Yen_Aireena posted on 25-6-2013 09:10 PM
Lea Soraya jmpa diari tu..
mak Lea yg ckp dgn Lea x perlu kwn dgn Hud lg... mesti mak Hud dh ckp dg ...
baru perasan Lea terjumpa diari Hud, Hud tercicir kt ruang tamu la pd hari tu, lepas tu jumpa cebisan gambar Lea yg lagi satu..so part ni yg Lea baru tersedar kot then jumpa Kalil nak minta maaf tp Shireen gagap kacau daun..
Last dlm promo tu Lea dpt bunga..dr Kalil laa...nampak tangan dia yg itam manis, itam manis, pandang tak jemu, pandang tak jemu...
Cinta Jangan Pergi : Lea Soraya pilih Hud atau Kalil?
Oleh Fatin Nur Sofia Zainol Alam
Kisah cinta mereka bermula di Interlaken, negara asing yang menjadi saksi perjanjian cinta sejati antara Kalil dan Lea Soraya. Namun, kisah cinta mereka diduga apabila Kalil hilang tanpa berita ketika ingin membuat kejutan terhadap Lea Soraya.
Pada saat itu juga, Hud hadir memberi kekuatan kepada Lea Soraya untuk melupakan Kalil. Perhubungan mereka mendapat sokongan ibu Lea, Lily serta rakan baiknya, JD dan El kerana mereka mahu melihat Lea Soraya kembali bahagia.
Namun dengan tidak dijangka, Kalil pulang menuntut janji cinta daripada Lea Soraya mengakibatkan gadis itu kini tersepit di antara cinta Kalil dan kasih yang diberikan Hud selama ketiadaan Kalil.
Episod akhir ini akan menyingkap konflik di antara Kalil dan Shireen yang yang bakal berkahwin selepas Kalil mengetahui Shireen sedang mengandungkan anaknya. Namun, siapa bapa sebenar anak yang dikandung Shireen menimbulkan keraguan pada El dan JD. Mereka meminta pertolongan Hud, malangnya dia tidak mahu masuk campur dalam hal antara Shireen dan Kalil.
Lea Soraya pula marah apabila mengetahui El dan JD cuba menyiasat mengenai perkara itu. Baginya, dia hanya mahu meneruskan kehidupannya dan menerima segala ketentuan. Tindakan El dan JD itu hanya menambahkan kekusutannya.
Bagi Kalil pula, hatinya tersentuh apabila melihat gambar bayi yang dikandung Shireen dan dia mula menerima kehadiran Shireen. Perkahwinan mereka tetap diteruskan kerana Kalil mahu bertanggungjawab ke atas Shireen. Namun, tanpa disangka Hud tiba di majlis perkahwinan Kalil dan Shireen untuk membongkar perkara sebenar yang disembunyikan Shireen.
Kebenaran itu juga mengakibatkan Shireen kehilangan Kalil. Shireen mula mencari Hud dan menyalahkan Hud kerana sudah merosakkan rancangannya untuk memiliki Kalil.
Apakah kebenaran yang disembunyikan Shireen daripada Kalil? Mungkinkah cinta Kalil dan Lea Soraya akan kembali bersatu? Bagaimana pula pengakhiran Hud yang ikhlas mencintai Lea Soraya?
Ketahui kesudahannya dalam episod akhir Cinta Jangan Pergi lakonan Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Nadiya Nisaa, Bil Azali, Aleza Shadan dan ramai lagi pada 30 Jun ini.
Drama ini akan bersiaran selama dua jam bermula jam 8.30 malam di TV9.
Bagi anda yang tidak dapat menonton siaran akhir drama ini, layari www.tonton.com.my untuk mengikuti siaran ulangannya.
Dlm paper nih ada pix Khalil n Hud di airport.. n also pic Khalil n shireen pakai baju pengantin...arrrghh... Khalil look soo goood in Baju Melayu putih...even x nampak muka...
supbunjut posted on 26-6-2013 10:04 AM
Cinta Jangan Pergi : Lea Soraya pilih Hud atau Kalil?
Oleh Fatin Nur Sofia Zainol Alam
Makin byk promo n sinopsis..makin tk sabar...kena make sure malam minggu ini behibernasi spt biasa demi CJP la...minggu2 seterusnya boleh la sket nak meronggeng ke apa..haha
Cahaya1 posted on 25-6-2013 11:46 PM
baru perasan Lea terjumpa diari Hud, Hud tercicir kt ruang tamu la pd hari tu, lepas tu jumpa cebi ...
tp ada komen kt fb... Kalil pakai jam tgn kanan.. yg hulur bunga tu pakai jam tangan kiri..Dr Hud pakai jam tgn kiri..
semata2 promo, Kalil pakai jam tgn kiri Last edited by Yen_Aireena on 26-6-2013 10:37 AM