|
BORAK KOSONG, CHAT, GOSIP, LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOD PERUBATAN
[Copy link]
|
|
SOMETHING TO THINK ABOUT
Sy dulu
UPSR - 3A2B
PMR - 7A1B
SPM - 9A1B
MATRIKS - 4.00
MD - 3.6, Best student etc
Kawan saya
UPSR - 1A2B2C
PMR - 5B2C
SPM - 2A5B2C
diploma - Entah
Tapi bila kerja,
Sy - Arrogant, riak, sembahyang xjaga, divorced- end up - In a garbage can, live dlm stress, depressed, hutang etc
Dia - Kerja drpd bawah, naik executive, skrg manager - dpt bagi mak ayah duit tiap2 bulan, dh pun ada anak 2 org, hidup bahagia.
Nampak x bila riak, takbur, xbersyukur dan lupa wujudnya Allah bila senang, ni lah jadinya. Sy xckp result exam tu xpenting, results sgt penting kat Malaysia ni, cumanya, result tu takkan ke mana kalau attitude xbetul, agama xjaga.
Dulu sy igt bila result bagus, nnti kerja xlah susah, rupa2nya, it doesnt matter, kerja tetap susah dimana2, kadangkala Allah bagi kelebihan dr segi IQ, tapi dia tarik drpd segi attitude bila someone tu lupa kat dia. Xpercaya? Cuba tgk bebudak genius yg over achieve kat Malaysia dulu.. (bukan semua laa...)
Sy byk kali pesan kepada doktor2 baru sekalian, ingatlah, busy macamana pun, tlglah jaga sembahyang. Kalau korg posting kat ward lek2 chill, ada masa buatlah Dhuha..Please... Please dont end up like me, susah tau...
Fb: onn azli puade (doktor) |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria replied at 25-11-2017 12:55 PM
doc ni hensemmm
Mungkin u kena jumpe opto |
|
|
|
|
|
|
|
Super-M replied at 24-11-2017 09:05 AM
after spm pernah kerja klinik.ada suka sorg doctor ni.tapi m xtahu lah suka mcm ayah ke suka mcm lai ...
Sedihnye M. May Allah bless him |
|
|
|
|
|
|
|
Super-M replied at 24-11-2017 09:05 AM
after spm pernah kerja klinik.ada suka sorg doctor ni.tapi m xtahu lah suka mcm ayah ke suka mcm lai ...
Wah.. very interesting story. Semoga doc yg awk kenal tu ditempatkan bersama golongan beriman.
|
|
|
|
|
|
|
|
ingt luahan akak rupnya luahan doc.aumm |
|
|
|
|
|
|
|
MISTERI PEMBANTU RUMAH
“Pak, aku mau pulang… “
Setelah aku sarung kasut, aku menengadah muka dan menoleh kepada pembantu rumah aku itu. Masa aku nak pergi kerja ni lah dia sibuk nak beritahu perkara macam ni. Bad timing betul.
“Hai, baru kerja beberapa hari dah nak balik?” ujarku sambil perkemas sarungan kasut.
Zaman sekarang ni, laki bini kerja tu lumrahlah. Bini tak kerja, tak cukup duit untuk makan pakai. Bini kerja, anak-anak tiada orang jaga pula. Kena hantar pengasuh atau kena ada pembantu rumah untuk jaga. Pengasuh ambil RM300 seorang. Tiga orang dah RM900, lebih kurang sama dengan gaji seorang pembantu rumah.
“Kenapa kamu nak balik?” soal aku lagi.
Aku baru ambil pembantu rumah ini dari tekong 3 hari lepas. Nak bawa masuk pembantu rumah bukan murah. RM2000 juga. Itu lalu tekong haram, tak termasuk tiket kapal, dan tiada permit bekerja. Jika ambil lalu ejen pembantu rumah, RM10,000 dah pasti. Kadang-kadang sampai RM14,000.
“Aku gak bisa kerja begini, Pak,” gumamnya.
