|
Pengalaman Faraha mampu sekat Ireland
- HARIAN METRO
KELALAIAN pertahanan mengawal penyerang lawan menjadi kebimbangan tunggal jurulatih hoki wanita, Yahya Atan menjelang aksi pembukaan kempen kelayakan Sukan Olimpik menentang Ireland di Victoria, Kanada, awal pagi esok.
Ireland, pilihan kedua selepas Korea Selatan, dilihat memiliki segala kelebihan mengatasi pemain muda negara yang tampil buat julung kali pada peringkat ini.
Angin kencang dan cuaca sejuk sekitar 10癈 juga seolah-olah berpakat untuk menggugat impian pemain yang menjalani latihan intensif sejak November lalu.
Namun, Yahya optimis. Dua kemenangan (3-1 dan 6-1) ke atas Universiti Victoria daripada tiga aksi persahabatan baru-baru ini mampu melonjakkan moral anak buahnya.
“ Corak permainan Ireland mirip Australia dan Britain - pantas dan agresif. Mereka gemar melancarkan serangan di sebelah kanan sekali gus membebankan pertahanan kiri Malaysia.
“ Buat masa ini saya yakin barisan pertahanan mampu mengekang asakan Ireland kerana posisi itu diisi kapten, Faraha Hashim. Dia berpengalaman dan saya yakin, dia mampu melaksanakannya.
“ Maka, yang penting buat masa ini ialah keyakinan dalam diri pemain untuk menyaingi Ireland.
“ Saya tidak meletakkan sasaran tinggi kerana seri sudah memadai, tapi andai menang, ia satu bonus yang amat berharga," katanya.
--- :victory: :victory: gud luck team hoki wanita malaysia... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yusof julang Kuala Lumpur
PENYUDAHAN cantik pukulan penalti Mohd Yusof Mat Nor pada minit terakhir perlawanan membantu Kuala Lumpur menjuarai kejohanan hoki Bawah 18 Tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) selepas menewaskan Selangor, 3-2 semalam.
Pada perlawanan akhir di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil itu, Kuala Lumpur membuka tirai jaringan seawal minit keenam menerusi Mohd Saiful Nizam Aswan yang menyudahkan kemas pukulan sudut penalti.
Namun, Selangor berjaya meraih gol penyamaan tiga minit selepas itu hasil jaringan yang sama oleh Mohd Nor Faez Ibrahim, sebelum Shaharul Dennis Rosli Henry menambah gol kedua pasukannya pada minit ke-15.
Kuala Lumpur yang ketinggalan 1-2, berjaya menjelmakan gol penyamaan pada minit ke-22 menerusi jaringan Mohd Syamim Mohd Yusof, sebelum Mohd Yusof mengesahkan kemenangan pasukannya selepas menyempurnakan pukulan penalti pada minit ke-60.
Sementara itu, Pulau Pinang menduduki tempat ketiga kejohanan selepas berpesta gol dengan membelasah Pahang 6-0 pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.
Pada kategori perempuan, Pulau Pinang muncul juara selepas menewaskan Perak 2-1 pada perlawanan akhir di Padang Dua, Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.
Perak mendahului selepas meledak gol tunggal seawal minit kelima menerusi Juita Abdul Razak yang menyempurnakan pukulan sudut penalti.
Namun, Pulau Pinang pantas menyamakan kedudukan dua minit selepas itu apabila Irnie Yanty Md Isa menyudahkan kemas pukulan sudut penalti, sebelum Zuraidah Yahya mengesahkan kemenangan menerusi jaringannya pada minit ke-10. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Barisan wanita negara tidak gentar
SKUAD hoki wanita negara tidak bimbing dengan fizikal pemain Ireland ketika kedua-dua pasukan bertembung pada perlawanan pertama kelayakan Sukan Olimpik di Victoria, Kanada awal pagi esok, lapor MN NORZASRUDIN.
Sebaliknya, anak buah Yahya Atan itu teruja untuk melaksanakan misi memburu tempat ke Sukan Olimpik di Beijing Ogos ini.
Yahya berkata, pemainnya memiliki kekuatan tersendiri dan mampu menewaskan Ireland sekiranya kurang melakukan kesilapan dan tidak mudah berputus asa.
