kalah straight set 16-21 14-21
kayla Post at 19-11-2011 22:29
Terima kasih... tak sangka si diva dapat menang straight sets ke atas Datuk. Nampaknya Lin Dan dah kembali ke tahap terbaiknya kebelakangan ini... dan ini satu berita buruk kepada Datuk dan Malaysia.
Maksud saya prediction men's single...
karambunai Post at 19-11-2011 21:55
hehehehe mmmg ramai ke laut sbb dlm pala otak masing2 dah set diva akan withdraw awal2 ....
mana la tau diva berhempas pulas nak nolong chen jin menang ...
prediction tuk WS pun ramai kelaut ala2 pukulan wang shixian tadi ... sape la sangka auntie tine leh wat come back lak ...
kalahkan sania & wang shixian .... bestnye kalau dia boleh kalahkan wan xin esok ... good luck tine baun!!!
tapi utk double ramai yg betul rasanye esp WD yg takde tandingan lansung tu ....
hahaha masin mulut aku .... sunyi sepi awek ko arini ambok
masa 2nd set, dia menang po ...
[size=14.1667px]baju baru team china ni tak lawa la ..dark blue + kuning kat sebelah lengan .... setakat ni tak de lagi baju lining yg lawa pada mata aku .... baju baru korea color purple n color pink lagi lawa ....
kayla Post at 19-11-2011 15:54
[size=9.16667px]Zulfadli Zulkiffli bersama trofi juara remaja dunia di Kuala Lumpur, semalam.
[size=9.16667px]
KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA), Datuk Mohamad Norza Zakaria (gambar) menyarankan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Kelab Reket Kuala Lumpur (KLRC) yang menaungi Zulfadli Zulkiffli mencari jalan terbaik meneruskan kecemerlangan juara Kejohanan Remaja Asia dan Dunia itu.
Kata Mohamad Norza, sekalipun pemain remaja itu mahu kekal berlatih dengan bapanya, Zulkiffli Sidek dan KLRC, atlet berusia 18 tahun itu masih menjadi tanggungjawab semua pihak yang berkepentingan dalam sukan badminton untuk terus mengasuhnya menjadi sehebat pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dalam beberapa tahun lagi.
"Saya difahamkan Zulfadli mahu terus berlatih dengan bapanya dan KLRC tetapi berhasrat menjadi rakan sepelatih Chong Wei (pemain dinaungi BAM), jadi saya harap mereka dapat mengadakan perbincangan lanjut dan mendapatkan jalan terbaik dalam mencapai matlamat itu.
"Apa pun saya menganggap apabila seseorang itu sudah mengharumkan nama Malaysia dengan bergelar juara remaja Asia (April) dan dunia (Oktober), dia sudah menjadi tanggungjawab semua pihak yang berkepentingan dalam badminton negara apatah lagi jika kita mahu melihat 'seorang lagi Chong Wei' pada masa hadapan," katanya.
Norza berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan RM5,000 daripada KLBA kepada Zulfadli yang turut diumumkan sebagai Ikon Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) pada Majlis Anugerah Cemerlang UPSR 2011 dan Meraikan Juara Badminton Remaja Dunia 2011 ekoran kejayaan di Taipei, Oktober lalu.
Beliau turut menyifatkan Zulfadli sebagai lambang remaja yang mempunyai bakat, minat dan kegigihan untuk berjaya, malah sentiasa bersikap ingin maju dalam bidang yang diceburinya.
"Dia dan adiknya kini turut menjadi tonggak pasukan remaja badminton Kuala Lumpur yang menjuarai pelbagai kejohanan peringkat umur," katanya.
aa'ah kan ..berisi sikit dah wang lin ......agaknye lepas qualifictioan OG baru boleh nampak muka dia kat SS ... LYB mesti tak nak dia kacau points yg lain2 ..
kayla Post at 19-11-2011 22:26
kannn... biasalah, nama pun Li Yongbo... semua kena ikut cakap dia aje... menyampah aku... :@
korang ade rasa tak lindan guna dadah..tenaga die mcm luar biasa..tak de orang yg test ke sebelum perlawanan...
_19788 Post at 20-11-2011 10:41
susah nak cakap la... tapi diaorg kan memang jalankan doping test setiap tournament... kalau tak dadah pon, rasanya ade ginseng china tu yg dia makan... kawan aku siap kata diaorg mkn hempedu ular... tak tahu laa...
korang ade rasa tak lindan guna dadah..tenaga die mcm luar biasa..tak de orang yg test ke sebelum pe ...
_19788 Post at 20-11-2011 10:41
Setiap kejohanan pasti ada doping test, lainlah kalau si diva merasuah pegawai kejohanan. Tapi saya rasa tak mungkin. Kenapa anda tak fikir sudut yang lain, iaitu lawannya adalah lemah? Jika lawannya lemah, tak hairan kalau si diva nampak terlalu hebat. Contohnya jika Datuk berlawan dengan seorang pemain kurang berpengalaman... dah tentu Datuk akan nampak terlalu hebat. Namun, kalau Datuk berlawan dengan pemain-pemain handalan yang lain seperti si diva, Peter Gate, Taufik dan Chen Long, kehebatan mereka adalah hampir seimbang. Namun, saya rasa pemain badminton terhebat di dunia pada masa kini ( dan juga sepanjang zaman ) dah tentu ialah seorang insan yang kita sering gelar sebagai si diva, iaitu Lin Dan. Memang sah Datuk LCW bukan lawannya sekiranya Lin Dan bermain di tahap sebenarnya. Nampaknya peluang pingat emas Olimpik 2012 sangat sukar.