Masalah ambil pembantu rumah tanpa lalu ejen ni, jika nasib tak baik, dapatlah pembantu rumah yang tak pandai buat kerja langsung. Macam pembantu rumah aku ni, dah 4 hari kerja. Apa pun tak reti. Dah ajar pun, kadang-kadang dia tak buat.
“OK. OK. OK… Nanti saya bincang dengan Ibuk dulu,” responku lantas masuk ke dalam perut kereta dan bergegas menuju tempat kerja.
Benda-benda leceh macam ni selalunya bini aku yang uruskan. Aku ni tak pandai berdiplomasi. Selalu tawar menawar dengan aku akan berakhir dengan pertelingkahan. Oleh itu, aku serahkan urusan seperti ni pada bini aku.
“Bang, tadi saya dengar si Mardiya tu kat abang, dia nak balik…” kata bini aku sebaik sahaja aku pulang dari kerja.
“Ha! Awak rasa macam mana? Ada harapan nak train dia lagi tak? Ke hopeless?”
“HOPELESS! Kita hantar je dia balik. Saya tengok dia tu semacam je. Selalu dia cakap seorang diri. Menangis malam-malam. Takut saya, bang? Kita hantar dia baliklah!”
“Yeke? Tak pernah pula saya dengar. Perasaan awak je tu kot.”
“Tak, bang. Saya tak tipu. Saya dengar, bang”
“Kalau kita bagi dia balik, siapa nak jaga budak-budak? Takkan nak hantar rumah mak lagi? Saya dah seganlah dengan mak…Lagi pun kita dah spend banyak duit nak ambil dia hari tu.” jawabku tanda tak setuju.
Bini aku merebahkan kepala ke bantal, lalu memalingkan tubuh membelakangkan aku. Dia tahu, tiada guna di berdebat dengan orang keras kepala macam suaminya.
Si Mardiya tu memang tak pandai buat kerja, tapi betul ke dia ada buat benda-benda aneh?
Aku dapat jawapannya tak beberapa hari selepas itu
Mardiya mula menampakkan keanehan dalam perangai dan tingkah laku. Sangat ketara. Sama ada perangainya semakin aneh sehingga aku mula sedar keanehan itu, atau aku baru sedarinya setelah diberitahu oleh bini aku.
Aku perasan dia selalu pasang telinga mendengar perbualan aku dengan bini aku. Aku jadi tak selesa. Aku jadi gelisah. Paranoid.
“Mardiya, kalau saya tengah bercakap dengan isteri saya, kamu jangan curi-curi dengar! Faham?” amar aku padanya.
“Ya, Pak. Maaf ya.”
Mulai insiden itu aku sentiasa sangsi dengan pembantu rumah aku. Aku mula menaruh syak yang dia merancang sesuatu yang buruk kepada keluarga aku. Jadi, aku sentiasa pasang telinga dan peka dengan apa yang berlaku dalam rumah aku.
Malam-malam tertentu aku terdengar suara orang menangis. Kadang-kadang suara mengilai. Kemudian menangis semula.
Paling mencurigakan sejak dia tinggal dalam rumah ni, aku selalu terhidu bau yang menyucuk hidung. Bau seperti bau bangkai. Namun bila aku periksa sekeliling rumah, tiada pula jumpa sumbernya. Yang nyata, bau itu paling kuat dalam bilik tidur aku.
Bini aku pula, asyik meracau dalam tidur. Tengah malam buta nanti berguling sana, guling sini. Berpeluh lencun. Mood dia pun dah tak baik. Pantang jumpa aku, mesti bertengkar. Perkara kecil pun dia akan perbesar.
Anak-anak aku pun dah semakin kurus. Semakin terabai. Mereka tak dimandikan. Baju mereka tak ditukar. Sering jatuh sakit.
Suatu malam, pulang dari kerja, aku senyap-senyap masuk ke dalam rumah dan menjengah dapur. Mardiya sedang masak sesuatu. Aku lihat dia mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu kemudian di hembus ke dalam periuk.
