CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aFViRGo

♥ HoMe oF MiLaNiaNS ♥ Raw Preview Lagu Terbaru Mila (Page 99)

[Copy link]
Post time 4-5-2010 05:35 PM | Show all posts
salam semua! heeeee
tomtom dah abes exam haha tp lom balik rumah
(motip masuk gtau ni je)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-5-2010 06:37 PM | Show all posts
salam semua! heeeee
tomtom dah abes exam haha tp lom balik rumah
(motip masuk gtau ni je)
tomatomam2222 Post at 4-5-2010 17:35


Tomtommmm
Yay! Tom2 dah merdeka
Bolehlah me'mamarazzi' Mila
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 08:10 AM | Show all posts
Salam pagi semua....lama tak masuk ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 08:13 AM | Show all posts
Tomtommmm  
Yay! Tom2 dah merdeka  
Bolehlah me'mamarazzi' Mila   ...
aFViRGo Post at 4-5-2010 18:37


Rindu kat tomtom
Kita dalam 2 minggu lagi baru le lega sikit..31 May start cuti sem.Cuti panjang
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 08:13 AM | Show all posts
salam semua! heeeee
tomtom dah abes exam haha tp lom balik rumah
(motip masuk gtau ni je)
tomatomam2222 Post at 4-5-2010 17:35



    Gud luck tomtom ....hope u did well !!! safe trip home yah .
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 08:15 AM | Show all posts
Terima kasih kat semua yg rajin tepek gambar dan update berita ttg Mila, sori ek kita buat masa ni tak sempat nak melayar cari berita Mila.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2010 08:20 AM | Show all posts
Kredits to FB Ailis Mustapha

Mila @ AIM 17

B4 The Show  




Malam AIM :lovel ...
aFViRGo Post at 4-5-2010 09:38


Thanx Tira...sweet nya Mila, tapi kenapa setengah gambar tu tak dirotatekan, kita kena rotate kepala kita le
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 09:09 AM | Show all posts
Pagi semua...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2010 09:15 AM | Show all posts
salam semua! heeeee
tomtom dah abes exam haha tp lom balik rumah
(motip masuk gtau ni je)
tomatomam2222 Post at 4-5-2010 17:35



Rindu tomtom ..dah lama tomtom tak masuk sini..Harap tomtom berjaya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 09:21 AM | Show all posts
Terima kasih kat semua yg rajin tepek gambar dan update berita ttg Mila, sori ek kita buat masa ni t ...
seraiwangi Post at 5-5-2010 08:15



    Samer-samer...tak pe, kita faham...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 09:29 AM | Show all posts
sumber; Utusan Online

Detik gemilang AIM17

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]
Gambar AMIN FARIJ HASAN


ANUGERAH Industri Muzik Ke-17 (AIM17) yang baru sahaja berlangsung malam Ahad lalu meninggalkan perasaan yang bercampur baur.

Berbicara tentang keputusannya, secara keseluruhan ia boleh dianggap sebagai sesuatu yang cukup memuaskan hati semua pihak.

Pengiktirafan telah diberikan secara adil kepada mereka yang benar-benar layak untuk diberikan trofi pewter berbentuk mikrofon itu.

Kemenangan album Adrenalin milik Faizal Tahir yang menerima gelaran tertinggi AIM iaitu Album Terbaik dilihat sangat bertepatan dengan apa yang dimahukan oleh industri muzik tempatan masa kini.

Audi Mok, Faizal dan Ahmad Izham Omar dengan beraninya mengetengahkan jalur muzik rock yang cukup berbeza dengan apa yang pernah ditampilkan dalam album Aku.Muzik.Kamu dua tahun lalu.

Muziknya juga dilihat begitu jauh ke hadapan dan itulah yang dicari oleh industri iaitu karya yang segar dan sentiasa menampilkan pembaharuan demi perkembangan muzik tempatan.

Muzik yang ditampilkan segar dan bertenaga serta ditambah dengan kuasa vokal Faizal walaupun ketika rakaman album keduanya itu dia sedang menanggung kesakitan.

Kemenangan Yuna pula, rasanya tiada apa yang perlu dipertikaikan dengan empat trofi yang diraih komposer muda berbakat besar itu.

Begitu juga dengan kemenangan kali ke-11 oleh Datuk Siti Nurhaliza menerusi kategori Vokal Wanita Terbaik yang menewaskan penyanyi muda dan senior iaitu Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Juwita Suwito dan Yuna.

