|
another speku nih...
aku rase x mungkin jimmy.. sbb guard yg cube bunuh eza mase episod 1 tuh ade ckp kt pmbunuh tu psl eza kn? msti pmbunuh tuh smpai skarang x jumpe eza kn? klu jimmy, mesti die x bckp / bunuh jerk eza tuh skarang... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #223 AyieBoyZ's post
mana tau... die simpan niat nk kaco eza tu..bio eza cr sape bunuh zack?
gile suka ati je perli yusop aslam ngan david teo derang ni. hahahah baguss!:victory: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #226 Yuni's post
hahahahha..sronok r citer yg unpredictable/misteri cam nih... jarang citer melayu bley wat citer cam nih kn? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #228 AyieBoyZ's post
yeah.. that's rite! a BIG congrats 2 Popiah Pictures.. :victory:
CGI @ camera trick dia not bad, bleh dibanggakan.. eh! betullahkan?? |
|
|
|
|
|
|
|
ok.. nih summary haku ttg pkare yg masih blum tjawab / mencurigakan..
episod 2 - emm.. eza ade masuk bilik david tan & die ade tayang muke die kt camera tersembunyi tuh... mngkin, lps david tan / sape2 pmbunuh ternampak eza kt c2, ckp sorang2, boleh jd bahayaa... (tp nih maybe jerk la.)
episod 3 - banyak sngt mende yg x terjawab dlm episod nih..
1) ape adzam buat ngan file company zack?? ape kaitan zack ngan adzam?
2) sape yg rakam perbualan zack & datin faizura dpn pntu toilet pompuan? adekah adzam sbb die kn nk date ngan eza mlm tuh? atau datuk?? sbb tu die bunuh zack?
episod 4 - something wrong...
1) mcm mane pnulis skrip (maria zainal) tuh bleh terpikir yg zack mati dibunuh?
2)ape farouk buat ngan pistol tuh? die pegi mane mlm tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #230 AyieBoyZ's post
mak aiii... byk nyer persoklan .... yg ko s/listed kn kt sini.... heheheheeh
tulah.. mysteries nyer....
apa yg aku tahu.. aku suke sesgt citer......
pastu paling aku suke lagu rihanna tuh 'cry'.. aiyoh... best nyer |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #230 AyieBoyZ's post
cte ni,setiap episod dia mmg banyak mende yg tak terjawab..tu yg saspen je tu.. kne tggu 2 ep lagi mungkin dia akan cte sket sket kot |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #230 AyieBoyZ's post
suke btol ko menguji org2 di sini ngan kemusykilan ko tuh.
adzam-zack tu sbb adzam buat article psl company zack kot...~! company yg sukses tp last2 bankrap (sbb jimmy guna bayar kt org yg ugut tuh) |
|
|
|
|
|
|
|
marila kita same2 xpaham..persoalan ko tuh same je ngn org laen yg tgk cte ni |
|
|
|
|
|
|
|
~ ghost ~
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Ghost
Ghost ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia bertemakan ghaib dan misteri yang mengisahkan seorang wanita yang cuba menyelesaikan misteri di sebalik kematian seorang pelakon terkenal melalui panduan roh pelakon tersebut. Siri terbitan Ng Ping Ho/Popiah Pictures yang dibintangi Nazrudin Rahman, Cheryl Samad, Carmen Soo, Reefa dan Razif Hashim ini bersiaran di 8TV mulai 3 Februari 2008.
Plot
Ghost mengisahkan mengenai seorang wartawan yang bijak dan lantang bernama Eza yang cuba menyelesaikan sebuah misteri yang melibatkan kematian seorang pelakon filem terkenal yang juga merupakan bintang pujaannya. Kehidupan Eza mula berubah apabila dia terjumpa Zack, pelakon filem yang amat diminatinya keluar dari sebuah hotel dalam keadaan sesat dan keliru. Eza menawarkan Zack tempat tinggal. Perasaan teruja menyelamatkan bintang pujaannya tidak berpanjangan apabila dia mendapat tahu yang Zack sebenarnya sudah meninggal dunia. Mimpi ngeri Eza menjadi kenyataan apabila dia menyedari hanya dia seorang sahaja yang boleh melihat Zack! Masa berlalu pantas, dan selama masa ini dapat disaksikan sebuah persahabatan yang terjalin di antara si hidup dan si mati. Zack akhirnya mengetahui sebab dia dipertemukan dengan Eza iaitu untuk mengetahui bagaimana dia mati dan untuk menyelesaikan masalah yang menjadi teka-teki ketika hayat beliau.
