CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

[SBS]Temptation-KSW,CJW,PHS,LJJ : ~♥ Sweet Ending ♥~

 Close [Copy link]
Post time 23-9-2014 04:50 PM | Show all posts
ichi posted on 23-9-2014 04:43 PM
ko jgn ngada2.. kalo dah siap sila tepek..
leh aku wat rujukan....

blum lg la.
ari jumaat@khamis br nk cri ilham.
xpun aku amik review dr blog mn2,gugel translate ja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2014 09:09 PM | Show all posts
ayushuhada04 posted on 23-9-2014 09:13 AM
secret door.....drama saeguk

saeguk yaa??? ok......

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 10:37 PM | Show all posts
wonto posted on 23-9-2014 04:50 PM
blum lg la.
ari jumaat@khamis br nk cri ilham.
xpun aku amik review dr blog mn2,gugel tran ...

kalo jmp kasik link kat aku...
aku pon nak gak.... hehehehe

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 08:44 AM | Show all posts
eddlisa_uyuk posted on 23-9-2014 09:09 PM
saeguk yaa??? ok......

ye lisa....mcm tkder mood lak nk tgk..wpun ayu suka saeguk..

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 09:23 AM | Show all posts
Rating Keseluruhan Drama:  (_/10)

1. Cerita  (8.5/10)

Citer ini mengisahkan pergolakkan yang berlaku dalam 2 institusi rumahtangga. Pasangan #1 – HJ & SH  dan Pasangan #2 – MW & JS.
Pasangan #1 – diuji bila SH mengalami kerugian dalam perniagaan & memerlukan 1 million utk elakkan dari di penjara. Konflik bermula bila CEO SY tawarkan  1 million pada SH utk 3hari yang perlu dia abiskan bersama SY. Kepercayaan antara SH & HJ  hilang dan pengakhirannya mereka bercerai.

Pasangan #2 – Keruntuhan rumahtangga disebabkan campurtangan ibu mertua yg nakkan pewaris lelaki. Lebih memburukkan  keadaan bila kedua2 adalah ‘player’ & ada ‘kekasih simpanan’ masing2.

MW & HJ berkawen. HJ gunakan kekayaan MW untuk balas dendam pada SH & SY. MW gunakan kesempatan ini untuk hancurkan SY & rebut peluang perniagaan yang ada.

SY & SH – Kenapa hubungan berjaya? Komunikasi yg baik, percaya antara satu sama lain, rasional & terima kekurangan & kelebihan pasangan. Walaupun dalam kerjaya SY lebih dominan dari SH, tapi segi perhubungan SY lebih akur & percaya dengan perancangan SH.

SH & HJ – Kenapa hubungan gagal? Komunikasi yang zero. HJ banyak buat keputusan yang salah & terburu- buru. Lari dari masalah, berjauhan dengan SH dan minta cerai. Dia lansung tidak beri peluang pada SH untuk beri penjelasan & betulkan keadaan.

MW & JS – rumahtangga yang tidak boleh diselamatkan lagi.Titik.

MW & HJ – Kenapa hubungan tidak berjaya? HJ gunakan MW semata – mata untuk balas dendam. Masih menyimpan perasaan pada SH. MW pula  sebab masih tidak dapat lepaskan perangai lama (suka berpoya- poya) & pikirkan kekayaannya boleh membeli segala – galanya..

Kesimpulannya - Watak hitam xsemuanya hitam dah  watak putih xsemestinya putih semuanya tidak digambarkan dengan jelas (pengecualian untuk watak JS). Ia memerlukan kebijaksaan penonton untuk mentafsir watak2 SY, SH, HJ & MW.


