Modal untuk berkahwin semakin lama semakin mahal, sehingga ada yang berpendapat jika si lelaki masih tidak mempunyai simpanan yang mencukupi, mereka tidak digalakkan untuk berkahwin. Namun, ada juga mereka yang berpendapat bahawa rezeki pasti akan tiba selepas berkahwin, meskipun semasa berkahwin itu status kewangan si suami dan isteri masih tidak stabil.
Lain pula yang terjadi bagi seorang wanita ini, Nur Ami Roslee yang berkongsikan bagaimana dia dan suami berjaya menguruskan keluarga yang mempunyai dua anak dengan hanya gaji RM500.
Sumber Gambar: FB Nur Ami Roslee
Menurut Ami, dia seorang suri rumah manakala suaminya pula mengajar di tahfiz dan tukang azan di masjid. Meskipun gaji suaminya nampak tidak cukup untuk menampung mereka sekeluarga, Ami merasakan bahawa perbelanjaan mereka sekeluarga sudah lebih daripada cukup.
"Gaji kecil tapi jika ianya berkat dan datang dari sumber yang halal, nikmatnya tak terhingga", tambah Ami.
Ami turut berkongsikan majlis nikahnya yang hanya memakan modal sebanyak RM500. Menurutnya, meskipun ada mulut-mulut jahat yang merendahkan suaminya, dia tidak menghiraukan mereka.
Sumber Gambar: FB Nur Ami Roslee
Statistik menunjukkan masalah kewangan merupakan salah satu punca utama berlakunya penceraian di Malaysia. Bagaimana sesebuah keluarga itu mahu kekal harmoni dan bahagia jika kewangan mereka tidak stabil. Namun, jika kedua-dua pasangan bijak dalam berbelanja dan disiplin dalam menabung, pasti tiada masalah buat mereka.
Jadi pada pendapat anda berdasarkan isu di atas, perlukah pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga mengukuhkan dahulu kewangan mereka ataupun mereka boleh bersusah-susah dahulu dan mengumpul duit selepas berkahwin? - CARI |