selamat pagi semua selamat ari raya ke 7...
ni nak amek alih tugas tepek berita kejap.......
Mila rindu malam menjelang Syawal
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
Kesibukan di ibu kota membuatkan juara AF5 tak dapat sedia persiapan raya bersama sanak saudara
LAGU Balik Kampung dendangan Allahyarham Sudirman Arshad yang berkumandang setiap kali Aidilfitri kian menjelang membuatkan semangat perantau untuk pulang ke kampung halaman tambah berkobar-kobar.
Sebelum ini Mila dan keluarganya tidak pernah mengalami perasaan itu memandangkan mereka menetap dan meraikan hari raya di Pulau Pinang. Namun sejak bergelar penyanyi hampir dua tahun lalu, Mila yang bakal berusia 21 tahun Disember nanti turut mengalami dilema dihadapi perantau.
Bukan saja penyanyi itu, malah keluarganya yang dibawa menetap di Kuala Lumpur sejak awal tahun ini juga tidak sabar-sabar untuk pulang ke kampung bertemu sanak saudara yang sudah lama tidak ditemui.
揔ami sekeluarga memang tak sabar hendak balik kampung. Sebelum ini kami hanya mendengar kekalutan orang untuk pulang ke kampung tapi tahun ini kami sendiri merasainya.
揝elalunya kami tidak perlu buat persiapan kerana kami tidak pulang ke mana-mana. Tapi tahun ini berbeza sedikit kerana ini pertama kali kami balik ke kampung jadi perlulah buat sedikit persiapan kerana rumah di Pulau Pinang sudah ditinggalkan. Nasib baik ibu Mila juga berasal dari negeri yang sama, jadi tidak timbul masalah untuk beraya di mana terlebih dulu, |