“Awak buat apa tu Mardiya?” jerkah aku.
Terlepas senduk yang berada dalam tangannya lalu jatuh berdenting di atas lantai. Mukanya pucat lesi melihat aku yang berdiri di muka pintu dapur.
“Saya tanya, awak buat apa tu?”
“Tak buat apa, pak. Aku cuma lagi masak,” jawabnya polos.
Puas aku gertak, aku tengking dia. Dia tak nak mengaku. Aku angkat periuk itu dan humban isinya ke dalam tong sampah. Kalau ikutkan hati, aku dah simbah sup panas itu ke muka dia, namun diri aku masih terpelihara daripada hasutan iblis.
“Pak, kapan aku bisa pulang?” soalnya ketika aku buka langkah untuk beredar dari dapur.
Aku merenungnya tajam. Dalam kotak fikiran aku seribu satu perkara muncul. Kalau aku benarkan dia pulang, anak-anak aku tiada siapa jaga. Kalau aku tahan dia daripada pergi, keluarga aku takut dia buat perkara tak elok pada keluarga aku.
Aku pernah terbaca kes di mana pembantu rumah berkomplot dengan penyamun untuk merompak majikan. Ada juga kes pembantu rumah gunakan ilmu hitam untuk memperdaya majikan. Kerisauan aku memuncak.
Aku capai telefon dan dail nombor telefon tekong pembantu rumah tu. Aku kena hantar dia pulang. Segera. Ketika nada dial sedang berdering, aku terdengar suara yang buat aku tersentak.
“Aaaaarrrrghhhhhhhhh!”
Kedengaran suara bini aku menjerit. Aku bergegas ke tingkat atas rumah aku. Bila aku buka sahaja pintu bilik aku, jantung aku luruh. Tangan aku menggeletar. Kekhuatiran aku kini bukan lagi andaian, ia adalah kenyataan.
“Aaaaarrrrghhhhhhhhh!”
Isteri aku! Isteri aku menggelupur, terliuk-liuk di atas lantai. Baju tidurnya koyak rabak. Hati aku bagai dirobek melihatkan terseksa begitu. Aku segera meluru mendapatkannya..
“Pergi ! PERGI!” teriaknya sebaik sahaja aku memangkunya di ribaanku.
Tangannya mengapai-gapai, mencakar apa sahaja dalam capaiannya, termasuk tubuh dan muka aku. Pedih kulit aku menerima cakaran itu, namun pedih lagi hati melihatnya begitu.
“Yang! Ini Abang! Kenapa ni yang?” soalku penuh kecelaruan.
“Panas! Rumah ni panas! Bawa saya keluar!” pekik bini aku.
Matanya terjegil. Anak matanya meliar ke segenap penjuru bilik, kemudian tertancap ke satu sudut. Kemudian kelihatan butir airmata bergenang di kelopak matanya. Aku segera mengalihkan pandangan aku ke arah yang dilihatnya.
“Adik! Abang! Kakak!” terpacul panggilan-pangilan itu dari mulut aku.
Anak-anak aku! Aku letakkan kepala isteri aku ke lantai perlahan-lahan kemudian segera menerjah ke atas katil untuk memeriksa keadaan anak-anak aku.
“Ya Allah!”
Anak sulung aku, kulitnya melepuh. Anak perempuan aku juga begitu. Si bongsu pula terkelempai pada sudut-sudut yang mustahil. Aku pangku mereka satu persatu. Mereka terkulai dalam ribaan aku.
“Maafkan Papa… Papa patut dengar cakap Mama… “
Tangan aku menggeletar. Jantung aku berdetak bagai laju, menentang sangkar rusuk. Bibir terasa kering. Tekak perit. Perut mengecut, bagai tangan yang dikepal erat.
Celaru perlahan-lahan menjadi hiba. Hiba bertukar menjadi marah. Marah menjelma menjadi amuk. Amuk meresap ke dalam pembuluh darah dan berlegar ke dalam setiap inci tubuh.
“Celaka punya perempuan puaka!”