2. Keberkesanan Lakonan (9/10)
1.       Choi Ji Woo ( Yoo Se Young) – Best Actress
Watak dia sangat menarik & paling konsisten dari episod awal hingga akhir.   Saya suka sgt dengan karisma, aura CEO & emosi yang Ji Woo tunjukkan dlm Temptation.  Walaupun watak SY digambar sebagai perampas tapi wataknya lebih banyak yg +ve berbanding –ve. Perubahan emosi dapat dilihat dalam setiap episode. Antara episode yang  sangat memorable :-
Ep 1 & 2 – Amat terasa sekali ngan lagak ego, dingin, sinis n angkuh SY dalam episode ini. Geram dengan perilaku SY bila  membeli SH sebanyak 1 million.
Ep 11 – Bila HJ provoke SY tentang hubungannya dengan suami orang (SH) didepan MW & kawan2.
Ep 18 – Bila SY bgtau nak berpisah dengan SH.
Ep 18 & 20 – bila SY totally breakdown.

2.       Kwon Sang Woo ( Cha Suk Hoon)
Ntah kenapa rasa mcm KSW ada masalah utk kekalkan momentum watak SH.  Kadangkala watak SH kelihatan bosan n blurr. Keseluruhan lakonan SH, dia perlukan pasangan pelakon yang boleh bantu dia utk kekalkan  momentum lakonan yang baik & konsisten.

3.       Lee Jung Jin ( Kang Min Woo)
Watak tipikal anak orang kaya. Playboy. Anak orang kaya yang gunakan wang & kuasa yang dia ada utk tundukkan lawan dan juga perempuan yang diingini. Kebaikan MW dia amat menyayangi anak2nya. Lakonan LJJ lebih baik & konsisten drp lakonan KSW.

4.       Park Ha Sun (Na Hong Jo) – 2nd Best Supporting Actress
Watak HJ digambarkan sebagai putih & suci pada awalnya. Seorang isteri yang sanggup bersusah payah bersama suami.Tapi selepas scene di HK, watak HJ menjadi sangat rapuh, lemah & pendendam. Tapi pada pertengahn citer watak HJ mula bertukar jadi hitam. PHS mempunyai masalah yang sama seperti KSW, susah nak kekalkan momentum lakonan yang konsisten.
Moment yang paling diingati - Bila HJ sindir SY (scene baju SY kotor disebabkan air tertumpah)
        
5.       Yoon Ah Jung (Han Ji Sun)- 1st Best Supporting Actress
Pada awalnya watak Ji Sun tidak begitu jelas. Tapi selepas JS bercerai dengan MW, satu demi satu   perwatakannya disingkap. Bagi saya, JS mewakili watak hitam, tiada langsung kebaikan yang ada dalam diri dia. Suka dgn karektor watak nie, main redah aje & xtau malu, yang penting aku (JS) dapat apa yang aku ingini. JS sanggup gunakan semua kesempatan & orang yang ada disekelilingnya asalkan impiannya tercapai.


   
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (7/10)

    Cerita bergerak dengan pantas. Namun disebabkan plot citer adalah tabu dalam masyarakat korea, maka semuanya jadi serba serbi tak kena pada pandangan penonton. Tapi pada saya cerita ini okey sgt2.

Peralihan shot antara adegan pada terutamnya pada 2 episode yang terakhir, dibuat terburu2. Banyak persoalan yang masih tidak terjawap. Antaranya :-
-Pengakhiran hubungan adik SY & adik HJ?
-Bapak SY tau tak tentang penyakitnya?
-Adakah MW akan ditangkap apabila berita penyelewengan & skandal rasuah dia didedahkan?

- Kelalaian pihak produksi - Scene SY selepas pembedahan. SY memeluk tubuh diatas katil hospital.

4. Skor muzik (4.5/5)

    Suka sangat dengan OST drama nie sebab lagu2 tersebut sgt memorable, terutama sekali lagu
1.       That Place – Moon Myung Jin
2.       Temptation – Eru

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4.5/5)

    Antara drama yang wajib ditonton berulang2 kali. Suka sekali dengan plot cite yang lari dari kebiasaan.



