CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

[SBS] While You Are Sleeping - Lee Jong Suk, Suzy

[Copy link]
 Author| Post time 21-11-2017 01:30 PM | Show all posts


>> PANDUAN REVIEW <<


Majlis Pengkritik Kdrama akan pertimbangkan untuk CARI 2017 K-Drama Awards, untuk tahun ke-6.
Bagi sesiapa yang sudah menonton drama While You Are Sleeping
Browse kmania.info for more info.
Anda boleh memilih mana-mana cara yang anda rasa memudahkan anda
.

Tagkan @dauswq , @ismaha , @eddlisa_uyuk untuk menuntut kredit setelah masukkan review.

REVIEW BOX
(Pilih yang mana yang anda rasa mudah untuk dibuat)

CARA 1: >>KLIK SINI<<
CARA 2: >>KLIK SINI<<
---> Baca Review dari CARA 2
" >>KLIK SINI<<"

(Kredit extra diberikan kepada yang menulis / memasukkan review dengan lengkap/detail)








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2017 08:49 AM | Show all posts

[color=rgba(0, 0, 0, 0.87)][Claim Credit]
Reason: Review Submission
[color=rgba(0, 0, 0, 0.87)]@dauswq  @ismaha  @eddlisa_uyuk



[color=rgba(0, 0, 0, 0.87)]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 10:05 AM | Show all posts
sorry offtopic...citer apa ganti citer ni uols?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 01:30 PM | Show all posts
mimi77 replied at 27-11-2017 10:05 AM
sorry offtopic...citer apa ganti citer ni uols?

nothing to lose ...kisah hakim muda..best juga

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 02:03 PM | Show all posts
masdiana-ana replied at 27-11-2017 01:30 PM
nothing to lose ...kisah hakim muda..best juga

tq for the info
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2017 11:08 PM | Show all posts





Intro

While You Were Sleeping (WYWS) adalah sebuah drama SBS yang paling dinanti-nantikan (the most SBS anticipated drama of 2017). Drama ini menerima sentuhan daripada pengarah Doctors dan My Love from the Star, serta penulis skrip Pinocchio dan I Can Hear Your Voice.  Drama ini juga merupakan kolaborasi kali ketiga di antara Lee Jong Suk dan penulis Park Hye Ryun di mana drama bersiri mereka sebelum ini, Pinocchio dan I Can Hear Your Voice, berjaya mendapat sambutan hebat daripada penonton. Drama ini bersaing hebat dengan drama Temperature Of Love di mana keduanya bersiaran pada masa yang sama. WYWS juga merupakan drama yang SBS meletakkan harapan tinggi. Wakil SBS berkata Drama ini mempunyai sebuah team yang hebat dan sempurna dari segi pengarah, pelakon, penulis skrip, krew produksi dan sebagainya. Drama ini dibintangi oleh Lee Jong Suk dan Suzy sebagai teraju utama serta dibantu oleh Lee Sang Yeob, Go Sung Hee, Jung Hae In, dan Shin Jae Ha.
Pelakon

1. Cerita  (8/10)
WYWS adalah sebuah drama yang berkonsepkan fantasi romantic dan juga perundangan. Ia mengisahkan adalah tentang seorang wanita bernama Hong Joo (Suzy) yang mendapat vision melalui mimpi tentang perkara-perkara yang dahsyat yang akan berlaku kepada orang disekelilingnya di masa depan dan seorang pendakwa Jae Chan (Lee Jong Suk) yang cuba menghalang kejadian tersebut daripada berlaku.
Mengetahui apa yang akan berlaku sangat menyeksakan Hong Jo terutama apabila dia tahu sesuatu yang buruk akan berlaku tetapi dia tidak dapat menghalangnya. Kejadian ini bermula ketika dia masih remaja, namun pada waktu itu dia perwatakan seperti tombong. Dia bermimpi ayahnya mati akibat letupan tetapi dia tidak dapat menyelamatkan ayahnya walaupun dia telahpun memberitahu apa yang akan terjadi. Disebabkan itu, Hong Joo terus dihantui rasa bersalah untuk sekian lamanya. Sepanjang melalui hidupnya, Hong Joo sering cuba menghalang perkara-perkara buruk yang muncul dalam mimpinya daripada berlaku tetapi dia sedar sukar untuk meraih kepercayaan orang disekeliling mengenai keistimewaan yang dimilikinya. Dan disebabkan mimpinya juga, Hong Joo bercuti lama sebagai seorang wartawan kerana dia pernah bermimpi akan mati.
Sebenarnya ini adalah kali pertama pertemuan antara Hong Joo dan Jae Chan, kerana ayah Jae Chan juga mati pada hari yang sama kerana si pelaku tersebut telah membunuh ayah Jae Chan terlebih dahulu.




