CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata II

 Close [Copy link]
 Author| Post time 9-10-2013 10:26 AM | Show all posts
Gelap

Aku duduk dalam gelap
menghendap kaki songlap
bila hari gelap
dia merayap
buat kerja gelap

Kalau dapat tangkap
bagi makan julap
kasi cuci darah daging gelap
tiada rupa kurap
tak jadi bengap
pelahap.

CNM, 9/10/13
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2013 10:27 AM | Show all posts
Terang

hari terang
masih berkubang
main wayang
mengulit jalang
dasar sumbang!

hari terang
masih telanjang
mengangkang di ranjang
jual barang
dasar binatang!

hari terang
tak bangkit sembahyang
dengkur memanjang
dikejut berang
dasar jembalang!

CNM, 9/10/13
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2013 07:09 AM | Show all posts
Titik

Titik menitik
kena cerdik
jangan herdik
nampak cantik
sangat menarik

Titik menitik
kena selidik
ikut larik
macam batik
seni terbaik

Titik menitik
jangan jentik
jiwa terusik
amarah menaik
silaturrahim terbalik

Titik menitik
usah mendabik
sabar mendidik
ramai celik
aku tabik.

CNM, 9/10/13
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2013 07:10 AM | Show all posts
50pp: Motivasi Pagi

Pada hari lahir kita,
ingat siapa yang bertarung nyawa,
melahirkan dengan seksa,
dari tapak kaki dua jari dijaga,
dibela sepenuh jiwa raga,
apa saja cuba diada,
kerana kasihnya ayah bonda,
jadi tak mampukah kita,
panjatkan doa,
buat kedua orang tua,
mohon dianugerahkan sejahtera,
dilimpahkan nikmat serta rahmat oleh-Nya,
sepanjang masa.

CNM, 10/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2013 07:33 PM | Show all posts
50pp: Motivasi Malam

Mentertawa,
bukan budaya kita,
seboleh mungkin cuba,
jangan sesekali mempersenda,
baik muda, remaja mahupun yang tua,
jaga adab sopan budaya bangsa,
jauhi dari mengutil sekeping jiwa,
andai terlanjur kata,
terlepas bait bicara,
pasti ada yang terasa,
hatinya berderai bak kaca,
jadinya fikir sebelum bersuara,
apa natijahnya pada saudara sebangsa seagama.

CNM, 10/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2013 06:31 AM | Show all posts
50pp: Motivasi Pagi

Di pagi Jumaat
yang penuh berkat,
aku mengingat diriku dan sahabat,
mari kita ganda amalan sunat,
menjunjung syariat,
meninggalkan yang khurafat,
mohon keampunan bertaubat,
moga dilimpahkan nikmat,
dikurniakan rahmat,
ditunjukkan jalan selamat,
ditakdirkan mendapat syafaat,
Rasulullah penghulu sekalian umat,
terselamat di akhirat,
sesungguh telah diperingat,
balasan Allah hebat dan dahsyat.

CNM, 11/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-10-2013 03:18 PM | Show all posts
50pp: Motivasi Jumaat

Berbicara tentang pergorbanan,
contohi pendahulu zaman,
Rasul-rasul pilihan,
sepanjang hidupnya menitip teladan,
menegak jalan kebenaran,
melenyapkan denai kebatilan,
berjuang penuh kesabaran,
tabah menempuh kesulitan,
perintah-Nya dilaksanakan,
larangan-Nya ditinggalkan,
tanpa kegagalan,
tanpa keluhan,
bukan sedikit pengorbanan,
jadi dalam mencari keredaan,
kumpulkan segala kekuatan,
perbanyakkan doa mohon ketabahan,
hanya Dia pemberi pertolongan.

CNM, 11/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2013 05:44 PM | Show all posts
Perlukah?

Selaju titis hujan di hujung atap.
Ingin aku menitipkan kata.
Meluah bicara membela.
Mempertahankan diri dari segala tohmahan tiada berperi.
Air muka ini tidak lagi sehening embun pagi.
Dicemari.
Manusia yang iri.

Perlukah?
Aku menulis panjang lebar.
Setebal novel cinta.
Hanya kerana rasa terhina.
Rasanya, cukuplah dengan mengucapkan terima kasih.
Yang benar tak akan terhakis.
Sia-sia jika cuba memadam kata-kata palsu.
Biar saja ia luluh ditelan waktu.

CNM, 11/10/13, BBBangi. Last edited by Goldkey on 11-10-2013 05:46 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-10-2013 08:56 PM | Show all posts
50pp: Motivasi Perayaan

...di musim perayaan,
ramai yang nak balik kampung ...kan?
ambo nak kongsi tip pemanduan,
satunya jangan buat halangan,
beri laluan pada yang tinggi kelajuan,
keduanya beri isyarat kiri kanan,
biar pemandu lain dapat buat andaian,
tiada salah sangkaan,
ketiganya kekalkan kesabaran,
dengan mengambil minuman,
sediakan atau singgah di tepi jalan.

CNM, 11/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2013 09:22 PM | Show all posts
50pp: Motivasi Malam

Mencikgukan kita!
nak tahu bagaimana cara?
senang saja cuba baca,
satunya kenalah ada jiwa,
mendidik sepenuh jiwa raga,
keduanya kalau dipanggil cikgu kena berbangga,
jangan pula disorok-sorok muka,
ketiganya biarlah kerjaya ini pilihan pertama,
bukan jadi pilihan ketiga,
keempatnya kena cinta profesion kita,
baru datang semangat luar biasa,
sila cuba!