  Momod nak tacang @dauswq @nzhass79 @eddlisa_uyuk  

Comments

TOTAL =8.5+9.0+7+4.5+4.5 = 33.5/40 *10 =8.38 Terima Kasih atas review Nomination: Choi Ji Woo, Park Ha Sun, Yoon Ah Jung  Post time 24-9-2014 11:32 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 01:28 PM | Show all posts
TQ  momod @dauswq bagi tacang byk2..... ingatkan bleh dapat 100 tadi
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-9-2014 02:00 PM | Show all posts
hans78 posted on 24-9-2014 01:28 PM
TQ  momod @dauswq bagi tacang byk2..... ingatkan bleh dapat 100 tadi

pernah bg seratus kt @inaniloquent  ..sbb dia suka bg review details & concise...

neway thanks for the review..

keep on posting review utk drama2 lain yg baru abis ditonton
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 03:29 PM | Show all posts
dauswq posted on 24-9-2014 02:00 PM
pernah bg seratus kt @inaniloquent  ..sbb dia suka bg review details & concise...

neway th ...

Wokey ...... nampaknya  review kena lagi detail la......
next review ....citer it's okey it's love.....tapi sabar naa.... xabis tgk lagi....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2014 03:35 PM | Show all posts
hans78 posted on 24-9-2014 03:29 PM
Wokey ...... nampaknya  review kena lagi detail la......
next review ....citer it's ok ...

alrite..

drama tu baru sorg bg review...we need some more
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 09:34 PM | Show all posts
nah review.....
aku rase isi berterabur

Jalan Cerita (9/10)
Melodrama tentang seorang lelaki (Seok Hoon) yang sudah berkahwin yang menerima sejumlah wang yang besar daripada seorang wanita berjawatan CEO (Se Yong)untuk membayar balik hutang. Komplikasi timbul apabila Se Young meletakkan syarat dan menuntut Seok Hoon untuk bersama dengannya sehingga menjejaskan hubungan dia dan isterinya (Hong Joo).Dan dalam pada masa yang sama seorang lelaki juga CEO (Min Woo) yg berstatus suami orang serta bapa kepada 4 org anak mula menaruh minat pada Hong Joo pada pandangan pertama. Titik pertemuan keempat-empat character bermula di Hong Kong seawal episod 1.

Temptation boleh diklasifikasikan satu drama dewasa yang mengetengahkan isu rumah tangga. Menjadikan isu kewangan sebagai kunci awal plot yang memaksa Seok Hoon untuk membuat keputusan dan pilihan dimana ia akan mengubah kehidupan dia dan isterinya Hong Joo. Dan pilihan yang dibuat tidak mungkin akan mengembalikan saat2 bahagia mereka.


Bg Seok Hoon keputusanyg dibuat dgn menerima tawaran Se Young adalah semata2 untuk tidak mahu membebankan Hong Joo dan ayah mentuanya serta tindakan bodoh Hong Joo yg cuba untuk membunuh diri demi mendapatkan duit insurans. Perasaan tanggungjawab sbgi ketua keluarga juga mungkin dorongan utk dia nekad menerima tawaran 1juta Se Young.

Sebagai isteri, perkara normal untuk Hong Joo merasa cemburu dan marah tetapi dia telah didorong dgn rasa cemburu yang berlebihan serta menunjukkan yg dia mula hilang kepercayaan pd Seok Hoon. Dan dlm masa yang sama dia mula rapat dengan Min Woo yang dari awal mmg sudah berkenan dgnnya dan sedikit sebanyak telah menyumbangkan lagi masalah antara dia dan Seok Hoon. Maka bermula la konflik 4 watak ini dalam mendapatkan apa yg mereka inginkan.

Point yg menarik dlm cerita ni ialah menunjukkan bagaimana seseorang itu boleh berubah. From sweet to bitter, dari dingin ke penyayang. Ada yg berubah menjadi pembenci, berubah menjadi insecure dan berubah menjadi licik. Tema kepercayaan dan komunikasi jugak diangkat dlm cerita ini.


