|
Aku Isteri Kedua Yang Tidak Mendapat Giliran & Telah Diceraikan
[Copy link]
|
|
Hi sis, dari penceritaan u neh, bini tua mmg hampesh, pemalas, tak reti masak, curang, semua cukup teruk.
Kalau betui isteri 1st tahap mcm tu, dan u the best kenapa laki u ceraikan u? laki u sebenarnya da boring ngan u, da 5th. u sebagai pemuas nafsu je, takat duit habis kat u apa la sangat sebab laki u memang berduit
sis, u da kena cerai ngan laki tagune tu pon u masih nak cover dia ke? u jangan percaya sebijik2 laki u cerita pasai isteri 1st. U bukan tau pon apa ex u cerita kat 1st wife dia pasai u. u tau ker? tatau kan?
dalam hal ni i salahkan 100% laki u, dia yg berjanji dengan u, dia yg jabat tangan kadi, dari mulut dia jugak keluar talak kat u semudah tu je. mana janji dan kata2 cinta kat u dulu? mana laki u sebagai 'penyelamat' masa u jadi janda dulu? mana caring u yg dia perlukan sangat tu? mana sedapnya masakan dan layanan u kat dia? takde pon sis.. semudah tu je dia campak u dan u kat sini mengalir ayer mata sedih atas apa yg dia buat kat u.
stop it sis move on elok2, tuntut hak u elok2.
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya ikut tersentuh membaca kesah TT ni, ada the good side n the ugly side of it. Sebenarnya siapa dia bekas madu dgn segala kancah hidup mereka bukan hal yg boleh dijadikan pembuka jalan untuk TT mencelah dn jadi isteri ke2. TT tak tau mungkin, istilah poligami itu 'haram'/musuh besar bagi wanita2 Indonesia. Mereka sama sekali tak boleh terima. "aku boleh mengambil suamimu, tapi suamiku jgn. Awas kau!" Pendek cakap, mengambil boleh, diambil jangan. Bisa berantem kerana dlm soal cinta bagi mereka biar putih tulang jgn putih mata. Sebusuk2 wanita M'sia, miskipun poligami hal yg tak direstui isteri, kalaupun harus ada kata dua, tak lah sampai menzalimi begitu. Semarah apa pun, suami boleh diberi pilihan 'Dia atau Saya', tetapi ada juga yg masih bersandarkan kpd Kun faya Kun.
Cerita2 lain ttng kekurangan dn kelebihan ex-madu, kenapa ex-husb perlu ceritakan kpd TT. Patut ke ex-husb buat mcm tu. Adakah dia punya agenda sendiri supaya TT terus jadi isteri gelap untuk sekian waktu. 5 thn menjadi isteri gelap dgn segala ketidakadilan, tingginya gunung Everest, tinggi lagi kesabaran yg TT tanggung tapi akhirnya kecundang juga.
Sudahlah TT, tak usah dibelek2 lagi perkara buruk yg dah terjadi. Tutup bukulah, tutup rapat2. Kuatkan semangat TT untuk jalani hidup ke depan. Allah ada dan doa manusia yg teraniaya tiada hijabnya. Jgn larut lama2 dlm kesedihan, ala kadar lah. Bacalah surah Yassin hari2, bukan seminggu sekali/sebulan sekali kerana ayat Yassin dpt menjadi syifa' bagi hati yg resah dan duka. Ingat! Allah ada dan Allah sayangkan kita.
|
|
|
|
|
|
|
|
misery2 replied at 17-12-2020 05:38 PM
sebelum berkahwin saya pernah tolak lamaran bekas suami. saya juga mendapatkan nasihat ustaz dan s ...
Thank you sbb sudi jawab pertanyaan i.
Lepas itu i masih nak juga bertanya?
Masa ex tt tak balik and tak jumpa tt macam mn tt hilangkan rasa sedih bila nampak ex tt bahagia pergi bercuti and sentiasa bersama madu? Apa kekuatan buat tt sedapkan hati? Adakah sbb duit buatkan tt bertahan sbb ex tt banyak tolong tt dr segi hutang? Atau pada masa itu tt yakin bahawa ex tt sgt sayangkan tt akan cuba jadi suami yg adil?