Jika selepas ini pun, pihak juri merasakan Siti tidak lagi layak untuk menerima gelaran itu, ia bukan satu masalah yang besar kerana rekod yang diciptanya itu sudah terbukti Siti tetap unggul sebagai salah seorang penyanyi wanita terbaik negara.

Kemenangan Hazami untuk Vokal Lelaki Terbaik juga dilihat bertepatan sekali dan sudah tiba masanya penyanyi serta komposer berbakat besar itu diiktiraf.

Jangan menganggap ia sebagai anugerah kasihan hanya kerana bakat Hazami sering diperlekehkan dan dipandang sebelah mata oleh segelintir pihak.

Sedangkan hakikatnya, Hazami memiliki mutu dan kualiti vokal yang cukup bagus sekali gus meletakkannya sebagai salah seorang penyanyi lelaki terbaik negara.

Komposer prolifik, Adnan Abu Hassan sememangnya layak untuk menerima Anugerah Wirama tahun ini atas sumbangan besarnya dalam industri seni tempatan.

Berkecimpung dalam bidang muzik sejak 1984, muzik yang dihasilkan Adnan memang memiliki kualiti yang tersendiri dan impak penghasilan lagu-lagu Adnan juga bukannya kecil.

Dia boleh diibaratkan sebagai pencetus kepada muzik sentimental dan balada yang memiliki sentuhan tersendiri sehingga sudah mencapai taraf malar segar (evergreen).

Nama-nama seperti Azlina Aziz, Aishah, Jamal Abdillah, Siti Nurhaliza, Fauziah Latiff, Liza Hanim, Dayang Nurfaizah dan Misha Omar semuanya pernah melagukan karya-karya komposer berusia 51 tahun ini.

Cuma, kemusykilan mula timbul apabila kumpulan Bunkface diumumkan sebagai penerima Anugerah Kembara yang membuatkan ramai mengerut dahi.

Kalau hendak diukur usia Bunkface dalam industri seni memang masih mentah lagi dan apakah kumpulan kegilaan remaja ini benar-benar layak untuk diberikan anugerah setinggi itu?

Tidak dinafikan impak yang terhasil daripada muzik Bunkface cukup besar dewasa ini malah mereka juga antara kumpulan muzik yang memiliki bakat tersendiri.

Tetapi bagaimana pula penerimaan muzik mereka di luar negara?

Adakah hanya dengan membuat konsert dan persembahan di luar negara sudah melayakkan anak-anak muda ini diiktiraf walaupun lagu-lagu mereka belum tentu memasuki carta lagu popular di luar negara.

Menyentuh segmen persembahan AIM17 pula, rasanya kali ini tiada yang benar-benar meninggalkan impak untuk menjadi persembahan yang dapat dikenang.

Siti Nurhaliza dan Krisdayanti membuka tirai AIM17 dengan lagu Jika Kau Tak Datang dengan susunan muzik yang cukup segar dan energetik.

Ditambah dengan tarian yang ditampilkan oleh dua diva ini cukup menyerlahkan kehebatan mereka di atas pentas.

Gandingan Yuna dan Aizat dilihat sebagai sesuatu yang cukup menarik tetapi untuk menggabungkan lagu popular mereka dalam satu segmen rasanya tidak memberi sebarang rasa.

Mengapa tidak gandingkan mereka untuk menyanyikan lagu-lagu yang mungkin sesuai untuk segmen tribute untuk Adnan?

Mungkin pihak penganjur mahu menggabungkan mereka kerana status mereka sebagai penyanyi dan komposer dengan mempersembahkan lagu-lagu ciptaan mereka.

Tetapi tidak salah rasanya untuk mereka menyanyikan lagu-lagu ciptaan Adnan dengan gaya mereka yang tersendiri.

Malah, ia juga sebagai salah satu penghormatan dari komposer muda seperti mereka untuk Adnan.

Persembahan Faizal menerusi segmen Dalam Kenangan sewaktu menyampaikan lagu Selamat Malam boleh dianggap sebagai penyelamat malam itu.

Dengan gaya nyanyian mantap dan penuh perasaan, Faizal berjaya menterjemahkan emosi lagu itu dengan berkesan sekali.

Gabungan vokal mantap Datuk Sheila Majid, Jaclyn Victor dan Karen Kong menerusi lagu Cinta Ada juga antara persembahan yang cukup dinanti-nantikan.

Sementelah lagu Cinta Ada hanya diputarkan di corong radio dan itulah kali pertama lagu ciptaan Fred Chong dan Asmin Mudin dipersembahkan kepada khalayak.

