CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FOTHER-MUCKER

[Tempatan] Kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun Maut didera oleh bapa dan ibu tiri.

[Copy link]
Post time 12-2-2018 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
jahcomel replied at 5-2-2018 03:32 AM

ne ke yg acah2 nak didik anak tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2018 12:43 PM | Show all posts
samasam90 replied at 12-2-2018 12:38 PM
ne ke yg acah2 nak didik anak tu?

Bapa Nur Aina Nabihah didakwaWARTAWAN SINAR HARIAN
12 FEBRUARI 2018

[url=]Facebook[/url][url=]Twitter[/url][url=]WhatsApp[/url][url=]Email[/url][url=]More57[/url]


Mohammad Abdullah diiring Pegawai Penyiasat, Inspektor Mahafiz Mat Lawi keluar mahkamah selepas proses pertuduhan selesai.

A- A+ (Ubah saiz teks)
PORT DICKSON - Seorang anggota tentera berpangkat Sarjan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson, hari ini atas pertuduhan membunuh anak perempuannya Nur Aina Nabihah, 9, pada 31 Januari lalu.
Tertuduh Mohammad Abdullah Mohamed, 35, didakwa melakukan perbuatan itu di rumah yang disewanya di Jalan Vista Jaya 5, Taman Vista Jaya, Lukut, antara 8.30 malam hingga 11.30 malam.
Tertuduh yang berpakaian lokap berwarna oren didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.







Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Siti Khairiah Abdul Razak.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya A Ashwini, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 15 Mac depan untuk sebutan semula kes.
Sementara itu, isteri tertuduh berusia 34 tahun yang juga ibu tiri mangsa dibebaskan dengan jaminan mahkamah mengikut Seksyen 118 Kanun Prosedur Jenayah bagi dijadikan saksi pendakwaan kes berkenaan.
Nur Aina Nabihah disahkan meninggal dunia sekitar jam 12.30 tengah malam 1 Februari lalu dipercayai akibat didera.
Kanak-kanak itu ditemui tidak sedarkan diri di kediaman mereka oleh ayahnya sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
Bedah siasat ke atas kanak-kanak itu mendapati dia mengalami kecederaan parah, hati koyak, putus pankreas, patah tulang rusuk kiri dan kanan serta terdapat kontusi atau lebam dalaman pada usus besarnya.


Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 12:43 PM | Show all posts
mak tiri misali jd saksi je weiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 01:07 PM | Show all posts
jahcomel replied at 12-2-2018 12:43 PM
mak tiri misali jd saksi je weiiiiii

Akak tak fikir maktiri tu turut menderala, Jah.
Tentera biasanya memang garang nauzubilah, anak bini semua kena
ikut cara dia. Akak rasa bininya tu, tak berani angkat muka.
Menikus je sebab, kalau dia bantah, dia pun kena debuk.
Tengok jelah badan dan muka bapak pendera tu.
Boleh ke bininya bersuara............?????
Itu sebablah agaknya, bercerai dengan mak arwah yang meninggal tu.

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 01:15 PM | Show all posts
ini punya saiz bapak,.....menendang dan memijak badan arwah yg kecik tu memang mautlah jawabnya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2018 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
NAT_11 replied at 12-2-2018 01:07 PM
Akak tak fikir maktiri tu turut menderala, Jah.
Tentera biasanya memang garang nauzubilah, anak b ...

berjambang sebegitu mcm xserupa tentera lak.. mungkin reman lama sangat jambang cepat panjang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2018 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
mosti replied at 5-2-2018 11:05 PM
Tadi tgk tv3, katanya dera sebab tak baca doa tidur,salah baca quran, disuruh pamping mcm komando.

astaga... apa punye musibat lahai
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2018 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
mosti replied at 5-2-2018 11:18 PM
SEORANG wanita mendedahkan wajah ibu tiri dan bapa kandung Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9,  ...

penah ada kes jugak rupanya bapak gila ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.451956 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list