"Sasaran kami pada perlawanan ini adalah mengutip sekurang-kurangnya satu mata kerana ia akan menjadi pembakar semangat untuk menghadapi perlawanan yang seterusnya.
"Jika dilihat dari segi fizikal, saya akui terdapat perbezaan yang amat ketara antara kedua-dua pasukan tetapi itu bukan sebab untuk kami menyerah kalah.
"Skuad negara ada kelebihan tersendiri dan saya percaya, dengan kemahiran yang ada, kami mampu menewaskan Ireland," kata Yahya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Di atas kertas, Ireland yang menduduki ranking ke-18 dunia dilabel sebagai pasukan pilihan pada perlawanan pembukaan ini berbanding pasukan negara (ke-25).
Begitupun, Yahya berkata, keputusan di padang lebih penting daripada memikirkan ranking pasukan lawan.
Berdasarkan rekod, skuad negara tidak pernah bertemu Ireland dalam mana-mana pertandingan.
Kemenangan ke atas Ireland amat penting bagi skuad kendalian Yahya kerana mereka bakal berdepan tugas sukar apabila bertemu pasukan pilihan, Korea Selatan pada perlawanan kedua Isnin ini.
"Saya akan gunakan perlawanan pertama menentang Ireland sebagai ujian untuk bersiap sedia menghadapi Korea Selatan pada pertemuan seterusnya.
"Peluang kami masih terbuka dan kami tidak akan mempersia-siakan peluang yang ada untuk mencipta sejarah melayakkan diri ke Sukan Olimpik." |
|
|
|
|
|
|
|
Hoki Wanita: Malaysia Tewas Kepada Ireland 0-3
27 April, 2008 17:38 PM - BERNAMA
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Skuad hoki wanita Malaysia memulakan perlawanan sulung Kejohanan Hoki Wanita Kelayakan Olimpik di Universiti of Victoria, di Kanada dengan langkah kiri apabila tewas 0-3 kepada Ireland, hari Ahad.
Menurut laman web kejohanan itu, anak buah Yahya Atan yang kini menduduki ranking ke-24 dunia bermula dengan baik apabila penjaga gawang, Ernawati Mahmud menyelamatkan pukulan sudut penalti yang diambil oleh Lisa Jacob.
Bagaimanapun, Ernawati tumpas pada pukulan sudut penalti ke-empat Ireland pada minit ke-21 bila bola pukulan Clare Parkhill melantun ke gawang selepas terkena pad penjaga gol itu.
Barisan pertahanan Malaysia kemudiannya menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk menyerap asakan lawan di samping mencari gol penyamaan, namun gawang Malaysia bolos lagi pada minit ke-30 apabila Eimear Cregan berjaya mengatasi Ernawati dalam satu lagi pukulan sudut penalti sebelum Cathy McKean menjaringkan gol ketiga pasukannya pada minit ke-40.
Terdahulu perlawanan awal hari ini menyaksikan pasukan yang menduduki tangga ke-9 dunia, Korea Selatan membelasah Uruguay 10-0 dan Itali menumpaskan Kanada 2-1.
Esok, skuad Malaysia akan menentang Korea Selatan, Ireland bertemu Kanada dan Uruguay melawan Itali.
Hanya dua pasukan terbaik layak beraksi pada Sukan Olimpik Beijing pada Ogos ini. |
|
|
|
|
|
|
|
27 April, 2008
Hoki Wanita: Malaysia Tewas Kepada Ireland 0-3
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Skuad hoki wanita Malaysia memulakan perlawanan sulung Kejohanan Hoki Wanita Kelayakan Olimpik di Universiti of Victoria, di Kanada dengan langkah kiri apabila tewas 0-3 kepada Ireland, hari Ahad.
Menurut laman web kejohanan itu, anak buah Yahya Atan yang kini menduduki ranking ke-24 dunia bermula dengan baik apabila penjaga gawang, Ernawati Mahmud menyelamatkan pukulan sudut penalti yang diambil oleh Lisa Jacob.
Bagaimanapun, Ernawati tumpas pada pukulan sudut penalti ke-empat Ireland pada minit ke-21 bila bola pukulan Clare Parkhill melantun ke gawang selepas terkena pad penjaga gol itu.