Last sekali maaf kalau ini sensitive..
Masa ex suruh tt gugurkan anak tt tak rasa ke kasih sayang suami tt hanya luaran bukan kasih sayang sebenar?
I minta maaf kalau tanya soalan tak sepatutnya .. |
|
|
|
|
|
|
|
ya nolya. bekas suami cerita keburukan tu sewaktu kami berkawan. selepas berkahwin dah tak cerita kerana masa yang ada amat suntuk untuk kami jadi kami gunakan sebaiknya. kami pun tak pernah bergaduh.
tu sebab saya tidak cerita terlalu detail tapi bila ada yang tuduh-tuduh saya cuba jernihkan apa yang orang kurang nampak.
tapi tak apa. saya syukur setahun bekas suami hilang jadi saya tidak melarat sangat. inshaAllah saya kuat. cuma ya, saya masih terkejut dan masih terngiang-ngiang peristiwa hitam tu. tidur banyak kali dengan harapan bila bangun semua mimpi. tapi bukan mimpi. berharap tiap kali bangun tidur, itu cuma mainan perasaan. tapi semuanya realiti. beberapa hari ini saya lalui dengan suram dan sedih yang tidak berpenghujung.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by misery2 at 17-12-2020 06:18 PM
dimaafkan jojie.
selama 5 tahun bekas suami holiday semua tu, saya pujuk hati supaya maafkan suami dan kekal buang perasaan negatif. dan saya sentiasa tanam azam dalam hati, pasti ada yang baik untuk aku nanti. dan setiap kali bekas suami berpergian, saya akan hantar dengan pelukan kerana saya amat takut tidak dapat berjumpa lagi atau umur suami atau saya tidak panjang. jadi permergian suami sentiasa saya redhakan walaupun rasa 'cemburu aku juga inginkan itu'. ya betul saya amat bersangka baik pada suami. saya amat pegang suatu hari nanti suami akan berikan kehidupan saya. hanya masa dan sabar ubatnya.
duit yang saya terima dari bekas suami banyak menyelesaikan kehidupan saya tapi duit bukan segala-galanya. tapi sebagai isteri kedua tentulah saya memandangkan 'kemampuan kewangan' suami dan itu adalah wajar. kalau saya kahwin dengan yang tidak berkemampuan itukan menempah maut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Akak, satu je lah saya nak bgtau.
Berhenti jadi doormat. Berhenti jadi mangsa yang boleh dipijak2
Bangkitlah dan perjuangkanlah hak akak.
Saya harap perkahwinan akak sekurang-kurangnya dah didaftarkan di Malaysia. Sebab akak boleh tuntut hak2 seperti harta sepencarian, nafkah mutaah dan sebagainya.
Suami tk ada hak tuntut apa2 dari akak kalau itu pemberian dia semasa kahwin, tak perlulah diturut permintaan minta balik 50K tu. kalau kereta dgn rumah tu bagi je lah balik kalau masih atas nama dia.
lepas tuntut apa yang patut, akak mulakanlah hidup baru tanpa pergantungan pada mana-mana lelaki. dan berhenti jadi doormat yang perlu diprotect dan dilindungi selalu. be assertive. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by misery2 at 17-12-2020 06:25 PM
kenapa awak kutuk bekas madu saya? saya tak pernah cakap dia macam tu. saya beritahu dia tak reti masak kerana tak minat. dan itu bukan satu keburukan sebaliknya itu hak masing-masing. kalau bekas suami saya tak kisah, biarlah. bekas suami kisah atau tidak itu hak bekas suami. siapa kita nak masuk campur in between mereka. tetapi saya juga ada sebut, bekas madu ada banyak kelebihan lain yang jarang ada pada kita semua.
tak apa lah. nasi dah jadi bubur. lebih banyak saya terangkan lebih serabut jadinya.
maaf saya membuat kawan-kawan di sini beremosi bercampur baur.
terima kasih maya. inshaAllah saya akan move on sengan semangat baru.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak ade isteri yg tak terkejut kalau suami yg lama tak ditemui, dirindui tiba2 datang membawa talak. Unless memang talak yg diharap2kan. Akibatnya memanglah parah di jiwa kerana kasih sayang direntap2 tiba2. Tapi nak buat mcmne. Nasi dah jadi bubur.