Watak
Watak utama
Zack Imran (Nazrudin Rahman)
Pelakon filem terkenal yang ditemui mati dalam satu kemalangan yang amat dahsyat sehingga mayatnya teruk terbakar. Namun begitu, Zack yang hanya tinggal roh percaya bahawa dia sebenarnya dibunuh lalu mayatnya dimasukkan dalam kereta yang ditimpa kemalangan itu. Hantu ini terikat dengan Eza lalu berharap pada Eza agar membantu Zack menyelesaikan misteri di sebalik kematiannya. Kebolehan Zack menyentuh dan menggerakkan objek pendam sehingga apabila menyelamatkan Eza daripada serangan penyangak.
Zack julung kali menaikkan namanya sekitar tahun 2005 apabila memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Baru Terbaik di Anugerah Skrin tahun itu. Zack sering menunjukkan sifat kaki perempuannya kerana bercakap besar mengenai nafsu berahinya dan kelihatan suka hati memasuki tandas perempuan setelah menjadi hantu.
Eza (Cheryl Samad)
Seorang wartawan majalah yang terikat dengan roh Zack dan satu-satunya manusia bernyawa yang dapat melihat roh itu setakat ini. Di rumahnyalah roh Zack bertempat sementara misterinya belum selesai. Oleh sebab digesa oleh Zack, Eza perlu memainkan peranan detektif dengan banyak melawat rumah kenalan-kenalan Zack dan menempuhi ancaman terhadap nyawa diri semata-mata untuk mendapatkan segala kepastian demi artis kesayangannya.
Maria Zainal
Suspek utama di sebalik apa yang didakwa sebagai pembunuhan Zack. Ini menjadi nyata di episod 4 apabila Eza menerima sepucuk surat untuk Zack dari Maria. Maria berbadan gemuk dan dia pernah bekerja di sebuah hotel di mana Zack selalu tidur bersama wanita berlainan. Mukanya tidak kelihatan oleh penonton sehingga episod 5, apabila dia menyamar sebagai "Susan Voon" untuk menyertai peraduan palsu yang dicadangkan Eza, lalu dirinya mengumpan Eza ke rumahnya dan mengerjakannya. Selain itu, dia juga mencurahkan asid ke arah semua perempuan yang pernah tidur bersama Zack dengan perasaan dendam.
Jimmy Rozario (Reefa)
Pengurus Zack Imran ketika Zack masih ada. Dalam berita, dia diumumkan mewarisi harta syarikat Zack selepas kematian Zack. Semenjak kematian Zack, Jimmy telah berusaha mencari bakat baru untuk menyertai jagaannya, tetapi pada masa yang sama, kelihatan serba murung dan tidak tenang. Rumahnya selalu dihantui roh Zack yang tidak tenteram menunggu jawapan di sebalik kematiannya. Jimmy kelihatan mungkin bersubahat dengan Maria apabila menelefon Maria di episod 5.
Julie Chua (Carmen Soo)
Rakan baik Eza dan seorang peragawati berharap di dunia permodelan tempatan. Hidupnya menjadi huru-hara apabila teh yang diberi agen barunya dibubuhi ubat tidur. Kisah hidup Julie sepanjang siri ini seolah-olah tiada kena-mengena dengan misteri kematian Zack setakat ini.
Watak sampingan
Azham (Razif Hashim)
Bekas teman lelaki Eza, berpisah ketika bermakan malam bersama di episod pertama, setelah lima tahun.
Farouk (Nas-T)
Pengawal keselamatan kepada Datin Faizura yang berlengkapkan pistol yang bertemu dengan Eza di majlis perasmian Impak Kuat di Episod 2, dan sejak itu cuba memikat hati Eza.
Datuk Zakaria (Radhi Khalid)
Seorang menteri berpengaruh dan bengis yang menjalankan hubungan renggang dengan isterinya, Faizura. Dia pernah mengarah orang bawahannya menggeledah rumah Jimmy gara-gara Zack.
Datin Faizura
Isteri kepada Datuk Zakaria yang, di episod 3, mengaku di dapan Eza bahawa dirinya pernah cuba melarikan diri bersama Zack.