Barisan pertahanan Malaysia kemudiannya menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk menyerap asakan lawan di samping mencari gol penyamaan, namun gawang Malaysia bolos lagi pada minit ke-30 apabila Eimear Cregan berjaya mengatasi Ernawati dalam satu lagi pukulan sudut penalti sebelum Cathy McKean menjaringkan gol ketiga pasukannya pada minit ke-40.
Terdahulu perlawanan awal hari ini menyaksikan pasukan yang menduduki tangga ke-9 dunia, Korea Selatan membelasah Uruguay 10-0 dan Itali menumpaskan Kanada 2-1.
Esok, skuad Malaysia akan menentang Korea Selatan, Ireland bertemu Kanada dan Uruguay melawan Itali.
Hanya dua pasukan terbaik layak beraksi pada Sukan Olimpik Beijing pada Ogos ini.
-- BERNAMA
--------------------------------------------------------------------------
ah depa main kat u of vic - tempat saya study ambil continuing education dulu -
a great university though -
harus saya pergi kalau saya masih di victoria - anyway - too bad for malaysian team -
but then malaysian women team tak berapa well known or strong though -
asalkan dapat timba pengalaman - that's good - |
|
|
|
|
|
|
|
28 April, 2008 21:48 PM
Korea Selatan Belasah Malaysia 6-0
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Pasukan hoki wanita Malaysia dibelasah 6-0 oleh Korea Selatan dalam perlawanan kedua mereka dalam kempen pusingan kelayakan Olimpik di Universiti Victoria, Victoria, Kanada.
Korea Selatan, di ranking ke-9 dunia, tanpa membazirkan masa terus mendahului pada minit ke-5 menerusi Mi Young Eom, yang sebelum itu melakukan pukulan sudut penalti.
Pada minit ke-20, Jong Eun Kim menambah jaringan juga daripada pukulan sudut penalti sebelum melakukan jaringan keduanya dua minit kemudian.
Malaysia memperkemaskan pertahanan mereka selepas itu dan menghalang pasukan lawan daripada melakukan lebih banyak jaringan sekurang-kurangnya sehingga separuh masa tamat.
Pada babak kedua, Malaysia, menduduki ranking ke-24, melakukan asakan dan berjaya mencipta peluang untuk melakukan jaringan tetapi kecundang akibat penyudah yang tidak kemas.
Dalam melakukan asakan itu, ia secara tidak langsung memberi lebih banyak ruang kepada pasukan Korea yang dengan tangkas memanfaatkannya dengan menghukum Malaysia sekali lagi pada minit ke-48 menerusi Mi Hyub Park.
Jong mengakhiri perlawanan hari ini dengan penuh bergaya apabila melakukan hatrik dari dalam kawasan D pada minit ke-56.
Ini merupakan kekalahan kedua Malaysia yang pada perlawanan pembukaan tewas kepada Ireland 0-3.
Terdahulu, pasukan di ranking ke-19, Itali membenam Uruguay 4-0 manakala Ireland mengalahkan tuan rumah Kanada 2-0.
Esok, Malaysia akan bertemu Kanada, Ireland menentang Uruguay manakala Korea Selatan berdepan Itali.
Dua pasukan teratas akan menempah tiket ke Olimpik Beijing pada Ogos.
-- BERNAMA
-------------------------------------------------------------------------------------
whoaa both games lost.. apa la... memang tak ada harapan nak
pergi beijing ni... south korea yang belajar hockey dari malaysian
depa lagi kuat....
[ Last edited by dexa at 28-4-2008 11:41 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 28-4-2008 11:32 PM
whoaa牋both games lost.. apa la... memang tak ada harapan nak
pergi beijing ni...牋south korea yang belajar hockey dari malaysian
depa lagi kuat....
yeke depa belajar dari malaysia?
ni dah jadi senasib mcm sepak takraw la ni
dulu malaysia ajar thailand, sekarang thailand dah lawan tokey
alahai~ malaysia... malaysia... |
|
|
|
|
|
|
|
Keputusan Kelayakan Hoki Olimpik Wanita Di Kanada
BERNAMA
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Berikut ialah keputusan Kelayakan Hoki Olimpik Wanita yang berlangsung di Victoria University, Victoria, Kanada, hari Jumaat.