Untuk tak jadi igauan tidur, saya sarankan TT banyak2kan mengaji baca Yassin setiap hari selepas maghrib, baca surah al-Mulk setiap mlm sebelum tidur. Amalkan juga doa2 yg dapat meringankan masalah. Kalau larat bangun tengah mlm, buatlah solat tahajjud/solat tubat dn istikharah. Buat selalu, InsyaAllah, Allah tak akan menzalimi ummatnya kerana dlm setiap kesempitan hanya kpd Allah kita mohon pertolongan. Dan Allah itu maha mendengar.
|
|
|
|
|
|
|
|
misery2 replied at 17-12-2020 05:38 PM
sebelum berkahwin saya pernah tolak lamaran bekas suami. saya juga mendapatkan nasihat ustaz dan s ...
Suami tu nk bercerai dgn bini nya sebelum tt muncul? |
|
|
|
|
|
|
|
Tt ni perampas(maaf ya berkasa) dalam mase same nak nampak baik.. ade hakak forum cakap ex madu pemalas di pertikainye kenape nak judge ex madu etc..siape suke share deknon..this is reality, ex laki pun berdrebo bagai mesti kaye siape nak lepaskan laki kaye
I anggap nasib yang di tentu kan untuk you mungkin tak baik, tak ade siape nak hidup malang..dl ex pun doctor, jadi bini num 2 pun laki berdriver.. mungkin circle friends you orka semoge dpt bujang kaye pula ya mude tak ape yang penting matang..
tak pun fokus untuk jg anak you sudah, kuat untuk anak you..satu satu fokus anak dulu, nanti sibok nak berlaki,sibok fikirkan ape orang cakap anak terabai(memakbulkan hinaan ex madu you pula) |
|
|
|
|
|
|
|
Move on... Xguna terlalu memikir... Nti depress... Mulakan hidup baru... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by misery2 at 17-12-2020 07:10 PM
saya akan delete thread ni sekejap lagi.
saya ucapkan terima kasih atas nasihat, saranan, terutamanya tentang hak saya selepas bercerai pada kakak-kakak yang budiman. tidak memandang siapa saya tetapi memberi nasihat dan layanan lumayan yang selayaknya sesama manusia. terima kasih. saya simpan dan jadikan penguat setiap satu dari kakak-kakak semua. alhamdulillah kakak-kakak semua terpelihara dari berhasad dan berkata nista. mulia hati kakak-kakak semua. setiap nasihat yang saya baca buat saya tersentuh dan mengalirkan air mata. saya mendapat sedikit kasih sayang dari kalian.
pada yang mencemuh dan memanipulasi kisah yang saya ceritakan, saya tak kuat untuk terus menjelaskan peristiwa-peristiwa ini.
saya sedar tempat saya bukan di sini. saya mengharapkan semangat di sini kerana saya tidak berkongsi hal peribadi dengan teman-teman. maafkan saya andai ada yang tersinggung dan salah faham dengan cerita saya.
saya minta anda semua doakan saya. kerana saya sudah redha dengan semuanya. hanya, hati saya ni tak tahan menanggung rindu pada bekas suami. sakit. sakit sangat. dan bertambah sakit membaca tohmahan-tohmahan di sini. mungkin sebab tu ditakdirkn perkahwinan saya menjadi rahsia selama 5 tahun. mungkin saya lemah dengan tohmahan dan cacian.
kenapa golongan saya dilabel penyondol? kalau kita sesama wanita seharusnya kita ada untuk wanita tidak kira apa jua keadaan wanita itu kerana walau siapa pun wanita itu, tidak dikurangkan sedikit pun haknya sebagai isteri. hanya anak luar nikah sahaja yang hilang hak pada harta pusaka tetapi dia tetap punya hak kasih sayang yang sama.