Kwon Sang Woo ~ Cha Seok Hoon (8/10)
Membawakan watak sebagai lelaki budiman yang cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapinya.Tetapi akhirnya teperangkap dalam mainan hatinya dimana dia jatuh cinta pada SeYoung.

KSW mmg senang dengan watak begini cuma adakala ekpresi mukanya menimbulkan tanda tanya sama ada dia ikhlas mencintai Se Young atau cuba untuk balas dendam. Air mata meleleh juga sinonim dgn KSW dan bukan satu masalah bagi KSW. Tapi pada awal episode feel kesedihan KSW tak sampai wlopon dia beriya menangis kerana melukakan hati Hong Joo.

Watak KSW tak banyak turun naik dan agak mendatar. Boleh dikatakan dia cuba menjadi cool dlm apa jua situasi sekali pon termasuklah ketika berdepan dgn Min Woo.


Choi Ji Woo ~ Yoo Se Young (9/10)
Seorang Ceo wanita yg berjaya menguruskan company yang besar yg diwarisi dari ayahnya. Bagi Se Young kerja adalah teman no.1 dia. Sebab tu Se Young ni membosankan dan lonely sebab dalam kamus dia hanya kerja sahaja. Prinsip kerja dia asalkan mendatangkan profit background client tidak penting.

Jiwoo berjaya menampilkan personaliti CEO yg elegant, sophisticated, cantik, konfiden, berkarisma, berprinsip, bijak, berdikari dan kuat. Dalam drama ni Jiwoo banyak mengeluh.

Perasaan ingin tahu Se Young juga kuat bila dia berjumpa semula dengan Seok Hoon di Hong Kong bila melihat kemesraan Seok Hoon dan Hong Joo. Dan mungkin sbb itu dia mula mengatur strategi untuk menguji hubungan Seok Hoon dgn isterinya. Dan wang adalah cara Se Young. Tetapi akhirya tindakan itu memakan diri dia sendiri bila dia sendiri sedar yg dia telah jatuh cinta pada Seok Hoon dan menjadikan dia seorang wanita keji yang merampas suami orang. Jiwoo yg dikenali dgn watak2 air mata bejaya menjadikan watak SY ini untuk dicemuh dan dimaki dgn penyokong Hong Joo.

Selain tu juga Jiwoo bejaya tonjolkan side lain Se Young yg mesra dan riang dgn natural. Boleh lihat masa dia dan Seok Hoon pergi mencari makcik sup di kampung.


Park Ha Sun ~ Na Hong Ju (9/10)
Watak isteri yg teraniyai. Pada awalnya dia seorang isteri yg lembut tetapi menggunakan cara bodoh untuk membantu suaminya yg mengalami masalah kewangan dgn membunuh diri dgn harapan duit insurans akan diperolehi suaminya nnt.

Tindakan dia menjerat diri sendiri bila suaminya mula berhubungan dgn perempuan lain. Dengan menggunakan motif balas dendam akibat dicurangi suaminya maka dia sekali lagik menggunakan cara bodoh dengan berkahwin dgn Min Woo dgn harapan Min Woo boleh menunaikan hajat dia dia untuk menjatuhkan Seok Hoon dan Se Young. Bg Hong Joo duit adalah musuh dia

PHS bejaya memberikan watak Hong Joo dari seorang yang lembut kepada Hong Joo yg degil, ego, yg hanya pecaya pada pandangan dia sahaja dan pedendam. Dia melihat kehidupan dia seperti dialah satu-satunya mangsa yang patut dikasihani. Tetapi adakalanya PHS nmpk seperti memaksa diri untuk menangis dan meyebababkan perasaan tu tidak kesampaiaan. Satu lagi yang perasan samada mmg natural atau dibuat2 PHS kadang2 nampak kekok ketika berjalan. Mcm pelik.