Korea Selatan 5 Ireland 1
Itali 0 Malaysia 0
Uruguay 0 Kanada 5 |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia Catat Kemenangan Pertama
BERNAMA - 04 Mei, 2008 19:55 PM
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Malaysia mencatatkan kemenangan pertama setelah menundukkan Uruguay 3-0 dalam perlawanan terakhir saingan kumpulan Kelayakan Olimpik Hoki Wanita di Universiti Victoria, Victoria, Kanada pada Sabtu.
Pada separuh masa pertama, Uruguay jelas lebih banyak mengasak dalam usaha mencari gol awal, tetapi usaha mereka dinafikan kekentalan pertahanan Malaysia.
Pada separuh masa kedua, Malaysia mengubah corak permainan dan berjaya memperoleh gol pada minit ke-38 menerusi pakar pukulan sudut penalti Nadia Abdul Rahman dan enam minit kemudian, Nadia menjadikan kedudukan 2-0.
Selepas itu, Malaysia melancarkan lebih banyak serangan dan berjaya menambah satu lagi gol menerusi Rosmah Asrin pada minit ke-68.
Ini merupakan kemenangan pertama Malaysia selepas tiga kali kalah iaitu tewas 0-3 kepada Ireland, 0-5 (Korea Selatan) dan 0-2 (Kanada) selain seri 0-0 dengan Itali.
Sementara itu, Korea Selatan meneruskan rekod sempurna dengan kemenangan kelima selepas membelasah Kanada 4-0 manakala Itali mengejutkan Ireland 2-0.
Selepas menamatkan saingan kumpulan, Korea Selatan dan Itali, yang menduduki dua tempat teratas, mengisi dua tempat untuk beraksi pada Sukan Olimpik Beijing Ogos ini.
Kesemua pasukan akan bermain dalam perlawanan klasifikasi pada Ahad.
Korea Selatan yang berada di tangga teratas daripada enam negara akan bertemu Itali untuk penentuan tempat pertama dan kedua manakala Ireland dan Kanada akan menentukan tempat ketiga dan keempat, dan Malaysia serta Uruguay akan bertemu untuk penentuan tempat kelima dan keenam.
---
tahniah sbb berjaya kalahkan uruguay..
tapi tak berjaya layak ke olimpik.. ermmm..
banyakkan usaha & latihan di masa yg akan datang,
semoga berjaya dalam kejohanan2 yg lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
al Fatihah..
Bintang hoki negara Razak Leman meninggal dunia
UTUSAN MALAYSIA
Kaum keluarga dan rakan-rakan membacakan surah Yassin
kepada jenazah Razak Leman di Melaka, semalam.
MELAKA 4 Mei - Kematian bintang hoki negara sekitar 1970-an, Razak Leman akibat serangan jantung semalam, merupakan satu kehilangan besar kepada sukan hoki negara.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Melaka merasai kehilangan besar tokoh hoki itu yang banyak menyumbang kepada pembangunan sukan hoki negeri dan Malaysia.
"Kita sama-sama doakan semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Razak Leman," katanya kepada pemberita selepas menziarahi jenazah Allahyarham di rumahnya di Bandar Kaba di sini hari ini.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Cina di sini, kira-kira 11.30 pagi ini.
Razak, 49, meninggal dunia di Pusat Perubatan Mahkota di sini, kira-kira pukul 5.30 petang akibat serangan jantung.
Allahyarham Razak Leman
Menurut adik Allahyarham, Zulkifli, abangnya seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Melaka, dimasukkan ke pusat perubatan itu setelah beliau terjatuh ketika menjadi pengurus pasukan boling TNB Melaka dalam satu pertandingan di sebuah pusat permainan boling di sini, pada pukul 5 petang, semalam.
Razak pernah beraksi pada Piala Dunia Remaja di Paris dan Sukan SEA Jakarta pada 1979, serta mewakili negara pada Sukan Asia di Bangkok pada 1978.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri Norlida Zuki, 44, dan empat orang anak berusia antara 22 dan 10 tahun.
