hazama pakai henpon jenis nokia, dah lame jugak dia pakai henpon tu since anak sedare die buat eksperimen dengan merendamkan nokia xpress musik dalam air, hazama jugak pakai kereta satria kaler oren, ade mase sok aku hamek gambo kete die tu
akuleman Post at 17-6-2011 02:23
wahhh byk info ni... uols jiran dia ek... ke sedara dia?
satria oren? nnt uols pos gmbr ek...
nnt bgtau dia ... weols lap him n sapot him hokeh...
Sungguhpun hanya 3 bulan saja menggunakan rumah kaca yang terletak di dalam pusat beli-belah AEON AU2 Setiawangsa sebagai tempat untuk menimba ilmu sebagai anak seni di akademi, namun pastinya banyak kenangan yang telah dilakar oleh kesemua 14 graduan Akademi Fantasia 9 (AF9).
Begitu jua buat dengan pengetua AF9 iaitu Amy Search serta barisan tenaga pengajar lain yang lain seperti cikgu Fatimah Abu bakar, Cikgu Ning Baizura, cikgu Adlin Aman Ramlie, Cikgu Syafi, Cikgu A. Aris Kadir serta Joe Lee.
Bahkan tenaga produksi AF9 lebih-lebih lagi team diari AF9 yang diketuai Akmar selaku produser sudah pun merindui saat-saat bekerja di sini untuk memberikan sesuatu yang terbaik serta menarik untuk dipertonton oleh peminat setia AF9.
Jadi, sebelum rumah kaca ini dirobohkan secara rasmi pada malam Isnin, 13 Jun lepas, sebuah majlis ringkas telah diadakan yang mana majlis ini juga merupakan majlis penyerahan finalis AF9 iaitu Hazama, Lena, Fina dan Azri kepada keluarga yang terpisah selama lebih 3 bulan.
Pun begitu, majlis yang turut dihadiri semua tenaga produksi AF9 termasuk wakil dari portal murai.com.my dan majalah Aksi AF9 didahului dengan ucapan dari eksekutif produser AF9, Irwan Rauf serta pengetua Amy.
Bagi tenaga pengajar pula, hanya Cikgu Aris yang hadir yang mana difahamkan cikgu-cikgu yang lain terlibat dengan komitmen masing-masing.
Dalam ucapan Amy Search sempat melawak dan bercerita tentang kenangannya bersama semua pelajar. Malah, Amy juga sempat meminta maaf kepada semua yang terlibat dengan penganjuran AF yang terakhir ini.
Amy Serach juga turut meminta maaf secara terbuka kepada Erul yang dianggapnya sering diusik Amy sepanjang pengajiannya dalam akademi.
Sebaik saja tamat ucapan, majlis diteruskan dengan sesi mengenali semua team AF9 serta majlis penyampaian trofi AF kepada semua bekas pelajar AF9 iaitu Laika, Eka, Miza, Aida, Amir, Raqib, Afif, Kay, Nera dan Erul. Setiap graduan ini turut menerima hadiah daripada majalah Aksi serta penaja yang lain.
Apa yang pasti, ketika sesi penyerahan finalis kepada keluarga, Lena hampir menitiskan air mata dan sebak apabila dapat berjumpa semula dengan keluarganya. Begitu juga dengan finalis yang lain.
Bagi peminat yang ingin menonton apa yang berlaku sepanjang majlis perpisahan ini, anda boleh menonton Apa Kata M yang akan disiarkan pada Jumaat ini, 17 Jun bermula jam 4 petang. Jika tidak puas hati, anda boleh juga menontonnya di saluran Astro @15 pada Ahad (19 Jun 2011), jam 9 malam.
Selain Apa Kata M, peminat juga berpeluang menyaksikan kisah menarik majlis perpisahan ini menerusi program Hei Hazama yang disiarkan di Astro Ria pada setiap Sabtu dan Ahad di Astro Ria, jam 10 malam
Apa kata M....M tu stand for what ye? Murai ke?
vit_agen Post at 17-6-2011 13:38
yes...tapi hari ni kol 4 ptg mana sempat nengok kat opis ni, tengok ahad petang lamanya...dah lan kat 105 channel kecik tu jer....tak der ulangan kat astro ria ke