|
Filem Notti : MAWI sbg Ajis, polis perisik[pg.4]
[Copy link]
|
|
tu le kalau nak berlakon pakai seragam kenalah cukur jambang...
memang dlm uniform tk boleh serabai macam tu...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #199 bee_fine's post
berkawan kena hati2...
kalau berkawan dgn kaki kelentong maka akan jadilah juga kaki kelentong.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #225 junjai's post
dlm org kata tak laku tuh... ade lg nak jdkan mawi isu besar |
|
|
|
|
|
|
|
diorang nak mintak autograf tu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #229 cloudnine_mm's post
ai setuju
tengok sket gambo apa tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #225 junjai's post
kan ada hikmah disebaliknya.. shooting again... buang jambang semua... muahahhahahah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #235 redsentra's post
rasanya tak shooting balik kots
nanti telebih bajet pulak |
|
|
|
|
|
|
|
sana sini zubir promo
artikel zubir pasal gosip dorang nak nikah disember
tetap terselit cerita jin notti
maklumlah zubir salah seorg pelakonnya
Sementara itu, Zubir turut menerima banyak komen positif daripada pembaca B*Pop yang melahirkan rasa bangga melihat Mawi segak mengenakan pakaian seragam polis di depan Istana Kehakiman ketika menjayakan penggambaran filem pertamanya, Jin Notti di Putrajaya, baru-baru ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #237 niy's post
kan dah kata..
promo mesti baekk punye |
|
|
|
|
|
|
|
Minta maaf pada polis
Oleh Zubir Mohd Yunus
Penerbit filem Jin Notti beri penjelasan mengapa KRU Studios dipanggil ke Cawangan Perhubungan Awam, PDRM Bukit Aman
PADA 16 Julai lalu, krew KRU Studios dipanggil memberi keterangan di Cawangan Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, Kuala Lumpur berhubung penampilan Asmawi Ani (Mawi) yang berjambang ketika mengenakan pakaian seragam polis, sekali gus tidak menggambarkan imej anggota PDRM yang sebenar.
Pun begitu, gambar Mawi yang diambil di depan bangunan Istana Kehakiman, Putrajaya pada 4 Julai lalu yang disiarkan menerusi B*Pop, akhbar sisipan Berita Minggu terbitan 13 Julai lalu bukanlah satu babak filem Jin Notti yang menampilkan Mawi dan Fara Fauzana sebagai pelakon utama, sebaliknya gambar itu diambil semata-mata memenuhi permintaan pihak media yang hadir membuat liputan pada hari penggambaran itu. utk media jer kan dah masalah
Baru-baru ini, akhbar melaporkan penerbit Jin Notti, Norman Abdul Halim bersama pengarahnya, Azhari Mohd Zain hadir ke cawangan itu, sekali gus menyelesaikan isu itu dengan baik. Namun, ketika bertemu Norman Isnin lalu, dia menafikan laporan berkenaan kerana menurutnya, dia dan Azhari bukanlah individu yang hadir memberi keterangan di Bukit Aman. B*Pop bertemu Norman untuk mengetahui apa ceritanya yang sebenar.
| Penggambaran Jin Notti dijalankan di Putrajaya, baru-baru ini.
| "uncanya KRU Studios tidak mengikut saluran yang betul. Kita memang ada hantar skrip kepada pihak polis, tapi untuk meminta kerjasama polis trafik nak block jalan untuk penggambaran satu babak Jin Notti. Sekalipun dalam skrip itu ada menyatakan Mawi sebagai anggota polis yang menyamar, jadi memang dia berjambang, cuma dalam satu babak saja kita menampilkan Mawi dalam pakaian seragam polis, itulah elemen kejutan pada peringkat akhir filem berkenaan. Penggambaran itu pula dibuat pada 3 Julai lalu.
Memang saya akui, penggambaran yang menampilkan Mawi dalam pakaian seragam polis tidak mendapat kebenaran secara rasmi daripada pihak polis. Tugas mendapatkan kebenaran ini adalah tanggung jawab Pengurus Produksi apabila surat menyurat semuanya dia dah buat. Cuma, saya tak nampak surat kebenaran polis membenarkan Mawi mengenakan pakaian seragam mereka.
Penerbit Penyelaras pula bertanggung jawab di atas apa yang diterbitkan dan pada masa sama, dia juga ada berhubung dengan pegawai polis yang meminjamkan pakaian seragam itu kepada kami. Pun begitu, Pengurus Produksi adalah orang yang bertanggung jawab untuk mendapatkan kelulusan bertulis bagi semua urusan berkaitan penerbitan sesebuah filem.