Segmen tersebut berjaya meninggalkan nilai sentimental tersendiri apabila melihat gandingan penyanyi dari tiga generasi dan bangsa yang berbeza.

AIM17 diakhiri dengan persembahan lagu Satu Harapan yang digubah semula muziknya dan disampaikan dengan konsep seperti muzikal ala Glee.

Menampilkan barisan artis muda dan senior iaitu Mila, Dafi, Juwita Suwito, Iqwal, Riz, Ayu, Alif Satar dan Shila untuk mempersembahkan lagu tersebut, ia memberikan sedikit variasi kepada segmen persembahan AIM tahun ini.


Gandingan Afdlin Shauki dan Adibah Noor sebagai pengacara memang tidak apa yang perlu dipertikaikan kerana mereka memiliki keserasian sebagai pasangan pengacara yang cukup ideal.

Cuma, apa yang diharapkan agar AIM untuk tahun-tahun seterusnya dapat mencari formula mahupun strategi terbaik untuk menjadikan ia bukan sekadar acara anugerah biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 09:50 AM | Show all posts
thanks for pix...how lovely she is
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 09:52 AM | Show all posts
mStar Online

Kata Kau’ Sedia Hukum Artis
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ



PROGRAM terbaru Astro Ria, Kata Kau bukan sahaja menghiburkan penonton dan peserta yang menyertai pemainan kuiz itu.

Malah ia juga menerapkan info dan maklumat semasa serta lama dalam industri muzik dan perfileman.

Program 26 episod yang disiarkan selama 30 minit yang dihoskan oleh Scha Alyahya dan Reza Mohamad itu merupakan permainan kuiz berunsurkan muzik yang menampilkan selebriti-selebriti tanah air dan pelanggan Astro berentap untuk menjawab pelbagai soalan.

Peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan dengan bilangan ahli sebanyak tiga orang bagi setiap kumpulan. Setiap kumpulan akan diwakili oleh dua orang artis dan seorang pelanggan Astro yang bertuah. Dua hos itu juga akan mewakili setiap kumpulan itu.


Di antara selebriti-selebriti tanah air yang terlibat seperti Pop Shuvit, Meet Uncle Hussain, Saida, Saerah, Zed Zaidi, Adam AF, Hafiz, Mila, Tomok, Black, Fizz Fairuz, Julia Ziegler, Ainul Aishah, Marsha, Anding, Dafi, Edlin, Sherry Ibrahim dan Zizan.

Program terbitan Nor Haina Itam itu mempunyai 10 jenis permainan menarik yang telah disusun untuk dimainkan oleh setiap kumpulan. Walaubagaimanapun, hanya lima jenis permainan yang dimainkan dalam setiap episod.

“Permainan ini melibatkan hiburan, nyanyian, filem dan artis lama. Bagi kumpulan yang kalah, kita akan jatuhkan hukuman.

“Antara permainan yang menarik adalah Masihkah Kau Ingat? iaitu setiap kumpulan harus meneka poster filem dan album lama yang kita padamkan tajuknya.

“Permainan Ribut Petir Kebabom adalah segmen yang paling penting iaitu membuatkan para peserta didenda secara berkumpulan. Mereka akan memakai rambut palsu sambil dua kipas besar dipasangkan di kiri kanan mereka untuk menjadikan keadaan haru biru,” beritahunya lagi mengenai beberapa permainan dalam Kata Kau.

Selain itu, Kata Kau turut menghidangkan permainan Ringtone Rentong iaitu meneka tajuk lagu yang dijadikan nada dering polifonik atau music box dimainkan dengan cepat dan perlahan, Bapak Kapak (meneka kumpulan dan tajuk lagu rock Melayu popular), Siapa Pulak Ni..? (meneka lukisan karikatur penyanyi dan pelakon tempatan), Ikut Suka Kau! (meneka judul lagu nyanyian Markonah dan Abang Jam).

Turut serta adalah permainan Video Songsang Baa…(meneka judul lagu, nama artis dan objek tertentu dalam babak video muzik popular yang dimainkan dengan cara putar-balik), CD Rongak (meneka tajuk lagu tempatan yang perkataan dikeluarkan sekerat-sekerat), Studio Berdengung (meneka lagu di mana seorang peserta akan masuk ke studio dan bermain alat muzik atau bersiul) dan Joget Spontan(menari mengikut rentak lagu secara spontan).

Menurut Haina, dia berpuas hati dengan kolaborasi Scha dan Reza sejak program itu dirakamkan lebih 18 episod.

