CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: comy

Anak-anak Najib

[Copy link]
Post time 24-6-2010 12:12 PM | Show all posts
pening aku dengan salasilah keluarga najib + rosmah nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2010 04:00 PM | Show all posts
Riza shahriz tu anak Rosmah dgn ex husband
Nizar, Putri Nurlisa & Nasifudin anak Najib dgn ex wife
...
Incanto Post at 6-4-2009 13:40



   yg missing tu yg ngan DrF la yerr... 
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 02:19 AM | Show all posts
yup..
ni gambar dulu..
sweetie_returns Post at 3-4-2009 23:51



    rambut anak pompuan dia tu style TLC masa late 90s la..hhehehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2010 12:58 PM | Show all posts
Reply 218# casablanca1

Norashman juga seperti insan lain

Oleh FARIDAH HITAM & IWAN SHU-ASWAD SHUAIB




Figura tinggi lampai ini tidak dikenali ramai, namun keperibadiannya lebih matang daripada usianya yang bakal menginjak ke 20 tahun pada 17 Ogos ini pasti mencuri perhatian.

Barangkali ada yang akan bertanya, ada apa dengan lelaki ini? Pun begitu, personalitinya yang berkarisma menjawab persoalan malah menerima kehadirannya secara terbuka sebagaiman yang dirumus sewaktu menjejakkan kaki ke kediaman peribadi orang nombor satu negara di Jalan Langgak Duta, Taman Duta baru-baru ini.

Memulakan bicara di ruang tamu, suara pemilik nama Norashman Razak Najib ini ternyata kedengaran mirip suara bapanya.Inilah antara ‘aset’ yang diwarisi anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malah personanya persis ibu, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Ramai yang mengatakan suara saya mirip dengan suara bapa. Sudah beberapa kali mereka terus ingat saya adalah bapa sekiranya hanya mendengar suara,” katanya.

Norashman berkongsi cerita mengenai suatu hari beliau membisikkan sesuatu kepada ibunya yang ketika itu sedang berbual-bual menerusi panggilan telefon.

“Kenalan ibu memohon maaf: “Maaf Datin Seri, saya tak tahu Datin Seri bersama dengan Datuk Seri.” Ibu pula menjawab: “Bukan Datuk Seri, itu Norashman.”

“Pernah juga bila saya menjawab panggilan di rumah dan orang itu sebenarnya mahu bercakap dengan ayah tetapi terus bercakap kerana menyangka saya adalah ayah,” ujarnya.

Gemar berjenaka

Sebagai anak pemimpin negara, pasti ramai tertanya-tanya bagaimana jejaka yang menyokong pasukan Manchester United ini menjalani kehidupan sehariannya.

Masyarakat mungkin menganggap Norashman tidak seperti anak-anak muda lain kerana setiap pergerakan dikawal ketat, malah tidak keterlaluan menganggapnya sebagai satu beban.

Namun, beliau mengakui dirinya begitu istimewa kerana masih menjalani kehidupan normal meskipun bapa merupakan orang paling penting negara.

“Bila masyarakat berjumpa dengan saya, perkara pertama yang difikirkan mereka adalah saya sebagai anak kepada Perdana Menteri. Tanggapan itu benar-benar menguji saya dari segi karakter dan tingkah laku agar dapat memberikan keselesaan seimbang di sekeliling saya,” ujarnya.

Pada awalnya Norashman berasa tidak selesa kerana perlu menjadi terlalu formal, namun keadaan itu sebenarnya membentuk keperibadian lebih baik.

“Sesiapa pun akan melalui perkembangan diri untuk disesuaikan dengan persekitaran, sekaligus menunjukkan bahawa saya juga seperti orang lain,” tambahnya.

Katanya, apabila bertemu dengan orang lain terutama yang baru dikenali, sudah tentu dia berusaha untuk menjadi diri sendiri.

Bagaimanapun katanya, tiada masalah untuk berasa lebih selesa dengan orang sekeliling kerana dirinya seorang yang ceria, lebih santai dan suka berjenaka.

Karakter jejaka berbintang Leo yang bersahaja ini membantunya membiasakan diri dengan keadaan dan tanggungjawab sebagai anak Perdana Menteri.

Dia selalu berfikir sekiranya bapanya mempunyai peranan penting untuk negara, sudah menjadi tanggungjawab baginya untuk meletakkan perkara lain sebagai kedua penting.

“Keutamaan adalah bapa kerana beliau sendiri mempunyai tanggungjawab lebih penting dalam membantu seluruh rakyat dan negara. Jadi kenapa tidak saya turut membantu, malah ibu sering berpesan agar sentiasa menjaga keperibadian dan tingkah laku terutama di hadapan khalayak,” jelasnya.