CNM, 11/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2013 10:52 PM | Show all posts
Rumah Tanpa Pintu

Ramai yang bertamu
berdiri di depan rumah tanpa pintu
hanya ada tetingkap berkaca
memandang baca
sajak yang tertera

Ramai yang tak jemu
terusan menumpang lalu
mengintai dari balik daun jendela
mengutip siratan kata
penuh makna

Rumah tanpa pintu
miliki tamu.

CNM, 11/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2013 11:36 PM | Show all posts
Kontra

ada yang beri jiwa untuk dapat cinta
ada yang beri cinta untuk dapat jiwa

memberi untuk menerima
engkau yang mana?

yang manapun kamu
maruah kaukubu.

CNM, 11/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2013 06:27 AM | Show all posts
50pp: Motivasi Pagi

Ada yang kata hidup itu perjudian,
apa yang dijudikan?
sila betulkan!
hidup ini sebuah perjuangan,
walau gagal ia tetap perlu diteruskan,
perlu ada perancangan
atur strategi mapan,
untuk capai kejayaan,
selagi ada usaha berterusan,
pasti ada ruang dan peluang capai impian,
jangan bergantung pada nasib tanpa sebarang tindakan,
dimurka Tuhan.

CNM, 12/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2013 01:32 PM | Show all posts
Kuburan Tinta

Sedar atau tidak
terlalu banyak kuburan tinta
menyemadikan kalam berbisa
tanpa alasan
tanpa belas ehsan

Mereka sering ketakutan
pada bayang-bayang sendiri
mencipta tempurung iri.

CNM, 12/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2013 07:45 PM | Show all posts
50pp: Motivasi Malam

Orang kata,
dan ramai boleh terima,
kalau buat sesuatu dengan ceria,
ia boleh jadi mudah dilaksana,
kalau buat dengan menyampah rasa,
ia jadi susah dikerja,
jadi cuba bertindak cerdik sepanjang masa,
belajar rasionalkan cara,
cuba berfikiran terbuka,
elak dari mengambil jalan yang membinasa,
jangan letak diri pada landasan tak berminda.

CNM, 12/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2013 11:40 AM | Show all posts
50pp: Motivasi Pagi

ramai yang memenjara,
terperap dek kerana rasa kurang rupa,
padaku ini tak kena,
setiap manusia ada istimewa,
rupa hanya sebahagian saja,
dan kecantikan itu tidak kekal sifatnya,
jadi banggalah dengan diri yang sempurna,
yang membezakan kita di sisi-Nya adalah takwa,
usah bersekongkol dengan rasa kecewa,
ceria-ceriakan hari anda,
senyum sentiasa.

CNM, 13/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2013 03:48 PM | Show all posts
~Cuak~

Cuak!

Cuak itu apa?
cuak itu rasa

Cuak menyinggah ke dada
cuak meracun minda
cuak membunuh ceria

Cuak menyelinap ke sukma
cuak menyemai duka
cuak menyubur kecewa
cuak memenggal bahagia

Cuak memutik sengsara
cuak membara jadi unggun derita
cuak menyala memarak rasa berdosa
cuak meluluh kekentalan bongkah jiwa
cuak meluntur keteguhan hati tempuh ragam dunia.

CNM, 13/10/13, BBBangi. Last edited by Goldkey on 13-10-2013 09:01 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2013 05:17 PM | Show all posts
50pp: Motivasi Malam

Bila ada yang menegur,
jangan kata masing-masing kubur,
atau pura-pura berdengkur,
itu namanya takbur,
sebab lain-lain kubur diingatkan dengan luhur,
sebelum diri kaku terbujur,
masih ada peluang dan ruang untuk berundur,
kembali akur,
mengucapkan syukur,
ada insan berpesan dengan jujur,
jangan sampai jadi kufur,
cuba mengendur,
ingat pada alam kubur.

CNM, 13/10/13, BBBangi.

p/s awal sikit malam ada urusan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2013 08:55 PM | Show all posts
~Di situ~

Di situ

Di situ aku timba ilmu
di situ aku mengenal guru

Di situ aku belajar tulis baca
di situ aku belajar congak kira
di situ aku belajar ilmu dunia

Di situ aku mendalami agama
di situ aku menduduki periksa
di situ aku meningkat remaja
di situ aku merangkak dewasa

Di situ aku mengutip kenangan berharga
di situ aku mengatur langkah bermakna
di situ aku memanjat anak tangga
di situ aku mengapai hasrat dicita
di situ aku melonjak ke puncak jaya

Di situ asalnya bermula
di situ kuburan ayahbonda
di situ kaum keluarga
di situ desa tercinta
di situ tumbuh jiwa
di situ mekar asa.

CNM, 13/10/13
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2013 10:49 AM | Show all posts
50pp: Motivasi Pagi

Pada musim raya,
baliklah sekejap ke desa,
gembirakan hati orang tua,
selagi mereka masih ada,
bukan wang yang dipinta,
ingatan itu lebih bermakna,
sayangi mereka,
seperti mana mereka sayangi kita,
ingatlah bila mereka dah tiada,
hilang satu doa,
doa yang diterima Yang Esa,
doa kedua ibubapa,
doa orang tua kita.

CNM, 14/10/13, BBBangi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.080079 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list