|
KISAH BENAR GAGAL DLM NIAGA + TELADAN + PENGALAMAN [merged saatcham,zack,Hiven]
[Copy link]
|
|
Originally posted by Hiven at 19-4-2009 16:21
Kalau buat macam Kadir, lagi banyak modal.
pokok pangkal nyer...ada modal besar, baru boleh boommmmm... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun tak merokok......... ( masa tido ) hahahha...
apa2 pun gagal pertama tak semestinya gagal beterusan...
yg penting usaha terus usaha... jgn putus asa... pasti berjaya insyaALLAH...
kata orng... kalau putus asa sekali pun... teruskan usaha juga.. insyaALLAh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sinar_inspirasi at 20-4-2009 16:35
apa2 pun gagal pertama tak semestinya gagal beterusan...
yg penting usaha terus usaha... jgn putus asa... pasti berjaya insyaALLAH...
kata orng... kalau putus asa sekali pun... teruskan usaha juga.. insyaALLAh..
betul tu sinar...
ari jumaat lepas aku gi satu seminar tentang kegawatan ekonomi...penceramah tu kata...
"bila kita dah mulakan satu perniagaan, no U turn...jangan nak cari keje balik walaupun ekonomi tengah meleset...teruskan perniagaan kita...walau susah macam mana sekalipun, jangan putus asa...teruskan bertahan...!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
makcik saya pernah bagitau satu fakta
- hidup (dlm apa jua line - termasuk berniaga) ada pasang surut
- setinggi mana pun kita berada, akan meniti saat-saat menurun
- dlm product life cycle - benda ni betul
- tapi dlm mktg strategy - bila agak2 bisnes tu nak menurun, cepat2 cari jalan, cantas graf yg menurun tu supaya dia naik semula, (maybe diversify, atau reduce cost dsbnya) dan bila bisnes tu mula naik, setelah beberapa ketika, pati dia turun semula, dan cantas semula untuk naik ...begitulah yg kita perlu buat, maknanya bisnes kena pantau setiap 3 bulan atau 3 tahun .
tapi yg paling menarik fakta makcik saya yelah..
JIKA PENIAGA ITU JATUH, itu adalah satu berita gembira, kerana setiap peniaga berjaya yang beliau kenali pernah jatuh, ada yang tersembam dasyat. dan apabila pernah terjatuh sekali, peniaga itu akan berjaya semula krn ia tidak akan jatuh kali ke-2 (jika kejatuhan kali pertama dijadikan pengalaman dan iktibar)
jadi, jika anda mengalami kejatuhan, jangan biarkan kejatuhan itu menyelubungi hidup anda, cepat dan bingkas bangun, keluar dari rumah (kalau tak der kereta, bas atau lrt masih ada)... jika tidak untuk anda sendiri, anggaplah keperluan untuk bangun itu sebagai satu ibadah, buatlah kerana Allah SWT.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wah best la citer makcik ko hazel23.Motivasi |
|
|
|
|
|
|
|
nak tambah satu sebab usahawan kita gagal...
sebab nyer...baru ada duit sikit, dah berjoli sakan... |
|
|
|
|
|
|
|
Nak dipendekkan cerita kenapa bisnes gagal:
1) Jual barang yang tak laku
2) Bad service sehingga orang serik nak datang lagi
3) Anda jual produk yang teruk (makanan tak sedap tahap makanan anjing, baju yang bad taste)
4) Takda pelanggan sebab takda promosi: orang tak tau pun pasal bisnes anda
5) Mahal sangat tetapi amat teruk |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #35 WonBin\ catat
tambah satu lagi. konspirasi2 politik org2 dalam yang cuba menjatuhkan kita |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu kawasan office saya ini umpama sorga ..... dekat 10 pilihan tempat makan ..... tetapi sekarng ni separuh sudah bungkus .... dan ada beberapa lagi dah macam nak givup mau tutup
1) Jual nasi tepi jalan tetapi harga sama macam dalam restoran. tak sedap pulak tu. Baik makan dalam restoran. Ada kipas, ada meja, ada kerusi.
2) Bukak kopitiam jual nasi lemak ayam goreng harga RM5.90, jual kopi RM2 segelas
..... orang boikot, baik makan kat mamak cuma RM1 secawan kopi.
3) Restoran pulak masak tak sedap tetapi charge mahal. Pelanggan boikot. Ayam seketul RM3.50, nasi RM1.50, teh ais RM1.40, baik makan kat KFC cuma RM6.20 dapat nasi, ayam Goreng, sayur & Coke |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa bisness gagal (sambungan)
7. Untung perniagaan anda kecik sangat tak mampu nak tanggung kos bulanan. Contohnya kedai alatulis + fotostat + rubberstamp. Sewa kedai RM2500, gaji budak jag kedai RM750 x 2 orang. jualan sehari purata RM150-200. lepas tolak semua, gaji anda sendiri pun tak lepas. Sales tak boleh naik sebab kawasan itu memang itu aja yang ada orangnya tk ramai. |
|
|
|
|
|
|
|
Elle,
Saya pernah kena khianat semasa orang2 saya sedang upgrade network fiber optik. Kabel fiber optik putus. Jelas nampak seperti ditarik orang. Akibatnya satu building takda Internet termasuk pejabat Menteri, Timbalan Menteri, KSU, Pengarah2. Saya kena maki hamun, company kena blacklisted, payment kena potong. Kat bank kena bayar overdraft siap dengan bunga, sub contractor tetap bayar full, distributor kena bayar lebih sebab kena order kabel baru untuk ganti yang putus. Daripada untung puluh2 ribu, jadi rugi pulak puluh2 ribu.
