|
tinggal ni aje wakil msia kat 2nd round...
|
|
|
|
|
|
|
|
ambok posted on 27-9-2012 12:16 AM
LYB tuduh umpire tak endahkan permintaan wang xin utk mop lantai..
rasanya LYB tak kena apa2 ti ...
oooo camtu .... kan biasa tengok players kesat sendiri guna kasut dorang ....
tula LYB ...players china selalu sgt guna alasan mcam2 utk lambatkan permainan kan umpire dah tak caya .....
agaknye LYB tak kena apa2 tindakan sbb dah kebal maklumla dah berjaya mencapai target 5 gold olimpik ...
|
|
|
|
|
|
|
|
ambok posted on 27-9-2012 12:18 AM
dalam ramai2 MS kita tu, kalau lepas 2 org pun dah cukup baik....
tengok2 esok semua tak lepas:fu ...
last2 tinggal arif sorang2 hehehe .... tahniah arif ... good luck tuk esok jumpa hayom ...
XD out
WS out
WD out
MD out
tak sangka la lutfi/teo kok siang boleh kalah ngan budak INA ... baru je puji semalam ...
players kita mmg selalu camni ...dah berjaya kalahkan seeded kat earlier round pastu next round kalah ngan tah sape2
|
|
|
|
|
|
|
|
wawaKKK posted on 27-9-2012 08:44 AM
aku kan pemalu orgnyer... hakh tuuiihhhhh...
laaaaa ..... ya ke pemalu ? apasal la aku tak tau pun
|
|
|
|
|
|
|
|
ambok posted on 26-9-2012 01:04 AM
Chinese badminton head coach, Li Yongbo, has accused Danish referee, Torsten Berg, of causing in ...
mase aku tgk live world championship dlu dengan slumber dia sound linesman sbb kata shuttle tu out. mmg kene boo 1 stadium tahap dewa kat seat penonton tu segala mak nenek caci maki aku dgr oleh uncle2 sekalian....LYB & LD dua kombinasi diva yg poyo . menang la byk kali pun. ada org kesah??
|
|
|
|
|
|
|
|
tinggallah seketol kat quarterfinal... hrp2 boleh lepas laa...
|
|
|
|
|
|
|
|
Chong Wei pintas Lin Dan
SELEPAS 15 minggu status nombor satu dunia dirampas Lin Dan dari China, Datuk Lee Chong Wei kembali ke persada tertinggi perseorangan lelaki dunia selepas menjuarai Siri Super Terbuka Jepun, hujung minggu lalu.
Pemain kelahiran Pulau Pinang yang berada di tampuk teratas selama tiga tahun lapan bulan sejak 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012, merampas semula haknya dan kini berada di depan tiga pemain China, Lin Dan, Chen Long serta Chen Jin.
Kejuaraan di Tokyo membolehkan Chong Wei meraih 9,200 mata sekali gus mengumpul keseluruhan 95,198 mata, memintas Lin Dan yang memiliki 94,693 mata.
Begitupun senarai terbaru ranking dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam menarik perhatian apabila seorang lagi pemain China, Du Pengyu menerjah masuk ke kelompok 10 terbaik sekali gus memberi petanda negara Tembok Besar itu semakin memperkemas langkah mendominasi perseorangan lelaki ketika ramai pemain senior bakal bersara hujung tahun ini.
Chong Wei kini berada di China, mengikuti kejohanan Liga Super negara itu dan jurulatih Tey Seu Bock menganggap mereka tidak menyangka Chong Wei akan kembali ke ranking nombor satu secepat ini.
“Kami tahu Chong Wei akan merampas semula kedudukan nombor satu kerana jurang mata antaranya dengan Lin Dan serta Chen Long amat rapat tapi tempoh 15 minggu terlalu singkat,” kata Seu Bock.
Beliau menyifatkan kesungguhan Chong Wei menjadi tonik untuk pemain itu kekal di tahap tertinggi.
“Apa yang dilakukannya bukan mudah kerana pemain ternama dunia biasanya merosot selepas Sukan Olimpik tapi bukan Chong Wei.”
