|
♥ HoMe oF MiLaNiaNS IV ♥ TAMAT! Sila ke rumah baru...
[Copy link]
|
|
Originally posted by aFViRGo at 24-2-2009 11:35 PM
Mila @ Announcement Top 5 ABP 08
http://www.gua.com.my/photobank/2009/2/39/full/MPPB_11928.jpg
http://www.gua.com.my/photobank/2009/2/39/full/MPPB_11904.jpg
http://www.gua.com.my/photobank/2 ...
ooi !!! nampak Mila gelap nya ...suntan atau bz on the road jual product dia ??? ....hee...hee...heee. |
|
|
|
|
|
|
|
Taken from Kosmo! Online
Saya tidak cemburu - Mila
GELARAN juara program realiti popular, Akademi Fantasia musim kelima, (AF5) yang diraih bukan jaminan untuk Mila atau nama sebenarnya Nursyarmila Jirin terus diminati dan dipuja.
Populariti anak kelahiran Pulau Pinang ini dilihat kian jatuh merudum. Lebih mengecewakan, khabar terbaru Mila dikatakan tertinggal jauh di belakang juara AF6, Stacy yang semakin hari semakin menyerlah dan mendapat tempat di hati peminat.
Malah, ada pihak yang mendakwa bilangan undangan persembahan, nilai harga persembahan dan pelbagai lagi aktiviti seni kini lebih terarah kepada Stacy, bukan lagi Mila biarpun mereka berdua sama-sama bernaung di bawah label Maestro Talent.
Saat ditemui dalam satu sesi fotografi yang diatur khas di pejabat syarikat baru miliknya, Luvmila Corporation di Damansara, Mila hanya sempat tersenyum. Marah tidak, ketawa pun tidak dangan tanggapan yang dilemparkan kepadanya.
Menurut Mila, soal populariti terlalu subjektif untuk diukur dengan mata kasar kerana baginya populariti adalah hak peminat dan semuanya bergantung kepada individu di luar sana untuk menilai.
"Saya tidak tahu tentang soal populariti sudah semakin jatuh atau sebaliknya. Bagi saya selagi ada rezeki, saya akan berkarya dalam bidang ini. Biasalah, bagi seseorang artis, ada masa kita di atas dan ada masanya kita di bawah, cuma untuk mengekalkan diri supaya jangan terus tenggelam memerlukan usaha keras dan produk yang baik.
"Walaupun mempunyai pengalaman menyanyi, saya masih ambil kelas vokal dengan Cikgu Shafi (Syafizawati Shariff) kerana saya ingin yang terbaik supaya tidak tenggelam sebalik banyak bakat yang ada dalam dunia seni tempatan," jelasnya.
Tambah gadis berusia 22 tahun itu lagi, dia tidak pernah cemburu dengan kelebihan yang ada pada diri Stacy yang merupakan juniornya.
Malahan, dia sendiri mengakui bakat nyanyian dan tarian yang wujud dalam diri Stacy dan tumpang bangga melihat pelajar kelahiran program yang sama dengannya mampu memberikan sebuah persembahan yang memukau.
"AF hanya platform, selebihnya atas usaha diri sendiri. Jika ada rezeki syukur Alhamdulillah. Cuma saya mengakui semasa di separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) saya membuat kesilapan besar kerana tidak menyampaikan lagu dengan baik.
"Waktu itu memang saya tidak sihat dan selepas persembahan saya akui memang sedih dan kecewa untuk beberapa hari. Perasaan malu memang tak boleh cakaplah, tetapi bukan cemburu dengan Stacy kerana saya tahu persembahan dia jauh lebih baik.
"Oleh itu, tidak wujud perasaan cemburu dengan kelebihan dan limpahan rezekinya. Kenapa perlu cemburu? Ini masa Stacy untuk naik dan saya tumpang gembira dengan kejayaannya," tutur Mila.
Itu baru soal persaingan dengan Stacy, bagaimana pula dengan kemunculan AF musim ketujuh (AF7), nampaknya selepas ini bertambah lagi persaingan Mila.
Dan nasib Mila dilihat akan lebih 'malap' jika AF7 bakal melahirkan lebih ramai bintang-bintang wanita.