David Tan (Chew Kin Wah)
Penerbit filem Impak Kuat, iaitu filem terakhir Zack Imran yang tergugat oleh skandal foto hangat Zack. Meskipun beria-ia untuk menyaksikan filem tersebut keluar, rupa-rupanya dialah yang di sebalik skandal foto tersebut dengan tujuan "mengenakan" Zack.
Watak kecil
Amesh
Seorang konco yang menyamar sebagai pengawal keselamatan untuk melitupi misteri kematian Zack dengan ditugaskan melindungi sekeping CD-R yang merakamkan kejadian di tempat letak kereta. Dia menculik Eza yang cuba merampas CD-R itu sebelum dihantui Zack yang melindungi Eza. Akhirnya riwayatnya ditamatkan oleh konco-konco lain.
Sham
Artis baru Jimmy Rozario setelah kematian Zack, itupun sehingga perkara sebenar mengenai foto skandal Zack Imran didedahkan kepada umum. Demi mencuri perhatian, Sham hendak membalas dendam terhadap Zack dengan berpakat dengan David untuk menjatuhkan nama Zack.
"Baby" (Chelsia Ng)
Gadis dalam foto berskandal yang melibatkan Zack Imran. Apabila menghadap Eza yang menyiasat foto skandal Zack di episod ke-2, Baby menceritakan segalanya yang benar mengenai foto tersebut kepada Eza.
Chong Kee Keong
Seorang kawan lama Julie. Muncul di episod 4 dan memaklumkan bahawa dia sudah bertunang dengan wanita lain.
Penerbitan
Menurut Ng Ping Ho, penerbit eksekutif dan pengarah Ghost, Cheryl Samad bukanlah pilihan pertama beliau bagi watak Eza, kerana asalnya beliau tidak mahu seorang yang sudah terkenal untuk memegang watak tersebut, tetapi ketika menjalani ujibakat, akhirnya akur dengan kesesuaian Cheryl untuk peranan ini. Penggunaan dialog dwibahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Inggeris menjadi aspek penting kerana kisahnya berlatarkan Kuala Lumpur dan mencerminkan pertuturan golongan bandar masa kini. Siri ini mula-mulanya dikarang dalam bahasa Inggeris sebelum diterjemah ke Bahasa Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Episod
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Ghost
# Tarikh siaran Ringkasan
1 3 Februari 2008 Setelah ditinggalkan teman lelakunya, kepedihan Eza diubati sedikit apabila dia bertembung dengan bintang filem kegemarannya, Zack Imran. Bagaimanapun, dari teruja dia menjadi terjunam ke dalam kancah seram apabila mendapati Zack tinggal hantu, sebenarnya terkorban dalam kemalangan. Namun begitu, Zack mendakwa dirinya dibunuh dan menggesa Eza mencari pembunuhnya.
2 10 Februari 2008 Foto "hangat" Zack Imran bersama gadis muda keluar di Internet lalu menggugat filem terbarunya. Zack menggesa Eza mencari jawapan di sebalik skandal ini. Rupanya seorang bakat baru berpakat dengan penerbit filem terbaru Zack, David Tan, untuk tujuan sabotaj.
3 17 Februari 2008 Datin Faizara melawat Eza untuk menceritakan pengalamannya dengan Zack. Zack pula berulang-alik ke rumah Jimmy untuk mencari apa-apa klu untuk misteri kematiannya. Rupanya Jimmy berasa amat tertekan selama ini, lebih-lebih lagi dia diserang di rumahnya oleh orang suruhan menteri.
4 24 Februari 2008 Eza melawat pejabat David Tan sekali lagi untuk mencari klu di sebalik kematian Zack. Skrip filem terbaru agak mirip peristiwanya dengan kematian Zack, maka penulis skrip itulah yang dicari.
5 2 Mac 2008 Eza mendapat pertolongan Jimmy untuk mencari Maria Zainal yang dipercayainya sebagai suspek utama di sebalik kematian Zack dengan mengadakan peraduan untuk mengumpan Maria. Sementara itu, Julie semakin dekat mencapai impiannya tetapi agen barunya menjadi halangan. |
|
|
|
|
|
|
|
oh ade wikidrama msia ek? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #240 idolfan's post
i peminat cerita jenis2 urban camni.. kecuali KL Lights |
|
|
|
|
|
|
|
tak saba nk tgu ahad ni...
sape la agaknye bunuh zack ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
|