Penampilan Mawi tidak tepati imej polis
Bagaimanapun, Pengurus Produksi Jin Notti (bukan kakitangan sepenuh masa KRU Studios) mendapatkan pakaian seragam polis melalui prosedur yang salah dan ini mengakibatkan pihak kami tidak mendapat garis panduan bagaimana anggota PDRM boleh digambarkan menerusi visual. Itu kesalahan yang kami akui.
Selain itu, perkara yang ditegur PDRM ialah penampilan Mawi yang berjambang ketika mengenakan pakaian seragam polis , juga tidak menggambarkan imej anggota polis yang sebenar.
Namun, gambar Mawi yang diambil di Istana Kehakiman, Putrajaya pada 4 Julai lalu yang disiarkan menerusi B*Pop 13 Julai lalu bukanlah satu babak Jin Notti yang menampilkan Mawi dan Fara Fauzana sebagai pelakon utama, sebaliknya gambar itu diambil semata-mata memenuhi permintaan pihak media massa. sapelah yg minta ni? nizam? zubir ? rudi?
Kita faham keadaan itu, siapa-siapa saja boleh menyamar sebagai pegawai polis jika tiada surat kebenaran. Apabila saya menyedari kesilapan ini, kami memohon maaf kepada PDRM. Ingin saya jelaskan di sini, wakil KRU Studios yang hadir ke Cawangan Perhubungan Awam, Bukit Aman pada 16 Julai lalu ialah Penerbit Penyelaras Jin Notti, Ezul Farhan Jamaludin dan Pengurus Produksi, Zahari Shaari. Saya dan Pengarah, Azhari, tak pergi.
Tak boleh salahkan Mawi
Dalam hal ini, Mawi tidak boleh dipersalahkan apabila dia tidak hadir ke Bukit Aman kerana dia sendiri tak tahu akan perkara ini. Namun, jika perlu Mawi hadir juga, kami akan buat perancangan lain. Justeru, laporan akhbar sebelum ini yang mendakwa saya dan Pengarah hadir ke Bukit Aman, selain laporan mengatakan wakil KRU Studios gagal menghadiri taklimat dengan pihak PDRM Bukit Aman, adalah tidak tepat.
Ketika pertemuan itu, kita akui kesilapan. Masalah dalaman seperti Pengurus Produksi tidak buat surat kebenaran, Penerbit Penyelaras pula menganggap perkara ini ringan, kita akan ambil tindakan disiplin.
Pihak KRU Studios juga memberi jaminan sebarang penggambaran yang membabitkan anggota PDRM dan pasukan seragam kerajaan yang lain akan mendapat kelulusan bertulis daripada pihak berkenaan untuk mendapatkan kebenaran serta garis panduan sebelum apa-apa penggambaran filem atau program TV yang akan dihasilkan oleh KRU Studios pada masa akan datang.
Segala kesulitan yang dialami oleh pihak PDRM, Maestro Talent & Management dan Mawi sendiri, adalah amat saya kesali, sekali lagi saya mohon maaf.
Guna CGI buang jambang
KRU Studios juga akan melakukan pembetulan berhubung perkara ini. Berdasarkan teguran yang diberikan PDRM, kami akan cuba menggunakan kepakaran dalam teknologi CGI (imej janaan komputer) untuk 'menghilangkan' jambang Mawi untuk memastikan imej dan ketrampilan anggota polis di dalam filem Jin Notti akan digambarkan mengikut garis panduan yang sedia ada.
Sekiranya tak boleh dengan CGI, kita perlu reshoot (buat penggambaran semula) dan minta kebenaran secara rasmi. Menurut perbincangan dengan pihak PDRM, mereka berhak untuk meluluskan apa yang kami sudah sunting. Jika tidak lulus, kami perlu reshoot.
Saya dan penerbit lain seharusnya mengambil iktibar daripada kejadian ini. Contohnya, Skop Productions yang banyak guna pakaian seragam polis, sampai sekarang sudah sembilan tahun mereka masih minta kebenaran PDRM. Ini kali pertama terjadi dalam filem terbitan KRU Studios kerana filem sebelum ini kami tidak menggunakan pakaian seragam polis. Ini satu kesalahan yang kami perlu belajar dan kami mohon maaf kepada pihak polis. |
|
|
|
|
|
|
| |
|