Menyentuh soal itu, Mila percaya pada rezeki. Justeru, bagi memantapkan dirinya dengan menghadiri kelas vokal, Mila turut mengikuti kelas senaman secara rutin di gim bagi mengekalkan staminanya.
"Walaupun sudah biasa menyanyi, senaman sangat penting untuk mengekalkan mutu suara dan persembahan bertenaga di pentas persembahan.
"Bagi saya persaingan ada di mana-mana, jika tidak AF7 sekalipun, saban hari ada saja artis baru muncul. Saya percaya pada rezeki, selagi masyarakat mahukan bakat saya, selagi itu saya akan berkhidmat untuk menghiburkan mereka," ujarnya yang kini popular dengan lagu Gila.
Cerita bergaduh dengan rakan kongsi
Jika sebelum ini Mila bersama rakan kongsi Bernard Cheah menubuhkan syarikat MC Voices & Stars (MCV) kira-kira setahun lalu dan memegang jawatan sebagai ahli lembaga pengarah syarikat tersebut, kini Mila telah melepaskan jawatan tersebut dan berundur daripada terlibat dalam MCV.
Pengundurannya bukanlah kerana dia bermasalah dengan rakan kongsinya itu tetapi kerana mahu cuba berdiri di atas kaki sendiri. Atas hasrat itu, maka lahirlah Luvmila Corporation pada pertengahan tahun lalu.
Di syarikat yang menjual produk kecantikan dalaman wanita itu, Mila memegang jawatan sebagai pengarah urusan dan dia dibantu lima orang kakitangan bersama ahli keluarganya.
Nampaknya kini Mila lebih fokus, malah dia lebih banyak menghabiskan masa di pejabat berbanding di rumah.
Semuanya gara-gara tidak mahu usahanya musnah begitu sahaja. Mungkin kerana itu kerjaya nyanyiannya sedikit terabai berbanding dulu.
"Modal menubuhkan syarikat ini datang dari poket saya sendiri. Setiap sen yang dilaburkan merupakan duit hasil titik peluh saya sebagai penyanyi. Sebab itu saya mahu lihat syarikat ini berkembang maju.
"Kalau tidak ada persembahan, sehari suntuk saya akan berada di pejabat menguruskan perniagaan kerana semuanya saya terpaksa buat sendiri," jelasnya.
Beritahu Mila, sungguhpun tidak lagi bersama MCV, hubungannya bersama bekas rakan kongsi masih lagi baik, sementelah beberapa lagu untuk album terbarunya turut dijalankan secara usaha sama antara Maestro dan MCV.
"Jika pada masa akan datang ada rezeki untuk kami bekerjasama, saya tidak akan menolak. Sebenarnya keluar daripada MCV merupakan keputusan yang sukar untuk saya.
"Tetapi demi masa depan saya lakukan juga, bukan untuk saya tetapi untuk kepentingan keluarga andai saya tidak lagi diminati," akui Mila.
|
|
|
|
|
|
|
|
c mimat tu kalo efficient buek keja, org x sumpah nya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2338 aFViRGo\ catat
nk tumpang sekaki lah ~
kat bod gossip pon ade org tepek artikel ni
konpem kena kutuk berbakul2
too bad la mila...mmg prestasi nyanyian awak dah down the hill sgt.
pls don't use the same lame reasons such as penat, sakit, busy & whatsoever!
kalo nak nyanyi buat la cara nak menyanyi...bg more attention pd suara, stamina & skill lontaran suara ke hapa.
although aku sayangkan mila...tp tak bermakna aku kena terima segala baik buruk dia dgn tangan terbuka.
aku lebih respect pd stacy yg maintain konsisten dlm setiap persembahan dia & plus point - walaupon busy dgn show yg berlambak tp still ade masa utk attend fc club nye event.
aku tak minat stacy tapi tak mustahil aku akan jd peminat dia kalo dia tetap sebagus & sehumble ini wpon dia dah popular gile tahap diva nnt.
to mila: pls do something. jgn smpai peminat dah naik fedup nk sokong/minat awak lagik. |
|
|
|
|
|
|
| |
|