Presiden Persatuan Hoki Melaka, Datuk Yunos Husin berkata, kehilangan bintang hoki negara itu sukar dicari ganti kerana Allahyarham banyak membantu dalam pembangunan sukan hoki di negeri ini.
Naib Presiden Persatuan Hoki Malaysia, Azmi Hussin berkata sepanjang penglibatan Allahyarham dalam sukan itu, Razak telah mengharumkan nama negara. |
|
|
|
|
|
|
|
Barisan wanita lakar kemenangan sulung
SKUAD hoki wanita negara mencatatkan kemenangan pertama setelah menundukkan Uruguay 3-0 pada perlawanan terakhir saingan kumpulan Kelayakan Olimpik di Universiti Victoria, Kanada kelmarin.
Pada separuh masa pertama, Uruguay jelas lebih banyak mengasak dalam usaha mencari gol awal, tetapi usaha mereka dinafikan kekentalan pertahanan skuad negara.
Pada separuh masa kedua, anak buah Yahya Atan mengubah corak permainan dan berjaya memperoleh gol pada minit ke-38 menerusi pakar pukulan sudut penalti, Nadia Abdul Rahman.
Enam minit kemudian, Nadia menambah gol kedua skuad negara sebelum Rosmah Asrin melengkapkan gol ketiga pada minit ke-68.
Ini merupakan kemenangan pertama skuad negara selepas tewas 0-3 kepada Ireland, 0-5 (Korea Selatan) dan 0-2 (Kanada) selain seri 0-0 dengan Itali.
Selepas menamatkan saingan kumpulan, Korea Selatan dan Itali yang menduduki dua tempat teratas, mengisi dua tempat untuk beraksi pada Sukan Olimpik Beijing Ogos ini. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2008 : Khamis ni!
Pasukan Kiwi sudah tiba
HARIAN METRO
NEW Zealand adalah pasukan pertama tiba di Ipoh bagi menyertai Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2008 yang akan bermula Khamis ini.
Setiausaha Persatuan Hoki Perak (PHP), Sallehuddin Mokhtar berkata pasukan Kiwi itu tiba kelmarin tidak membuang masa untuk menjalani latihan dalam usaha menyesuaikan diri dengan keadaan di negara ini.
Mokhtar yang juga setiausaha pengelola bersama berkata pasukan Kanada dan 12 pemain India akan tiba hari ini.
“ Pasukan India tiba dalam dua kelompok. Pasukan yang tiba hari ini adalah dari Darwin ( Australia ) yang menyertai kejohanan empat penjuru di negara itu manakala baki pasukan India yang datang dari Delhi akan tiba esok,” katanya.
Argentina dan Pakistan yang menjadi pasukan pilihan utama dalam kejohanan ini juga akan tiba esok manakala pasukan terakhir datang ialah Belgium.
Mokhtar berkata segala persiapan bagi menganjurkan kejohanan antarabangsa berprestij ini berjalan lancar dengan kemudahan di Stadium Azlan Shah itu dinaiktarafkan.
Stadium Azlan kini memiliki lampu limpah baru manakala kemudahan lain juga sudah dipertingkatkan. Kini kita hanya menunggu detik permulaan kejohanan pada hari Khamis,” katanya.
Sebanyak tujuh pasukan iaitu Argentina, Belgium, Kanada, India, New Zealand, Pakistan serta tuan rumah, Malaysia menyertai kejohanan 11 hari itu.
Ketiadaan juara tahun lalu, Australia membuka peluang kepada Pakistan, India dan Argentina untuk memburu kejayaan sambil Malaysia yang juga naib juara tahun lalu turut mengintai peluang untuk muncul juara kali ini.
---
australia tak join lak kali ni, maybe nak tumpu 100% kat persediaan olimpik
gud luck utk team malaysia.. hope dapat jadi juara la tahun ni~! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-17~!
Piala Sultan Azlan Shah buka tirai
KOSMO
PEMAIN hoki negara tekad untuk memulihkan kembali maruah
apabila turun pada aksi pembukaan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah hari ini.
KEJOHANAN Hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-17 membuka tirainya di Stadium Azlan Shah, Ipoh hari ini.
Enam pasukan termasuk skuad negara di bawah bimbingan jurulatih, Sarjit Singh akan memulakan cabaran masing-masing.