Saya tahu yang khianat pi tarik sampai putus itu adalah orang kat situ juga. Dulu syarikat kawan dia yang selalu dapat tender pada harga 3 kali ganda lebih mahal daripada harga sepatutnya. Kini dah kalah dan dia tak boleh markup 300% lagi sebab company saya masuk. Orang sindir lagi, 'lain kali jangan kata Yes ... Yes ...Yes semua boleh buat. kalau tak tahu buat, nanti menyusahkan orang bila jadi macam ni .... Inilah company Melayu, habis padam satu bangunan dibuatnya ....' |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #39 WonBin's post
teruk jugak ye Melayu punya khianat... |
|
|
|
|
|
|
|
satu lagi sebab usahawan kita gagal...
mudah sangat terasa hati...
bila dah jadi camtu, mula hati menjadi busuk...
sanggup tak bertegur... |
|
|
|
|
|
|
|
Bab mudah terasa hati ni memang banyak berlaku. Kekadang tu orang yang buat pembelian itu KEKWAT, KEREK, SENGAL, CEREWET dan macam2 lagi.
Boleh rujuk perbincangan 'Adakah Customer Always Right?' |
|
|
|
|
|
|
|
wahh...satu thread yg menarik untuk diperbincangkan..
sebagai seorang usahawan yg banyak jugak bercampur dengan usahawan2 lain..
aku ader beberapa pandangan yg boleh dikongsikan di sini..
apa punca2 dan sebab2 usahawan (kecil dan sederhana) tak berapa berjaya..
malah ramai jugak yg gagal..
1- modal utk membuat sebiji kuih = 20 sen
boleh dijual semula dengan harga = 50 sen
maka keuntungan = 30 sen
jangkaan jualan satu hari = 100 biji
keuntungan satu hari = 100 x 30 sen
keuntungan satu bulan = keuntungan satu hari x 30 hari
contoh di atas adalah cara kebanyakkan dari kiter berfikir semasa hendak memulakan atau menjalankan perniagaan. memang betul, dalam apa pun perniagaan orientasi akhir setiap peniaga adalah keuntungan. akan tetapi, bentuk perniagaan zaman sekarang sudah berlainan daripada perniagaan zaman dulu yg hanya berkonsepkan BELI dan JUAL. kalau ideologi dan pemahaman di atas masih boleh digunapakai...kenapa masih ader usahawan yg tetap ditakuk yg sama ataupun rugi ??
2- tiada improvision (jual apa yg orang lain jual)
memang manusia dah dilahirkan dengan package kebolehan untuk meniru. maka, dengan alasan kesalahan no 1 (mencari keuntungan) di atas ramailah meniru apa yg dijual/diusahakan oleh usahawan lain. contoh:
a) disebut2 bahawa usaha penternakan (contoh: ikan keli dan lintah) akan memberi pulangan yg sangat menguntungkan. jadi, ramailah usahawan2 bidan terjun yg berhempas pulas dengan mengeluarkan/meminjam modal serta tenaga mengusahakan perniagaan tersebut. akhirnya, apabila pengeluaran melebihi permintaan pengusaha2 ini akan mengalami kesukaran untuk menjual produk mereka dan ader jugak yg berhenti dipertengahan jalan.
b) disebut2 bahawa perniagaan tudung ekin mendapat permintaan yg tinggi. maka berbondong2 usahawan dan jugak bukan usahawan mencari dan menjual tudung. akhirnya terjadi lambakan tudung dan penjual tudung. apabila produk ini menjadi terlalu 'banjir' di pasaran dan trend permintaan ini surut, yg tetap mendapat keuntungan adalah pemborong tudung. sekali lagek, usahawan2 yg disebutkan ini akan menunggu-nunggu produk baru yg bakal boom di pasaran. jika dilihat, kebiasaannya trend ini akan berulang2.
memang tidak salah untuk meniru/menjual barang yg sedang laku. tapi, selagi kiter masih menggunakan sistem lama (beli dan jual) maka, laluan untuk kiter mencapai taraf usahawan yg berjaya sebenarnya masih kabur. perniagaan adalah satu proses pembelajaran sepanjang masa. dalam bab improvision, instead of bela ikan keli kenapa kiter tak bela ikan yg majoritinya dimakan oleh bangsa Cina (contohnya) ..sebagaimana yg kiter tau, bangsa cina sanggup habis beribu ringgit untuk makan sedap. teori yg mengatakan semakin besar target market bermakna semakin besar peluang/keuntungan tidak boleh digunakan setiap masa. atau instead of jual tudung yg dah readymade, kenapa kiter tak improvise tudung tu supaya jadek lain/unik. (kenapa kedai jakel boleh jual tudung dengan harga RM 190 sepasang dan kiter tak boleh?) kalau kiter masih dok berfikiran macam no1 dan no 2 di atas, maka bersedialah untuk gagal apabila tiba masanya.
3- tak mengkaji pasaran,sasaran dan persaingan:
gtg
-akan disambung lagek-
[ Last edited by arica at 23-4-2009 00:14 ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aku_komeng at 21-4-2009 23:39
teruk jugak ye Melayu punya khianat...
aku setuju lerrr |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|