|
♥ HoMe oF MiLaNiaNS ♥ Raw Preview Lagu Terbaru Mila (Page 99)
[Copy link]
|
|
Alhamdulillah..murah rezeki Mila..dah jadi Duta Mamee pulak..Tahniah Mila!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2340# taurus-71
cantik & sedap mata memandang.. ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Fesyen Karpet Merah AIM17: Apa Kata GUA?
![](http://www.gua.com.my/photobank/2010/5/72/full/MPPB_21900.jpg)
Mila Sebagai Miss Pulau Pinang
Dah macam pertandingan ratu cantik pula Mila kali ini. Satu kelainan daripada Mila cuma gaya rambut terlalu matang dan tidak menyerlah keremajaan penyanyi cilik ini. |
|
|
|
|
|
|
|
After watching this season AF....no one can beat the colours of the previous champions or even the finalist...most not versatile enough...Take mila for instance she could make us dance in Pudar Rosa...she makes us cry in Tak Ingin Bersuara....and the unforgetable performance of Benci Tapi Rindu.......she is versatile.... |
|
|
|
|
|
|
|
Happy mothers day... to all.....we love our mum as more than we love ourselves...of coz... |
|
|
|
|
|
|
|
Petang Milanians..![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu JKUF no 17carta muzik2@tv3 |
|
|
|
|
|
|
|
Salam pagi semua.....selamat hari ibu kpd ibu2 semua(smlm tak sempat nak ucap) |
|
|
|
|
|
|
|
After watching this season AF....no one can beat the colours of the previous champions or even the f ...
batunilam4a Post at 9-5-2010 00:55 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
Setuju sangat dgn batu....belum ada yg boleh buat kita sedih,menangis,benci,riang macam Mila buat |
|
|
|
|
|
|
|
Smlm ada AF masuk, macam apa2 ntah,macam tak cukup korum je nak pilih ke final! |
|
|
|
|
|
|
|
Quotable quotes
"Awak berjaya mengayakan lagu ni..macam...awak punya je"
Lolok- konsert minggu 9 |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan serai je yg suka lagu ni..akak pun sama gak.. best Mila nyanyi lagu n ...
taurus-71 Post at 7-5-2010 09:50 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Kenalah tunggu time raya nanti ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Taken from BiPop
Usah perlekeh artis remaja
![](http://www.bharian.com.my/articles/Usahperlekehartisremaja/pix_gal0)
Mila ambil risiko tinggalkan AESB?
SETIAP apa juga perkara baru yang dicuba pasti mengundang risiko. Dalam gentar, Mila tekadkan diri meneruskan cita-citanya meskipun perjalanan itu bakal menemukannya dengan pelbagai laluan menyukarkan.
Kata Mila, menjadi anak seni menuntut keberanian luar biasa dan dia harus bersedia menghadapinya jika mahu bertahan lama dalam bidang ini.
Atas keinginan mahu mencuba, Mila tekad menarik diri daripada label naungan, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) dan melaburkan wangnya sendiri untuk pembikinan album keduanya.
Mungkin ada berpendapat ia bukan suatu tindakan bijak terutama ketika industri muzik masih berdepan dengan kekalutan dan kesuraman.
Bagaimanapun, anak kelahiran Teluk Kumbar, Pulau Pinang itu enggan terus bergantung kepada orang lain.
Sedikit pengalaman selama tiga tahun menjadi penyanyi, juara Akademi Fantasia musim kelima ini berusaha merealisasikan keinginannya dibantu mereka yang arif selok belok dalam urusan itu.
"Mila tidak bersendirian kerana dibantu oleh mereka yang terlebih dulu berada dalam bidang ini. Awal dulu memang Mila tidak yakin.
Apatah lagi untuk melepaskan sebuah tapak selesa yang sedia membantu melancarkan perjalanan karier Mila. Bagaimanapun, selepas berfikir panjang dan demi masa depan karier Mila sendiri, Mira memberanikan diri membuat keputusan itu.
“Semua benda mempunyai risiko tetapi melihat kesungguhan rakan berpasukan, Mila percaya usaha ini akan membuahkan hasil apabila setiap perancangan dilaksanakan dengan berkesan," katanya.
Mila akur, bakat yang dimilikinya hari ini dipinjamkan sementara oleh Allah dan bila-bila masa akan ditarik balik. Memikirkan perkara itu menyedarkan Mila, dia tidak boleh selamanya bersandar kepada nyanyian semata-mata.
"Mila perlu fikirkan sesuatu sebagai jaminan masa depan. Kita tidak tahu apa akan berlaku nanti. Apatah lagi, sebagai anak sulung Mila menggalas tanggungjawab untuk menyara keluarga. Tetapi pada sudut lain, Mila berbangga dengan bakat yang diberikan Tuhan Mila mampu melakukan sesuatu yang membahagiakan keluarga.
"Melihat senyuman mereka memberikan Mila kepuasan yang sukar diungkapkan dengan perkataan. Senyuman insan yang Mila sayangi itu menyingkir semua perasaan letih dan lelah, malah memberi Mila kekuatan untuk melipat gandakan usaha," katanya.
Jujur kata Mila, tubuh kecilnya ada ketika terpaksa berdepan pandangan skeptikal sesetengah pihak yang sukar mempercayai kemampuan dirinya.
Namun, semua itu tidak pernah membuatkan dia berputus asa untuk meneroka bidang yang semakin dicintainya itu.
"Mila sentiasa berpegang kepada pendapat supaya jangan malu untuk bertanya. Itu yang sering Mila lakukan kerana Mila mahu berada lama dalam bidang ini,” katanya.
Info
TEMUI Dafi, Mila dan Shila bersama Aizat, Bunkface dan Akim pada Konsert Wall’s Cornetto: Take A Chance Show Your Love di bumbung Bukit Bintang Plaza, 19 Jun ini jam 7.30 malam. Maklumat mengenai konsert boleh diperoleh dengan melayari: www.cornetto.com.my.
Mila
Nama Penuh: Norsyarmilla Jirin
Tarikh lahir: 23 Disember 1987
Asal: Teluk Kumbar, Pulau Pinang
Pendidikan: Sekolah Menengah Teknik Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Air Hitam, Pulau Pinang
Pencapaian: Juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5) dan Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007
Album: Persis Mutiara
Filem: Apa Kata Hati dan Lu Pikirlah Sendiri The Movie, manakala suaranya turut digunakan dalam filem muzikal Walt Disney, High School Musical yang dialih kepada bahasa Melayu. Mila melakonkan watak Gabriella.
Perniagaan: Mengusahakan produk kecantikan, LuvMILA yang diselenggara LuvMILA Corporation Sdn Bhd (www.luvmila.com |
|
|
|
|
|
|
|
Kenalah tunggu time raya nanti
aFViRGo Post at 10-5-2010 10:15 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
Tak dapat tgk puas le.....utube buat hal tersangkut sangkut![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|