Dalam masa yg sama walaupun hidup dalam kebencian, Park Ha Sun masih boleh tersenyum sbgi seorang ibu tiri yg baik dan mengambil berat pd anak2 Min Woo.


Lee Jung Jin ~ Kang Min Woo (9/10)
Ada 3 watak yg dibawa LJJ. CEO player,bapa kepada 4 org anak dan suami kpd Jisun serta Hong Joo.

Watak CEO kaki perempuan bejaya disampaikan dgn baik oleh LJJ selari dgn penampilan yang dibawa yg smart dan bergaya. Ekpresi muka dan lirikan mata yang miang juga bejaya ditunjukkan dgn baik. Walaupon Min Woo kata dia mencintai Hong Joo tetapi tindakannya lebih menunjukkan yg dia sebenarnya ingin memiliki dan obses saja. LJJ mmg sesuai dgn watak Min Woo.

Mood Min Woo kerap berubah dan disampaikan dgn baik. Ketika bersama Ji Sun, Min Woo kelihatan agak senang dan tenang tetapi ketika bersama Hong Joo dia mula berubah kepada lelaki licik yang penuh muslihat dan mula hidup dalam tekanan. Dan akhirnya Min Woo menjadi lelaki kaya stereotype yg menggunakan duit dan pengaruhnya untuk menjatuhkan musuh dia dan Hong Joo iaitu Seok Hoon dan Se Young.

Menjadi bapa kepada 4 org anak MW menunjukkan dia melayan anak2 nya sama rata wlopon Roy adalah cucu kesayangan ibunya kerana merupakan cucu lelaki tunggal. Ketika Jisun gugur Min Woo mengetepikan Hong Joo. Boleh dilihat yang dia agak caring pd perempuan yg pekneknan anak dia.


Yoon Ah-Jung  ~ Han Ji Sun (8/10)
Isteri yg hidup dlm tekanan dgn ibu mentua yg terlalu inginkan cucu lelaki dan suami yg kaki perempuan.
Jisun pd awalnya menunjukkan emosi dia yg tidak stabil selepas bersalin anak ke-3. Kemudian dia berubah menjadi berani dgn menegur ibu mentua dia. Kat sini boleh nampak yg selama ni dia terpakse menurut perintah ibu Min Woo.

Persamaan dia dgn Min Woo ialah sama-sama ada hubungan luar.

Penampilan Young Ah Jung sgt sesuai dan padan dgn status dia sbgi isteri Ceo. Dia juga bejaya membawakan watak sbgi 1st lady keluarga Min Woo dari cara dia becakap, berfikir, dan berjalan. Kecerdikan dan kelicikan dia terserlah selepas becerai dgn Min Woo. Ekspresi muka dia dan bahasa tubuh dia mmg menjadi semasa dia menggoda Min Woo.

Walopun watak kecik tapi watak Jisun sgt terkesan dan memberi impak pd jln cerita.



Aspek Teknikal (6/10)

dlm 20 episod ni ade jugak plot lobang2 dan bebrapa kekurangan...
- hbgn Hong Gyu dan Sejin. Hong Joo tidak tahu kewujudan Sejin dan Sejin pon tidak tahu yang Seok Hoon tu bekas abang ipar Hong Gyu.
- ayah Se Young dan Seok Hoon. Rasa tak puas hati sebab takda pertemuan formal antara mereka yg menunjukkan ayah Se Yong setuju dgn hbgn mereka. aku tak anggap perjumpaan masa meeting tekejut tu sbgi tanda formal. Kalau boleh biar pertemuan itu dibuat di rumah Se Yong. Baru nampak betol sikit.
- Se Yong rahsiakan hal sakit dia dari ayah dia walaupon selepas operation. Rasa tak masuk akal rahsiakan dari ayah sendiri walaupon niat dia tak mahu ayah dia risau.
- kat last episod tibe2 muncul nama Min Jung. Tp takda pulak diberitahu sapa Min Jung tuh. Kakak Min Woo ke, adik Min Woo ke..
- plg pelik keadaan Se Young selepas surgery. Boleh duduk dgn merapatkan kaki ke dada dia, pakai heels dan seluar skinny..??
- kasut Jimmy Choo yg menjadi rebutan Se Young dan Hong Joo. Nampak sgt size kasut tu terlalu besar pd kaki Hong Joo. Boleh tgk masa Hong Joo cuba bunuh diri.

