Kerja Rumah Hari Khamis![](static/image/smiley/default/3sweat.gif)
Soalan: Senaraikan kemungkinan/ perkara yang akan berlaku sekiranya Malaysia dilanda banjir selama sebulan seperti yang di alami oleh negara Thailand pada tahun lepas.![](static/image/smiley/default/funk.gif)
1. berlaku pencemaran air yang boleh mengakibatkan pelbagai penyakit berjangkit
2. penduduk malaysia akan mengalami masalah penambahan berat badan sebab asyik makan dan tidur selama sebulan
3. majikan terpaksa membayar gaji pekerja walaupun para pekerja tidak datang bekerja
4. ekonomi negara akan mengambil masa untuk pulih seperti sedia kala
5. pasti akan ada penyamun/pencuri yang mengambil kesempatan untuk mencuri
6. bekalan makanan yang terhad membuatkan harganya akan melambung tinggi
7. kerajaan terpaksa bekerja keras bagi memastikan bantuan kepada rakyat dapat sampai tepat pada masanya 8. pasukan bomba dan penyelamat terpaksa bekerja lebih masa demi menyelamatkan mangsa banjir 9. majlis perkahwinan yang telah dirancang sejak tahun lepas terpaksa ditunda gara-gara banjir 10. bekalan elektrik terpaksa diputuskan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini 11. rating rancangan tv akan jatuh merudum sebab ada sesetengah kawasan telah diputuskan bekalan elektrik 12. tiada lagi kesesakan lalulintas atau pencemaran udara disebabkan asap kenderaan 13. hospital lengang sebab bilangan pesakit yang berkunjung ke hospital berkurangan, susah nak pergi sebab banjir. 14 sampah sarap akan berkumpul di satu tempat dan menghasilkan bau-bauan yang kurang menyenangkan 15. hubungan kekeluargaan akan kembali erat sebab dapat menghabiskan masa bersama-sama sepanjang hari selama sebulan.
** sila hantar jawapan anda selewat-lewatnya pada 11hb Mei 2012, Jam 5.30 ptg![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
Markah: 35 – 50 bergantung kepada SIFU yang bertugas memeriksa kertas jawapan . |