betapa kotornya sifat-sifat hasad yang ada pada kita hingga sanggup membuat jenaka atas ujian yang orang lain terima. mampukah saudari-saudari yang mengherdik saya menjadi ibu yang baik? mampukah saudari-saudari yang melontarkan kata nista mendidik anak-anak menjadi orang yang berhemah?
pernah tak terfikir, Allah juga menguji saudari-saudari yang menjadi isteri pertama dengan menghadirkan cerita saya di hadapan mata untuk menguji betapa sombongnya diri kalian ditakdirkan menjadi yang pertama. siapalah saya untuk memberi nasihat. walaupun hidup saya seakan buruk di mata kalian, saya tetap merasa bersyukur dan cukup atas apa yang Allah berikan. seandainya saya ditakdirkan hilang semua yang saya ada sekarang, saya tetap akan lalui hidup dengan tabah. jujur, saya tidak tahu apa yang terbentang untuk saya esok hari dan saya tidak tahu di mana saya akan tinggal dan apa saya akan makan, tapi saya tahu saya ada Allah yang maha memberi rezeki, saya berserah dan bertawakal kepadaNya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Normabaru replied at 17-12-2020 03:14 PM
Jauh benar ko melalut ni dik..
Kita sedang bincang isu penulisan kan.. So bahasa indah.. Insya ...
Melalut tu mudah sis heheh |
|
|
|
|
|
|
|
Leonclay replied at 17-12-2020 04:05 PM
Membujur lalu melintang patah..
Iols betulkn..hihihi
Haish itulah boleh jem bila lama x membaca
Ty lah u |
|
|
|
|
|
|
|
delete atau make it invisible pun tak pe TT, sebab daripengamatan saya dah jadi boderline ngumpat , aibkan etc etc dah.
so, all the best to you.
u have ALLAH , just apa apa pun dugaan Prophet lagi teruk , just remember that.
all the best.
|
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 17-12-2020 04:28 PM
Bila U cakap U Tan Sri sedangkan husbnd Dato' Sri je, mcm tulah agaknya kes TT ni. Husband dia, k ...
Owh tan Sri dato sri tu I guna sekadar perbandingan material dan gelaran ja
Bukan dr segi sifat2 kemanusian gitu
Dlm kes tt ni
Kalau I jadi yg xdek no
(Hmmm walau sebenarnya semua isteri tu bernombor)
I cerai kan je jantan x guna macam tu
Macam mana nak terima manusia yg purak2 baik dengan kita tapi buat jahat kat org lain
Apatah lagi yg dia aniya tu isteri dia
Dah nama isteri x kira la no berapa tetap isteri
Tt adalah mangsa yg merelakan diperlakukan sebegitu pada mulanya
Bini pertama pula mangsa yg .... hmmm tanpa rela dan guna kelebihan yg dia ada sebagai isteri pertama untuk balas dendam tapi pada org yg salah - si madu ni tadi
Last2 dek tt InsyaAllah boleh move on
Bini pertama akan terus takut laki buat perangai lagi
Laki x guna tu Aman bahagia
Sbb x hilang apa2 haaa takde anak kan dgn tt?!
Itu pun masih selamba lafaz sayang dgn tt sampai akhir hayat?!! Bersaksi bini 1?!?!
Nasib la dek tt
Bukan semua pompuan merasa pengalaman hidup macam ni
Ada yg bini baru rebut tahta relax2 ja tolak bini 1
Apa2 pun untung
Sebab jika dek tt nanti bertemu jodoh yg baik dan Aman bahagia dan ditakdirkan dek tt bermadu, mesti dek tt akan bertindak jauh lebih baik nak handle masalah mcm ni nnt
|
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 17-12-2020 04:37 PM
Jgn cakap habis......... ingat, qalbu kita ni Allah yg pegang. Hati boleh berbalek2 bak dikiaskan ...
Ini mmg I setuju
Sedangkan esok nak diet tapi bantai mentekedarah x ingat katil hospital
Apatah lagi benda2 lain
Kadang
Yg kita rasa bagus pd hari ini
Mungkin boleh jadi x bagus utk kita di masa depan
#sekiansambilmakanasamkatokataskatil |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|