Aku turun ke bawah, pergi ke dapur, dan ambil pisau dari laci dapur. Pemegang pisau aku genggam erat dalam kepalan tangan aku.
“Kau nak balik sangat kan? Malam ni aku hantar kau pulang ke alam barzakh!” dengusku sambil mengetap gigi.
Setelah aku periksa, ternyata Mardiya sudah tiada di dalam rumah, dan pintu hadapan ternganga luas. Apabila aku jengah keluar, kelihatan kelibat Mardiya sedang berdiri luar pagar. Bersamanya ada 2-3 orang lelaki.
Aku berjalan tegas ke arah mereka dan memekik “Mardiya! Sini kau! Nak lari mana?”
“Hirman! Kenapa dengan kau ni?” soal salah seorang lelaki yang berada dengan Mardiya itu. Hanya setelah aku cukup dekat, barulah aku cam lelaki itu adalah Pak Ajis, jiran aku.
“Pak Ajis! Pak Ajis jangan masuk campur urusan saya!”
“Kau nak buat apa dengan pisau, Man?”
“Pak Ajis jangan banyak tanya. Serahkan perempuan sihir tu pada saya!”
“Apa kau cakap ni, Man. Apa salah Mardiya?”
“Pak Ajis. Perempuan tu dah sihir anak beranak saya. Bini saya tengah menggelupur dekat atas tu. Anak-anak saya semua dah nyawa-nyawa ikan!”
“MasyaAllah! Bawa mengucap, Man!”
“Perempuan tu yang kena mengucap, Pak Ajis! Dia yang menyekutukan Allah! Dia yang berkomplot dengan Iblis!
“Bawa bertenang, Man!”
“Sejak dia ada dalam rumah saya! Saya dengar orang mengilai. Orang menangis. Macam-macamlah benda pelik!”
“Yang mengilai itu bukan aku.” sampuk Mardiya.
“Habis siapa?” soal aku sambil menuding pisau ke arah perempuan jahanam tu.
“Aku gak tahu. Aku juga dengar ilaian itu. Yang menangis itu aku. Setiap malam aku menangis ketakutan.” katanya lagi.
Suar biru merah berkelip-kelip menerangi malam. Bila aku toleh ke arah punca lampu itu, aku lihat sebuah ambulans sedang menghampiri.
“Man, Aku yang telefon polis dan ambulans. Lepas di cerita semuanya pada aku, aku terus panggil polis dan ambulans.”
Kelihatan seorang atendan berpakaian serba putih keluar dari perut ambulans disusuli dengan seorang pegawai berseluar hitam. Selepas keluar, mereka hanya mandang aku. Pegawai berseluar putih itu, keluarkan telefon dan hubungi seseorang.
“Apa tercegat lagi? Pergilah tolong anak bini aku kat dalam tu!” bentakku.
Mereka buat tak peduli.
“Man! Dengar apa aku nak cakap ni! Aku nak kau bertenang! Benda ni boleh bawa berbincang.. “
“Nak bincang apa lagi? Anak bini aku dan nak mati kat dalam tu!”
“Man! Isteri kamu, anak-anak kamu memang dah meninggal, Man. Dah lama mereka meninggal.”
“Apa Pak Ajis cakap ni?”
“Kamu tak ingat ke, Man? Mereka meninggal masa 5 tahun lepas.”
“Pak Ajis jangan merepek. Pak Ajis jangan buat-buat cerita. Anak bini saya masih hidup. Dia orang ada kat dalam.”
“Tu bukan anak bini kamu, Man.”
“Apa Pak Ajis cakap ni? Pak Ajis jangan percaya cakap perempuan sundal tu! Dia dah guna sihir untuk perdaya Pak Ajis. Anak bini saya ada kat dalam.”
“Abaaang!” kedengaran suara isteri aku menjerit.
Aku menoleh dan kelihatan isteri aku di muka pintu rumah. Aku campak pisau dari tangan aku dan bergegas mendapatkan dirinya.