13 tahun kemudian mereka bertemu semula tapi mereka tidak mengenali antara satu sama lain. Jae Chan bermimpi Hong Joo akan mengalami kemalangan kereta dan melanggar mati seorang pemuda (Han Woo Tak). Oleh itu, Jae Chan mengambil keputusan untuk menghalang kejadian tersebut berlaku (episode pertama)

Semenjak dari itu, keduanya sering mengalami mimpi (perkara yang akan berlaku dimasa depan) dan mereka cuba untuk menghalang mimpi buruk itu menjadi realiti sementelah Jae Chan dan adiknya berpindah berhampiran dengan Hong Joo. Jae Chan merupakan seorang pendakwa yang banyak menguruskan kes-kes jenayah.
Kalau diikutkan setiap perkara yang terjadi (mimpi) ada kronologinya. Ibarat kita menyusun jigsaw-puzzle yang akhirnya akan dapat gambar yang penuh. Seperti yang terjadi pada Hong Joo dan Jae Chan. Peristiwa 13 tahun lalu membawa perjumpaan semula mereka dan juga perjumpaan bersama inspektor. Bagaimana kelicikan peguam Lee Yu Beom  membela anak guamnya secara kotor dapat dipatahkan dan sebagainya. Setiap yang terjadi tidak semestinya apa yang diinginkan.

Apa yang boleh di hightlight dalam drama ni watak three flying dragons ( Jae Chan, Hong Joo dan Woo Tak). Mereka diibaratkan teraju drama ini kerana ketiganya boleh mendapat visi melalui mimpi mereka dan mereka cuba sedaya mungkin untuk menyelamatkan keadaan. DI samping dari segi aspek persahabatan akan wujud juga aspek percintaan tiga segi kerana ketiganya sering menghabiskan masa bersama.



Apa yang relate nya drama ini dengan legal?


Disebabkan Jae Chan merupakan seorang pendakwaraya dan dia juga boleh mendapat visi melalui mimpi, cara untuk mengubah sesuatu perkara perlulah berlandaskan undang-undang. Sebagai contoh, permulaan drama (episode 3, 4),Jae Chan yang baru sahaja berkhidmat sebagai pendawaraya telah mengambil mudah dalam penyelesaian kesnya.  Kemudian dia bermimpi adiknya, dituduh membunuh yang melibatkan OKT kesnya. Based on mimpi beliau dan dibantu dengan mimpi yang Hong Joo perolehi, Jae Chan dapat menyelamatkan keadaan tetapi adiknya menuduh Jae Chan punca segalanya kerana telah membebaskan OKT tanpa sebarang pertimbangan yang wajar. Sejak dari itu Jae Chan berubah dan menyelesaikan segala kesnya dengan baik.
Apa yang menjadi isu utama adalah bagaimana mereka menyelamatkan antara satu sama lain melalui mimpi. Apakah mereka sebenarnya berjaya mengubah keadaan di masa depan? Untuk yang ini untuk mendapat sedikit gambaran, anda perlu tonton episode 15 di mana Choi Dam Dong dilanggar mati oleh Yu Beom.

