|
Gemuruh melayan budak-budak
Oleh Rozdan Mazalan
[email protected]
2010/06/09
sebelum - selepas
<strong>PESERTA Camp@KSN mengambil kesempatan bergambar dengan Remy.</strong> <strong>REMY turut meninjau khemah peserta.</strong> <strong>KAWAN baru Remy yang sering mengikutinya, Rio.</strong>
PESERTA Camp@KSN mengambil kesempatan bergambar dengan Remy.
Pelakon TV Lelaki Popular 2009 berkongsi pengalaman di kem motivasi
PERTAMA kali berhadapan dengan kanak-kanak sekolah, darah gemuruh pelakon yang cukup dikenali menerusi drama bersiri Nur Kasih, Remy Ishak cukup diuji. Biarpun biasa berhadapan dengan peminat dari pelbagai peringkat usia, namun kanak-kanak turut memberi pengalaman berbeza baginya.
Remy yang meluangkan masa lebih sejam bersama 75 kanak-kanak dari Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur sempena perkhemahan motivasi Camp@KSN anjuran pengurusan Kompleks Sukan Negara (KSN) di Bukit Komanwel, Bukit Jalil pada 6 Jun lalu akui seronok melihat telatah kanak-kanak.
“Memang ini kali pertama saya diminta untuk memberi motivasi kepada kanak-kanak sekolah. Memang saya cukup terjua kerana ini adalah pengalaman manis buat diri saya sendiri untuk bagaimana menambat hati mereka ketika bercakap dengan mereka.
“Tak tahulah kenapa pada mulanya saya cukup gemuruh walaupun saya sendiri tahu mereka adalah kanak-kanak, tetapi perlu diingat bahawa kanak-kanak memerlukan kemahiran untuk didekati dan bukan mudah untuk mendekati mereka,” katanya yang turut bersedia lebih awal sebelum berhadapan dengan kanak-kanak itu.
Beruntungnya seorang selebriti bukan saja menjadi ikon kepada masyarakat, malah mudah menjadi tarikan kepada masyarakat apa saya perkara baik yang pernah dan akan dilakukan.
Menurut Remy, dirinya juga bersetuju apabila penganjur membuat keputusan untuk memilih selebriti sebagai penceramah jemputan di dalam program motivasi seperti yang dilakukannya.
“Selebriti ini adalah ikon kepada masyarakat dan apa saja kebaikan yang dilalukan mudah mendapat sokongan. Lebih-lebih lagi jika lakonannya di televisyen meninggalkan kesan kepada penonton.
“Pada sesi bersama mereka juga saya hanya menceritakan kisah hidup saya dari zaman kanak-kanak saya yang susah sehingga saya berazam untuk berjaya di dalam hidup. Apa yang diceritakan itu untuk membakar semangat mereka dan saya lihat mereka menumpukan sepenuhnya penyampaian yang saya berikan.
“Bagaimana cara kita menambat hati mereka adalah penting, kita tidak seharusnya menceritakan benda yang serius saja namun harus diselitkan dengan lawak jenaka yang memberi keselesaan kepada mereka,” katanya yang baru saja tamat menjalani penggambaran drama Arjuna.
Camp@KSN kali ke-11 dianjurkan sejak 2002 sebelum ini pernah mengundang Maya Karin sebagai penceramah motivasi kepada peserta pada sesi tahun lalu. Seramai 75 pelajar yang berusia 9 hingga 15 tahun pelbagai kaum menyertai perkhemahan motivasi ini.
Rio kawan baru Remy
SEMENTARA itu, Remy yang hadir ke Camp@KSN bersama ditemani seorang kanak-kanak berusia 11 tahun turut menjadi persoalan kepada orang ramai. Katanya, kanak-kanak berusia 11 tahun itu adalah kawan barunya yang dikenali ketika penggambaran drama baru-baru ini.
“Dia kawan baru saya dan tidak salah saya berkawan dengannya. Namanya Mohd Rio Ridzuan Sobli yang ditemui ketika saya menjalani penggambaran telefilem di sekolahnya di Sekolah Kebangsaan Yaakob, Cheras.