Malaysia akan berdepan juara pada tahun 1999, 2000 dan 2003, Pakistan pada perlawanan pembukaan.
Pakistan yang memenangi pingat gangsa pada Sukan Asia 2006 di Doha, merupakan pasukan yang telah layak ke Sukan Olimpik di Beijing dan pastinya reputasi tersebut tidak mahu dimalukan oleh Malaysia.
Saingan juga pasti sengit kerana Malaysia mahu membuktikan sesuatu kepada peminat tempatan selepas gagal ke Olimpik.
Jurulatih skuad negara, Sarjit Singh beranggapan bahawa kekuatan pasukan yang beraksi pada kejohanan kali ini adalah seimbang, tidak kira pasukan tersebut layak ke Sukan Olimpik atau sebaliknya.
"Kekuatan adalah seimbang," kata Sarjit.
Katanya, setiap pasukan mempunyai strategi tersendiri dan mampu menumpaskan lawan masing-masing.
Di tanya mengenai pertemuan dengan Pakistan, Sarjit berkata barisan pemainnya berazam mencatat kemenangan bagi memudahkan laluan ke pusingan seterusnya.
"Kami akan mempamerkan yang terbaik bagi mengulangi kejayaan tahun lalu," jelas Sarjit.
Pada edisi tahun lepas, Malaysia muncul naib juara selepas tewas 1-3 kepada Australia pada perlawanan akhir.
Begitupun, Australia tidak beraksi pada kejohanan tahun ini kerana terlibat dengan pertandingan lain.
Sementara itu, pengurus pasukan India, P. Ramesh turut mengakui setiap pasukan mempunyai kelebihan tersendiri.
" Pasukan yang layak ke Sukan Olimpik pun boleh dikalahkan jika kekuatan setiap pasukan dapat dipergunakan sebaik mungkin ketika beraksi," jelasnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Perlawanan Akhir Sasaran Kita, Kata Sarjit
BERNAMA
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Pasukan hoki lelaki Malaysia yakin akan ke perlawanan akhir Piala Sultan Azlan Shah ke-17 yang akan diadakan di Ipoh mulai esok sehingga 18 Mei, walaupun dengan penyertaan enam pasukan antarabangsa yang ulung.
Jurulatihnya Sarjit Singh berkata skuad 19 anggota itu akan mencuba sedayupaya menewaskan pasukan antarabangsa itu, termasuk empat pasukan yang layak ke Olimpik Beijing Ogos ini iaitu Pakistan, Kanada, Belgium dan New Zealand. "Kita tahu kekuatan dalaman dan kelemahan mereka kerana biasa bermain menentang mereka dalam perlawanan sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Selain itu, beliau berkata, kita tidak akan memperkecil-kecilkan dua pasukan lain, Argentina dan India.
Pada kejohanan tahun ini, juara bertahan Australia tidak menyertainya. Pada perlawanan akhir tahun lepas, Australia menewaskan Malaysia 3-1 dalam perlawanan akhir untuk kejuaraan kelima.
"Layak ke perlawanan akhir bukan semudah itu, menentang enam pasukan antarabangsa itu.
Jadi, dalam setiap perlawanan, kita hendaklah berhati-hati dengan taktik permainan mereka," kata Sarjit Singh, sambil menambah beliau berharap untuk mengulangi kejayaan pasukan itu untuk ke peringkat akhir seperti tahun lepas. Malaysia tewas kepada Australia 3-1.
Dalam perlawanan pembukaan esok, Malaysia akan berhadapan dengan Pakistan yang juga juara kejohanan ini sebanyak tiga kali, 1999, 2000 dan 2003.
Skuad Malaysia akan berehat selama dua hari selepas bermain dengan New Zealand, Ahad ini, Argentina, Isnin, Kanada, Selasa, Belgium (15 Mei), dan India (17 Mei) sebelum mengklasifikasikan perlawanan akhir pada 18 Mei.
Dalam senarai pemain Malaysia, empat pemain yang telah bermain pada Kelayakan Olimpik Kakagimara, Jepun yang diketepikan kerana kecederaan dan digantikan oleh Baljit Singh Sarjab, Megat Azrafiq, Riduan Nasir dan Amirullah Aziz.