* Scene Seok Hoon dan Se Young pergi kekampung dan dorang main air digarap dgn baik.


Skor muzik (4/5)

Ade 3 lagu yg best
That Place – Moon Myung Jin
One Summer Night – Jokwon & Fei
Temptation – Eru
Lagu BGM juga dimainkan tepat pd scene2yg best...  jd impak tu lagi kuat..


Kebarangkalian untuk tontonan semula (4.5/5)
yup mmg akan tgk lagik.. syok tgk jiwoo pegang watak camnih...
dan jisun vs hongjoo hehehehe


Calon

Best Actress ~ Choi Ji Woo
Best Supporting Actress ~ Yoon Ah Jung& Park Ha Sun

@dauswq






Last edited by ichi on 25-9-2014 09:47 PM

Comments

TOTAL =9.0+9.0+6+4+4.5 = 32.5/40 *10 =8.13 Terima Kasih atas review Nomination: Choi Ji Woo, Park Ha Sun, Yoon Ah Jung  Post time 27-9-2014 12:11 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 09:48 PM | Show all posts
dauswq posted on 24-9-2014 03:35 PM
alrite..

drama tu baru sorg bg review...we need some more

dah review... jgn pening tgk size tulisan aku ade besar ade kecik
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 10:10 PM | Show all posts
@wonto aku kasik review..
cpt la tepek ko nyer...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 10:22 PM | Show all posts
ichi posted on 24-9-2014 10:10 PM
@wonto aku kasik review..
cpt la tepek ko nyer...

Aah ....xsabar nak baca review @wonto.....
abis semua cite ji woo dia up kan ....tapi review xkuar2 jugak ....
cepat wonto...kata karatz ji woo .....
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 10:23 PM | Show all posts
hans78 posted on 24-9-2014 10:22 PM
Aah ....xsabar nak baca review @wonto.....
abis semua cite ji woo dia up kan ....tapi review xkua ...

jom seru dia suh masuk sini lak...
@wonto
@wonto

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 10:40 PM | Show all posts
ichi posted on 24-9-2014 10:10 PM
@wonto aku kasik review..
cpt la tepek ko nyer...

muahahaha..
mlm esok br nk karang.
jgn la weh..malu seh.
review nk buat ringkas2 ja.
pjg gila review korang
mcm mn iols nk dpt A ni,mls nk taip pjg2..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2014 01:55 AM | Show all posts
wonto posted on 24-9-2014 10:40 PM
muahahaha..
mlm esok br nk karang.
jgn la weh..malu seh.

tunggu review kau
nnt sekali harung jek bg ngan ichi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2014 11:02 AM | Show all posts
wonto posted on 24-9-2014 10:40 PM
muahahaha..
mlm esok br nk karang.
jgn la weh..malu seh.

ko cuti kan today.... cepat la tepek...
daus tgh tunggu tuh...

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 11:59 AM | Show all posts
ichi posted on 26-9-2014 11:02 AM
ko cuti kan today.... cepat la tepek...
daus tgh tunggu tuh...

Makin tertekan @wonto......
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
ichi posted on 26-9-2014 11:02 AM
ko cuti kan today.... cepat la tepek...
daus tgh tunggu tuh...

Mlm karang ar ichi..cuti pn byk keja.huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
hans78 posted on 26-9-2014 11:59 AM
Makin tertekan @wonto......

Smua karang pjg2..stress la jg.
Byk nk jwb exam ja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.075420 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list