1. Cerita : (9/10)
Banyak plot jalan cerita yang menarik walaupon permulaan cerita sudah menggambarkan kecurangan dan kehancuran rumahtanggga tapi perlu dilihat apakah jalan cerita hidup mereka untuk terus bertahan dengan apa yang sudah terjadi
2. Keberkesanan Lakonan:(9/10)
Choi Ji-Woo as Yoo Se-Young (9/10)
Keyakinan, komitmen, aura ketrampilan sebagai CEO memang menjadi satu daya penarik dlm temptation. Ekspresi muka, emosi dan tindakan yg di buat Se Young mampu menjadikan orang lain sangat terkesan sama ada positif atau negatif dalam pemikiran mereka. Se Young tetap di kecam wanita2 lain yang dia lah punca bermulanya kecurangan Seok Hoon.
Kwon Sang-Woo as Cha Seok-Hoon (9/10)
Menggambarkan kecurangan seorang suami terhadap isteri yang selama ini sangat mencintai dia. Tapi keadaan yg mendesak dia untuk mengambil jalan singkat dan semua kehancuran rumahtangga dia bermula di Hong Kong. Tidak dinafikan usaha Seok Hoon untuk menyelesaikan masalah rumahtangga dia menemui kebuntuan apabila tidak diberi peluang. Apabila Seok Hoon mula mencintai Se Young... memang akan mengusik semua perasaan wanita yg merasa lelaki curang dan sesenang untuk mencintai wanita lain.
Park Ha-Sun as Na Hong-Joo (9/10)
Isteri yang malang kerana suami sanggup curang kerana duit tapi sebenarnya Hong Joo lebih kepada buruk sangka. Kasihan melihat dia tapi sikap dia yg tidak mahu untuk hidup dengan lebih tenang, penuh dengan dendam dan tetap inginkan pembalasan. Tidak memberi peluang kerana terlalu sakit hati dengan Se Young kerana menjadi punca kehancuran rumahtangga dia. Emosi yang terlalu rapuh.
Lee Jung-Jin as Kang Min-Woo (9/10)
Playboy yang sangat gorgeous dan adorable. Dia tetap tampil dengan penuh keyakinan serta bijak mencari pelbagai cara untuk bersaing hebat dengan Se Young. Sikap dia yang menghormati ibunya dan cuba menjaga hati isteri sangat menarik biarpun suka berfoya-foya.
Jung Hye-Sun as Im Jung-Soon (8/10)
Ibu yang sangat tajam kata2nya sama ada dengan Han Ji Sun / Hong Joo. Boleh stress siapa jadi menantu dia
Yoon Ah-Jung as Han Ji-Sun (8/10)
Semasa masih jadi isteri Min Woo dia seolah2 tidak mempedulikan rumahtangga sendiri. Begitu juga dengan ibu Min Woo. Walaupon tahu suami seorang yang suka berfoya-foya tetap bertahan seperti pasangan yang bahagia.
Lee Jung-Shin as Na Hong-Gyu (8/10)
Adik Hong Joo yang agak serius tetapi sebenarnya dia seorang yang sangat ambil berat keadaan orang lain.
An Se-Ha as Park Han-Soo (8/10)
Gigih menjadi pengintip sama ada untuk Min Woo/isteri Min Woo (Han Jin Sun)/Hong Joo menjadikan dia kelihatan lucu.
Sikap dia yang seperti meluat tengok percintaan Hong Gyu dengan Yoo Se-Jin (adik Se Young) juga jadi menarik untuk di tonton
3. Aspek Teknikal (8/10)
sinematografi drama, intrumental, elemen-eleman seperti montaj, suara latar, pemilihan tempat dan pencerahan menepati citarasa
4. Skor Muzik (8/10)
- That Place 그 자리 Moon Myung Jin
- Tears Rain 눈물비 Seo Young Eun
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (8/10)
Nomination for:
Best actor: Kwon Sang-Woo
Best actress: Choi Ji-Woo
Supporting actor: Lee Jung-Jin
Supporting actress: Jung Hye-Sun
Best couple : Kwon Sang-Woo & Choi Ji-Woo
ok siap @dauswq Last edited by nyampuk on 23-9-2014 08:23 AM
TOTAL =9.0+9.0+8+4.0+4.0 = 34/40 *10 =8.50 Terima Kasih atas review Nomination: Choi Ji Woo, Kwon Sang Woo, Lee Jung-Jin, Jung Hye-Sun
Post time 24-9-2014 11:35 AM
Rating Keseluruhan Drama: (8.2+8.0+6.8+5.0+4.0 =8.0)
1. Cerita (8.2/10)
Drama ni mengisahkan norma2 hidup bagi yang sudah berumahtangga & bagaimana rumahtangga runtuh ats sebab saling tidak mempercayai antara satu sama lain & sikap pentingkan diri sendiri...
Lain dr genre k-drama sblm ni, drama ni lebih menceritakan sisi pandangan dr seorang perampas (CEO Seo Yong) & bagaimana perampas menjalinkan bhgn cinta dgn laki seseorg (Seok Hoon)...hasilnya, rumahtangga yg dibina utuh slm 6 thn hancur lebur gara2 si bini Hong Joo yg cemburu & suami yg tidak menunjukkan "kesetiaan" menyebabkan ketidaksefahaman wujud lalu membawa kpd penceraian...