2. Keberkesanan Lakonan (9/10)
Pemilihan pelakon yang sangat bertepatan termasuk pelakon pembantu. Itu yang menjadikan drama ini ‘alive’ dan kaya dengan pelbagai dimensi. Setiap pelakon mempunyai pesona mereka yang tersendiri bila berhadapan dengan kamera dan karakter mereka dibangunkan dengan baik. Penulis nampaknya Berjaya mengetengahkan pelbagai watak tanpa overshadow watak yang lain terutama pelakon utama. Penulis juga ketengahkan habit manusia biasa contohnya watak Lee Yoo Beom. Kalau anda perasan, kebiasaan apabila kita nervous, kita akan menggulung kertas untuk melegakan rasa nervous begitulah yang ditunjukkan dalam watak Yoo Beom.


Lee Jong Suk sebagai Jung Jae Chan (Best Actor)
Ini adalah alasan terkuat untuk saya menonton drama ini. Pada permulaan episode saya agak ragu-ragu apakah LJS akan mempamerkan “perfect successful, capable and handsome young man” sahaja. Namun tanggapan saya salah kerana LJS menunjukkan sisi yang berbeza dalam drama ini.. Ini sesuatu yang saya nantikan. Karakternya penuh dengan passion and warm heart, tetapi  sifat clumsy yang dipertontonkan dapat meneutralkan gambaran lelaki yang sempurna yang sentiasa wujud dalam kdrama.



Apa yang boleh saya katakan, LJS put his best effort to portray his character with great face expression and emotion. Ia sangat menyeronokkan untuk melihat Lee Jong Suk potray adengan lucunya. Dia Berjaya buat beberapa ekspersi serta memek muka yang Berjaya buat saya ketawa dan ianya Nampak comel.

As usual he has his own charisma while present his character. Lagi satu saya boleh kata dia Berjaya dan agak meyakinkan membawa watak pendawaraya dengan baik. His character and acting skill well blended dengan situation dan para pelakon lain.



Lagi 1, korang boleh tengok aksi bromance antara Jae Chan dan adiknya yang mana Nampak sangat friendly serta semula jadi. From different side menampakkan dia seorang abang yang bertanggungjawab.

Then, chemistry antara LJS dan Suzy sangat menarik, semulajadi dan sangat suits each other.. Even at the 1st, saya agak kecewa Suzy yang bakal mendapat tawaran menjadi teraju utama drama ini.Tetapi lakonannya agak hebat. Saya boleh katakan saya menyukai chemistry yang dipersembahkan antara LJS dan Suzy.



They are super-duper cute together and give us plenty of adorable couple moments.(sangat)!! They are also both genuinely good people that put others before themselves, and they develop such a supportive relationship with each other.



Suzy – Nam Hong Joo (Best Actress)
Pada mulanya, ianya amat mengecewakan saya kerana lakonan Suzy tidak pernah saya ikuti. Saya Cuma pernah menontoan drama Dream High lakonan Suzy. Suzy karakternya sebagai seorang wanita yang pintar, baik hati, dan rela melakukan apapun untuk orang lain demi kebaikan. Compared dengan lakonan beliau terdahulu, kali ini Suzy also potrays her character at her best. Tidak Nampak seperti dibuat-buat, ianya Nampak neutral. Contohnya seperti mana kesusahan/penderitaan yang dialami melalui mimpi buruk yang diterimanya. Her expression wont lie how suffer she is until she met with Jae Chan. She’s messy, a bit dorky and sometimes gets herself into embarrassing situations. Suzy was so enjoyable as Hong Joo. She’s such a bright character that really warmed my heart.

Suzy akhirnya dapat membawakan watak sebagai seorang wartawan dengan baik setelah she put her efforts to learn and look like a reporter. Kematangan lakonan beliau dapat dilihat dalam drama ini plus di mixed kan dengan LJS, ianya seolah perfect. Chemistry yang ditonjolkan tidak Nampak tipu, keduanya gives and take to ensure their character Nampak menjadi. So, Suzy welcome to my favourite list.



Jung Hae In – Han Woo Tak (Best Rookie Actor)

Jung Hae In, miliki wajah dah badan yang hebat. Mulanya saya risau watak Han Woo Tak akan overshadow watak Jae Chan as he definitely stole the limelight (2nd lead syndrome). Penulis bijak membuat percaturan untuk tidak menjadikan setiap watak overshadow watak yang lain. Jung Hae In juga successfully portray his character. Tiada apa yang perlu diperkatakan mengenai lakonan beliau kerana beliau mempunyai bakat yang baik walaupun tidak mengambil sebarang kelas lakonan.