CREDITS TO METRO ONLINE
go datok go!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Ranking terbaru 27/09/2012
|
|
|
|
|
|
|
|
kayla posted on 27-9-2012 09:30 PM
oooo camtu .... kan biasa tengok players kesat sendiri guna kasut dorang ....
tula LYB ...players ...
mungkin 5 gold tulah yg selamatkan dia...pasal di beijing dulu pun cuma dapat 3 gold jerk...
|
|
|
|
|
|
|
|
lionsleepin posted on 27-9-2012 10:20 PM
mase aku tgk live world championship dlu dengan slumber dia sound linesman sbb kata shuttle tu out ...
menang memanglah boleh menang, tapi menang dengan cara kotor menyebabkan org hilang respek, dan ada juga yg akan meluat ...tengok komen peminat tegar badminton di bcdf, ramai antara mereka turut melahirkan simpati kepada datuk lcw atas tindakan kurang ajar LYB dan LD ketika final olimpik ...satu dunia boleh tengok perangai buruk mereka....
|
|
|
|
|
|
|
|
Air Asia ada buat Akademi Badminton Remaja
harap dapat lahirkan jaguh baru pada masa akan datang |
|
|
|
|
|
|
|
Akademi badminton langkah tepat
Oleh NORZIE MOHD. KHASBI
[email protected]
KUALA LUMPUR - Badminton Malaysia memerlukan satu mekanisme baru untuk menyaingi gergasi dunia seperti China, Korea Selatan, Indonesia dan Denmark, justeru penubuhan Akademi Badminton merupakan langkah besar dalam memastikan pembangunan sukan No. 1 negara itu berada di landasan yang betul, kata Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM80 juta untuk membina sebuah Akademi Badminton di Bukit Kiara dan velodrom tertutup di Seremban.
Pengumuman tersebut dibuat pada pembentangan Bajet 2013 di Dewan Rakyat.
Menurut Nadzmi, akademi badminton adalah sesuatu yang perlu ditubuhkan dalam memastikan proses pembangunan sukan itu dapat dilakukan dengan lebih teratur, malah pemilihan kompleks Bukit Kiara merupakan keputusan tepat kerana fasilitinya sudah ada dan hanya memerlukan penambahbaikan berbanding membina bangunan di tapak baru.
Katanya, antara pelan awal akademi berkenaan, ia akan memuatkan 36 buah gelanggang latihan, iaitu sekali ganda daripada jumlah gelanggang sedia ada sekarang.
Akademi di Bukit Kiara juga akan memiliki sebuah gelanggang penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dilengkapi peralatan canggih untuk membolehkan penggunaan sains sukan dimanfaatkan secara maksimum.
Selain itu, akademi berkenaan juga akan menyediakan kemudahan asrama lengkap kepada pemain-pemain kebangsaan dan menempatkan pejabat baru BAM.
" Perancangan untuk membina akademi badminton sebenarnya sudah lama ada, namun atas beberapa masalah, pelan untuk membinanya di tapak baru sering terganggu.
'' Jadi, saya cadangkan supaya ia dibina saja di Bukit Kiara kerana kita sudah ada fasiliti, cuma memerlukan penambahbaikan.
" Saya gembira permohonan itu diluluskan, itu membuktikan kerajaan sangat prihatin dengan pembangunan badminton. Kita memang perlu melakukan sesuatu jika tidak mahu Malaysia ketinggalan di belakang pesaingnya. Negara-negara lain sudah bergerak ke depan, jadi kita tidak boleh kekal dengan sistem sekarang kalau kita juga hendak bergerak seperti mereka.
" China ada kelebihan, mereka punya 1.2 bilion penduduk. Setiap wilayah melahirkan ramai pemain kerana mempunyai peruntukan besar, bajet mereka lebih besar daripada bajet keseluruhan kita, kita tidak boleh hendak bersaing mengikut cara mereka, jadi kita kena ada cara kita sendiri.
" Korea juga mempunyai peruntukan yang besar, manakala Indonesia memiliki kelebihan lain, iaitu kumpulan pemain yang ramai . Jadi kita memang kena tampil dengan mekanisme baru bagi menyaingi negara-negara ini, malah jika kita tidak melakukan sesuatu, negara seperti Thailand, Jepun dan India juga boleh mengejar, '' ujar Nadzmi.
Beliau berharap kerja pembinaan akan dapat dimulakan secepat mungkin untuk membolehkan persiapan menghadapi Sukan Olimpik Rio 2016 dimulakan.
- Utusan Malaysia -
|
|
|
|
|
|
|
| |
|