“Tak tahu kenapa saya tertarik padanya untuk dijadikan kawan, mungkin kerana saya mengetahui kehidupannya sebelum ini. Rio juga adalah kanak-kanak yang berpotensi di dalam pelajaran dan sayang sekiranya masa depannya musnah kerana masalah peribadi yang dihadapinya.
“Saya akan terus memberi sokongan kepadanya baik apa saja keperluan yang diperlukan untuk belajar. Saya juga ingin melihat dia berjaya di dalam hidupnya sekali gus dapat membantu keluarganya sendiri,” katanya yang tidak mahu bercerita lanjut mengenai Rio sebagai menjaga amanah keluarganya.
Menurut Rio, pengenalan dengan Remy ketika pelakon itu menjayakan penggambaran drama di sekolahnya baru-baru ini.
“Saya kenal abang Remy baru lagi. Seronok bila bersama dia. Pernah juga abang Remy bawa saya berjalan-jalan dan makan bersama. Saya pernah ikut dia berjalan ke Melaka bersama.
“Namun abang Remy tidak pernah lagi membawa saya ikut melihat dia berlakon dan suatu hari nanti saya teringin nak ikut dia berlakon,” katanya yang tetap meminta izin ibunya ketika hendak keluar bersama Rem |
|
|
|
|
|
|
|
SALAM....
NAK TANYA PENDAPAT...
SAPA YG PLAING KESIAN SEKALI
DALM SIRI NURKASIH NIE?????
hyun Post at 9-6-2010 13:33
SARAH....satu apa pun tak dapat. dapat penat jek. wakaka...
NUR........nanes2 pun dapat abang adam
ADAM......merana kena tinggal pun dapat gak akkhirnye
AIDIL.......elok beno le jodoh dengan aliya
MAK JAH..gembira anak menantu berkumpul reramai
MAK ANI..ada abang imam
NABILA...dapat gak mamat ikram tuh
KATRINA..dia ni paling bahagia sebelom mati kot
amacam...melalut2 lak aku menjawab. |
|
|
|
|
|
|
|
ep kain terlepas.. |
|
|
|
|
|
|
|
ep kain terlepas..
Yen_Aireena Post at 9-6-2010 20:33
Yen...tu la, mcm tau2 je...aku bukak2 je TV9, ngam2 tgh scene kain terlepas.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2325# Yen_Aireena
episod yg di tunggu2 opppssss............. |
|
|
|
|
|
|
|
epi sengol-sengolan...usap-usapan.....hahaha
huhu...ader gossip psl tiz kat umah gusip...betul keee...hmmm... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2330# hyun
ala...takat sipor jepun jek pun.....boleh bli lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
hmmmm tq gan respon semua...
tapi bg aku yg paling kesiankan
hmmm budak yg hilang selipa ...
hyun Post at 10-6-2010 11:43
ko ni pun... mcm mcm men teka teki la plak... suruh je budak tu tgk ep 19... dah tau katne selipar tu.
kuikuikui. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply hyun
ala...takat sipor jepun jek pun.....boleh bli lagi....
adifrs Post at 10-6-2010 12:09
TAPI KENAPA BUDAK TU JADI MANGSA KEADAANNNN |
|
|
|
|
|
|
|
ko ni pun... mcm mcm men teka teki la plak... suruh je budak tu tgk ep 19... dah tau katne selip ...
hijau88 Post at 10-6-2010 14:31
MAMPU KE BUDAK TU NAK BELI DVD....
SELIPAR PUN XDPT JUMPA |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2333# hyun
ko nape???? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2336# hijau88
...adoi ai.. |
|
|
|
|
|
|
|
x boleh tahan nak.............. |
|
|
|
|
|
|
|
word wajib NK
-terbaik
-bahagia
-mungkin
-redho
-dan yang penting sekali ~lebih-lebih~ |
|
|
|
|
|
|
| |
|