“Man! Berhenti, Man! Itu bukan mereka! Cuba kau ingat betul-betul, Man! Suhaida dah meninggal!” teriak Pak Ajis.
“Pak Ajis tengok tu! Isteri saya masih hidup!”
Suar biru semakin terang melimpah dinding rumah aku. Kelihatan sebuah kereta peronda polis tiba. Parkir di sebelah ambulans tadi.
“Man, cuba kamu ingat betul-betul!”
Biru. Merah. Biru. Merah. Lampu suar kereta peronda itu menjadikan mata aku berpinar-pinar. Kepala aku terasa ringan.
Tiba-tiba ada cahaya kuning dan merah berkerlipan. Beberapa orang pegawai bomba menyembur air pada tingkat atas rumah aku. Tekak aku rasa berpasir. Rasa debu di lidah. Hidung ditusuk bau jelaga. Mata aku pedih. Aku tutup mata rapat-rapat.
Keadaan hingar bingar. Pak Ajis memeluk aku erat dari belakang. Menghalang aku masuk kembali ke dalam rumah. Terdengar jeritan anak-anak aku di tingkat atas rumah.
“Rumah kamu terbakar 5 tahun lepas. Mereka semua terkorban, Man.” kedengaran suara Pak Ajis. Suara itu meruntun aku kembali ke alam nyata.
Maksudnya selama ini si Mardiya curi dengar perbualan aku tu kerana aku bercakap seorang diri? Hilaian yang aku dengar itu, hilai iblis yang menginap di dalam rumah aku? Anak-anak aku tak dilayan Mardiya kerana mereka memang tidak wujud?
Patutlah Mardiya mahu pulang.
Aku buka mataku. Di hadapan aku berdiri susuk lembaga yang mirip bini aku. Namun, kini aku tahu itu bukan wanita yang aku cintai. Aku telah terpedaya. Begitu halus ia memperdaya sehingga aku tak bisa membezakan mana ilusi mana realiti.
Ia mengilai lalu menghilangkan diri ke dalam rumah.
Peristiwa ini berlaku tahun lepas. Kini aku dah berpindah keluar daripada rumah itu. Terlalu banyak memori yang memeritkan terpahat di dinding dinding rumah itu. Psikiatris aku sarankan aku mulakan hidup baru ditempat baru.
Sebelum Mardiya dihantar pulang ke Indonesia, aku sempat bertanya apa yang dibaca olehnya semasa aku tangkap dia hembus nafasnya ke dalam makanan malam itu.
“Aku baca Ayat Qursi, Pak. Agar Bapak bisa terlindung daripada makhluk itu.”
Tak sangka. Orang yang aku taruh syak wasangka, itulah orang yang cuba lindungi aku. Mardiya juga ada pesan agar aku tak tinggal solat dan perbanyak baca Al-quran. Nasihatnya itu amat rasional, kerana sememangnya aku sering alpa dalam menunaikan kewajipan aku yang 2 itu.
Semuanya aku anggap selesai, namun beberapa hari lalu, aku dapat khabar dari sahabat lama dari kejiranan lama aku tentang suatu perkara. Perkara yang buat aku ingin kembali ke rumah lama aku.
Aku dikhabarkan, kebakaran yang berlaku dirumah aku dulu, bukan suatu kemalangan. Ia dirancang oleh seorang yang aku kenal, dan orang ialah Pak Ajis.
Pak Ajis tak sangka aku akan baik pulih rumah banglo itu setelah kejadian hitam berkenaan. Dia sangka aku akan berpindah keluar. Namun tidak. Aku perbaiki, dan aku masih tinggal di sana.
Kenapa dia bakar?
Kerana dia mahukan banglo tu. Kalau dia nak, kenapa dia bakar? Kerana kebakaran itu kebakaran terancang dan terkawal. Pak Ajis pastikan hanya bilik utama akan terbakar.
Bagaimana dia pastikan?
Sebagai mana dia lakukan dalam percubaannya yang kedua. Menggunakan sihir. Ya! Pak Ajis jugalah yang menghantar iblis durjana itu untuk memperdaya aku. Agar aku keluar dari rumah itu. Dan kini dia telah berjaya.