BARISAN PASUKAN MALAYSIA:
PENJAGA GOL: S.Kumar dan Hanafi Hassan.
PERTAHANAN: Megat Azrafiq Megat Termizi, Mohd Madzli Ikmal Mohd Nor, Amin Rahim, Baljit Singh Sarjab dan Baljit Singh Charun.
PEMAIN TENGAH: Sukri Mutalib, Azlan Misron, Kelvinder Singh, Jiwa Mohan, Jivan Mohan dan Riduan Nasir.
PENYERANG: S. Selvaraju, Chua Boon Huat, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, Ismail Abu dan Amirullah Aziz.
---
semoga berjaya.. :victory: |
|
|
|
|
|
|
|
Jadual Perlawanan Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah ke-17 -
HARI PERTAMA (8 MEI, KHAMIS):
India lwn New Zealand (4 ptg)
Argentina lwn Belgium (6 ptg)
Pakistan lwn Malaysia (8 mlm)
HARI KEDUA (9 MEI, JUMAAT):
Kanada lwn Belgium (4 ptg)
Pakistan lwn New Zealand (6 ptg)
Argentina lwn India (8 mlm).
HARI KETIGA (10 MEI, SABTU):
-- Rehat --
HARI KEEMPAT (11 MEI, AHAD):
Kanada lwn India (4 ptg)
Malaysia lwn New Zealand (6 ptg)
Pakistan lwn Argentina (8 mlm)
HARI KELIMA (12 MEI, ISNIN):
Belgium lwn India (4 ptg)
Kanada lwn Pakistan (6 ptg)
Malaysia lwn Argentina (8 mlm)
HARI KEENAM (13 MEI, SELASA):
-- Rehat --
HARI KETUJUH (14 MEI, RABU):
New Zealand lwn Argentina (4 ptg)
Belgium lwn Pakistan (6 ptg)
Malaysia lwn Kanada (8 mlm)
HARI KELAPAN (15 MEI, KHAMIS):
India lwn Pakistan (4 ptg)
New Zealand lwn Kanada (6 ptg)
Belgium lwn Malaysia (8 mlm)
HARI KESEMBILAN (16 MEI, JUMAAT):
-- Rehat --
HARI KE-10 (17 MEI, SABTU):
Argentina lwn Kanada (4 ptg)
India lwn Malaysia (6 ptg)
New Zealand lwn Belgium (8 mlm).
HARI KE-11 (18 MEI, AHAD):
Klasifikasi dan Akhir (8 mlm)
:pompom: :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
wahhhh lawan Pakistan malam ni, teman nak pegi tgk wehhhhhhhhhhhhh
nanti kalau sempat teman snap pic, boleh kongsi kat sini... |
|
|
|
|
|
|
|
Sarjit ramal peluang 50-50
Oleh Hasnira Hassan
KERJA KERAS: Pemain hoki negara membuat latihan sebagai persiapan sempena perlawanan pembuka tirai bertemu Pakistan pada Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, hari ini.
| Malaysia harap tuah aksi di gelanggang sendiri hadapi Pakistan hari ini
BERBANDING Pakistan yang hadir dengan barisan terbaik bagi misi Sukan Olimpik, skuad negara bimbingan Sarjit Singh pula lebih mengharapkan tuah aksi di gelanggang sendiri apabila membuka tirai perlawanan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, hari ini.
Namun, pengendali tuan rumah itu tetap kekal bernada yakin terhadap keupayaan anak didiknya untuk tampil gah menguasai kejohanan dengan memulakan perlawanan merakamkan keputusan terpuji menentang jaguh Asia itu.
Dia meramalkan keputusan 50-50 di antara kedua-dua pasukan itu dengan kelebihan kepada pihak yang bijak mengambil peluang selain faktor benteng pertahanan kukuh.
揚erlawanan pertama selalunya pasti sukar bagi mana-mana pasukan, |
|
|
|
|
|
|
|
HARI PERTAMA (8 MEI, KHAMIS) - 6pm
|
|
|
|
|
|
|
HARI PERTAMA (8 MEI, KHAMIS) - 8pm
|
|
|
|
|
|
| |
|