Tidak cukup ngan itu, Hong Joo kali ini bertekad utk memisahkan bhgn cinta yg terjalin antara bekas suaminya ngan Seo Yong ngan cara menjatuhkan mereka & membuatkan mereka membenci satu sama lain - yakni mengahwini musuh bisnis Seo Yong, CEO Min Woo ngan kuasa sbg "Lady of Ajin".
,
Hoo Joo tidak berjaya malah akhirnya dirinya khilaf & tersedar bhw dendam semata2 tidak membawa makna...Hoo Jong membawa diri ngan hati yg lara...
manakala Seo Yong dihukum menghidapi penyakit kanser sehingga membawa maut kerana menjadi perampas sblm ni...
Ending as expected, Seo Yong & Seok Hoon bahagia ngan adegan cantuman puzzle sbg kiasan yg Seo Yong belum lagi melafazkan cintanya kpd Seok Hoon...
Kekuatan ceritanya sgt berganting kpd kekuatan watak yg dibawa...CEO Seo Yong ialah sorg bersifat "cold", tegas, susah utk menunjukkan perasan & suka berahsia manakala wtk Seok Hoon yg masih misteri yg belum ketahui pendiriannya sbnr sehingga epi 16...
Menariknya, watak HJ dr seorg yg ceria berubah menjadi seorg yg menderita, pendendam, egoistik manakala wtk Min Woo yg gatal, bersahaja tetapi tidak mudah putus asa wlpn asyik menghidapi kegagalan. Relation keempat-empat watak ni bila melibatkan adegan2 konfrontasi tertentu menjadikan drama ni tidak putus2 utk diteruskan...Antara yg paling dingati adalah adegan sambutan anniversy Ajin (epi 14) yg mane kemuncak konfrontasi Hong Jo ngan 3 watak yg lain dapat dilihat di sini...
Idea drama ni bagus tetapi plotnya agak berterabur...sket menaik & sedikit menurun..kadang2 ade terasa bosan...terpaksa akui cerita extremely menarik bila adegan yg melibatkan Hoo Jo bergaduh ngan Seo Yong...
Ending pula adalah lebih baik jika Hong Joo juga mendapat kebahagian (wlpn writer cuba nk bgth HJ lebih bahagia bersendirian which is not compelling & obscure) sebagaimana Seok Hoon & Seo Yong mengecapi kebahagian...
Setelah meneliti pelbagai aspek, skor adalah tertera spt di atas...
2. Keberkesanan Lakonan (8 /10)
Choi Ji Woo
For me, watak choi ji woo tak berapa demand her acting versatility...dlm suspicious housekeeper, she potray an emotionless housemaid which is much better than this...
but credit to her fashion taste, menjadikan wataknya sgt bergaya, high-class & tidak kelihatan menua
Kwon Sang Woo
I am bit disappointing ngan wtk Seok Hoon....wtknya pencurang yg misteri, statik, menurut kata bos pompuan (wlpn sbg lover) & kurang pendirian menjadikan graf wtknya sedikit bosan...
Kwon Sang Won has done his best, but not this shitty character
Park Ha Sun[Best Supporting Actress]
mmg akui watak Hong Joo plg complex & menuntut pemegangnya supaya deliver this emotional character with good aptidude....Park Ha Sun berjaya portay transisi dr sisi sorg bini ceria, kemudian teraniaya seterusnya menjadi seorg yg pendendam...the problem with her acting, kadang2 sedikit kaku pd sesuatu tmpt & sering kali membetulkan sisip rambut which make a bit annoying tp tak menjejaskan keseluruhannya...
memandangkan tak byk competitor utk best supporting actress, maka dicalonkan utknya watak ni...
Lee Jung Jin
Watak lelaki gatal yg suka tersengih sememangnya sgt normal utk pelakon ni...tetapi utk tercalon , tidak kot
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (6.8/10)
Direction terdapat byk kelemahan...sememangnya plot2 yg tidak teratur boleh dicantum ngan lebih kemas...
seni pengarahan tidak nampak sgt...
wlpn begitu, ade beberapa perkara menarik iaitu elemen dark cuba diketengahkan bila melibatkan konfrontasi watak2...
instrumental drama ni juga are so damn mesmerizing terutamanya intrumental no.14 & no.1 dalam album various artist...
4. Skor muzik (5.0/5)
Suka sgt seleksi lagu-lagu dlm drama ni....ade 3 lagu yg aku sgt suka...yg first mgkn akn dikenang bila2....
1. That Place 그 자리 Moon Myung Jin
2. Temptation 유혹 Eru
3. Tears Rain 눈물비 Seo Young Eun
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4/5)
cerita ni menarik kerana tema revenge, trust & berkaitan rumantangga....
-------------------------------------------------------------------------- TOTAL = (8.2+8.0+6.8+5.0+4.0 =8.0) Nomination: Park Ha Sun
nyampuk posted on 20-9-2014 02:29 AM
Rating Keseluruhan Drama: (9/10)
1. Cerita : (9/10)
salam nyampuk,
nak minta edit
1) tambah ruangan "keberkesanan lakonan" dengan tempelkan average skor keseluruhan lakonan semua pelakon..boleh lihat contoh review saya di ats
2) nak tanya, utk segmen ost ade lagu feveret yg mahu dinominasikan? sbb cari kdrama awards setiap tahun ade award utk Song of The Year...kalau ade, just edit tambah senarai lagu...