Rumah itu kini miliknya.
Apa yang aku akan buat sekarang? Entah. Tapi aku pasti akan lakukan sesuatu untuk balas dendam. Kau tunggu, Pak Ajis! Kau tunggu…
Kamarul Ariffin Nor Sadan
www.facebook.com/chaku <---follow |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dr totin?
sapa tu?
jap nak gugel
|
|
|
|
|
|
|
|
ha ha terasa kekadakang macam tu jugak..or nak jadi macam tu jugak..
..tetapi rasanya tak membantu org lain sedikit pun
also, jadi malu malu jika terbaca balik
i dont think org minat baca pun
|
|
|
|
|
|
|
|
terasa tua ha ha
ed sheeren?
tak minat sgt
minat lagu 80s or 90s je
or some classical music
bukan berlagak psl classical musics tu: masa kecik mak masak kat dapo n pasang radio orkestra askar atau orkestra rtm..depa mainkan classicval musics la kan? tu la yg sy dgr selalu masa kecik. melekat
|
|
|
|
|
|
|
|
owh haa..ye lah kot ''merendahkan'' lebih sesuai
he he jadi cikgu lak awak ye nora
|
|
|
|
|
|
|
|
eh eh Esmeria pon jadi cikgu macam sinora tu jugak ye
oh ok.. sugan v malu
orait.. noted
|
|
|
|
|
|
|
|
oh
nak gak baca
sebab tak familiar dgn pandangan dari sudut org group tu
|
|
|
|
|
|
|
|
good input Super-M
at least ade chan dpt private care free-of-charge ha ha
ye, berterus terang adalah policy yg terbaik
lalu kita hadap dgn berani apa kesan tindakan berterus terang itu
ianya lebih baik dari berbohong
|
|
|
|
|
|
|
|
heh heh sy paham, dah agak berumur ni, dah byk lagi phm tentang kehidupan.baik dia layan m dgn sgt elok, syg sy tak sempat jumpa dia. harapnya mak m sempat ckp terimakasih padanya. sempat ke?
dia negcek nasik m tu sebab nak lalui dan share experience hidup yg m lalui je; merasai apa lunch m, sedikit sebyk, melalui sejenak experience hidup m tu. bagus la dia.
oh ingatkan m penah bagitau sy bahawa m sempat jumpa dia sebelum dia meninggal? tak jumpa ye. mungkin dimasa akhir akhir dia tu, jika m jumpa dia, reda la sikit resah pasal sakit dia. takpelah. tak perlu lalui yg dah lepas.
ah jangan risau pasal pandangan org; setiap org ade hubunagn masing masing dgn Allah, dan Allah menilai setiap atom kebaikan seseorg.
Jika m rasa terhutang budi, berbuat baiklah pada keturunannya..baik pd anak nye cucunya isterinya. dan doakan dia selalu
|
|
|
|
|
|
|
|
kah kah paklong pun mmg pakai suspenders (UK: braces)
suatu ketika di Bloomingdales kat New York winter 2010, salesman kata, amik la trousers ni, paklong kata i ada isu dgn padan tak padan dgn western trousers ni..mudah je dia kata, pakai je suspenders..and it worked!! pakai suspenders ever since!
dah sort out ke apakah sebenarnya perasaan M pada dia? Terpikat? In awe? Jatuh hati pd yg lebih tua? Rasa mcm dialah bapak?
|
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih
sgt kalut di dublin ni sbb black friday sales!!
|
|
|
|
|
|
|
|
ipes2 replied at 27-11-2017 01:27 AM
terasa tua ha ha
ed sheeren?
tak minat sgt
Ok fhm. Nanti blk msia, blanje sy tgk mpo ye. Tq |
|
|
|
|
|
|
|
sangat tepat
dicintai tidak semestinya dimiliki
memiliki membawa responsiblity
lebih baik menyayangi (sahaja)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|