Pilihan lebih terbuka

Norashman kini baru selesai pengajian tahun kedua dalam jurusan Perhubungan Antarabangsa di Universiti Georgetown di Washington, Amerika Syarikat (AS).

Bidang itu mungkin dianggap membosankan bagi sesetengah orang, namun adalah penting untuk mengetahui isu-isu penting dunia tanpa batasan.

“Saya berpendapat perhubungan antarabangsa tidak membosankan, namun sebaliknya berupaya menjadikan seseorang itu lebih menarik. Semua orang mahu mengetahui apa yang berlaku di seluruh dunia. Ini sekali gus memperluaskan perspektif seseorang tanpa diganggu oleh imaginasi sempit,” katanya.

Secara tidak langsung, jelasnya, pengetahuan itu memberi kelebihan kepadanya untuk berkomunikasi dengan orang lain di semua peringkat.

Norashman menyertai Persatuan Pelajar Muslim di samping membabitkan aktiviti kemasyarakatan dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Percaya atau tidak, tiada siapa yang mengetahui saya adalah anak Perdana Menteri kecuali rakan sebilik di AS kerana apa yang lebih penting adalah keperibadian saya.

“Saya benar-benar mahu memastikan keadaan di sini lebih selesa, tanpa menimbulkan sebarang perkara yang mencurigakan apatah lagi menyusahkan orang lain.

“Rakan sebilik pada mulanya tidak mempercayai, malah mengatakan saya berjenaka kerana dilihat seperti insan lain, bukan anak pemimpin negara,” ujarnya.

Norashman melanjutkan pelajaran di luar negara bukan semata-mata untuk mendapatkan kebebasan, tetapi kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapa untuk mematangkan dirinya.

Beliau sudah biasa berdikari kerana selepas sekolah rendah dia membuat A-Level di London, United Kingdom, namun tidak dinafikan pada mulanya berasa rindu dengan kampung halaman.

Namun, persekitaran dikelilingi ramai rakyat Malaysia dan rakan-rakan baru dari pelbagai negara memberikan keselesaan untuk berada di negara asing.

“Tetapi saya hanya akan berasa homesick apabila tiba musim peperiksaan,” katanya berjenaka.

Beliau sebelum ini pernah mengatakan masih terlalu awal baginya untuk bercakap mengenai politik terutama mengenai pilihan sama ada akan mengikut jejak langkah bapanya atau tidak.

Menurutnya, segelintir orang daripada awal lagi mahu menjadi peguam, namun sebaliknya itulah perkara terakhir yang mahu dilakukan mereka.

Jelasnya, adalah lebih baik untuk membuat pilihan terbuka kerana di dunia ini mempunyai pelbagai perkara menarik yang mungkin akan dieksplorasi kemudian.

“Saya sentiasa berpegang dengan prinsip ‘Do not be a victim of your own perspective’ (Jangan menjadi mangsa kepada perspektif sendiri).

“Peredaran masa mematangkan diri saya dan saya menyahut cabaran untuk mencuba sesuatu yang memberi kepentingan kepada masyarakat dan negara,” katanya.

Idola bukan klise

Banyak perkara yang boleh difokuskan dalam perhubungan antarabangsa seperti Malaysia yang sering menjadi kunci utama kepada Asia Tenggara.

Segelintir mereka berbual mengenai pembangunan, kemajuan dan isu semasa negara termasuk politik, kata Norashman yang begitu menyukai makanan roti canai ini.

Pernah suatu hari seorang rakan terbaca satu berita mengenai Malaysia mempunyai perdana menteri yang baru iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Oleh kerana nama ayah saya juga ‘Najib’, dia kemudian memandang saya yang pada ketika itu memakai baju kasual dan saya seperti biasa bersikap tenang.

Kemudian dia berkata, “Oh, tidak mungkin Najib itu ayah awak.” Saya hanya membalas, “Ramai orang mempunyai nama Najib di Malaysia.”

Mungkin kedengaran agak klise apabila Norashman menjadikan bapanya sebagai idola kerana hakikatnya bapanya adalah insan lebih dekat baginya untuk mendapatkan inspirasi.

Jelasnya, ini kerana bapanya mempunyai latar belakang yang hampir sama dan lebih penting kerana ia melibatkan sentuhan emosi dan peribadi antara kedua-duanya.

Norashman begitu rapat dengan ibu dan juga bapanya maka tiada masalah baginya untuk berkongsi banyak perkara dengan mereka.

