleh melukis. |
|
|
|
|
|
|
|
tiz masak? |
|
|
|
|
|
|
|
hari ni dorg dubbing utk NKTM kan. |
|
|
|
|
|
|
|
yezza! dubbing b'sama2
|
|
|
|
|
|
|
|
korg ni msti byk mkn nsi goreng ikan masin...hihik
|
|
|
|
|
|
|
|
nah... nasi goreng ikan masin.
wakkakakakakakkaka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nur Kasih banyak berahsia
Oleh Hanisah Selamat
[email protected]
2010/09/29
'KELUARGA besar' Nur Kasih.
Kabir Bhatia ada harapan tinggi terhadap filem terbaru arahannya
SETINGGI harapan penonton, lagi menggunung impian tenaga produksi filem Nur Kasih, terutama sutradaranya, Kabir Bhatia untuk tampil dengan kronologi kisah Adam dan Nur Amina yang lebih melankolik hingga meninggalkan ‘bekas’ kepada khalayak.
Biarpun penghujung cerita serta plot drama bersiri yang diangkat ke layar perak itu ‘disimpan’ sepenuhnya daripada pengetahuan media yang dibawa singgah ke lokasi terakhir filem berkenaan, terkeluar juga babak kemalangan kereta api sekali gus memberikan petanda wujudnya unsur tragedi.
Seperti yang dijelaskan Kabir, siapa terbabit, apa puncanya dan kesan kemalangan itu, ia hanya dapat didedahkan ketika tayangan perdana filem Nur Kasih sekitar awal tahun depan kerana tidak mahu mengganggu tumpuan khalayak yang mengikuti siri berkenaan.
“Apabila diangkat ke layar perak, sudah pasti tinggi harapan ramai untuk melihat perkembangan watak dan perwatakan setiap teraju utama apatah lagi latar masa kisah ini menjurus terhadap kehidupan mereka kira-kira selepas lapan tahun Adam dan Nur Amina disatukan.
“Melihat kepada pembawaan Remy Ishak sebagai Adam dan Tiz Zaqyah selaku Nur Amina serta tunjang utama lain yang cukup menghayati watak mereka, saya yakin Nur Kasih penuh dengan kesyahduan,” katanya ketika sesi soal jawab selepas pasukannya berehat seketika sebelum menyambung babak akhir.
Melihat kepada ketekunan Kabir memberi arahan hingga babak Adam menaiki tangga kediaman ibunya di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang, terpaksa diulang sebanyak lima kali, dapat dinilai sejauh mana ketelitian sutradara ini dalam menggarap keseluruhan kisah nukilan isterinya sendiri, Mira Mustaffa.
Tanpa menyorokkan identiti abang Adam, Aidil yang bergelar bapa tunggal kepada dua cahaya mata berusia lingkungan lima dan lapan tahun, perhubungan kedua bersaudara itu dikatakan masih dipenuhi cabaran dan rintangan walaupun mereka mempunyai keluarga masing-masing.
“Kali ini kita tampilkan dua kanak-kanak berbakat, Mia Sara Nasuha, 4 tahun sebagai Mariam manakala watak abang, Ilyas dilakonkan Mohd Ilyas Suhaimi, 9 tahun. Penambahan ahli keluarga bermakna berganda cerita yang ingin dikongsi dengan penonton.
“Setiap watak mempunyai pergolakan emosi sendiri namun kali ini watak Nur Amina tidak banyak menangis sebaliknya kita mahu penonton yang mengeluarkan air mata mengikuti setiap permainan perwatakannya. Itulah petanda Nur Kasih ‘menjadi’,” katanya lagi.
Memulakan penggambaran pada 19 Jun, Kabir yang diiringi beberapa tunjang utama filem bernilai RM3 juta itu termasuk Tizz Zaqyah, Remy Ishak, Fizz Fairuz dan Liza Othman bergerak ke Jordan pada 25 Jun sebelum menyelesaikan babak terakhir, baru-baru ini.
Ceritanya, mereka tidak berdepan dengan masalah besar sepanjang berada di luar negara cuma perbezaan cara kerja produksi luar dengan orang tempatan selain cuaca kering sedikit sebanyak mengganggu proses kelancaran pembikinan.
“Kami mengambil beberapa tenaga kerja warga negara itu sepanjang sembilan hari penggambaran, mungkin timbul sedikit masalah disebabkan bahasa tetapi ia dapat diselesaikan namun cuaca panas menyebabkan ada dikalangan krew dan pelakon kurang sihat.
“Apa pun, dengan kerja tanpa mengira masa asalkan shot yang dikehendaki diperoleh, kami berjaya merealisasikan babak yang diingini. Mudah bekerja dengan mereka yang komited. Cuma yang paling kami takuti adalah ribut pasir selama tiga jam hingga semua terpaksa berkurung di dalam kereta,” luahnya lagi.
Mengharap yang terbaik disajikan kepada khalayak tatkala drama bersiri Nur Kasih pernah menjadi fenomena dengan mencecah perhatian 4.3 penonton sekali gus membuatkan pengikut siri ini gusar sekiranya ketinggalan, Kabir turut berdebar menanti tayangan filem ini yang dijangka awal tahun depan.
kredit:bharian online
**mmg kena bawak tisu berkotak2... |
|
|
|
|
|
|
| |
|