“Kedua-duanya best walaupun baru pertama kali digandingkan. Pada mulanya kita ingat Scha mungkin ditenggelamkan oleh Reza yang sebelum ini berpengalaman mengendalikan program Kelab Pop, namun nampaknya masing-masing menunjukkan prestasi yang seimbang.

“Kadangkala, kedua-duanya seperti sporting belaka,” tuturnya yang pernah menerbitkan program Akademi Fantasia.

Saksikan Kata Kau mulai 19 Jun ini, setiap Sabtu pukul 10 malam di Astro Ria (saluran 104).
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 11:32 AM | Show all posts
sumber; myMetro

Misi penting Diana, Mila

2010/05/05      

MERAIH populariti pada usia muda memberi kelebihan kepada dua artis muda, Diana Danielle bersama Norsyarmila Jirin (Mila).

Mereka bertuah kerana sering mendapat pelbagai tawaran baru hingga tidak menang tangan memenuhi setiap permintaan penganjur.

Bagaimanapun, dalam menghiburkan peminat menerusi lakonan dan persembahan pentas, mereka berusaha menguruskan masa dengan bijak.

Bagi Mila yang pernah mencipta nama sebagai juara Akademi Fantasia 5 (AF5) dia tetap sibuk dengan aktiviti terbaru apabila masih memenuhi jemputan persembahan pentas. Sungguhpun bilangan penyanyi baru makin bertambah apatah lagi program Akademi Fantasia kini bersiaran musim kelapan, gadis genit dari Pulau Pinang ini bersyukur dengan rezeki yang diterima.


Pada majlis Anugerah Industri Muzik ke-17 (AIM17) yang berlangsung Ahad lalu, Mila turut berkesempatan mengadakan persembahan bersama dua bekas peserta One In A Million, Shila bersama Ayu, komposer Juwita Suwito, Riz, Dafi, Aliff Sattar dan Iqwal.


Pada majlis yang sama, Mila bersama D anggun memperagakan koleksi berlian tajaan Faiq Jewels termasuk rakan artis lain iaitu Soo Winci, Adibah Noor dan Rusdiana Rusdi. "Ini adalah kali kedua saya hadir ke AIM. Dua tahun lalu saya datang sebagai penyampai anugerah manakala tahun lalu, saya tidak berpeluang kerana terbabit dengan persembahan di Sabah.


"Dalam pada itu, kontrak saya bersama Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) sudah tamat awal April lalu. Sepatutnya kontrak saya mahu dilanjutkan selama dua tahun lagi, tetapi saya sudah mengambil keputusan bergerak sendiri.


"Sepanjang tiga tahun bersama AESB, mereka banyak memberi sokongan pada perjalanan karier seni saya. Buat masa ini, karier saya diuruskan di bawah syarikat saya sendiri, Luvmila.


"Perancangan seterusnya, saya akan merakam single terbaru dalam masa terdekat. Lagu kali ini adalah ciptaan Aidit Alfian bersama Ad Samad," ujarnya.


Mengenai perkembangan lain, Mila akui dia masih menerima pelbagai tawaran berlakon drama baru selepas muncul dalam drama popular, Kau & Aku yang dilakonkan bersama Akim dan Aril.


Mila berkata, pengalaman berlakon suatu yang menyeronokkan dan dia akan meneruskan minatnya itu jika mempunyai masa terluang. Dalam kesibukan di studio, sepanjang Mei hingga Jun ini juga dia akan menjayakan program rakaman Aidilfitri terbitan tiga stesen TV utama.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 01:48 PM | Show all posts
Salam tgh hari semua....!
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 01:51 PM | Show all posts
Samer-samer...tak pe, kita faham...
taurus-71 Post at 5-5-2010 09:21


Terima kasih kerana memahami keadaan bebudak sekolah ni
Tu yg sayang kak tores ni..terserlah semangat keibuan nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-5-2010 11:21 AM | Show all posts
Morningggg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2010 11:46 AM | Show all posts
sumber; myMetro

Misi penting Diana, Mila

2010/05/05      

MERAIH populariti pada usia muda  ...
taurus-71 Post at 5-5-2010 11:32



Gambar for the article kredit to dianadanielle.yuku.com



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2010 12:02 PM | Show all posts
Taken from murai.com.my

Akim Nafi Minta Layanan Bak VIP






Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 12:07 PM | Show all posts
Reply 2302# aFViRGo


hehe insyaAllah kalau segala2nye mengizinkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.057047 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list