“Pun begitu, saya perlu menghormati kedua-duanya terutama bapa kerana tanggungjawabnya amat besar yang sentiasa menuntut beliau mendengar masalah rakyat.

“Sebagai anak, saya tidak mahu beliau dibebani dengan masalah lain kerana perkara terakhir yang patut dilakukannya adalah meluangkan masa berkualiti bersama keluarga,” ujarnya.

Norashman akan kembali ke AS untuk menyambung pengajian dalam Perhubungan Antarabangsa pada akhir Ogos ini selepas cuti musim panas selama tiga bulan.

Melanjutkan pelajaran ke luar negara merupakan peluang amat bermakna bagi generasi muda seperti beliau, cuma masalah timbul apabila segelintirnya enggan pulang ke tanah air kerana mahu bekerja di negara asing.

“Ia disifatkan sebagai satu pembaziran kerana negara sudah banyak melabur sejumlah wang bagi memastikan mereka memperoleh pengetahuan dan kepakaran lebih baik.

“Mungkin jumlahnya tidak ramai, mereka sepatutnya bertanggungjawab untuk berkhidmat di Malaysia terutama kelayakan dan bakat yang amat diperlukan negara,” katanya.

Norashman tidak mempunyai pilihan cita-cita secara khusus, tetapi mahu melibatkan diri dalam bidang yang memberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat.

“Bagi saya, kualiti pendapatan merupakan antara isu yang boleh diselesaikan bagi melihat perkembangan lebih baik dalam negara dan ini satu manfaat untuk rakyat.

“Perjalanan saya mungkin masih jauh lagi berbanding bapa yang banyak memperjuangkan nasib negara. Namun, saya optimis untuk terus maju ke hadapan, memikirkan apa yang lebih baik untuk semua dan apa yang akan dilaksanakan kelak,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2010 02:12 PM | Show all posts
moga2 anak nyer akan berjasa pd negara satu hari nanti..pembela hak org melayu
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2010 02:45 PM | Show all posts
Nizar ni yang kahwin dengan Sharmila,anak Iron Lady...
no_g Post at 3-4-2009 15:41


Abang aku pernah cerita si Nizar ni pernah datang buat audit di bank abang aku berkerja.

Memang Nizar ni baik betul budi pekerti dia....cakap lembut dan tak kisah makan kat mana2 pun even warung atau kantin haprak je.

Yg Abang aku paling puji setiap kali waktu masuk sembahyang dia akan tinggal semua kerja dan sembahyang dulu.Memang si Nizar ni jaga betul bab2 sembahyang.

Bila dirisik-risik selepas Najib bercerai dengan ex-wife dia Tengku Puteri ( Pahang Royal family ) si Nizar tinggal dengan Tun Rahah sebab tu tingkah laku dia memang tertib dan sembahyang terjaga.

Not only my brother....my collogue pun ada bagi feed back yg sama about Nizar ni.Both of them pernah kerja sama dulu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2010 02:53 PM | Show all posts
sayang kalau somi2 yg macm nizar ni istri tak pakai tudung...

suka tgok air muka nizar
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2010 03:54 PM | Show all posts
me too .... sweet gituwww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2010 10:28 PM | Show all posts
brapa org anak Najib...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2010 12:11 AM | Show all posts
Tak silap aku anak dia semua nya 5orang. Ada keluar dalam The Star hari tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2010 10:08 AM | Show all posts
xwife najib dlu kerabat kelantan kn? @phg?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2010 06:30 PM | Show all posts
Dgr2 Ashman ade gf, anak Lord Cantik  & Sexy cgt  ala2 Luna Maya gitu....huhuhu

and dat gurl  Kerabat DiRaja, kate nye.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2010 10:58 AM | Show all posts
xwife najib dlu kerabat kelantan kn? @phg?
pearlspth Post at 7-8-2010 10:08


My collogue cakap tak silap dia from Pahang.

Yg I ingat nama dia start with YM Tengku Puteri.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 11:55 PM | Show all posts
Reply 232# prettymanja


    ashman ada girlfrend? betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 11:56 PM | Show all posts
saja tepek.......
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 11:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2010 01:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 02:27 PM | Show all posts
Reply 237# juanalisa81


    saper mamat sorng tue....
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 02:52 PM | Show all posts




adakah wanita bertudung purple itu Datin Norjuma?
cap_ayam Post at 6-4-2009 17:21




a'ah le... muka seakan2 juma... outing ngan anak sedara kekdahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 09:49 AM | Show all posts
anak najib gak....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.360977 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list