Membawakan watak sebagai seorang pegawai polis di mana dia akhirnya membantu Jae Chan dan Hong Joo dan menjadi sahabat baik.
Woo Tak adalah seorang yang sangat sweet dan tidak mementingkan diri sendiri yang selalu ada untuk membantu rakannya. His acting looks natural and his expression suits his character well.  Oh, dia juga Berjaya memperlihatkan bagaimana seseorang yang tinggal sendirian survive di mana adakalanya dia juga merasa kesunyian yet bijak menyembunyikan perasaannya.



Lee Sang Yeob – Lee Yoo Beom ( Best Supporting Actor)
Lee Sang Yeob memainkan watak sebagai peguam yang hebat serta licik dengan taktik kotor (devil lawyer) yang seringkali menjadi duri kepada Jae Chan. Boleh dikatakan Yoo Beom adalah peguam yang jahat. Beliau melakukan apa sahaja demi duit. Tidak
dihuraikan dalam drama ini. Ekspressi mukanya sangat cemerlang dalam mempersembahkan sisi antagonis karakternya. Walaupun mengetahui dia bakal kalah, tetapi exressi muka yang confident sememangnya meyakinkan kita. He also put his best effort to his character. Yoo Beom Berjaya membuatkan para penonton membenci karakternya.

Kita juga dapat melihat kebencian dimukanya ketika dia membela orang yang jahat. ungguhpun seorang peguam yng hebat, ada sisi kesepian yang ditunjukkan olek watak Yoo Beom ini tetapi beliau tidak memperlihatkan kepada orang lain. Thumbs up Lee Sang Yeob, watak Lee Yoo Bam meninggalkan kesan dalam drama ini.



Kim Won Hae - Choi Dam Dong (Best Ahjusshi)

Pakcik ni memang hebat. For this year only he has 7 dramas ok. Good job. Mutu lakonan beliau tidak boleh disangkal lagi. Dari seorang yang tidak gemarkan Jae Chan, akhirnya mereka bekerjasama dengan baik dan menjadi rapat. Even dia mengambilberat tentang Jae Chan dan Yoo Beom. Wataknya mempamerkan sisi kasih saying sebagai bapa,ambil berat, tegas, kelakar dan juga menghormati pihak atasan.



3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (7.5/10)

WYWS memperkenalkan twist of interconnected dreams sebaik sahaja ia mula menarik minat penonton. Ketika drama ini berjalan, ia menerangkan bagaimana watak-watak berkongsi mengenai mimpi yang berkaitan di mana ianya teah menyelamatkan nyawa masing-masing. Penulis juga bijak menyuntik momen romantic serta thrill kes-kes berkaitan undang-undang dengan menghubungkannya dengan akta-akta perundangan.
Momen-momen flashback yang ditunjukkan adalah selari dengan keadaan semasa yang Berjaya memberi kesinambungan pada drama ini.Jadi penonton mendapat gambaran yang jelas mengenai mimpi mereka dan tindakan mereka untuk menghalang kejadian itu berlaku.

Kejadian di episode pertama ketika perlanggaran kereta Jae Chan dan Hong Joo – background tempat kejadian sangat menyentuh perasan tambahan dengan salji yang turun. Krew pengambaran dapat merakamkan scene dengan baik.

Cons
Saya tertanya-tanya bagaimana Hong Joo boleh dapat kuasa untuk ketahui apa yang akan terjadi pada masa depan? Bila Hong Joo dapat kuasa macam itu sebenarnya? Apa motif bila orang yang diselamatkan Hong Joo boleh mendapat kuasa macam Hong Joo? Kenapa lepas 13 tahun kemudian Hong Joo bertemu dengan Jae Chan? Kenapa inspektor (Choi Dam Dong) tak kenal dengan Jae Chan dan Hong Joo selepas peristiwa 13 tahun lalu? Apakah Jae Chan dengan Hong Joo masih dipertemukan disebabkan peristiwa lampau? Kenapa dengan senang-wenangnya Jae Chan bersetuju untuk sertai Hong Joo sedangkan mereka adalah strangers. Ini yang sebenarnya yang bermain difikiran saya. Tiada sebarang further explaination regarding above matters. Even so, saya masih lagi menikmati drama ini sebaiknya.

Lagi satu, scene di mana Yoo Beom melanggar mati Encik Choi. Saya merasakan ianya kurang logic kerana begitu mudah kejadian itu berlaku sedangkan Yoo Beom baru sahaja di dapati bersalah.

Apapun, WYWS Berjaya meninggalkan kenangan buat saya apabila para pelakon Berjaya potray their character well plus they express with good their feeling. Kita dapat ketawa bersama, menyelami perasaan setiap pelakon, berasa marah dengan Yoo Beom, sweet melihat pasangan romantic Jae Chan dan Hong Joo dan banyak lagi.

Struggles yang dialami setiap watak sangat berkesan dan mudah Dihubungkait apabila: Pilihan Hong Joo untuk kembali bekerja sekalipun mimpi akan kematiannya. Keputusan Pendakwaraya Son untuk menjalankan autopsi walaupun ia akan menafikan pemindahan organ anaknya, Pilihan Woo Tak untuk menjadi saksi walaupun dia mengetahui akan hilang pekerjaannya.
Untuk background music, tiada masalah buat saya. Drama ini disumbangkan nyayiannya oleh penyanyi yang hebat. Instrumental yang diitampilkan sangat bersesuaian dengan mood dan jalan cerita. Muziknya juga tidak terlalu dramatic atau melo.Permulaan muzik oleh Eddie Kim sangat menyentuh perasaan.

4. Skor muzik (5/5)
Jujur saya katakana, saya amat menyukai keseleruhan runut bunyi ini. Pertamanya, ini merupakan kali pertama LJS bernyanyi dalam drama lakonannya. Walaupun dia bukan penyanyi professional, at least he tried his best. Dengan tone suara yang unik, anda pasti tidak mengetahui pemilik suara ini.

Nyanyian Roy Kim – You Belong To My World tidak boleh disangkal lagi. Muziknya yang sangat romantic memang menyentuh perasaan. Dengan lirik lagu yang puitis ianya sangat bersesuaian. Lagu nyanyian Henry - It’s You dalam Bahasa Inggeris pastinya dapat captured peminat secara global. Juga saya sangat menggemarinyaTermasuk nyanyian Eddie Kim – When Night Falls yang memiliki melodi yang sangat menarik.
Saya juga menggemari nyanyian Suzy – I Love You Boy & Words I Want To Hear. Penyampaiannya sangat menusuk kalbu seolah menggambarkan perasaan sebenar Hong Joo terhadap Jae Chan. Begitu juga nyanyian Lee Jong Suk yang syahdu Come To Me & Do You Know. Ianya mengekpresikan perasaan Jae Chan kepada Hong Joo.



5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (5/5)
Saya pasti akan menontonnya lagi. Jalan cerita yang sangat padat, penuh dengan emosi tambahan peminat setia LJS. Pada yang ingin tonton chemistry macam gula LJS dan Suzy, you have to watch this drama.
Saya merasakan WYWS adalah sebuah drama yang sangat comfortable. It did provide plenty of tension filled scenarios to keep things exciting, but it was the characters, the relationships, and our wonderful couple that truly shined for me in this story.
So, please have a watch and you will not regret it.


Sekian. Mohon @dauswq @ismaha








Comments

PENCALONAN - Lee Jong Suk (Best Actor),Suzy (Best Actress), Jung Hae In (Best Rookie Actor), Lee Sang Yeob ( Best Supporting Actor)  Post time 26-12-2017 09:52 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2018 11:40 PM | Show all posts

(SBS While You Are Sleeping)
tercalon
1. Song  of The Year
2. Best Album Production
3. Best Cinematography
4. Best Original Score


Undian akhir




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.174038 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list